Saturday, February 2, 2013

Lebih baik diam

Ketika ada masa lapang, antara hobi yang aku suka ialah lepak dan sembang sekali dengan member-member sebatch, bincangkan beberapa isu. Lelaki apabila sembang, 2 topik utama yang selalunya tidak lari. Orang kata common interest. Satu tentang politik(bukan maksud sini politik parti), tak kisah politik setempat atau antarabangsa. Topik kedua, tak perlu tulis sini, buat malu kaum je.

Sekali itu pernah terkeluar dari mulut seorang rakan ketika sembang politik persatuan "kita bincang-bincang benda ini, apa yang berubah? Pihak yang sepatutnya dengar tak dengar". Luar cover macho, tetapi dalam tersentak dan hati akui, "betul juga"

Sejak itu aku proses. Dan kini aku antara pendokong idea ini, kenapa perlu bercakap perkara yang tidak membuahkan hasil, yang tidak menghasilkan apa-apa perubahan? atau yang tidak membuahkan tindakan. IHAB juga sebenarnya ada berpesan mengenai ini, jangan memberatkan diri dengan perkara yang tidak melahirkan amal.

Ikutkan aku suka membantah dan melawan idea terutama idea yang mainstream. Walaupun sebenarnya bersetuju, tetapi entah kenapa apabila dalam mengeluarkan pendapat aku suka berbeza. Tak seronok perbincangan satu hala orang kata. Ini yang menjadi masalah, dan sikap yang agak "ketegaq" apabila yakin dengan apa yang difikirkan betul.

Dalam proses menuju kematangan aku sedari beberapa perkara. Pertama perlu belajar untuk tidak cepat melatah dengan idea lain yang tidak sama dengan idea kita. Kedua, sebelum mengeluarkan pendapat, perlu pastikan apa yang ingin dikeluarkan itu membina atau meruntuhkan. Jika idea itu tidak membina, lebih baik disimpan sahaja. Tambahan dalam membincangkan isu berkaitan orang lain, takut-takut jatuh dosa mengumpat.

Seperkara lagi yang perlu diambil kira, dalam proses فليقل خيرا او ليصمت ialah cermin diri, sedari  terlebih dahulu diri siapa. Diri bukanlah seorang pekerja atau baik sangat, tak perlu kecoh-kecoh. Ini antara fokus aku tika ini, belajar agar tidak menjadi golongan yang Allah swt murka sepertimana dalam surah As-Saff ayat 3.

p/s:
-dalam mengeluarkan idea, kadang-kadang suka sarkastik. Hingga diri sendiri pun boleh keliru "apa yang aku kata ni?" Dan biasanya orang sekeliling pun tak dapat baca waktu mana betul, waktu mana sarkastik.
-sekarang tengah rotation obs dan gyne, rotation yang menarik, tetapi entah tak semangat. Banyak member kata best,  tak best sebab sebelum ini minor dan rilek sikit kot, sekarang kembali kepada rutin kena ambil history. Cuma apabila masuk obs dan gyne dapat satu pengajaran penting yang kalau rajin akan ditulis nanti =)

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..