Sunday, December 16, 2012

manusia ibarat logam

:عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

 " النَّاسُ مَعَادِنُ ، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلامِ إِذَا فَقِهُوا" 

Manusia ibarat logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Hakikat yang perlu terima. Jangan persoalkan.

Emas yang bersalut lumpur lebih berharga daripada besi yang dihias indah. Besi walaupun telah berada dalam rak kaca tidaklah sepenting emas di luar yang masih belum digali. 

Buat apa sibukkan diri untuk pelihara besi dalam rak kaca yang mungkin boleh berkarat, lebih baik cari emas yang dijamin harga dan kualitinya.

Pernah seorang sahabat bangkitkan dalam rangka beri peringatan. Ada beberapa rakannya pernah kata "tahulah ana tiada potensi" apabila mereka diabaikan oleh golongan pendakwah setelah tidak konsisten menghadiri program. Ingatan diberi supaya kami bertindak adil dalam melayan masyarakat, tujuan berbuat baik kerana Allah bukan kerana ingin mengajak bersama NGO yang disertai.

Dalam hati tergelak dan mulut tersenyum sendirian.

Tak perlu cakap orang lain. Layanan terhadapa manusia berdasarkan potensi wujud dimana-mana, hatta dalam sesetengah institusi keluarga yang kecil itu pun wujud.  

Dilaung-laungkan "setiap manusia ada potensi". Bagaimana ingin percaya? Bagi aku ini ayat politik.
setiap satu berbeza
Bila terjumpa dan teringat hadis diatas, hati jadi lebih lega. Manusia itu ibarat logam, ada emas, ada perak, ada gangsa ada besi. Harga setiap satu tidak sama.

2 comments:

  1. harga tiap satu mmg x sama.
    tapi tiap sesuatu itu ada kegunaannya yg mna emas xmampu nk buat.
    so, ada waktu logam lain lebih berhrga mngikut keadaan.
    tiap logam ada kegunaan. apa lagi manusia kan?
    cuma tahu xtahu potensi mereka + nak xnak ja manusia tu jadi berguna kpd yg lain.

    ReplyDelete
  2. Asslmkm, Fawwaz, apa khabar anta, lama tak dengar cerita. Bila nak balik Malaysia? Semoga terus doakan kami dekat sini...

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..