Tuesday, January 31, 2012

Syabab Perjuangan

Dalam buku “Inilah Islam” karangan Syed Qutb,ada disebut 2 aset yang menjadi pemangkin untuk kita bangunkan manhaj Islam di muka bumi ini.Pertama ialah aset fitrah dan kedua ialah aset pengalaman.Aset pengalaman ini tidak dimiliki oleh generasi sahabat yang awal dahulu.Mereka hanya bergantung kepada aset fitrah.Jadi dalam buku itu ada menyebut sepatutnya Islam lagi mudah ditegakkan ketika ini kerana kita ada aset pengalaman.

Sejarah menunjukkan Islam mampu mentadbir negara,mampu memajukan negara dan mampu mengangkat sesuatu tamadun.Sejarah kegemilangan Islam cuba disembunyikan dari orang Islam supaya orang Islam itu sendiri ragu-ragu dengan manhaj yang dipegang ini.Padahal kita punya sejarah silam yang cukup gemilang.Singa yang fitrahnya garang berjaya dijinakkan.

Dalam sejarah,narrative cerita tidak penting.Yang penting ialah pengajaran yang kita boleh peroleh dari sejarah tersebut.Dalam Al-Quran ketika mana diceritakan sesuatu kisah,tidak disertakan secara detail tempat berlaku peristiwa dan masa berlaku.Kerana itu tidak penting.Namun Islam tidak juga menghalang kita untuk mengkaji.

Silibus sejarah di Malaysia ketika sekolah menengah banyak disogokkan dengan sejarah melayu melaka sahaja tanpa kaitan dengan apa yang berlaku pada peringkat global.Jadi kita hanya melihat pada skop yang kecil dan tidak menyedari hakikat sebenar yang berlaku dan kaitannya dengan sejarah Islam.

Bila tarikh Melaka dijajah?

Ok kita lihat peristiwa-peristiwa besar yang berlaku hampir dengan tarikh tersebut.

1453  –pembukaan Constantinople

1481  –Sultan Muhammad II meninggal

1492  –kerajaan Islam di Andalusia jatuh

1511 –kerajaan Melaka jatuh

Apa kaitan semua ini.ok saya pun tak tahu semua.

Allah izin umur Sultan Muhammad II tidak panjang.Beliau meninggal sebab diracun ketika sedang menyiapkan angkatan tentera untuk ke eropah barat.Dikatakan jika umur beliau panjang,mungkin kerajaan Islam di Andalusia dapat diselamatkan.

Selepas kerajaan Islam Andalusia dijatuhkan,raja ketika itu iaitu Ferdinand II mula bercita-cita besar.Dia ingin menyebar luaskan kristian diseluruh dunia.Ada yang ditugaskan ke timur dan ada yang ke barat.Matlamatnya sama,untuk mengkristiankan masyarakat dunia.

Operasi di benua amerika selatan boleh dikatakan sangat berjaya.Sebelum itu di benua amerika selatan,mereka mempunyai tamadun tersendiri.Inca,Aztec dan Maya.Mereka mempunyai bahasa yang tersendiri.Tapi kita lihat hari ini di benua amerika selatan,bahasa apa yang mereka gunakan? Agama apa yang mereka anuti? Sebuah tamadun yang hebat mampu dihapuskan begitu sahaja.

Berpaling kepada apa yang berlaku pada Melaka(tanah melayu) ?

Kita tidak jadi seperti di amerika selatan.Apa rahsia disebalik kejayaan ini.

Jawapannya mudah,ISLAM.
Islam mengajar erti perjuangan.Tidak mungkin ada sebab lain untuk tentera-tentera ketika itu bermati-matian mempertahankan Melaka dan perjuangan itu berterusan bukan berhenti pada 1511.Ya pada tahun 1511 Melaka berjaya dijajah,tetapi sejarah umat Islam bukan sejarah menang kalah tetapi sejarah perjuangan.Selepas 1511 beberapa siri pertempuran berlaku untuk menakluk kembali.Pada 1521 berlaku pertempuran besar di Selat Melaka antara tentera Jawa dengan Portugis.Beribu-ribu tentera Islam Jawa syahid di Selat Melaka.

Inilah yang cuba disorok kepada kita.Sejarah perjuangan umat Islam ketika itu melawan penjajahan Portugis.Sejarah umat Islam tidak mudah mengalah dan tidak mudah berserah.Hanya dengan kekuatan Iman generasi ketika itu mampu bertahan.Jika tiadanya kekuatan Iman,mungkin kita akan jadi seperti di amerika selatan.Mungkin kita akan bertutur dalam bahasa spain dan nama saya juga mungkin bukan Afiq Fawwaz.

Antara bukti lain yang membuktikan operasi tersebut ada kaitan dengan penyebaran agama,dalam perjalanan tentera Portugis ke Melaka,mereka bertembung dengan beberapa kapal yang membawa jemaah haji.Habis kapal-kapal tersebut dibakar dan penumpang-penumpang bakal jemaah haji menemui ajal.

Segala kesan tinggalan Islam juga cuba dihapuskan oleh Portugis hinggakan batu nisan tanah perkuburan turut cuba dilenyapkan.Batu-batu nisan tersebut digunakan untuk membina kota A Famosa (yang kelihatan sekarang ialah pintu gerbangnya sahaja setelah benteng lain diletupkan oleh British).

Sejarah menunjukkan Islam yang sampai pada kita hari ini bukan diperjuangkan secara sambil lewa tapi dengan tumpahan darah.Atas perjuangan generasi itu kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam pada masa kini.

Fikir juga bagaimana bersungguh-sungguhnya duat yang datang ke tanah melayu untuk berdakwah di tanah melayu.Tidak mungkin dakwah yang dijalankan secara sambil lewa dapat menghasilkan generasi yang sanggup berkorban nyawa.Raja di Pasai ialah antara yang terawal memeluk Islam (pada kurun ke 12).Beliau didakwah oleh seorang raja di Hijjaz yang datang ke nusantara untuk berdakwah.

Lihat kesungguhan duat pada ketika itu? Sanggup belayar jauh semata-mata untuk menyebarkan Islam.
Banding pula dengan diri kita.

Sejarah diambil dari perkataan arab syajarah=pokok.Ia membawa maksud ia sesuatu yang hidup.Jika baik akar maka baiklah ranting.Jika baik ranting maka baiklah daun.Jika baik generasi dahulu,insyaAllah baik generasi seterusnya.

Dr Zainurrashid dalam ceramah Palestin baru-baru ini di Irbid,beliau mengatakan antara faktor kejayaan Salahuddin Al-Ayyubi menakluk Jurusalem ialah jasa generasi sebelum itu.Generasi sebelum itu bertugas membentuk man power.Apabila baik ranting maka baiklah buah yang dikeluarkan.

Pengajaran,mungkin kemenangan Islam bukan pada hayat kita tetapi kita bertanggungjawab untuk membentuk man power dengan didikan Islam yang sempurna dan lengkap.

Mencuri masa disebalik kepenatan dawam unutk menonton video yang dikongsikan seorang sahabat tentang sejarah nusantara.Video yang amat menarik.Berjaya mengubah perspektif ku tentang apa yang berlaku di Malaysia secara khususnya.Antara pesanan dalam video tersebut,

“apabila hendak melancong,pastikan tujuannya untuk bina Iman bukan suka-suka nak tengok tempat orang”

Tercampak sebentar.Entah berapa ribu dinar telah aku habiskan setakat ini untuk berjalan-jalan.Tak pasti mampu bina Iman atau tidak.
Moga tidak sia-sia duit yang telah dihabiskan.

baru selesai tgk separuh,nak sambung.…..zzzzzz
(maaf jika ada tersilap fakta)

Sunday, January 22, 2012

Lawatan Sambil Belajar

Fatrah cuti semester satu telah bermula sejak minggu lepas bagi pelajar-pelajar Yarmuk dan JUST.Maka bertebaranlah warga Irbid ke seluruh dunia.

News feed facebook dipenuhi gambar atau update status tentang jalan-jalan.Hari ni orang ni upload gambar di Eiffel Tower,esok orang lain pula.Hari ni orang ni upload gambar di Pisa Tower,esok orang lain pula.Entah berapa banyak warga Irbid yang berjalan ke europe.

Dalam post kali ini nak mempekenalkan destinasi percutian ku kali ini,

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

tadaaaa ini dia,

800px-AymxKAUH1

King Abdullah University Hospital

Lawatan sambil belajar.Ini barulah betul-betul lawatan sambil belajar.
Moga percutian kali ini ada salji seperti sebelum-sebelum ni.Ramai juga pelajar JUST yang travel ke sini.

:P

(sedih dapat pergi KAUH je)

Irbid seolah-olah kembali seperti 2-3 tahun dahulu.Perubahan ketara apabila melihat pelajar melayu yang berkurangan terutamanya di masjid.

Minggu lepas berpeluang untuk lihat secara langsung cesarean section.Sebelum itu ingatkan tidak berpeluang,alhamdulillah sempat.
Azhad(adik bongsu) dulu camni la kot,lahir melalui c-section.

Agak teruja.Pertama kali berada dalam dewan bedah dan melihat doktor-doktor beraksi.
Bukan seperti dalam drama-drama yang menunjukkan doktor-doktor serius dan suasana muram di bilik bedah.Mungkin ini pembedahan bukan berisiko tinggi.Allahua3lam.

Nak tengok normal delivery agak sukar sikit(bagi pelajar lelaki) di sini kerana isu sosial.

seriously rasa macam nak je unsubscribe friend facebook yang rajin mengupload gambar jalan-jalan atau check-in :D

Ada juga yang mengambil peluang menunaikan umrah.Ini lagi satu yang membuatkan ku cemburu terutamanya selepas terlepas peluang buat haji tahun lepas.Umrah di musim sejuk pasti suasananya agak selesa berbanding umrah musim panas.

Friday, January 13, 2012

dialog minggu ini

383582_10150541695938633_825818632_8937685_409653905_n-gambar hiasan- 
cemburu tengok orang lain dah habis exam dan bercuti ntah kemana-mana.
 

(diedit dari perbualan sebenar)

A: nanti kalau aku ada anak dan dia belajar kat Jordan,kalau dia sakit aku call Faris untuk tengokkan.

B: hmm.itulah untung kita ada kawan dari negara lain.

A: aah.kalau sakit kat Syria ada kawan.Kat Saudi ada kawan.Palestin ada kawan.

B: (mengangguk setuju)

A: nanti kalau Palestin sudah dibuka dan nak pergi sana,kita ada kawan Palestin.

B: tapi kan nanti bila Palestin dah dibuka,aku dah takde kot.

A: kenapa pula?

B: sebab dah syahid untuk bebaskan Palestin.

Smile

Selalu orang melaung-laungkan dimana Sultan Muhammad Fateh yang kedua,dimana Salahuddin kedua!!

Jalan-jalan di satu blog ni,menarik iktibar dari hadis janji Allah untuk pembukaan Constantinopel.

“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera
(Hadith riwayat Imam Ahmad).

Yang perlu diambil iktibar bukan sahaja pada sebaik-baik Raja tetapi juga pada sebaik-baik tentera.

Tak mengapalah jika ramai berkejar untuk menjadi panglima,aku jadi prebet pun cukuplah
(walau nak jadi prebet pun bukan sesuatu yang senang)


tengok trailer macam gempak.di pawagam bulan Februari ni.dvdrip confirm lambat lagi keluar.

Friday, January 6, 2012

Wad Kanak-kanak

Minggu pertama di wad kanak-kanak,erm boleh tahan juga penatnya.Ini belum betul-betul kerja lagi.Mula memahami dengan lebih mendalam,kenapa mereka yang sibuk dengan tuntutan kerjaya atau belajar penat untuk commit dengan perkara lain.

Jika saat belum diuji,ramai antara kita boleh cakap besar.Pengakhiran hidup manusia tiada siapa yang tahu.Kurangkan mencaci dan menghina kerana kita belum pasti jika kita yang diuji.Mereka yang kita lihat hari ini teruk,mungkin boleh jadi lagi baik dari kita
[Merujuk kes yg hangat baru-baru ni dan kes-kes lain]

Capture

Capture1

Dalam history of paediatrics,ada ditambah komponen developmental assessment.Apabila belajar tentang development,dapat diagnose kenapa aku ada problem dengan berbahasa dan seumpamanya (seperti public speaking).hebatlah sgt blh diagnose.

Rujuk jadual diatas,kebiasaannya bayi apabila berumur 1 tahun(12 bulan) sudah mampu bercakap 2-3 patah perkataan.Jika terawal atau terlewat 2-3 bulan sesuatu yang normal menurut doktor.

Bagaimana pula jika terlewat 2 tahun?

Menurut emak,saya hanya boleh bercakap apabila berumur 3 tahun.Lewatkan. Sehingga diceritakan ada yang risau saya ni bisu.

Diagnose:congenital problem yang menyebabkan kemahiran berbahasa lambat develop.senang cakap tiada bakat.
[jgn ada yg ambil serius pula,ini hanya assumption.I’m not a doctor yet]

Perkembangan dari segi gross motor function,bayi akan dapat berjalan sendiri dalam linkungan umur 12-13 bulan.Ada yang mampu berjalan lebih awal atau lambat sedikit.Allah izin saya tergolong mereka yang mampu berjalan awal.

Berdasarkan 2 point diatas(language development dan gross motor function development),
Setiap kelebihan pasti ada kekurangan.Gunakan kelebihan yang ada disamping cuba latih untuk pertingkatkan kekurangan yang dimiliki.

Saya secara jujur memang tak minat/tak pandai untuk bercakap depan.Jika disuruh buat kerja teknikal ok sikit.

Atau kesimpulan sebaliknya,apabila lambat bercakap dan cepat berjalan,kini terlebih suka cakap-cakap kosong tapi apabila disuruh buat kerja,malas.

1st week impression di wad pediatric:
juga memahami kenapa ada yang berkata keletihan rotation pediatric terubat sedikit apabila melihat kanak-kanak arab yang c*m** di wad.