Sunday, February 19, 2012

Muroqib

Muroqib,isu yang tak pernah padam sejak dahulu.Walaupun banyak lagi isu yang belum selesai dari dulu tapi isu ini tetap “hot” dalam kalangan warga Irbid.Dapat lihat dari sini syabab mahupun akhwat begitu ambil berat tentang isu keselamatan.Alhamdulillah.

Telah beberapa kali isu ini dibangkitkan dan saya pun tak pasti dimana silapnya kerana kerap sangat isu ini berulang.

Keselamatan.Isu ini bukan isu di Jordan sahaja malah dimana-mana sahaja termasuk Malaysia.Jangan skeptik sangat.

Pepatah Melayu ada berbunyi “malang tidak berbau”
Begitulah yang selalu berlaku.Pengalaman 2 tahun saya pernah berada bawah JKK yang menjaga keselamatan warga Irbid ini,apabila dirasakan keadaan selamat,ketika itulah musibah berlaku.So langkah berhati-hati perlu sentiasa diberi perhatian kerana malang itu tidak berbau.

************

Kadang-kadang pening juga memikirkan reaksi warga Irbid ini kerana seperti tiada kesudahan.

Bilangan akhawat yang mengelak muroqib hanyalah minoriti.Tetapi isu ini digembur-gemburkan seperti semua.Begitu juga belah syabab,bukan semuanya sanggup muroqib.

Pelik kadang-kadang apabila berlaku sesuatu kes yang tidak dijangka,maka syabab akan bising pasal muroqib,
”itulah taknak muroqib,kan dah kena ganggu”
Dan yang menambahkan lagi emo aku(ni nak emo ni) apabila diminta bantuan kepada syabab tersebut untuk muroqib banyak pula alasan dia.(tak nafikan ada je syabab yang betul-betul commit dalam perkara ini)

Apabila khidmat muroqib ditolak oleh akhawat dengan alasan,syabab akan berkata “satgi kena kacau baru sedar”
Kata-kata yang paling aku anti sejak dahulu.Seolah-olah syabab itu pula penyebab akhawat tersebut tak diganggu.Nak berlagak hero pun pada-padalah.
Bukankah lebih baik/sweet kita iringi akhawat tersebut dengan doa supaya selamat sampai walaupun dia menolak khidmat muroqib physically.

Dalam adik-beradik saya hanya ada seorang adik perempuan.11 tahun saya hidup dengan hanya seorang adik ini.Saya pun tak nak perkara buruk berlaku padanya walaupun jika dia ada buat perangai.Dan saya juga amat berharap dia tahu menjaga keselamatan dirinya.

Akhawat-akhawat sini mereka juga seorang adik kepada seseorang,seorang kakak kepada seseorang atau seorang anak kepada ibu bapanya.

Pimpinan pelajar sini pernah kata dalam sembang-sembang bersama “waktu qarar ditetapkan bukan nak bagitahu boleh keluar selepas waktu itu tetapi dengan muroqib,tapi nak bagitahu kalau boleh jangan keluar”

************

Beruntung sebenarnya akhawat-akhawat sini,begitu ramai yang mengambil berat akan mereka.Maka harapannya mereka juga cuba menjaga diri mereka.Mungkin akhawat akan jawab “takkan akhawat taknak jaga keselamatan mereka pula kan.”

Cuba bayang jika hidup bersama keluarga di Malaysia,ada ke nak keluar saja-saja ketika malam? tak pasti jika ada.

Dalam isu muroqib saya suka mengambil pendekatan untuk melihat sahaja orang bising-bising.Malah kadang-kadang boleh jadi hiburan.huhu.
Jika ada yang minta tolong,akan cuba dihulurkan jika mampu.Kalau tak mampu akan cuba cari siapa yang mampu.Jika taknak minta tolong,nak buat camna.Biar je lah(ok ini sikap tak baik).
Semoga selamat je lah.

muroqib=pelajar lelaki yang tolong teman pelajar perempuan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain

waktu qarar=waktu yang diwajibkan pihak persatuan supaya menggunakan khidmat muroqib.

saya berani tulis pasal muroqib ni pun sebab tahu bukan ada orang buka pun blog ni.Tulis di fb ramai boleh terbaca.
Ini hanya luahan hati dan persepsi dari seorang yang bukan rajin sangat ambil berat pasal keselamatan.

322589_315974068451082_100001154745809_840873_1352253292_o*mintak-mintak takde warga Jordan yang sensitif buka blog ni :p

4 tahun menunggu.4 TAHUN.Lantaklah orang nak kata tu snow pellets bukan snow flakes.Janji dalam bahasa melayu tetap salji.haha.

cakap pasal muroqib teringat peristiwa tadi.macam mana boleh kantoi dengan seorang member padahal dah tukar nama supaya orang tidak syak apa-apa jika terpaksa jawab ketika sedang lepak dengan orang lain.

Saturday, February 18, 2012

Top secret


Top Secret(The Billionaire)

Filem ini adaptasi dari kisah Top Ittipat iaitu pemilik syarikat Tae Kae Noi.Beliau sekarang ini baru berusia 26 tahun dan memiliki hampir 2000 pekerja.

Kehidupannya bukan semuanya bermula dengan indah.
Keluarganya mengalami bankrupt ketika usianya 17 tahun.
okay stop about him.

*peringatan:post ini tidak berniat secara direct untuk mempromosi cerita.saya tak suruh pun korang cari atau tengok cerita ni.Segala aktiviti sia-sia yang berlaku saya berlepas tangan darinya :p

Pengajaran(contoh yang diberi mungkin tidak berkaitan):
-talent memang penting tapi hardwork lagi penting.

-jangan mudah berkecil hati walau apapun yang berlaku.


-if we give up,then there were none
Junjungan mulia kita Nabi Muhammad saw,di Taif baginda dihina tapi baginda tetap tidak berputus asa.Kalaulah kita mungkin akan berkata "korang dah besar,pandai-pandailah korang.aku dah sampaikan".Alhamdulillah baginda tidak bersikap begini,jika baginda bersikap begini mungkin tidak sampai risalah pada kita.

-hidup kena ada fokus.bukan semua perkara kita mampu buat.
hebatnya seseorang itu bukannya bermakna dia hebat segala jenis bidang tapi dia betul-betul kuasai perkara yang diceburinya.Sebagai contoh golongan para sahabat Rasulullah saw,bukan semuanya ulama' tapi masing-masing ada kekuatan/kemampuan masing-masing.Bergerak mengikut kemampuan.
(pesanan seorang rakan,"berhenti bandingkan diri kita dengan orang lain.mustahil semua orang tidak menyumbang.menjadi pendengar pun salah satu bentuk sumbangan)

-setiap usaha yang belum mendatangkan hasil bukan suatu kegagalan.teruskan mencuba kerana ia sebenarnya langkah untuk berjaya.
Cerita famous yang banyak kali telah dengar iaitu tentang Thomas Edison.Beliau telah mencuba 1000 kali sebelum berjaya cipta sebuah mentol.

Mungkin ada lagi tapi cukup sekadar ini.
Orang kata,sistem kapitalis sekarang meyebabkan yang kaya akan makin kaya manakala yang miskin akan terus miskin.

Bukan setakat ekonomi,jika dilihat dalam perkara lain juga berlaku.
Yang pandai akan makin pandai manakala yang kurang pandai akan makin bodoh.
Yang baik akan makin baik manakala yang jahat akan makin jahat.

~sempat lagi tengok movie macam banyak waktu free je.biasalah takkan nak mengadap buku je kan :)
~ada berpesan supaya cuba kenali kerana ia perkara besar.Internet dan sebagainya antara tempat yang boleh digunakan.hmmm segan sbnrnya
~kenal club epl Man City? awal musim dulu,striker power diorg carlos tevez tak nak main.terpaksa striker lain yang kurang power main.yang bagusnya dia bagi peluang kepada striker lain untuk main tapi club kena struggle lah.

Monday, February 13, 2012

Competency

Power,
competency,
efficiency,
and achievement.

4 komponen yang selalu menjadi nilai bagi lelaki.

Kadang-kadang(boleh kata selalu) ada benarnya.Mudah terasa inferior apabila gagal mencapai gol yang ingin dicapai atau apabila melihat orang lain lebih berkompetensi.

Sangat setuju dengan status seorang rakan fb, “apabila disuruh menyenaraikan kelebihan diri pasti tak boleh kerana memikirkan ada lagi orang yang lebih hebat dalam hal itu.”
Perkara ini banyak kali terjadi.

Mencapai sesuatu matlamat sangat penting kerana ia membuktikan kompetensi dan berasa yakin dengan diri.Dan untuk berasa yakin dengan diri,mesti lakukannya sendiri.Orang lain tidak boleh capai untuknya.
[mungkin konsep ini boleh dipertikai]

401365_227513230674281_100002468176296_465795_1990100810_nGenerasi 13 MATRI di Jordan
dari kiri: rijal,izzat,anas,saya(fawwaz)

Alhamdulillah dengan perancangan Allah swt,beberapa rakan dari mesir datang ziarah ke Jordan minggu lepas termasuk rakan sebatch di Matri dahulu.Mohon maaf tak sempat luangkan masa untuk bersama.Hanya sempat beberapa ketika.Pelbagai perkara dibualkan dari perkongsian DnT hinggalah perancangan masa depan.Banyak perkara yang perlu belajar dari mereka.Kesungguhan dan keseriusan mereka terutamanya.

Dan sekali lagi,tertunduk malu melihat mereka.

.

.

.

Pernah menonton perlawanan bola?

Lihat apa reaksi penonton terhadap pemain pasukan yang disokongnya,

“apasal keeper tu dia,tukarlah dengan orang lain.

ish,tendang pun tak betul.patutnya tendang ke situ

bek tu kenapa tak marking striker lawan.kan dah gol”

dan pelbagai lagi komen dari para penyokong.Tujuannya sama,mengharapkan pasukan yang disokong menang.

Jika aku yang menjadi pemain akan bisik dalam hati “memang aku tak patut main pun dan better ganti dengan orang lain”
naseb baek bukan semua orang begini…..

-minggu ke 7 pediatric.3 weeks to go.entah apa yang telah kupelajari.doakan supaya diberi kekuatan.

-isu syria kini mula mendapat tempat.Allahummansuril ikhwanana fis suuri.

Thursday, February 2, 2012

Sama Tapi Tak Serupa

“When patients speak,they will speak either FACTS or just INTERPRETATION.most of the time is interpretation and you need to ask what they mean actually.”
Dr Samah,specialist in pediatrics neuro.

Perkara ini bukan apply ketika ambil history sahaja tetapi dalam sudut kehidupan lain.Perlunya kita memahami betul-betul apa yang dimaksudkan sebelum terus judge kata-kata seseorang.

Berada di alam IPT menyebabkan terpaksa bergaul dengan pelbagai jenis orang yang mempunyai pelbagai corak pemikiran.

orang kata “kita adalah apa yang kita telah lalui”.

Apabila melihat kepelbagaian manusia,selalunya aku suka untuk cuba meletakkan aku di posisi dia untuk tahu kenapa dia bertindak/berfikir sedemikian.Dengan ini dapat tahu lebih tepat kenapa sesuatu perkara itu terjadi dan boleh prescribe ubat yang lebih berkesan.

Bagaimana kita mahu orang fahami kita jika kita tidak cuba untuk memahami?

………….

Teringat perkongsian Abang Amir dan isterinya Kak Zayyani ketika program batch 2nd year dulu.Kak Zayyani ada bagitahu perempuan ni jenis detail sikit banding lelaki.Beliau bagi contoh dalam menguruskan sesuatu program,perempuan akan lebih tumpukan kepada perkara-perkara kecil yang memerlukan penelitian seperti pinggan mangkuk dll manakala lelaki akan tumpukan pada perjalanan program.

Man_16f8d9_1889115

see!! the difference between man and woman

Antara point lain yang masih ku ingat ialah multitasking bukan kepakaran lelaki.Seorang wanita boleh menguruskan anak untuk ke sekolah,memasak sarapan,bersiap untuk ke tempat kerja dan menyiapkan juga pakaian si suami dalam sesuatu masa.Hebat kan !!

Hari demi hari berlalu aku makin meyakini kenyataan ini.Multitasking is not our specialty.Selalunya jika diberi pelbagai tugasan pada masa yang sama kepada laki memang fail dan jika seorang lelaki itu fokus pada sesuatu kerja dia boleh pergi lebih jauh berbanding wanita insyaAllah.

*Makin jelas hikmah mengapa tugas mendidik anak diserahkan kepada para ibu.

Man and woman almost seem to be from diferent planets, speaking different languages and needing different nourishment.

When you remember that your partner is as different from you as someone from another planet, you can relax and cooperate with the differences instead of resisting or trying to change them.

Without the awareness that we are supposed to be different, men and women are at odds with each other. We usually become angry or frustrated with the opposite sex because we have forgotten this important truth. We expect the opposite sex to be more like ourselves. We desire them to "want what we want" and "feel the way we feel."

-man from mars woman from venus-

Perkara menarik berlaku malam ni.Bermula dengan agak hambar tetapi penghujung yang agak menarik.Agak terkedu mula-mulanya apabila bertalu-talu soalan ditanya tak dapat jawab.Mula-mula ingat ini ialah satu kesilapan.Menunduk rasa inferior.Tetapi tidak,inilah fitrah dan pasti ada hikmah disebaliknya.Ada sesetengah perkara tak tercapai oleh fikiran kita.