Sunday, December 16, 2012

manusia ibarat logam

:عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

 " النَّاسُ مَعَادِنُ ، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلامِ إِذَا فَقِهُوا" 

Manusia ibarat logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Hakikat yang perlu terima. Jangan persoalkan.

Emas yang bersalut lumpur lebih berharga daripada besi yang dihias indah. Besi walaupun telah berada dalam rak kaca tidaklah sepenting emas di luar yang masih belum digali. 

Buat apa sibukkan diri untuk pelihara besi dalam rak kaca yang mungkin boleh berkarat, lebih baik cari emas yang dijamin harga dan kualitinya.

Pernah seorang sahabat bangkitkan dalam rangka beri peringatan. Ada beberapa rakannya pernah kata "tahulah ana tiada potensi" apabila mereka diabaikan oleh golongan pendakwah setelah tidak konsisten menghadiri program. Ingatan diberi supaya kami bertindak adil dalam melayan masyarakat, tujuan berbuat baik kerana Allah bukan kerana ingin mengajak bersama NGO yang disertai.

Dalam hati tergelak dan mulut tersenyum sendirian.

Tak perlu cakap orang lain. Layanan terhadapa manusia berdasarkan potensi wujud dimana-mana, hatta dalam sesetengah institusi keluarga yang kecil itu pun wujud.  

Dilaung-laungkan "setiap manusia ada potensi". Bagaimana ingin percaya? Bagi aku ini ayat politik.
setiap satu berbeza
Bila terjumpa dan teringat hadis diatas, hati jadi lebih lega. Manusia itu ibarat logam, ada emas, ada perak, ada gangsa ada besi. Harga setiap satu tidak sama.

Friday, December 14, 2012

Kalau tak dipecahkan ruyung..

Zaman sekolah, UPSR diwujudkan bagi melihat siapa yang layak ke SBP, MRSM, MATRI atau sekolah lain. SPM bagi menentukan jurusan apa yang kita layak dan di universiti mana. Jika inginkan tempat yang berprestij, mahu tak mahu mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri diterima. Mahu tak mahu mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri diterima. Teringat zaman SPM dahulu (sebab masa itu yang boleh kata paling rajin ), begitu bersungguh-sungguh untuk skor bagi peroleh tempat IPT yang dikehendaki.

Inilah sifat sesuatu ujian. Ia wujud bagi menguji tahap seseorang. Begitu juga dengan ujian-ujian yang Allah swt berikan kepada kita. Ia untuk menguji adakah kita benar-benar berIman dan jika lepas akan diangkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Ujian Allah bukan nak menentukan masuk sekolah mana, universiti mana tetapi ujian dari Nya untuk menetukan kita layak atau tidak untuk masuk ke syurga Nya. Tiada pilihan, jika ingin peroleh tempat yang mulia itu perlunya kita berusaha untuk lepas setiap ujian yang kita hadapi.

Bagi lelaki ujian atau fitnah terbesar yang Rasulullah saw telah janjikan ialah wanita.

“Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” -ruahu Bukhari wa Muslim-

Tambahan pada zaman dunia tanpa sempadan kini, ruang ikhtilat terbuka luas. Dengan facebooknya, twitter atau instagram. 


Takut sebenarnya untuk cakap perkara ini. Selalunya yang akan teruji ialah mereka yang dikenali ramai dan baik akhlaknya. Saya bukanlah dikenali ramai dan baik yang mana kalau start kacau pun tiada yang akan respon :p

Saya ada beberapa rakan yang memang baik akhlaknya, dan dikenali masyarakat. Bohonglah jika tiada ujian wanita pernah hadir. 
Perkara ini akan hadir, tambah bagi golongan yang saya disebut, akan ada perempuan yang cuba dekati.  Yang penting bagaimana diri mengawal situasi itu. Jika kata susah, memang susah. Jika senang tiadalah nilai berharganya hadiah yang Allah sediakan di akhirat kelak.

Dalam dunia kini yang mana lelaki perempuan bebas bercampur dalam kelas, dalam program yang bercampur, tiada lagi hijab yang memisahkan, perlunya bina hijab dalam hati. Hijab dalam hatilah yang utuh dan mampu melindungi. Lebih kuat dari hijab zahir.

Hadis dari Abu Hurairah ra yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang 7 golongan yang mendapat naungan Allah swt di hari akhiarat nanti dimana naungan lain kecuali naungan Allah swt. Salah satunya,


 ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال: إني أخاف الله رب العالمين
Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata, "aku takut kepada Allah"

Bak kata ustaz-ustaz sekolah menengah dahulu, "pagar Iman". Inilah sahaja yang mampu memelihara diri golongan yang disebut dalam hadis diatas.

Dan saya yakin yang terbaca post ini belum lagi diuji begitu teruk sangat.


Namun sebagai manusia biasa yang punya banyak kelemahan, kadang-kadang kita perlukan faktor fizikal untuk membantu membina faktor dalaman sebelum ia menjadi kuat. Sebab itu banyak peringatan-peringatan sejak zaman sekolah dahulu hingga sekarang yang selalu ditekankan, JANGAN MULA. Banyak lelaki yang berlakon kononnya kuat. Tetapi hakikatnya Allah lebih tahu.

Faktor-faktor zahir perlu juga dicipta jika dirasakan diri tidak kuat dan ia sebenarnya dalam proses kita membina kekuatan dalaman. Hijab hati untuk hadapi fitnah perempuan bukan wujud secara spontan jika tidak menjaga hijab pergaulan. Bagaimana ingin membina pagar hati jika tidak menyibukkan diri dengan amal  Islami.

Di Jordan, kadang-kadang ada setengah syabab yang mengadu "apalah akhawat tu, tegur sikit pun tak nak layan.". Bagi saya personally, sebenarnya ada kebaikan perkara ini berlaku. Lainlah ada urusan tetapi tidak dilayan logik tak puas hati. Begitu juga pernah kecoh isu meeting mengadap dinding yang kini sudah beransur-ansur mengalami revolusi kononnya semua itu tertutup dan menganggu gerak kerja. Sebenarnya mahal harga yang perlu dibayar jika ingin kan sangat "keterbukaan". Pengalaman bekerja ketika tahun 1 dan 2, alhamdulillah berjalan lancar. Ada akhawat yang meminta untuk tidak sesuka hati membuat panggilan terutamnya waktu malam, kita hormatinya. Ini antara contoh faktor zahir yang perlu dicipta.

Dan faktor-faktor zahir yang makin dilupakan. "ikhtilat, aahh ini isu lapuk. banyak lagi perkara besar perlu fokus"
Maturity is not when we start speaking big things. It is when we start understanding small things 
-quoted-

Kunci yang perlu jaga kemas-kemas agar hati kita tidak mudah dibuka bukan pada masanya.

Yakin satu perkara, ujian-ujian yang Allah berikan kerana Allah tahu manusia mampu. Seperti ujian-ujian di sekolah mahupun universiti, cikgu tahu kita mampu dan sediakan soalan yang seiring dengan kemampuan kita. Tambah Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu antara langit dan bumi. 

p/s: 
-yang menulis ini pun bukan kuat mana, terdedah dengan pelbagai kegagalan. cuma mungkin Allah tutup sesetengah keaiban  

Thursday, December 6, 2012

Laki tidak bermoral ??

Lelaki atau perempuan, mana satu lebih tinggi nilai moralnya ?

Perbahasan dan kajian tentang ini ada dilakukan dan secara umunya, ramai pengkaji berpendapat perempuan lebih baik. Makna sini bukan dari segi ciptaan kerana lelaki dan perempuan saling melengkapi tetapi dari segi basic morality, perempuan lebih sikit dari lelaki.

Lelaki yang terbaca post in, jangan cepat melatah kerana yang menulis ini juga lelaki. Perempuan yang terbaca post ini, jangan cepat perasan.

Disini yang saya maksudkan dengan moral ialah basic human value bukan Islamic value.

Baru-baru ini ada belajar tajuk violence. Ikut statistic, lelaki yang banyak melakukan violence. Child abuse, sexual harrasment, emotional abuse, ini antara jenis-jenis violence. Hatta di Malaysia, pusat serenti atau sekolah untuk pesalah juvana dipenuhi mereka yang berjantina lelaki.

Lihat dari segi perkara-perkara yang positif pula, kebanyakan nya perempuan menang. Di universiti, mana lebih banyak? Orang kata sekarang ini perempuan lebih banyak dari lelaki jadi tidak pelik pelik perempuan lagi ramai di universiti. Nisbahnya lain, belum capai lagi seperti nisbah sebenar. Masa zaman sekolah dulu atau pun hingga kini, jika nak dibandingkan secara umum siapa lebih rajin? Pasti orang jawab perempuan. Pernah sembang-sembang dengan beberapa rakan apabila ditanya "pelajar perempuan sini kalau depa tak study depa buat apa?"

"ntah. perempuan kalau tak study depa buat apa lagi? tak boleh bayang buat benda lain. kalau lelaki kot main game atau tengok movie"

Dari segi jaga kebersihan dan kekemasan, siapa yang mendahului?

Beberapa teori

Mengikut kajian yang mengatakan kenapa perempuan berpegang kenapa nilai moral lebih tinggi, pengaruh testosterone dalam tubuh lelaki menjadikan keinginan untuk capai sesuatu tinggi dan sanggup mengabaikan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Apabila sikap ini disalahgunakan, maka kebarangkalian lelaki untuk bertindak sesuatu yang tidak bermoral tinggi. Betul atau tidak, wallahua3lam. Ini dari bacaan internet.

Teori kedua yang berpendapat sebegini, ialah pengaruh macro-sosial yang membentuk kenapa lelaki sanggup abaikan perkara lain untuk kepentingan diri. Masyarakat menilai kelakian seseorang itu berdasarkan apa yang dicapainya. Ia mendorong lekai untuk berbuat apa sahaja untuk pertahankan kelakiannya. Saya lebih bersetuju dengan pandangan ini.

Seperti contoh yang saya berikan diatas, siapa lebih rajin? siapa lebih pembersih?

Jawapan ini sebenarnya membentuk pemikiran masyarakat.

Lelaki tak mengapa malas-malas sikit.
Lelaki tak mengapa pengotor sikit.
Tak mengapa bilik tidur tak kemas,
Tak menagapa malas masak dan pelbagai lagi.

"Biasalah, lelaki.... "

Serius, ini pemikiran yang menyelubungi masyarakat hingga menyebabkan berpenyakit. Padahal setiap sikap-sikap itu ialah sikap yang dituntut dalam Islam bukan terhad pada perempuan sahaja. (part memasak mungkin bukan :D).



Kemudian dilaungkan lelaki ialah pemimpin. Huh, dimana sikap seorang pemimpin itu.

Berbalik kepada diri

Persepsi sebegini perlu kita ubah, ia membentuk sikap masyarakat. Perlu ubah bermula dari diri dan keluarga. Setiap individu dan keluarga itu yang akan membentuk masyarakat.

Quote dari apa yang diajar di universiti "we must change the messages about violence that we give to boys, and expect the same standards of nonviolent behavior from boys that we expect from girls."

Pembentukan masyarakat bermula dari pembentukan anak-anak dan siapa anak-anak ialah siapa ibu bapa nya.

Jika tidak ubah sekarang, ia akan terus merebak kepada generasi seterusnya. 

Sunday, December 2, 2012

Answer the calling

Teringat kenangan cuti semester bulan 6 lepas, Allah izinkan diri ini berpeluang untuk menyertai misi bantuan di sempadan Turkey-Syria. Peluang yang bukan senang-senang untuk hadir dalam hidup. Alhamdulillah Allah izinkan diri untuk ke sana.

Berpeluang untuk bertemu mangsa perang Syria yang tercedera dan di rawat di Turkey. Berbual dengan salah seorang yang tercedera ketika itu, beliau begitu bersemangat tinggi, menurutnya beliau tidak takut untuk kembali semula ke syria setelah kembali pulih.

Itu kisah hampir 6 bulan lepas. Perang di syria masih berterusan. Basyar yang mendapat bantuan dari negara lain terus berdegil untuk jatuh. Jumlah pelarian bertambah di negara sempadan dengan syria. Di jordan sahaja anggaran permulaan 100 000 pelarian pada penghujung tahun 2013 namun angka itu telah dicapai pada september lepas. Itu yang berdaftar, belum dikira mereka yang tidak berdaftar.

Lambakan pelarian di Jordan boleh dirasai. Ok aku tak nak tulis tentang point ini sangat.

Mereka yang tercedera turut ada di hantar di Jordan untuk mnerima rawatan. Jika ada sesetengah orang yang begitu berkeinginan untuk bertemu dengan mangsa perang dan melakukan interview, pelajar-pelajar clinical di JUST punya peluang itu. Di KAUH (hospital universiti), boleh kata agak ramai patient yang menjadi mangsa gunshot di syrian diterima masuk KAUH. Boleh kata sentiasa ada kes gunshot di tingkat 5 atau tingkat 6 hospital.

Depan mata kami dapat bertemu mangsa gunshot. Ketika rotation neuro sebulan lepas, doctor ada buat side bed teaching dengan mangsa gunshot. Patient mengalami parasthesia. Ok ini boleh tahan lagi.

Yang membuatkan aku teringat sampai sekarang, doctor bawa kami ke bahagian CCU tingkat 11. Doctor nak tunjukkan tanda-tanda brain death. Di CCU ketika ityu ada kes. Ditanya patient tu kenapa, doctor cakap patient dari syria. Kena gunshot di kepala. Ya Allah...

Hari ini bermula rotation forensic, kes hari ini jenazah dari syria. Masih kelihatan kesan peluru dibahagian kanan abdomennya dan tembus keluar dibahagian belakang. Cuba diselamatkan tapi Allah rancang lain. Pengalaman pertama melihat complete autopsy. Setiap organ cuba dikeluarkan. Otak, jantung, peparu, liver dan lain-lain.

Selaku doctor nanti pasti akan berhadapan kes-kes sebegini. Terfikir apabila kerap berhadapan kes sebegini atau kes lain yang bermain dengan nyawa boleh jadi kesan baik atau kesan buruk. Hati makin sensitif dengan kematian atau hati makin resistant. Juga boleh jadi tiada kesan pada hidup.


Umat Islam di merata dunia terus memanggil. Tanggungjawab bukan sumbangan sebenarnya. Lakukan apa yang mampu dilakukan agar di  akhiarat kelak kita punya jawapan dihadapan Allah swt.
p/s:
-harap sangat member arab tiada buat hal rotation kali ni. kalau tidak jenuhlah sikit..
-rotation forensic yang dinanti-nantikan. bukan dawan yang dinantikan tapi minggu hadapan, cuti!! =)