Saturday, April 28, 2012

Positive Thinking

*tajuk dalam english tetapi post dalam bahasa.

Apabila datang seorang yang sedang down dalam kehidupnya mengadu itu ini,semestinya kita akan menyuruh dia berfikiran positif dengan menyangka baik dengan apa yang disusun dan cuba tingkatkan usaha.Cuba sedaya upaya memberinya motivasi untuk tidak berputus asa dan teruskan melangkah.
Jadi suatu yang kelakar pula bila aku buat begini orang kata aku ini seorang yang positif padahal hakikatnya ....(hanya Allah yang lebih mengetahui)

caj +ve dan -ve saling memerlukan.
ketika orang lain -ve,takkan nak -ve juga :p
Peroleh pengajaran penting baru-baru ini,seseorang yang berfikiran negatif atau bahasa lain pesimis kebiasaannya juga memiliki sifat-sifat negatif.Berfikir sejenak dan renung sebentar,erm ada benarnya.

4 Ciri manusia positif :

1)Mental/jiwa yang sihat
Seorang yang positif punya pemikiran yang sihat dan sejahtera.Halangan untuk memiliki jiwa yang tenang dan sejahtera ialah kerisauan yang melampau.Kerisauan akan masa lampau yang boleh dikaitkan dengan sifat sedih atau risau akan masa hadapan yang dikaitkan dengan rasa gelisah

2)Mampu beramal.
Mempunyai kehendak dan kemampuan untuk beramal.Menggunakan segala potensi yang ada pada diri untuk mencapai impian dan matlamat.Seseorang yang memiliki khudrat tubuh badan dan keinginan yang kuat.Jauh dari sifat lemah dan malas.

3)Bersedia untuk berkorban.
Berkorban tenaga dan harta.Sanggup menyerahkan diri dan tidak lokek dalam mengeluarkan harta/wang.Halangannya ialah pengecut dan bakhil.

4)Kebebasan/Freedom
Kebebasan dari belenggu hutang dan kebebasan dari tekanan mana-mana individu.

(maaf sekiranya ayat macam keling sikit.Ini ditulis berdasarkan pemahaman dan tak tahu susun atur/penggunaan ayat yang lebih sesuai)

Kalau perasan,dalam setiap ciri positif,ada dua sifat negatif yang menjadi penghalang untuk menjadi seorang yang positif.Sifat-sifat ini yang perlu kita elakkan agar menjadi manusia yang positif dan seterusnya bergerak menjadi produktif.

Dalam doa mathurat ada diajar untuk kita berdoa,doa mohon jauh dari sifat-sifat mereka yang negative thinking.
اللهم إنى أعوذ بك من الهم والحزن.. وأعوذ بك من العجز والكسل وأعوذ بك الجبن والبخل وأعوذ بك غلبة الدين وقهر الرجال

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa gelisah dan kesedihan,dari ketidakupayaan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung dari tekanan hutang dan penguasaan lelaki
gelas diisi separuh atau gelas kosong separuh
Antara petanda sesorang itu seorang yang positif,apabila ditunjukkan kepadanya bunga,dia akan describe bunga itu lawa,menarik,menenangkan dan bla3.Bagi yang jenis negatif akan kata apasal berduri,ada tompok hitam sikit dan bla3.

Erm,next time nak cuba latih dari sekecil-kecil perkara.
Dan cuba lebih berhati-hati dalam perbuatan,kata-kata dan tulisan.

Jalan-jalan dalam dunia maya,terjumpa web ini, http://mhei.hubpages.com/hub/inferiotiycomplex
Oh banyak rupanya artikel atau kajian berkaitan inferiority complex kerana masalah ini dialami banyak orang.Bukan perkara biasa bahkan satu complexity. 
Tetiba risau,harap-harap tak seteruk ini.Doakan.

Monday, April 23, 2012

Takdir tak silap

Pasti selalu kita dengar "tak larat nak study hard.nanti result bukan gempak mana pun"

Akui kadang-kadang (malah selalu) akan timbul perkara seumpama ini dalam diri.Menyebabkan malas untuk bersusah-payah sikit kerana hasil yang bakal diperoleh tidak berbaloi.

"aku memang tak mampu.nak buat camne"

Kemudian terfikir perkara ini boleh jadi juga timbul sebab untuk membenarkan diri kita tidak berusaha sehabis baik.Bukan kita percaya kita tak mampu tetapi untuk membenarkan diri bermalas-malasan dengan alasan kalau buat elok-elok hasil tetap tidak memberangsangkan.

I guess destiny is not the path given to us but the path we choose for ourselves.
-filem Megamind-

Kerana kita tahu bukan senang untuk mendaki gunung yang tinggi.Mujahadah bukan suatu perkara yang mudah.

Newton's First Law (Law of Inertia)
a body remains at rest or in motion with a constant velocity unless acted upon by an external force

atau boleh rujuk AQ surah Ar-Ra3d ayat 11.


Irbid sekarang tengah hangat dengan pilihanraya.Tahun ini dengan kaedah pencalonan baru,agak menarik suasana pilihanraya tahun ini.
Yang tak menarik,tak tahu nak undi siapa tahun ni,banyak muka baru yang tak kenal tambah-tambah akhawat.Tak tahu nak tolong kempen siapa.Inilah akibat tak aktif dalam bermasyarakat,banyak junior2 yang aku tak kenal bagaimana diorg bekerja.

*alhamdulillah orang tak kenal sangat aku dan tahu dulu belajar Matri,kalau tak habis buruk nama Matri.Sampai sekarang tak berani isi Matri dalam profile fb.Sini ramai ex-matri yang jadi tumpuan masyarakat dan bagus2.Taknak mencemarkan mereka.

Wednesday, April 18, 2012

Antara Bekalan

Akademi Tahfiz Zikr(kelas tahfiz bawah Permai) berjaya melahirkan graduan sulungnya dalam bulan lepas.Memang respek lah dengan graduan tersebut.Dalam kesibukan belajar pergigian dan pada masa sama orang kuat Permai masih sempat menghafal Al-Quran dalam masa 3 TAHUN SAHAJA.Orang kata dia tu pandai dalam pelajaran dan pandai cakap arab.Cukup pakej.

Rata-rata kawan-kawan sini yang sertai Tahfiz Zikr sudah menghafal hampir 10 juzuk.Aku ada kisah tersendiri kenapa tak masuk kelas tahfiz ini.

Teringat kisah dulu-dulu dalam menghafal Quran.Sekarang ini kalau orang tanya "dah berapa banyak tambah hafalan?"
Secara spontan jawab "makin berkurang ada la"

Teknik 1:Beri Ganjaran

Dalam keluarga masa kecik-kecik dulu tidaklah ditekankan sangat hafalan Quran.Peristiwa yang masih segar dalam ingatan antaranya abah suruh hafal satu surah masa darjah 2(kot).Ganjarannya akan bawa kami adik-beradik melancong ke Kelantan.Aku kena hafal Al-Alaq,abang sulung An-Naba',abang kedua Al-Fajr.Adik perempuan kena habiskan Iqra' (tak ingat iqra' jilid berapa).Yang bongsu tak muncul lagi time tu.

Teknik memberikan ganjaran memang antara teknik yang selalu digunakan mak abah sekiranya kami lepas mana-mana tahap dalam proses pembelajaran Al-Quran(benda lain pun ada juga disertakan hadiah).Selesai baca 1 jilid Iqra',boleh demand hadiah.Selesai semua Iqra' start baca Quran ada hadiah yang telah tetap iaitu jam tangan analog.Jam tangan digital abah tak galakkan untuk ajar kami bagaimana baca jarum jam.

Zaman sekarang dan mungkin bagi sesetengah keluarga lain nampak macam lekeh hadiahnya tapi ia sangat bernilai bagi kami yang hidup sederhana..Tambahan aku agak special ketika itu,masa aku khatam Iqra' 6 ditakdirkan Allah mak abah rancang menunaikan haji tahun tersebut(1998) maka mak offer nak belikan jam tangan dari Mekah tulisan jawi.Pergi sekolah nak menunjuk le tu.

Namun adik bongsu aku lagi beruntung,mungkin teknik perlu selari dengan peredaran zaman dan suasana sekeliling.Habis setiap jilid Iqra' dapat hadiah,tak perlu tunggu habis Iqra' 6 untuk dapat jam tangan,habis baca setiap juzuk Quran pun dapat lagi hadiah.Ada sedikit jeles di situ.haha.
Hasilnya minggu lepas masa call rumah dengar kata sekarang ni dah masuk juzuk ke-30.Umur baru 8 tahun dah nak khatam.Aku dulu 8 tahun baru mula baca Quran(satu bukti aku ni pemalas orangnya)

Teknik 2:Tiada Paksaan

Rasanya sekali tu je kot ditekankan untuk hafal.Tiada lagi selepas itu.Dalam banyak hal mak abah memang tak memaksa,mak abah ada sediakan ganjaran tetapi tidak memaksa.Contoh lain dalam hal akademik.Mak abah tak memaksa sangat.Zaman sekolah rendah dulu berapa banyak kali kena denda dengan cikgu sebab tak buat kerja sekolah.Tak sihat sikit boleh minta excuse tak pegi sekolah.Hujan lebat excuse sebab pegi sekolah naik basikal.Sekolah ada aktiviti lain excuse lagi dengan alasan pergi sekolah tak belajar.Serius memang malas time tu.sekarang pun serupa juga malas.

Bukan maksud sini semua perkara boleh excuse,ada sesetengah perkara memang tiada tolak ansur
Untuk belajar di Jordan ini pun bukan paksaan atau suruhan mak abah.Banyak perkara dari kecil aku diajar tiada siapa yang memaksa untuk lakukan sesuatu.Sesuatu perbuatan perlu lahir dari tolakan diri sendiri.

Buat Ingatan Pada Hari Ini

Kembali pada sejarah menghafal Quran,darjah 5 terpilih mewakili sekolah untuk pertandingan hafazan peringkat zon,time tu baru terkontang-kanting untuk cuba hafal.Mak abah tidak memaksa untuk hafal banyak-banyak.Cuma ada dorongan.Sebelum masuk pertandingan dapat la hafal surah Al-Lail hingga An-Nas.
Darjah 6 terpilih sekali lagi dan ketika itu berjaya hafal hingga Al-Buruj.Alhamdulillah time tu ada dapat nombor.

Masuk MATRI Allah izin dicampak dalam dorm huffaz 3 tahun pertama.Proses menghafal diteruskan dan ditingkatkan sikit-sikit.Bukan nak bangga tetapi dalam batch aku antara yang hafalan banyak sepanjang 5 tahun pengajian disana.(exclude yg mmg dtg dari maahad tahfiz)

Dari segi kualiti bacaan diakui agak kurang kerana pernah masuk sehingga final pertandingan hafazan peringkat sekolah tapi Allah izin tak menang.Dan jarang disuruh jadi imam kerana Ustaz Hadi tak kenal sangat dan tak rapat dengan senior-senior berpengaruh.

Apapun itu kisah dulu yang telah lama ditinggalkan.Yang penting saat dan ketika ini.Cikgu Abduh pernah mengungkapkan berkaitan penjagaan kesihatan dan boleh dikaitkan dengan perkara lain "kita taknak cakap dulu ana boleh buat ni,buat tu.Kita nak SEKARANG"

Sedih bila pandang diri hari ini.Hamasah entah ke mana.Jiwa lesu.Mungkin hati dikotori hingga berat untuk lakukan pembaikan diri.
MM ada sebut dalam salah sebuah bukunya,antara rahsia generasi dahulu mengahafal Al-Quran ialah kerana mereka mengamalkan isi kandungan Quran bukannya hafalan yang akan memudahkan pengamalan.
*Dup kena sebijik.
Mungkin ini antara faktor menyebabkan terasa begitu berat untuk menghafal.

Selalu kita pujuk diri kita at least kalau tak hafal tadabbur makna cukup.Kes ini rasanya terjadi pada banyak orang.Soal balik diri,ini ayat melepaskan diri atau apa.Kerana hakikat sebenarnya banyak antara kita tidak pun mentadabbur ayat-ayat Allah.
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَآ
 (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (surah Muhammad:24)

Ada seorang rakan pernah berkongsi,jika kita nak lihat bagaimana hubungan kita dengan Allah lihat hubungan kita dengan kalam Nya.Tak suka sebenarnya untuk menggunakan kalimah "hafazan" kerana ia membawa makna yang lebih besar.Merangkumi faham,ingat dan amal.


p/s:
-Sengaja dalam post ini tak letak gambar,biar tak menarik dan kemungkinan orang nak baca kurang.Ini hanya kisah lampau yang cuba diungkit untuk cuba menguatkan diri.

-Lebih kurang sebulan je lagi keluarga nak menerima orang baru.Nasib apabila berada jauh dari kampung halaman,kenduri first terlepas.Yang bakal jadi ahli keluarga itu pun tak pernah jumpa dan kenal.

Tuesday, April 3, 2012

Hidup perlu memilih 2.0

Sehari selepas post bertajuk Hidup Perlu Memilih sebelum ini ditulis,keputusan SPM keluar.Tak teringat pula akan SPM tahun ini.
Berdasarkan post lepas aku tulis pemilihan bidang pengajian selepas SPM merupakan antara keputusan besar yang perlu diteliti.

Mungkin agak pelik jika aku kerap mengulang perkara ini.Tak nak adik-adik tersilap dan tertekan di kemudian hari.

Berbual dengan rakan-rakan yang datang dari pelbagai jenis sekolah tak kira SBP,SBPI atau SMKA,rata-rata mengakui kebanyakan pelajar lepasan SPM mempunyai kemahiran membuat keputusan yang sangat lemah.Pelbagai faktor yang menjurus kepada berlakunya perkara ini.Faktor yang paling ketara bagi aku pengaruh masyarakat di sekeliling dan pendedahan yang amat kurang.

Apabila memperoleh banyak A,bidang-bidang seperti perubatan dan kejuruteraan selalunya menjadi keutamaan ramai pelajar,guru-guru atau saudara-mara.Ingatkan trend ini sudah berubah,nampaknya sama sahaja seperti 5 tahun lepas.

Banyak lagi bidang yang memerlukan pelajar cerdik pandai untuk ceburi.Ok mungkin ada juga perbahasan yang mengatakan pelajar yang memperoleh banyak A tidak semestinya pandai.Kita assume yang peroleh banyak A itu golongan pandai.Bidang sains politik,ekonomi,sosiologi,geografi,sejarahn dan media merupakan antara bidang penting yang perlu diceburi.Bidang-bidang ini selalunya diperlukan dalam menetapkan polisi sesebuah negara.Nak tak nak untuk Islam kuasai negara perlu ada golongan yang faham Islam dan cemerlang ceburi bidang ini.

Ketika keputusan SPM keluar hari tu perkara yang paling aku tak boleh terima apabila melihat komen-komen di facebook terhadap pelajar yang peroleh keputusan cemerlang dalam SPM "lepas ni bolehlah sambung medik"
Ada lagi rupanya jenis begini.Banyak pakar perubatan sekarang ini meramalkan dalam masa terdekat,Malaysia akan mengalami krisis lambakan doktor yang tidak berkompetensi akibat kenaikan yang terlalu mendadak tanpa ada pantauan dan latihan dari doktor pakar secara proper.

Minggu lepas di Irbid diadakan wacana perdana.Aku terfikir golongan doktor ni apa yang boleh sumbang dalam bentuk pukal begitu? Setakat talk penjagaan kesihatan atau fiqh medik je kot.Tiada kena mengena secara langsung berkenaan pemerintahan sesebuah negara.
Bincang dengan beberapa member ada yang cakap "kalau kita takde sapa nak rawat pembuat polisi-polisi negara"
Erm betul juga.Kesimpulan,semua bidang sebenarnya penting dan perlu lakukannya dengan terbaik.

Apabila memikirkan untuk menyumbang kepada skala yang besar,terfikir untuk specialise dalam community medicine.Tambah menarik,dalam ini ada juga melibatkan kira-kira.Kontranya ialah tak berjumpa dan rawat patient one-by-one.Sejak masuk klinikal ni rasa macam tak best pula kalau begitu,best kot jumpa patient.
Tak mengapa masa masih panjang,usahakan dulu apa yang sedang dilalui sekarang.

Berkenaan pemilihan ketiga.Dalam hati amat-amat berharap akan melaluinya dengan tenang jika pilihan telah dibuat.Pilihan yang kena dengan jiwa bukan jiwa yang perlu disesuaikan dengan pilihan.Penat sebenarnya untuk menyesuaikan jiwa.Nasib badan,banyak keadaan tak kena dengan keadaan jiwa yang asal dan perlu menyesuaikan diri selepas itu.Harga yang perlu dibayar apabila pilihan dikenali ramai.Selesa atau tidak,memang tak selesa walaupun ini bukan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.
Last sekali hanya mampu kata,"lantaklah."


Fuh,terasa cabarannya tambah2 first time.Harap-harap tak jatuh.