Sunday, December 2, 2012

Answer the calling

Teringat kenangan cuti semester bulan 6 lepas, Allah izinkan diri ini berpeluang untuk menyertai misi bantuan di sempadan Turkey-Syria. Peluang yang bukan senang-senang untuk hadir dalam hidup. Alhamdulillah Allah izinkan diri untuk ke sana.

Berpeluang untuk bertemu mangsa perang Syria yang tercedera dan di rawat di Turkey. Berbual dengan salah seorang yang tercedera ketika itu, beliau begitu bersemangat tinggi, menurutnya beliau tidak takut untuk kembali semula ke syria setelah kembali pulih.

Itu kisah hampir 6 bulan lepas. Perang di syria masih berterusan. Basyar yang mendapat bantuan dari negara lain terus berdegil untuk jatuh. Jumlah pelarian bertambah di negara sempadan dengan syria. Di jordan sahaja anggaran permulaan 100 000 pelarian pada penghujung tahun 2013 namun angka itu telah dicapai pada september lepas. Itu yang berdaftar, belum dikira mereka yang tidak berdaftar.

Lambakan pelarian di Jordan boleh dirasai. Ok aku tak nak tulis tentang point ini sangat.

Mereka yang tercedera turut ada di hantar di Jordan untuk mnerima rawatan. Jika ada sesetengah orang yang begitu berkeinginan untuk bertemu dengan mangsa perang dan melakukan interview, pelajar-pelajar clinical di JUST punya peluang itu. Di KAUH (hospital universiti), boleh kata agak ramai patient yang menjadi mangsa gunshot di syrian diterima masuk KAUH. Boleh kata sentiasa ada kes gunshot di tingkat 5 atau tingkat 6 hospital.

Depan mata kami dapat bertemu mangsa gunshot. Ketika rotation neuro sebulan lepas, doctor ada buat side bed teaching dengan mangsa gunshot. Patient mengalami parasthesia. Ok ini boleh tahan lagi.

Yang membuatkan aku teringat sampai sekarang, doctor bawa kami ke bahagian CCU tingkat 11. Doctor nak tunjukkan tanda-tanda brain death. Di CCU ketika ityu ada kes. Ditanya patient tu kenapa, doctor cakap patient dari syria. Kena gunshot di kepala. Ya Allah...

Hari ini bermula rotation forensic, kes hari ini jenazah dari syria. Masih kelihatan kesan peluru dibahagian kanan abdomennya dan tembus keluar dibahagian belakang. Cuba diselamatkan tapi Allah rancang lain. Pengalaman pertama melihat complete autopsy. Setiap organ cuba dikeluarkan. Otak, jantung, peparu, liver dan lain-lain.

Selaku doctor nanti pasti akan berhadapan kes-kes sebegini. Terfikir apabila kerap berhadapan kes sebegini atau kes lain yang bermain dengan nyawa boleh jadi kesan baik atau kesan buruk. Hati makin sensitif dengan kematian atau hati makin resistant. Juga boleh jadi tiada kesan pada hidup.


Umat Islam di merata dunia terus memanggil. Tanggungjawab bukan sumbangan sebenarnya. Lakukan apa yang mampu dilakukan agar di  akhiarat kelak kita punya jawapan dihadapan Allah swt.
p/s:
-harap sangat member arab tiada buat hal rotation kali ni. kalau tidak jenuhlah sikit..
-rotation forensic yang dinanti-nantikan. bukan dawan yang dinantikan tapi minggu hadapan, cuti!! =)

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..