Tuesday, January 22, 2013

Bukan sekadar pengikut

Seperti kebiasaan selaku bekas pelajar Matri, sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara akan meluangkan sedikit masa untuk lakukan ziarah ke sana. Masih teringat antara pesanan yang diperoleh,

"penanda keberhasilan tarbiyah ialah bila pergi seorang, bawa balik contohnya 10 orang".


Kemudian dalam perjumpaan rasmi terakhir dengan murobbi di Intec sebelum fly, pesanan beliau "jangan seronok dengan bilangan yang sudah ada, kalau sikit kena banyakkan, kalau dah banyak kena tambah lagi.."


Banyak perkara lain aku tak ingat, tetapi ini antara yang masih kukuh dalam ingatan walaupun sudah 5 tahun berlalu. Kenapa? Kerana pesanan ini nampak mudah tetapi sukar untuk dilaksanakan.


Dalam istilah lain, kena buat dakwah. Tarbiyah yang berkesan ialah apabila kita menjadi pendokong yang melaksanakan kerja-kerja tarbiyah bukan sekadar pengikut sahaja. Iman yang subur bukan mandul.


Bukan tujuan akhir itu sangat yang perlu dirisaukan. Tetapi result akhir itu boleh jadi indikator kesungguhan, akhlak disenangi ramai, pandai bergaul, hubungan dengan Allah baik, dan pelbagai sifat positif lain.


Ini yang menghantui dan membuatkan rasa sangat inferior.

الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الَّذِي لاَيُخَالِطُ النَّاسَ وَلاَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ
"Orang Mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar menghadapi gangguan mereka itu lebih besar ganjarannya dari orang Mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar menghadapi gangguan mereka,"( ٌRiwayat Bukhari)
 لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من الدنيا و مافيها
"seseorang yang mendapat hidayah dengan disebabkan kamu lebih baik dari dunia dan isinya."
Susah, memang susah. Kerana itu ganjaran Allah besar. 
Dan bila orang kata, jadi kena buat lah, taknak panjangkan kalam hanya jawab "malas".

p/s:

-cuti semester bagi pelajar Yarmuk dan pre clinical JUST. Facebook, instagram diupload gambar berjalan, dalam hati "peh semua terus ke europe. tak perasan pun yang pergi Turki atau Mesir sahaja". Tak kira JUST mahupun Yarmuk. sambung monolog lagi "banyak juga duit sebahagian pelajar Yarmuk ni rupanya, tapi kenapa selalu pelajar JUST yang dikatakan banyak duit, suka enjoy dan jadi tumpuan untuk minta bantuan?"

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..