Tuesday, July 10, 2012

Respect vs Caring

Sekarang di Irbid orang banyak berbual tentang isu perkahwinan.Satu demi satu jemputan datang.Batch aku di JUST sahaja ada 5 orang bakal melangsungkan perkahwinan cuti akan datang ini.2 daripada 5 orang tersebut akan jadi satu pasangan.Maka pecahlah taboo taanggapan tiada yang akan berkahwin sesama batch Just08.Semuanya sudah boleh agak dari awal,cuma pasangan se batch yang agak surprising.

Alang-alang orang tengah hangat berbual isu ini,nak tulis sedikit tentang perkara berkaitan.Ada satu teori tentang cara perhubungan suami isteri.Hasil campuran pemikiran logik dan terbaca beberapa bacaan,saya agak bersetuju.Tak pasti ianya betul atau tidak.

………………

Dalam kajian,primary need untuk seorang lelaki ialah respect manakala primary need untuk wanita ialah caring.

Jika perhatikan,kandungan teks Al-Quran atau hadis yang ditujukan kepada isteri berbeza dengan yang ditujukan kepada suami.

Dalam al-Quran atau hadis,suruhan kepada wanita kebanyakannya bukan berbentuk perlu caring atau loving.Kenapa begini?

Kerana bagi wanita sifat ini telah wujud secara fitrah.

Orang yang banyak menghabiskan masa dengan belajar,kita tidak berpesan kepadanya untuk belajar,kita akan pesan supaya lakukan aktiviti lain manakala mereka yang sibuk dengan aktiviti lain,pasti kita akan suruh untuk belajar.

Ayat yang ditujukan kepada wanita seperti,

An-nisa':34

“ ... Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama ...”.

atau hadis yang dicatatkan oleh Abu Hurairah,

"Sebaik-baik isteri ialah apbila engkau memandang ia menyenangkan, bila engkau perintah ia taat kepadamu, dan bila engkau tidak ada di sisinya, ia menjaga kehormatan dan harta(suaminya).”

Kandungan nas ini berbentuk suatu penghormatan yang perlu diberikan oleh si isteri kepada suami.Kerana perkara ini tidak lahir secara natural dalam diri wanita.

Manakala apabila suruhan ditujukan kepada lelaki,ia lebih berbentuk supaya berbuat baik atau istilah lain caring.

An-nisa':19

"...bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik... "

“Orang-orang yang terbaik dan kamu sekalian ialah mereka yang lebih baik dan kamu dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah orang yang terbaik dari kamu sekalian dalam mempergauli keluargaku." (Riwayat lbnu Asakir)

Sifat caring bukan suatu yang lahir secara natural dalam diri lelaki.Pasti ada sebab kenapa kandungan teks yang ditujukan kepada wanita berbeza dengan lelaki.Fisiologi dan emosi lelaki berbeza dengan wanita.

Tidak bermaksud disini isteri tidak perlu caring kepada suami dan suami tidak perlu respect kepada isteri.

Satu maklumat yang perlu tahu,jika wanita mengadu lelaki penindas,pemarah dsb,lelaki jenis begini bukan sekadar terhadap wanita bersikap begitu,dengan lelaki pun sama.Mereka bertindak atas dasar kepentingan diri dan apabila merasakan orang lain berada di tahap lebih rendah.

Terfikir seperkara,dalam hadis tentang isteri solehah ada disebut yang "bila engkau perintah ia taat padamu" Adakah bermaksud disini sifat seorang wanita itu suka rebel hingga perlu ada hadis yang menyuruh supaya berlaku taat ? Ataupun sebenarnya sukar bagi seorang suami untuk dapat menundukkan seorang wanita.(and  for sure lah tentang perkara yang selagi mana tidak melanggar syara')

[minta maaf jika ada tersilap fakta atau penafsiran.saya bukan pelajar syariah.boleh tolong betulkan]

………………

Berbual dengan rakan,pernah ditanya seorang syeikh berkaitan pemilihan zaujah,balas beliau “jangan fikir lagi kalau belum serius”.Makna kata lain,jangan berbincang atau berfikir perkara yang tidak membuahkan amal.Memang tepat kena sasaran,perhatikan banyak orang hanya suka-suka untuk bercakap perkara ini.Dan aku pun tergolong sekali apabila menulis isu ini secara suka-suka dalam blog.

Point lain yang diceritakan oleh syeikh tersebut,suasana sekarang bukanlah suasana yang solehah dan kondusif untuk pembentukan generasi baru yang berIman dan bertaqwa.Disinilah kepentingan pemilihan zaujah solehah agar generasi baru yang berIman dan berTaqwa dapat dibentuk dari rumah.

p/s:

-Apabila bertalu-talu undangan walimatul urus datang,orang mula gosip who’s next.Paling tak tahan,entah datang dari ceruk mana nama aku boleh turut naik.Haih.Respon aku secara berseloroh,kalau buat tahun ini juga,nanti kenduri sendiri pun terlepas sebab nak penuhi jemputan kawan-kawan. :p

-akhirnya travelog turkey bahagian kedua tidak juga disiapkan.Summer sem ni perasaan malas memuncak.Hidup tak muntij.Sebelum start kelas target macam-macam.Last-last tidur,makan,minum dan mengadap laptop.Badan makin berat,hati juga makin “berat”.Padahal ramadhan dah dekat.

Sunday, July 1, 2012

Turkey 2012: babak pertama

Bagi meraikan dan menemani sahabat setravel(Ikhwan) yang belum menjejakkan kaki ke luar Istanbul,saya bersetuju untuk turut serta bersama menuju ke beberapa tempat terlebih dahulu sebelum kembali ke Istanbul pada 9hb Jun untuk memulakan bahagian kedua travel yang mana merupakan tujuan utama saya ke sana.

Antara tempat yang sempat kami pergi ialah Pamukkale dan Fethiye.

Malas nak tulis panjang,biar gambar yang menceritakan.Orang kampung saya kata "a picture worth a thousand words"

Pamukkale Terrace

Antara tempat yang saya sangat tertarik dengan bentuk muka buminya.Terbentuk dari travertine.Warna putih disebabkan kandungan mineral karbonat.Bagi saya,selain Pamukkale Terrace,satu lagi tempat yang pernah saya pergi di Turki yang bentuk geografi menarik ialah Kapadokya.

Perkara yang tak menarik tentang tempat ini,kalau datang ketika musim panas,kena jaga mata sikit dan harga tiket masuk yang mahal.

Selepas Pamukkale meneruskan perjalanan ke selatan ke Fethiye.Sebuah bandar yang mengambil nama sempena seorang pilot tentera Ottoman Empire yang pesawatnya ditembak jatuh di Syria.Beliau dilahirkan dibandar ini.

Aktiviti paragliding di Uludeniz,Fethiye.

Tujuan utama kami ke Fethiye ialah untuk melakukan aktiviti ini.Dikategorikan sebagai sukan ekstreme.Mula-mula agak cuak juga ketika take off.Namun apabila sudah berada di udara,seriously best.Harga pun "best" juga.



 pemandangan Blue Lagoon,Uludeniz dari atas.

2 hari 1 malam berada di Fethiye.2 hari selepas itu ketika di Fetih,Istanbul terbaca berita Fethiye dilanda gempa bumi berukuran 6.5 skala richter.Tiada kemusnahan teruk dan kematian dilaporkan.

Menarik tentang Fethiye,pada hari pertama di sana,Allah izin untuk dipertemukan dengan sekelompok ahli Jemaah Nur.Sebuah gerakan Islam dibawah pengaruh Badiuzzaman Said Nursi.

Pertemuan yang tidak dirancang itu bermula apabila sedang kami menunaikan solat isyak' di sebuah masjid,tetiba ada yang turut follow.Selesai menunaikan solat datang salah seorang tegur.Mungkin beliau pelik ada juga tourists yang datang tunaikan solat.Boleh jadi sebab itu beliau cuba dekati.

Perbualan di masjid dilanjutkan ke sebuah kedai makan.Alang-alang memang kami keluar malam itu untuk cari makan.Sebenarnya part ini yang menarik kerana diajak makan sekali.Jimat duit.LOL.Sudahlah diajak makan bersama di sebuah restoren yang agak mahal.

Sambil makan,sambil bertaaruf lebih.Kagum dengan mereka,dari awal hingga habis tak habis-habis cuba menyebarkan ideologi yang dibawanya.Setiap ruang atau peluang mereka cuba selitkan penyebaran fikrah mereka.

Sumber rujukan dalam memahami fikrah mereka ialah Risalah Nur yang dikarang Badiuzzaman Said Nursi.Risalah ini telah diterjemah ke banyak bahasa.Pernah terdengar sebelum ini tapi belum berpeluang untuk baca.Boleh kesan dalam perbualan bersama mereka,sikit-sikit mereka akan sebut cuba baca dalam risalah nur,ada menjelaskan.Mereka menghadiahkan beberapa jilid risalah nur (english version) kepada kami.Namun hingga hari ini,masih belum berkesempatan untuk baca.Dah kerja tengok movie je,bila nak baca.

Juga diceritakan apa yang gerakan mereka telah buat.Kerja dakwah mereka bukan sekadar terhad dalam Turki malah hingga ke benua afrika.Ada seorang brother yang kemudian kami bertemu apabila dibawa ke madrasah milik mereka,beliau baru balik dari Cape Town,Afrika Selatan setelah bermaustatin selama setahun untuk melakukan kerja-kerja dakwah disana.

Madrasah yang dimaksudkan disini ialah sebuah rumah yang menempatkan beberapa pelajar universiti.Lebih kurang seperti dorm.Pelbagai aktiviti disusun untuk pelajar-pelajar ini.Mengharapkan pelajaran yang diperoleh di universiti,tidak cukup untuk membangunkan modal insan.Diatas kesedaran ini mereka mengambil inisiatif mewujudkan madrasah disamping menjadi markaz bagi aktiviti yang mereka laksanakan.

Waktu isyak yang lewat membantutkan kami untuk berbual panjang.Terpaksa minta diri apabila sudah lewat malam.Bertemu dengan sebuah gerakan Islam yang cuba menyebarkan Islam,memberi sedikit kekuatan.Kita tidak berseorangan dalam melakukan kerja-kerja ini dan gerombolon dakwah akan terus bergerak.Terpulang pada kita untuk turut serta atau tidak.Mohon pada Allah swt supaya kita tergolong sama.

Seorang brother ada kata "walau apapun pekerjaan kita,kerja utama kita tetap sebarkan Islam" (ini setelah saya terjemah,dia cakap dalam english).

Ops terpanjang pula,terlupa ada lagi tempat yang perlu ditulis dalam post ini.Kembali semula ke Istanbul setelah puas enjoy di Fethiye.Walaupun ini bagi kedua bagi saya dan kali ketiga bagi Ikhwan menjejakkan kaki ke Istanbul,ada beberapa tempat yang kami belum berkesempatan untuk pergi sebelum ini.


Eyyup Sultan Camii (baca: Camii=Jamii)

menempatkan maqam sahabat nabi Ayyub Al-Ansari ra.Cuba bayangkan bagaimana sahabat yang berasal dari Madinah boleh dikebumikan di Istanbul? Bukannya dekat Madinah-Istanbul.

Maqam Sultan Muhammad II atau lebih dikenali Muhammad Al-fateh

Pembuka kota constantinople.Tidak perlu diterangkan lagi sejarah beliau.Boleh google.
Ketika mencari jalan ke tempat bersemadinya jasad Sultan Muhammad Al-fateh ini,dalam hati "patutlah kebiasaanya orang yang pergi Turki sendiri tak pergi tempat ni dengan Eyyup Camii.jauh dari metro dan perlu jalan jauh"


Muzium yang dibina bagi para pengunjung dapat merasai seperti hidup pada tahun 1453M.

Seterusnya bergerak menuju ke lapangan terbang bagi meneruskan agenda untuk enjoy yang seterusnya.

p/s:
-dah 2 minggu baru tulis travelog ringkas ini.Baru semangat setelah baru sedut gambar dari kawan.
-kali pertama dahulu,dalam rakan2 setravel,aku seorang yang henset tak boleh wifi.kali ni bila henset dah upgrade sikit,bila nak naik bas je mesti tanya terlebih dahulu bas ada wifi tak? huh hidup tak tenteram tanpa internet.
-for my family,kalau ada terbaca post ni,ada sikit gambar dalam ni.malas nak upload dalam fb banyak2.