Friday, October 5, 2012

Dia lebih mengetahui


Dalam hati selalu timbul "kalau aku dibesarkan dalam keluarga yang tak tekankan tentang Islam dan bila dah besar baru dapat faham Islam, pasti lebih menghargainya". Pasti ada di luar sana terfikir perkara sama.

Bukti-bukti yang wujud diluar sana, mereka yang baru peroleh kefahaman Islam lebih menghargainya dan betul-betul berpegang padanya. Lihat golongan revert, mereka lebih bersungguh dalam dakwah. Dan orang kata, mereka yang baru berjinak dengan mana-mana gerakan Islam, mereka lebih semangat dalam membina diri dan lebih cepat dalam mengajak orang lain bersama.

Kadang-kadang perkara sebegini menyebabkan berlaku lintasan seperti disebut diatas. Sesuatu yang diperoleh dengan cara yang sukar secara ghalibnya akan lebih dihargai berbanding sesuatu yang diperoleh secara mudah. Lahir dalam keluarga yang faham Islam kemudian bersekolah di sekolah yang tekankan Islam boleh jadi antara sebab kurangnya menghargai kefahaman yang diperoleh secara mudah sejak kecil.

Manfaatkan apa di tangan

Pernah dengar kisah seorang abid yang tertipu dengan perangkap syaitan? Kononnya untuk menjadi lebih rajin beribadah, perlu lakukan maksiat agar selepas itu benar-benar menyesal. Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini, bersyukur dengan keadaan kita, jangan sesekali kita cuba berjinak dengan kemaksiatan yang kononnya dapat menyebabkan penyesalan dan menyebabkan kita lebih bersungguh. Jangan sesekali cuba dekati kemaksiatan. Kita tidak tahu samada kita mampu keluar once kita terlibat atau terus terjebak. Mengikut nafsu ibarat minum air laut, lagi kita minum bertambah makin bertambah haus.

Begitu juga rungutan yang biasa kita dengar, "kalau hidup zaman Rasulullah saw kan untung, dapat berjuang bersama baginda.". No, bersyukurlah dengan apa yang telah Allah tetapkan pada kita.

Memang beruntung jika menjadi golongan yang bersama baginda, bagaimana jika kita kita hidup pada zaman baginda tetapi kita lah yang menjadi penentang dakwah Rasulullah saw? Bukankah itu satu malapetaka. Bersyukur dengan apa yang telah Allah susun, Allah lebih tahu tentang apa yang terbaik buat kita. Buktikan kecintaan kita pada Rasulullah saw dengan melaksanakan apa yang baginda wariskan.

Darjat umat akhir zaman tiada kurangnya berbanding para sahabat seperti mana dalam satu hadis, Nabi Muhammad saw menangis teringatkan ikhwan(saudara)nya. Ikhwan yang dimaksudkan ialah mereka yang datang selepas Rasulullah ,beriman kepadanya walaupun tidak pernah melihatnya.

Lately terjumpa dengan satu jawapan lagi. Mungkin jawapan ini lebih secara peribadi.

Agak-agak kalau aku tidak membesar dalam keluarga yang faham tentang Islam, ada ke orang yang sanggup tarik aku? Dengan potensi yang tiada untuk dimanfaatkan, siapalah yang nak dekati. Penyusunan Allah itu memang paling cantik. Boleh jadi aku akan terus terkapai-kapai dan tiada yang sanggup datang untuk selamatkan.

Juga penyusunan Allah swt yang tidak menjadikan aku seorang yang mudah merajuk bagi masa yang lama. Tertanya-tanya secara monolog, jika aku merajuk ada ke orang nak datang pujuk?. "Biarlah dia", "bukan ada faedah pun", Ini antara respon yang aku agak akan berlaku. Bukan ingin sangka buruk, tetapi cuba didik diri hadapi kenyataan.

Seriously, penyusunan Allah memang dah sangat cantik. Tidak perlu meminta yang bukan-bukan.

................................

-sampai sekarang aku cuba elak untuk rasa inferior, tetapi akhirnya tetap tak boleh lari bisikan "aku memang tiada apa-apa kelebihan."

- orang kata, lelaki bila sibuk makin kurang bercakap. Subjek tahun 5 tidaklah berat orang kata, tetapi exam setiap 2 minggu sudah cukup menjadikannya berat. Perlu belajar secara harian, tiada peluang untuk tidur ketika kelas kerana kuantiti pelajar yang sikit agak memenatkan. Kini terasa kesannya, malas untuk bercakap. Malam lebih banyak dihabiskan dalam bilik sendiri.

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..