Wednesday, June 27, 2012

Crazy cycle

Contoh Kes 1:

“Meoww!!!” seekor kucing menjerit kesakitan.
Malam itu malam yang malang buat si kucing. Dia tidur dengan kesakitan dan kemarahan. Perutnya senak disepak tanpa hujung pangkalnya.
“Apa salah aku?” menung si kucing di balik almari.
PETANG ITU
“Kenapa awak lewat fakskan dokumen tersebut?” tanya seorang CEO kepada setiausahanya.
“Err, Pengurus Jualan lewat menyerahkannya kepada saya” jawab beliau. Terketar-ketar.
“Ahhh! Macam-macam alasan awak. Saya bosan mendengarnya. Pergi semula kepada Pengurus Jualan dan betulkan dokumen tersebut. Sudahlah lewat. Salah pula tu!” bentak bos besar.
Marah sungguh.
Setiausahanya dengan muka yang merah padam meninggalkan pejabat beliau menuju kepada Pengurus Jualan.
“Itulah tuan! Tuan yang lewat serahkan dokumen tersebut, saya pula yang kena marah. Dokumen salah pula tu!” kata Setiausaha CEO tersebut.
Pengurus Jualan terkejut.
“Awak kalau nak berurusan dengan saya, ketuk pintu dahulu. Itu pun awak tak tahu ke?” Pengurus Jualan meninggikan suara.
“Ahhh! Sudahlah. Ketuk pintu ke, tak ketuk pintu ke, Tuan tetap lewat serahkan semuanya kepada saya. Ambil dokumen ini dan betulkan semula!” Setiausaha CEO menghempas segenggam dokumen itu ke meja.
Beliau terus meninggalkan Pengurus Jualan.
Sama-sama marah.
Petang itu sungguh tercemar bagi Pengurus Jualan. Geram dengan sikap Setiausaha CEO yang tidak tahu berbudi bahasa. Geram dan marah dirinya diburukkan lagi oleh kesesakan jalanraya luar biasa.
“Aduh! Sempatkah aku kejar siaran Berita malam ini?” Pengurus Jualan sudah bengang.
Kemungkinan besar beliau tidak sempat melihat siaran temuramah siaran Berita TV10 dengannya siang tadi. Tiba di rumah, jam sudah mencecah 8:30 malam. Sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke rumah, isterinya dengan wajah berkerut di dahi menunggu di ruang tamu.
“Kenapa dengan awak?” tanya Pengurus Jualan kepada isterinya.
“Abang pakai baju comot sangat di televisyen tadi. Kawan saya telefon. Katanya saya tak jaga makan pakai suami!” kata sang isteri yang sebenarnya mahu bergurau dengan suami.
“Ahhh! Aku banyak masalah, itu pula yang disibukkannya! Makan malam dah siap ke???” tengking si suami yang sedang baran.
Si isteri sangat terkejut dengan amarah suaminya malam itu. Niat asal mahu bergurau berubah menjadi musibah. Tanpa banyak bicara beliau segera menuju ke dapur.
“Mama, tengok lukisan Adam! Cantik tak?” tiba-tiba si anak muncul di dapur dengan sekeping lukisan di tangan.
“Ahhh, sibuk sahaja kamu ni. Lukisan, lukisan, lukisan. Menghabiskan kertas A4 sahaja. Pergi naik atas buat kerja sekolah!” si ibu menengking anaknya.
Adam sungguh terkejut. Tidak sangka lukisannya berakhir dengan kemarahan si ibu.
Tiba-tiba kucing kesayangannya datang menggosok-gosokkan badan di kaki Adam.
“Meowww!!!” kucing itu menjerit.
Adam menyepak si kucing dengan penuh kemarahan.
Soalannya, siapakah sebenarnya yang menyepak si kucing malang itu?

-Cerita ini diambil dari blog Ustaz Hasrizal.Nak karang cerita sendiri tak pandai.-
Contoh Kes 2:
Seorang suami melakukan sesuatu yang kelihatan tidak penyayang pada pandangan si isteri.Respon isteri apabila dia merasakan dirinya dilayan teruk,dia akan respon dengan tindakan tidak menghormati suami tersebut.
Selepas itu reaksi suami pula,dia akan bertindak dengan lebih kasar kerana isteri tersebut tidak hormat padanya.Dan isteri tersebut makin tidak hormat dan seterusnya.
Contoh Kes 3: 
Baru-baru ini di Malaysia kecoh tentang isu kehadiran Irshad Manji.Tempias bukan sekadar di Malaysia malah rakyat Malaysia di negara lain turut berbicara akan hal ini.Sudah banyak pendapat dan solusi boleh kita dapati dari pelbagai tokoh.
Trend reaksi masyarakat begini,pada permulaannya ramai yang menghentam dia,kemudian didedahkan dia jadi begitu kerana latar belakang keluarga.Ramai pula yang kasihan dengan Manji dan mula menyalahkan ayah nya pula.Suasana yang terbentuk dalam keluarga melahirkan golongan feminist seperti Manji.
Dan aku pula tertanya-tanya,bagaimana ayahnya boleh jadi begitu? Tidak mungkin ayahnya tetiba boleh jadi sebegitu tanpa pengaruh lain.

Kesimpulan recycle_arrowsSetiap kejadian yang berlaku tidak se simple yang disangka.Ia pasti ada kaitan dengan perkara lain dan akan mengaitkan perkara lain pula.Crazy cycle ini terus-menerus berpusing.
Beruntunglah siapa yang berjaya memutuskan rantaian ini.Disaat keadaan menekan dia untuk ke belakang dia berjaya membebaskan diri untuk mara ke hadapan.
Dari Abu Hurairah r.a : “Bersabda Rasulullah saw: “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”. (riwayat Muslim)
Dan rugilah mereka yang memulakan rantaian.Kesannya bukan pendek tapi berpanjangan.
Ini dari sudut perkara negatif,begitu juga dalam perkara-perkara positif.Jadilah penyambung dalam rantaian kebaikan atau pemula bagi kebaikan.



Tuesday, June 26, 2012

Turkey 2012: Prolog

Kepala tengah pening-pening dengan pelajaran.Banyak lagi material yang belum dibaca.Rasa diri belum bersedia untuk ambil exam paediatric.Seusai azan isyak,menggerakkan kaki menuju ke masjid bagi menunaikan solat fardu secara berjemaah sambil menenangkan fikiran.Antara tempat yang dapat meleraikan kekusutan fikiran.

Selesai solat isyak,seorang sahabat datang dekati.Muqaddimah terlebih dahulu dengan bertanya khabar dan bagaimana exam.Kemudian tiba point utama "nta nak pergi turkey tak?.Ada sahabat malaysia ....". Ketika itu malas berfikir panjang.Niat pada awalnya taknak ke mana-mana kerana duit yang diperuntukkan untuk leisure tidak berbaki banyak.Akan tetapi memikirkan peluang yang bukan senang untuk datang,terus bersetuju.Cadangnya keesokan hari setelah exam akan beli tiket.

Keluar dari dewan exam dengan mood yang sangat tak stabil.Tak pernah seumur hidup menembak sebanyak ini.Tembakan yang langsung tiada idea apa sasarannya.Dalam hati dah redha "kalau fail kena ambil takmili,balik juga malaysia tapi kembali lebih awal ke Jordan".Riak wajah kena cover dengan senyum.Dalam hati hanya Allah yang tahu.Kelebihan lelaki yang perlu digunakan,tidak mengekspresikan apa dihati.

Terus tiada mood untuk ke Turkey.Segera menelefon sahabat yang mengajak untuk memaklumkan "ana tak jadi kot nak pi turkey".Markah yang belum menentu membuatkan diri tidak tenang untuk pergi berjalan-jalan.Namun alhamdulillah ada sahabat yang positif.Beliau suruh balik rumah dahulu nanti bincang lain.Keputusan ketika emosi tak stabil selalunya akan bawa penyesalan.

Dalam perjalanan balik ke rumah,asyik memikirkan nak pergi ke tidak.Teringat pesanan mak dalam panggilan telefon sehari sebelum "exam yang lepas lupakan.dah lepas nak buat camna.Fokus kepada yang baki".Qias dari itu,aku ambil keputusan untuk ke Turkey.Result bukan boleh berubah pun kalau tidak pergi berjalan.Dalam diri dah nekad,akan tetap pergi walau apa yang bakal terjadi.Exam selesai 3hb,bertolak 6hb.
 
Kali kedua menjejakkan kaki ke bumi khalifah,juga bumi bapa munafik Mustafa Kemal.Tujuan berbeza berbanding yang pertama dahulu iaitu pada cuti summer 2010.

Sehingga 6hb,markah exam tetap belum keluar.Setiap kali punya akses wifi,terus buka fb nak lihat kawan-kawan dah kecoh markah dah keluar atau belum.Tetap tiada berita tentang markah paediatirc.Subjek killer bagi ramai orang.Hari ke-3 di Turkey,baru dapat tahu markah paed.Alhamdulillah ssegala pujian kepada Allah.Lepas,sedikit melegakan untuk meneruskan perjalanan.Namun agak sedih,beberapa rakan tidak punya nasib yang sama.Dan agak terkilan tak mampu berada bersama di Irbid untuk beri moral support.

..........................................

Ok selesai cerita bagaimana boleh tergerak untuk kesana.Sebenarnya tak pasti nak bermula dimana.Sudah seminggu lebih kembali ke Jordan.Baru ada semangat nak tulis sedikit catatan.Secara kasar,perjalanan di Turkey boleh dibahagikan kepada 2 bahagian:
Bahagian pertama untuk enjoy,bahagian kedua juga untuk enjoy =)

Jika diizinkan Allah dan kalau rajin,post ini akan ada sambungannya.

Ada masanya,orang dapat memahami kedai itu tutup walaupun tiada tanda closed.Salah faham akan timbul jika pintu dibiarkan terbuka,lampu menyala dan ada yang melayan.
and wondering,did I start to get jealous?

-ramadhan kurang dari sebulan.persediaan perlu lebih digiatkan.
-segala puji bagi Allah yang mengurniakan kemenangan kepada pihak Islami dalam pilihanraya presiden mesir.Usaha yang bukan mengambil masa setahun dua,bukan sedikit tenaga yang dicurahkan,bukan sedikit manusia yang terkorban.Semoga masa depan mesir bersama Islam seterusnya masa depan dunia bersama Islam.