Friday, December 14, 2012

Kalau tak dipecahkan ruyung..

Zaman sekolah, UPSR diwujudkan bagi melihat siapa yang layak ke SBP, MRSM, MATRI atau sekolah lain. SPM bagi menentukan jurusan apa yang kita layak dan di universiti mana. Jika inginkan tempat yang berprestij, mahu tak mahu mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri diterima. Mahu tak mahu mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri diterima. Teringat zaman SPM dahulu (sebab masa itu yang boleh kata paling rajin ), begitu bersungguh-sungguh untuk skor bagi peroleh tempat IPT yang dikehendaki.

Inilah sifat sesuatu ujian. Ia wujud bagi menguji tahap seseorang. Begitu juga dengan ujian-ujian yang Allah swt berikan kepada kita. Ia untuk menguji adakah kita benar-benar berIman dan jika lepas akan diangkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Ujian Allah bukan nak menentukan masuk sekolah mana, universiti mana tetapi ujian dari Nya untuk menetukan kita layak atau tidak untuk masuk ke syurga Nya. Tiada pilihan, jika ingin peroleh tempat yang mulia itu perlunya kita berusaha untuk lepas setiap ujian yang kita hadapi.

Bagi lelaki ujian atau fitnah terbesar yang Rasulullah saw telah janjikan ialah wanita.

“Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” -ruahu Bukhari wa Muslim-

Tambahan pada zaman dunia tanpa sempadan kini, ruang ikhtilat terbuka luas. Dengan facebooknya, twitter atau instagram. 


Takut sebenarnya untuk cakap perkara ini. Selalunya yang akan teruji ialah mereka yang dikenali ramai dan baik akhlaknya. Saya bukanlah dikenali ramai dan baik yang mana kalau start kacau pun tiada yang akan respon :p

Saya ada beberapa rakan yang memang baik akhlaknya, dan dikenali masyarakat. Bohonglah jika tiada ujian wanita pernah hadir. 
Perkara ini akan hadir, tambah bagi golongan yang saya disebut, akan ada perempuan yang cuba dekati.  Yang penting bagaimana diri mengawal situasi itu. Jika kata susah, memang susah. Jika senang tiadalah nilai berharganya hadiah yang Allah sediakan di akhirat kelak.

Dalam dunia kini yang mana lelaki perempuan bebas bercampur dalam kelas, dalam program yang bercampur, tiada lagi hijab yang memisahkan, perlunya bina hijab dalam hati. Hijab dalam hatilah yang utuh dan mampu melindungi. Lebih kuat dari hijab zahir.

Hadis dari Abu Hurairah ra yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang 7 golongan yang mendapat naungan Allah swt di hari akhiarat nanti dimana naungan lain kecuali naungan Allah swt. Salah satunya,


 ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال: إني أخاف الله رب العالمين
Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata, "aku takut kepada Allah"

Bak kata ustaz-ustaz sekolah menengah dahulu, "pagar Iman". Inilah sahaja yang mampu memelihara diri golongan yang disebut dalam hadis diatas.

Dan saya yakin yang terbaca post ini belum lagi diuji begitu teruk sangat.


Namun sebagai manusia biasa yang punya banyak kelemahan, kadang-kadang kita perlukan faktor fizikal untuk membantu membina faktor dalaman sebelum ia menjadi kuat. Sebab itu banyak peringatan-peringatan sejak zaman sekolah dahulu hingga sekarang yang selalu ditekankan, JANGAN MULA. Banyak lelaki yang berlakon kononnya kuat. Tetapi hakikatnya Allah lebih tahu.

Faktor-faktor zahir perlu juga dicipta jika dirasakan diri tidak kuat dan ia sebenarnya dalam proses kita membina kekuatan dalaman. Hijab hati untuk hadapi fitnah perempuan bukan wujud secara spontan jika tidak menjaga hijab pergaulan. Bagaimana ingin membina pagar hati jika tidak menyibukkan diri dengan amal  Islami.

Di Jordan, kadang-kadang ada setengah syabab yang mengadu "apalah akhawat tu, tegur sikit pun tak nak layan.". Bagi saya personally, sebenarnya ada kebaikan perkara ini berlaku. Lainlah ada urusan tetapi tidak dilayan logik tak puas hati. Begitu juga pernah kecoh isu meeting mengadap dinding yang kini sudah beransur-ansur mengalami revolusi kononnya semua itu tertutup dan menganggu gerak kerja. Sebenarnya mahal harga yang perlu dibayar jika ingin kan sangat "keterbukaan". Pengalaman bekerja ketika tahun 1 dan 2, alhamdulillah berjalan lancar. Ada akhawat yang meminta untuk tidak sesuka hati membuat panggilan terutamnya waktu malam, kita hormatinya. Ini antara contoh faktor zahir yang perlu dicipta.

Dan faktor-faktor zahir yang makin dilupakan. "ikhtilat, aahh ini isu lapuk. banyak lagi perkara besar perlu fokus"
Maturity is not when we start speaking big things. It is when we start understanding small things 
-quoted-

Kunci yang perlu jaga kemas-kemas agar hati kita tidak mudah dibuka bukan pada masanya.

Yakin satu perkara, ujian-ujian yang Allah berikan kerana Allah tahu manusia mampu. Seperti ujian-ujian di sekolah mahupun universiti, cikgu tahu kita mampu dan sediakan soalan yang seiring dengan kemampuan kita. Tambah Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu antara langit dan bumi. 

p/s: 
-yang menulis ini pun bukan kuat mana, terdedah dengan pelbagai kegagalan. cuma mungkin Allah tutup sesetengah keaiban  

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..