Thursday, March 29, 2012

GMJ


30 MARCH
Event sedunia merentasi bangsa dan agama.
Bagi sesiapa yang berpeluang rebutlah peluang untuk bersama.
Moga berjalan lancar dengan izin Allah.


Mula-mula dulu memang tak semangat sangat pun untuk join sebab seperti boleh baca persatuan sini akan tidak menggalakkan pelajar sertai.
Hari ini peluang seperti ada atas alasan menemani tetamu dari Malaysia.Tetapi hancur pada malam hari.Akibat lama tak main bola,kemudian ditambah permukaan yang licin.
Kan dah jatuh terseliuh. =(
Bukan sekali terseliuh.Bermain dengan sahabat2 punya pasal,malas nak keluar awal selagi boleh main.

Perasan seperkara,tiap kali ada tetamu dari luar,orang yang tiada komitmen lain seperti aku yang kena layan.Orang nampak  macam rajin,padahal bukan rajin pun,dah tiada orang lain takkan nak biar saja.
Orang rajin buat kerja tanpa disuruh,kalau setakat ikut suruhan orang bukan rajin namanya.

Tuesday, March 20, 2012

Hidup perlu memilih

Hidup ini penuh dengan pilihan yang perlu diputuskan.

Dalam kehidupan seharian bermula dari bangun tidur hingga tidur kembali kita perlu buat pilihan.
Bermula memilih untuk bangun tidur atau teruskan dengan tidur.
Memilih untuk ke terus ambil wuduk mengerjakan kewajipan(atau solat sunat) atau terus termenung atas katil.
Memilih nak mandi sebelum ke kelas atau tidak.
Memilih untuk ke kelas atau tidak.
Memilih untuk mendengar apa yang pensyarah katakan atau tidak.
Dan seterusnya hingga kita memilih untuk tidur awal atau lewat.

Orang kata dalam hidup ada 3 perkara besar yang perlu diteliti dalam memilih kerana akan bawa kesan jangka panjang.
1)pemilihan kos belajar selepas SPM
2)pemilihan kerjaya
3)pemilihan pasangan

Yang pertama telah lepas dan sedang dilalui dengan pelbagai bentuk perasaan.Sekejap turun sekejap naik.Sekejap manis sekejap masin.Moga 2 berbaki pilihan lebih tepat dan dapat lalui dalam keadaan yang lebih tenang dan tanpa tekanan walaupun tahu mustahil untuk sebegitu tanpa turun naik.

mana satu jalan pilihan kita??
تربية في أيدكم في أيدكم فقط
Lama perhati,emosi perempuan dan lelaki ni sama saja sebenarnya.Ia universal issue bukan gender issue.Dan semalam disahkan.Perempuan cuma lebih mudah ekspresikan emosi dalam riak wajah,perbuatan,kata-kata atau tulisan.Lelaki kurang pandai untuk ekspresikan emosi dan pandai sorok padahal dalam hati hanya tuan badan dan Allah yang tahu.

Saya baca dan tahu.Serba salah dan maaf jika membuatkan risau.Doakan baik-baik saja.
Just kadang-kadang rasa letih untuk cabar diri.Moga ia bukan selalu..


antara pilihan yg perlu dibuat,nak pergi ke kelas pkul 3-5 ptg satgi atau tidak :p 

Thursday, March 15, 2012

penat *sigh*

*post personal.xde manfaat.x perlu baca

rasa macam perlu jumpa psychiatrist.
seriously sukar untuk mengelak rasa itu.malah seperti satu tekanan jiwa.letih untuk hadapinya.

Bicara yang belum habis.

Setuju dengan saranan seorang rakan apabila diajak untuk study group "taknak aku.nanti bila tengok orang lain dah banyak tahu,banyak study rasa inferior.aku tak suka rasa camtu."
Penyelesaiannya, LARI/MENGELAK.
Erm, sometimes it can be applied in other situation and i've applied it. Boleh melangkah dengan jejak sendiri tanpa dibayangi.

Kata-kata "kita punya potensi besar untuk bermimpi kecil" tak boleh dijadikan pegangan.Membuatkan diri terasa sukar kerana memasang impian yang terlalu besar dek percaya diri mampu lakukannya.
Pemuda sepatutnya mempunyai kemahuan dan keinginan yang mendalam dalam mencapai impian.Owh mungkin ini yang dikatakan jadi tua sebelum tua.

Berbicara pasal mujahadah,sungguh merindui suasana zaman sekolah menengah.Dari segi lain mungkin  kurang sikit banding mujahadah dalam akademik.Tapi sekarang akademik pun tidak.

************ 

Satu peristiwa yg menunjukkan kadang-kadang aku mampu sebenarnya (ini untuk penyedap diri):
2-3 hari lepas result osce paed keluar.Ketika itu,semua pelajar ada perjumpaan dengan ketua department dan habis pukul 1.Result 1 jam setengah selepas itu.Pasrah,malas menunggu untuk melihat result.Menjangkakan pasti teruk.Pesan kepada kawan untuk tolong tengokkan.Sms ngan dia,erm ok boleh tahan juga not bad(sebenarnya teruk juga cuma lebih drp yg dijangka).
Alhamdulillah.Aku memandang pasti kerana doa orang lain.

-Tiap kali nak tulis sesuatu yang agak emosi mesti tak jadi takut nanti ada orang yang tak sepatutnya baca terbaca.Begitu juga di fb dan twitter.

-Lastly,pesan untuk diri sendiri jangan lupa Syria.Jujur apabila terbaca berita dari sana,kadang-kadang rasa hati dalam keadaan sakit kronik tahap severe.




Saturday, March 10, 2012

Thing we can control

There were two brothers, who grew up together in a family. First one was a successful school principal, very disciplined and organized. He was respected by students & teachers alike. When asked about the reason for his success, he replied, " It's all because of my father. He was a disciplinarian & never tolerated breaking of any rules. I worked out my own ways to ensure that I don't give him any reason to complain. I owe my success to him." 
The other brother turned out to be a ruffian who didn't have any job & ended up in jail many times. When asked about the reason for this behaviour, he replied, " It's all because of my father. He was a great tyrant & authoritarian & never tolerated any of my mistake. One day I couldn't take it any more, rebeled & left my house. He is responsible for destroying my life." 
Our life is made of 10% what happens to us, over which we have no control and 90% how we react to it. However, normally we blame our circumstances (which is just 10%) for all our problems.
Sudah lama terperasan cerita ini.
Dari cerita ini kita boleh ambil pengajaran dari 2 sudut berbeza.Satu dari sudut sebagai anak/orang yang dididik.Kedua dari sudut bapa/orang yang mendidik.

Mesti kita biasa dengar dan lihat dengan mata sendiri apabila ada seseorang menegur seorang yang lain,apa respon apabila teguran tak diterima?

Orang yang ditegur akan respon "apa ni,nak tegur,tegur la elok.ni kasar,tak berhikmah.camna nak ikut"
Orang yang menegur pula "yang penting isi teguran bukannya bentuk teguran itu."

Satu persamaan antara dua golongan ini.Dua-dua menyalahkan yang lain.
Orang yang ditegur menyalahkan orang yang menegur,orang yang menegur menyalahkan orang yang ditegur.Dua-dua complain tentang orang lain bukan complain tentang diri sendiri.Kita lebih suka merenung apa yang orang lain perlu ubah bukan apa yang perlu kita ubah.Cuba terbalikkan respon itu dan lebih memandang kepada apa yang diri sendiri perlu perbaiki bukan apa yang orang lain perlu perbaiki.

Tidak kiralah ketika itu sedang berada diposisi mana, mad'u atau daie.Muhasabah dahulu diri apa yang perlu ditingkatkan mengikut diposisi mana ketika itu.Budaya salah-menyalahkan selalunya jika berhenti setakat itu tidak menghasilkan apa-apa solusi.

Berbalik kepada cerita diatas.Sebagai bapa/orang yang sedang mendidik,setiap manusia punya berlainan personaliti.Maka cara pendekatan juga perlu berbeza.Bukan semua pokok mampu tumbuh subur di tanah gambut.Ada yang mampu subur di tanah pasir.Kenal pasti kaedah penjagaan yang sesuai supaya tumbuh subur dan berbuah.

Dari sudut seorang anak/orang yang sedang dididik (atau yang sedang mendidik diri sendiri),perlu pandang apa yang berlaku sekeliling secara positif.Allah menurut prasangka hambaNYA.Bersangka baik dengan segala penyusunan Allah.

Kita punya kuasa untuk ubah apa yang ada pada kita dan tiada kuasa untuk ubah apa yang telah berlaku sekeliling.
عَجَبٌ لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ ، وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلا لِلْمُؤْمِنِ ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ ، فَكَانَ خَيْرٌ لَهُ ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ , وَكَانَ خَيْرٌ لَهُ 
 -رواه مسلم- 
Ajaib orang mukmin.Apa yang berlaku semua baik.


agak alergik jika ada orang mulakan kerana akan ada satu tindakan reflek untuk mengungkit dan menyalahkan orang lain pula walaupun banyak perkara aku cuba blame diri sendiri.
salah menyalahkan berkaitan gender,ini lagi satu perkara yang aku alergik.

88 tahun ummat Islam terbiar tanpa siapa yang memayungi.

(perkara yang aku teringin dari dulu,buat poster menarik.
Tapi rasanya memang tiada bakat.Tak kreatif dan tak berseni)
Selesai sudah 5 hari cuti yang diisi penuh dengan aktiviti lagho.Cuti yang tak muntij.
Moga markah exam sebelum ini elok-elok sahaja.Rotation baru akan bermula seiring dengan berakhirnya winter.Aaaaaaargh tak seronok sebab tiap-tiap hari sudah perlu seterika baju.

Monday, March 5, 2012

Mamnou3 Tad5in

Hiburan di kala exam.
Jika ada trending Irbid,mesti isu ni boleh top.









[Tweet diatas ada juga yang di tweet oleh perempuan.Bukan lelaki sahaja]
Dah banyak komen yang diberi.Tak tahu perlu komen apa.

Kita memang senang lantang bersuara jika tak kena pada kita.Jika tiada kawan rapat atau saudara terdekat yang lakukan mesti senang hati untuk bersuara lantang.

Betullah tu,kalau kenalan atau saudara terdekat slow talk je kenapa perlu secara public.

Beruntung sebenarnya mereka yang tidak terdedah dengan perkara-perkara begini.Seorang kawan pernah bercerita, "ko ni golongan yang beruntung.tak pernah lalu apa yang aku lalu.Bukan kehendak aku nak buat semua ni tapi kalau dibesarkan dengan suasana camtu.ingat aku nak sangat dan taknak tinggal"

Pesannya lagi "nanti kalau ko nak jadi pendakwah jadilah yang cuba memahami dulu bukan terus menghukum."
(perbualan diatas tidak merujuk kpd kes rokok tapi perkara lain)

Balas aku "itulah ko yang kena berubah dan jadi pendakwah,ko lebih memahami jiwa yang macam ko".cakap memang senang padahal nak pesan utk diri juga.

Pernah suatu kali ketika 1st year ada akhawat complain syabab pergi kelas tak kemas pakai slipper.Dengan senang hati aku balas "akhawat bising syabab tak kemas pergi kelas,yg akhawat tak tutup aurat sempurna tak pula dibincangkan"
Lepas tu mati camtu je perbincangan.Mungkin ada tersilap sikit cara disitu.Allahua3lam.Time tu baru menjengah dunia sebenar.Samalah seperti mereka yang baru kenal dunia,sikit-sikit nak complain.
Dulu aku tengok lelaki pakai seluar pendek pun dah pelik.Tengok perempuan tak tutup aurat sempurna pun dah pelik.(pakaian ni 1st impression orang terhadap kita)

Itu aku suka ulang kata-kata seorang sahabat "mula-mula masuk tandas memang semuanya busuk".Moga tak jadi macam aku yang dah terbiasa dengan bau itu.

Sebenarnya banyak penyakit yang perlu dirawat.Tak perlu aneh sini aneh sana.Pelik sini pelik sana.Bukan semua nya dapat didikan atau dilahirkan dalam keluarga yang menitikberatkan soal tarbiyah.Entah-entah mereka yang kita lihat kini pesakit boleh jadi perawat pada masa akan datang.

Dakwah tersebar dengan kasih sayang.Teringat satu penyampaian ketika sekolah menengah dulu "mari kita takluk dunia ini dengan kasih sayang"
Kasih sayang yang manusia kebanyakan faham sebagai kasih sayang.

Moga Allah thabatkan hati di jalanNYA.


-gambar yang diattach tidak bermaksud saya setuju dengan mereka.Dari sini juga boleh lihat ada "something wrong".
Moga pemilik akaun twitter diatas tak buka blog ni dan tak perlu cari siapa.Kalau tidak,habis lah.
-alhamdulillah selesai OSCE pediatric.Jangan tanya exam tadi camna.Silapku juga.Hilang mood nak enjoy cuti 5 hari.Moga Allah lembutkan hati doktor.

Friday, March 2, 2012

Save Urself




Impian bukan rendah,
namun melangit tinggi,
sukar dan mustahil,
perlu bergerak walau perlahan,
bukan putus asa di awal perjalanan.


*******


Mencari spirit yang pernah ada suatu masa dahulu.Spirit cemerlang untuk ummah.
Entah apa silapnya tak ketemu.mungkin Iman yang melemah.


exam  OSCE paediatrics 5 Mac ni.doakan.