Thursday, November 8, 2012

In Memory

Dari kecil, aku membesar dengan tok disebelah abah sahaja. Kedua-dua tok belah emak telah meninggal ketika usia aku sangat kecil. Kenangan bersama tidak sempat dirakam kerana otak masih belum dapat berfungsi untuk menyimpan memori. Maka memori yang ada hanyalah bersama tok sebelah abah. Jadi setiap kali raya tiada kampung lain untuk beraya bersama.

Bukanlah aku seorang cucu yang rapat sangat banding cucu-cu lain. Tak rajin sangat menolong dan tak pandai cari bahan bualan ketika berbual. Akan tetapi sejak kecil aku sering dibawa untuk ziarah. Boleh kata setiap minggu wajib sekali.

Ini aku cerita tok perempuan. Tok lelaki atau lebih dikenali tokwan dipanggil pulang ketika penghujung  2004.

Masuk zaman sekolah menengah walaupun aku tinggal diasrama, tiap kali balik antara tempat pertama yang perlu dituju ialah ziarah tok. Amalan tersebut diteruskan hingga aku balik bercuti dari Jordan. Tempat utama dan pertama yang perlu disinggah setelah jejakkan kaki di Malaysia. Sebelum pulang semula ke tempat pengajian juga akan singgah terlebih dahulu.

Menarik apabila singgah terlebih dahulu sebelum pulang, selepas bersalaman dan cium tangan tok, pasti ada sedikit wang yang dihulurkan. Bukanlah setiap kali tetapi most of time. Hatta hingga aku belajar di Jordan dan telah peroleh biasiswa beliau tetap hulurkan sedikit duit. Nak kata sikit bukan sedikit, beratus-ratus juga kadang-kadang. Cucu-cucu lain juga begitu bukan aku seorang. Buat belanja kata nya setiap kali cuba tolak.

Sebelum pulang ke Jordan semula ketika bercuti baru-baru ini tok dengan rendah diri kata "tok minta maaf siap-siap. kalau jadi apa-apa lepas ni"

Dan benar, itulah yang terakhir. :'(
6 november lepas, dapat panggilan terus dari mak, beliau sudah tiada.
Pasti lain keadaannya selepas ini apabila pulang bercuti.

Tok in memory. Foto ini diambil ketika raya haji baru-baru ini
Allahummaghfirlaha warhamha.
Post ringkas buat kenangan.

Bulan lepas 17 oktober, cukup umur aku 22 tahun. Sudah tua rupanya tambahan ucapan dari kawan-kawan yang sudah berubah kandungan doanya. Terfikir apa cita-cita terbesar aku yang hendak dicapai. Selalunya tarikh lahir menjadi stesen untuk kita perbaharui perancangan dan niat.

Hanya seperkara ingin sangat aku capai "mati dalam keadaan mulia". Dan formula untuk mati dalam keadaan mulia "hidup dalam keadaan mulia".

Usia meningkat, tanggungjawab juga makin banyak. Banyak kali merasakan ketidak mampuan diri. Semoga Allah permudahkan dan beri kekuatan.