Tuesday, September 11, 2012

Krisis keutamaan

Sebulan lebih dibiarkan berhabuk. Fuh fuh, tiup habuk dulu sebelum update.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang tidaklah susah sangat dan tidaklah senang sangat, alhamdulillah setakat ni tak pernah kebuluran.Apabila menjejakkan kaki ke ipt, tak perlu lagi meminta duit dari parents kerana sudah peroleh biasiswa. Segala kos travel dan tiket balik malaysia semua ditanggung sendiri hasil simpanan elaun yang diberi. Corak perbelanjaan kewangan banyak dipengaruhi suasana pembesaran.

Satu kritikan sosial buat sesiapa yang nak terasa. Antara golongan yang sukar untuk aku terima dan faham. Guna henset keluaran terbaru, pakaian berjenama tetapi untuk tujuan belajar mohon sumbangan sana-sini. Bila perlu beli buku atau bayar yuran kata tiada duit. Serius sukar untuk difahami. Aku yang dapat scholar pun tak berbelanja sebegitu. Terpaksa fikir dua-tiga kali sebelum memutuskan untuk membeli barang yang mahal atau selalu akan fikir "banyak lagi orang memerlukan, kenapa aku bermewah-mewah"

*contoh yang diberi mungkin ada unsur metafora.

Bukannya nak mengaku kaya, alhamdulillah Allah bagi rezeki. Suasana di tempat aku belajar orang memandang mereka yang mendapat biasiswa golongan yang banyak duit. Apabila memerlukan apa-apa bantuan kewangan, pelajar yang dapat biasiswa jadi sasaran. Pernah bersembang-sembang akan kehairanan ini dengan rakan-rakan dan tidak menjumpai solusinya. Perkara sebegini membuatkan tangan menjadi berat untuk menghulur sumbangan. Konfius, mereka ini mampu atau tidak.

Mungkin alasannya pelajar scholar duit milik mereka sendiri, pelajar private duit mak ayah. Jika nak beli gadjet baru atau pakaian boleh minta, kenapa untuk tujuan belajar atau tujuan mulia lain tak nak minta? Jika mampu menahan perut demi mendapatkan barang yang diidamkan, kenapa untuk perkara lain yang lebih penting dan mulia tak boleh?

Suasana hari ini menjadikan kita hilang penilaian yang mana utama yang mana bukan. Akibat terikut arus perdana "kehendak" berubah menjadi "keperluan". Bagaimana ingin menjadi pemimpin yang menguruskan kewangan negara jika pengurusan peringkat individu lagi sudah gagal. Muhasabah bersama.

Begitu juga apabila melalui kawasan-kawasan perumahan yang kelihatan dari luar amatlah dhoif, makan-minum ntah cukup atau tidak. Tetapi yang peliknya kelihatan piring astro. Mampu pula melanggan astro. Suasana yang menghairankan.


Buku yang menarik untuk dimiliki. Terjumpa di kedai, belek-belek kemudian letak balik. Tak mengapalah berat nak bawa balik Jordan. Lagipun banyak tips sama seperti apa yang selalu dipesan mak abah.

Semenjak dua menjak ini, baru terfikir untuk masa depan. Terpaksa constrain sikit perbelanjaan. Tak boleh nak enjoy sangat. Ye lah baki pengajian tinggal 2 tahun. Banyak duit diperlukan nanti.

*Cuti sebelum menjejakkan kaki ke tahun 5 berbaki beberapa hari. Rasa berat untuk kembali ke hospital setelah 3 bulan lebih tinggalkan hospital. Reaksi pertama apabila jadual rotation keluar yang mana akan bermula dengan subjek minor hingga pertengahan bulan januari, "agak-agak tahun ni berpeluang mengerjakan haji tak?". Doakan.

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..