Saturday, October 13, 2012

Dilema dokter

Satu hari pada minggu lepas dalam klinik dermatology, masuk seorang makcik bersama anak perempuannya. Anaknya ada masalah berkaitan kulit dan ingin mendapatkan konsultasi dari doctor. Kalau tak silap gadis tersebut baru tahun 1 di jamiah.

Melihat dalam klinik itu ada 4 orang pelajar medic, makcik tersebut pun cerita kepada doctor, anak perempuan dia dulunya bercita-cita juga jadi doctor tetapi tak dapat. Gaya seperti agak kecewa kerana anak nya tidak diterima masuk dalam mana-mana medical school padahal result taujihi cemerlang. Anaknya berjaya peroleh 80%.

Dengan spontannya doctor jawab sambil menunjuk kearah kami "mereka ini dapat 97%, ada 98%"
Terdiam sebentar makcik tu.
*taujihi = SPM
(pengiraan berdasarkan peratus bukannya bilangan A seperti SPM)
Ok point disini sebenarnya bukan nak kata budak medik pandai. Baca cerita hingga habis. Lagipun yang peroleh markah 97 atau 98 tu arab. Keputusan SPM pelajar Malaysia setelah diterjemahkan tak sampai pun 95.

Kemudian doctor tu pun syarah panjang,
kenapa nak ambil medik? ... perempuan elok tak ambil medik... nanti suami di rumah kamu kena on call ... anak-anak siapa nak tengok...
(pandangan cliche masyarakat terhadap doctor wanita)

Makcik tersebut kelihatan tak puas hati, mengajukan soalan kepada doctor "isteri doctor kerja apa"
"tukang masak" jawab doctor pada mulanya. "isteri saya tak kerja, dia suri rumah" meneruskan jawapan.
"tetapi mesti dia belajar tinggi juga" soal makcik itu lagi.
"tak lah, isteri saya hanya sampai taujihi" jawab doctor.

Bila dengar tahap pendidikan isteri doctor tersebut, dalam hati kagum juga, bukan senang jumpa orang yang berpendidikan tinggi memilih isteri yang kurang berpendidikan. Doctor tersebut mendapat pendidikan dari degree hingga specialist di Italy. Pernah beliau tunjukkan buku rujukan yang beliau gunakan dalam bahasa Italy.

Kini ada seorang anaknya sedang buat master di JUST.

Apabila sebut tentang doctor2 wanita kurang menjadi pilihan lelaki. Sembang-sembang dengan member, tak ramai yang nak ambil doctor sebagai pasangan. Jawapan yang selalu saya dengar atau baca dari student medik perempuan sini apabila tercetus isu ini "nanti bila ada ahli keluarga perempuan sakit, tahu nak cari doctor perempuan"

Bagi saya ini isu individu. Terpulang pada individu, bersama mereka ada hak mereka. Ibaratnya begini apabila wanita-wanita kata poligami memang tak salah tetapi jangan suami mereka yang berpoligami. Dapat diqiaskan, bagi lelaki kalau ada perempuan nak jadi doctor tak salah dan dialu-alukan tetapi taknak isteri mereka doctor.

Hak peribadi masing-masing untuk memilih berdasarkan perancangan mereka. Antara pengorbanan yang perlu doktor perempuan lakukan. Boleh jadi pandangan umum orang awam agak tak adil. Saya selaku seorang pelajar perubatan tak berani mengaku bidang inilah paling sibuk. Ingat bidang syariah mudah ke? engine mudah ke? sains sosial mudah ke? Doctor hanyalah satu contoh daripada karier-karier lain yang turut menuntut masa kerja lebih. Bukan senang nak cari pasangan yang sibuk diluar rumah tetapi urusan dalam rumah tidak terabai.

Buat doktor-doktor wanita diluar sana, yakinlah jika diniatkan kerana Allah, ganjaran Allah menanti di akhirat kelak.

p/s:
- ingatkan nak letak gambar dalam post ni. Gambar doctor yang diceritakan diatas sedang buat melakukan konsultansi dengan pesakit sambil merokok. :) Suasana yang susah nak jumpa rasanya di hospital kerajaan malaysia tetapi tidak di Jordan. Tapi tak sempat snap hari tu. haha. Allah susun tak nak aku aibkan mana-mana pihak kot.
- Ada orang tu dah jumpa salah satu teknik taknak bagi nampak rajin stalk.lol.
- Besar sangat ke ego dalam diri ? serius aku takut. :'(

Friday, October 5, 2012

Dia lebih mengetahui


Dalam hati selalu timbul "kalau aku dibesarkan dalam keluarga yang tak tekankan tentang Islam dan bila dah besar baru dapat faham Islam, pasti lebih menghargainya". Pasti ada di luar sana terfikir perkara sama.

Bukti-bukti yang wujud diluar sana, mereka yang baru peroleh kefahaman Islam lebih menghargainya dan betul-betul berpegang padanya. Lihat golongan revert, mereka lebih bersungguh dalam dakwah. Dan orang kata, mereka yang baru berjinak dengan mana-mana gerakan Islam, mereka lebih semangat dalam membina diri dan lebih cepat dalam mengajak orang lain bersama.

Kadang-kadang perkara sebegini menyebabkan berlaku lintasan seperti disebut diatas. Sesuatu yang diperoleh dengan cara yang sukar secara ghalibnya akan lebih dihargai berbanding sesuatu yang diperoleh secara mudah. Lahir dalam keluarga yang faham Islam kemudian bersekolah di sekolah yang tekankan Islam boleh jadi antara sebab kurangnya menghargai kefahaman yang diperoleh secara mudah sejak kecil.

Manfaatkan apa di tangan

Pernah dengar kisah seorang abid yang tertipu dengan perangkap syaitan? Kononnya untuk menjadi lebih rajin beribadah, perlu lakukan maksiat agar selepas itu benar-benar menyesal. Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini, bersyukur dengan keadaan kita, jangan sesekali kita cuba berjinak dengan kemaksiatan yang kononnya dapat menyebabkan penyesalan dan menyebabkan kita lebih bersungguh. Jangan sesekali cuba dekati kemaksiatan. Kita tidak tahu samada kita mampu keluar once kita terlibat atau terus terjebak. Mengikut nafsu ibarat minum air laut, lagi kita minum bertambah makin bertambah haus.

Begitu juga rungutan yang biasa kita dengar, "kalau hidup zaman Rasulullah saw kan untung, dapat berjuang bersama baginda.". No, bersyukurlah dengan apa yang telah Allah tetapkan pada kita.

Memang beruntung jika menjadi golongan yang bersama baginda, bagaimana jika kita kita hidup pada zaman baginda tetapi kita lah yang menjadi penentang dakwah Rasulullah saw? Bukankah itu satu malapetaka. Bersyukur dengan apa yang telah Allah susun, Allah lebih tahu tentang apa yang terbaik buat kita. Buktikan kecintaan kita pada Rasulullah saw dengan melaksanakan apa yang baginda wariskan.

Darjat umat akhir zaman tiada kurangnya berbanding para sahabat seperti mana dalam satu hadis, Nabi Muhammad saw menangis teringatkan ikhwan(saudara)nya. Ikhwan yang dimaksudkan ialah mereka yang datang selepas Rasulullah ,beriman kepadanya walaupun tidak pernah melihatnya.

Lately terjumpa dengan satu jawapan lagi. Mungkin jawapan ini lebih secara peribadi.

Agak-agak kalau aku tidak membesar dalam keluarga yang faham tentang Islam, ada ke orang yang sanggup tarik aku? Dengan potensi yang tiada untuk dimanfaatkan, siapalah yang nak dekati. Penyusunan Allah itu memang paling cantik. Boleh jadi aku akan terus terkapai-kapai dan tiada yang sanggup datang untuk selamatkan.

Juga penyusunan Allah swt yang tidak menjadikan aku seorang yang mudah merajuk bagi masa yang lama. Tertanya-tanya secara monolog, jika aku merajuk ada ke orang nak datang pujuk?. "Biarlah dia", "bukan ada faedah pun", Ini antara respon yang aku agak akan berlaku. Bukan ingin sangka buruk, tetapi cuba didik diri hadapi kenyataan.

Seriously, penyusunan Allah memang dah sangat cantik. Tidak perlu meminta yang bukan-bukan.

................................

-sampai sekarang aku cuba elak untuk rasa inferior, tetapi akhirnya tetap tak boleh lari bisikan "aku memang tiada apa-apa kelebihan."

- orang kata, lelaki bila sibuk makin kurang bercakap. Subjek tahun 5 tidaklah berat orang kata, tetapi exam setiap 2 minggu sudah cukup menjadikannya berat. Perlu belajar secara harian, tiada peluang untuk tidur ketika kelas kerana kuantiti pelajar yang sikit agak memenatkan. Kini terasa kesannya, malas untuk bercakap. Malam lebih banyak dihabiskan dalam bilik sendiri.