Wednesday, May 2, 2012

Menjadi lelaki

Orang kata Just08 ada 2 batch.Batch syabab dan batch akhawat.Menunjukkan betapa tidak ngam nya hubungan antara syabab akhawat dalam Just08.
(harap2 xde member2 Just08 baca blog ni)

Bukan setakat batch aku yang mengata dan sedari hakikat ini,batch bawah pun ada yang sedar perkara ini dan banyak kali ditanya "batch korang memang tak ngam ke syabab akhawat?"

Pandangan peribadi
Ikut hati,tak kisah pun.Dah terbiasa dari zaman sekolah menengah dulu.Pelajar lelaki dan perempuan tidak berhubungan sangat.Dan personally memang prefer begitu,kalau ada hal barulah contact.Contoh yang selalu digunakan,contact untuk urusan study.Bagi aku step pertama bertanya dahulu dengan member se"gender",kalau tiada atau tetap tidak selesai baru tanya gender berlainan.Apabila keadaan memerlukan untuk berhubung,direct terus kepada point yang hendak dibincangkan.

Bak kata akhawat yg selalu di quotekan oleh syabab "tiada keperluan".Setuju.Akui ada sesetengah syabab tu sengaja untuk bermesra.Berbalas komen di facebook dsb.Dalam hal ini bagi aku memerlukan juga kerjasama akhawat iaitu kalau nampak lain macam seperti tiada keperluan,tak perlu layan.Lama-lama insyaAllah lelaki tu akan bosan untuk buat lagi kerana tiada respon. Hakikat sebenarnya,lelaki lebih  kagumi dan hormati wanita yang berprinsip.Tidak mudah melayan mana-mana lelaki.Tidak terlalu tertutup dan tidak terlalu terbuka.

Biasalah jika ada respon lagi galak untuk orang kacau.Positive feedback mechanism.Seperti juga dalam mengusik atau melawak,cuba tak bagi respon adakah orang itu akan terus melawak atau mengusik.

Ada yang berkata vested interest.Boleh jadi.Allahua3lam.Walau ada yang menafikan,perkara-perkara psikologi sebegini memang tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan experimental kerana konsepnya lari sikit berbanding sains keras lain.

Nak emo kejap
Selalunya kes yang menyebabkan tidak puas hati apabila awal-awal lagi akhawat berprasangka buruk terhadap syabab tersebut apabila perlu berhubung untuk sesuatu perkara.Ingat lelaki ni semestinya pervert ke.Yang membuatkan lagi pelik,dengan arab tidak pula terlalu syadid.Malah rakan-rakan berseloroh apabila ditanya "kawasan penempatan yang banyak diduduki syabab melayu sesuai tak untuk akhawat".Respon spontan "tak selamat sebab ada lelaki melayu."

Apabila duduk bersama dengan member dan dibuka topik ini,boleh jadi emo juga walaupun taknak.Kebiasaannya aku jarang emo tetapi kadang-kadang itu terlepas juga.Apabila tak emo pun mudah disalah tafsir(mungkin kerana aku tak pandai kawal volume suara).Saja seronok-seronok untuk menambah lagi rencah dalam berbual :)
Tambahan apabila dalam banyak hal dikatakan syabab yang salah.

Statement yang paling ramai tak puas hati dan lately suka quote "lelaki kuat nafsu".WTH.Walaupun mungkin ada benar,kenapa perlu dilemparkan secara negatif kepada lelaki 100%?

(Satu fakta yang wanita perlu tahu,lelaki ada ego.Dengan sifat ego ini akan mudah bersifat defensif terutama apabila ada satu insult atau blame yang tidak punya asas kuat.Sifat defensif ini jika tak mampu kawal dengan keImanan dan kesabaran akan melahirkan perbuatan melenting)

Kecoh kot selepas itu apabila statement ini diluahkan oleh seorang akhawat sebatch..Apabila dikatakan begini seolah-olah perempuan ini tiada nafsu.Perempuan selalu cakap diorang buat itu ini sebab nak menjaga syabab.

Adakah mereka tidak perlu menjaga diri mereka? Kenapa taknak mengaku diorang buat begitu untuk menjaga diri mereka juga? Kenapa perlu bajet suci dan yang negatif semuanya lelaki?

Lelaki dikatakan menurut nafsu apabila banyak berfikir tentang perempuan.
Bagaimana pula dengan perempuan yang suka berfikir tentang shopping(dan yg sewaktu dgnnya) ?
Bukankah ini juga menurut nafsu bagi kaum perempuan?

-kesahihan gambar ini tidak dapat dipastikan-
Berdasarkan hakikat ini,Allah Al-'Alim ada menjanjikan di syurga kelak bidadari untuk menarik lelaki dan menjanjikan mahligai sebagai daya tarikan bagi para wanita

Ada seorang rakan yang telah berwalimah pernah pesan, "kalau nak kahwin jangan cepat emo sangat pasal isu akhawat ni.Biasalah perempuan"

Lelaki mudah bersikap defensif dan tambah memburukkan keadaan,seperti ditulis John Gray dalam bukunya,perempuan sebenarnya suka meluahkan apa-apa sahaja dan tidak bermaksud untuk menyalahkan sesiapa.Namun lelaki mudah terasa dipersalahkan maka berlaku tindakbalas.

Perkara ini lelaki perlu adapt dan kawal.Tak semestinya apabila perempuan meluahkan sesuatu dia bermaksud untuk menyalahkan.Wanita juga perlu adapt dengan cuba mengurangkan sesuatu yang mungkin menyebabkan lelaki terasa dipersalahkan.Saling mengimbangi antara satu sama lain.

Lelaki yang kuat atau wanita yang kuat ialah mereka yang mampu mengawal sikap semulajadi masing-masing dengan panduan Iman bukan membiarkannya dikawal oleh nafsu.

Ada perkara positif sebenarnya disebalik kenapa lelaki begini.Mungkin sifat semula jadi lelaki merasai tanggungjawab.Apabila disebutkan sesuatu masalah,rasa tanggungjawab menyebabkan lelaki mudah terasa dia bersalah dan bertanggungjawab atas masalah tersebut.

Seorang lelaki bertanggungjawab terhadap 4 golongan perempuan.Ibu,adik-beradik perempuan,isteri dan anak.
Manakala seorang perempuan ditanggung oleh 4 lelaki.Ayahnya,adik-beradik lelaki,suami dan anak lelaki.
Lihat betapa beruntungnya wanita dan betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki.

Dan tidaklah Allah swt membebani hambaNya diluar kemampuan kita.
 لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ  al-baqarah:286
Tertarik dengan artikel ini  http://saifulislam.com/?p=10354
menjadi lelaki perlu bersedia untuk dipersalahkan dalam banyak hal
Peringatan: Banyak point yang ditulis terdedah kepada “bias” kerana ditulis oleh seorang lelaki dan belum menjenguk dunia yang lebih luas.

2 comments:

  1. malangnya, saya dr just08 termsk blog ini dan terbaca post ini.

    saya x rasa org yg mngatakan 'lelaki kuat nafsu' tu nak tekankan yg itu. mungkin itu salah satu bicara yang tersilap keluar. tersilap susun. secara tidak sngaja. sbb masa akhawat dgr ayat di atas, hampir semua berubah muka. terkejut dgn ayat tu. dan pada masa yg sama, kami dpt rasa itu adalah ayat yg silap disusun sebenarnya. perempuan kan suka berckp.so, dalam bnyk ckp, pasti ada yg silap. apa yg penting saya rasa, ambil points yg diutarakan.

    Saya bangga sebenarnya dgn batch kita. masih terkawal pergaulannya. Utk pngetahuan pnulis, saya nampak usaha akhwat batch 08 utk tidak terlalu jumud. Ada perubahan sebenarnya dr masa thn pertama hingga skrg. Tapi dlm masa yg sama, kena fikirkan juga pendirian akhawat yg x mahu terlalu terbuka hingga timbul rasa bersalah rasa krg selesa rasa berdosa dgn pergaulan yg x sptutnya.

    Yup, mungkin ada antaranya yg 'nampak' lebih terbuka dgn syabab arab. Tidak dgn syabab melayu. Tapi itu x bermakna akhawat tersebut perlu lebih terbuka dgn sybb melayu kan? sptutnya akhwat itu patut lebih mngawal pergaulannya dgn sybb arab. Bak kata Azzam.. [mungkin klu nmpk, blh tegur akhwt tu secara personal. mungkin itu adalah di bawah her subconscious mind.]

    Apa2 pun, sepatutnya klu ada rs x puas hati either luahkan kpd yg sptutnya atau diam tanda memaafkan dan bersgka baik. Saya tak rasa quote meng'quote' utk memerli akan membaik pulih keadaan. Malah, mungkin akan mmburukkn lagi keadaan.

    Akhir kata, maaf jika ada ayat yg tak sepatutnya dikluarkan. Moga kita dalam jagaan dan panduan Allah selamanya. Insyaallah..

    -salah sorg akhawat just08-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haih,bagaimana anda boleh tersesat ke blog ini.komen panjang pulak tu. :)

      Pencerahan awal,ini blog peribadi maka apa yang ditulis mewakili pandangan peribadi semata-mata.

      firstly minta maaf dengan ayat-ayat emosi diatas dan terima kasih kerana sanggup komen beri sedikit pencerahan.
      ok saya boleh setuju dan bersangka baik dengan points yang anda berikan.

      Secara personal seperti yang ditulis,saya memang suka keadaan syabab akhawat tidak perlu berhubung atau bergaul bebas jika tiada urusan.Boleh baca balik apa yang ditulis diatas.
      Dan jika anda kenali saya,saya bukan cakap kosong akan hal ini.Tak pasti jika ini self claim.

      dalam meraikan yang syadid,perlu juga raikan yang datang dari pelbagai latar belakang selagi mana tidak melanggar syara'.
      saya taknak orang berubah atau ada sikap tertentu kerana sekeliling dia begitu.Boleh begini tetapi lebih cantik sekiranya dia faham kenapa dia perlu begitu.

      Berkenaan apabila dgn arab mesra tetapi tidak dgn melayu,saya setuju dengan anda.Semenjak dari awal apabila membicarakan perkara ini dgn kawan2,saya tak pernah kata dgn melayu pun kena mesra.Solusinya dgn arab pun kena jaga.Mereka juga manusia,mereka juga lelaki.

      ok taknak memanjangkan perkara yg tiada kesudahan ini.lagipun bukan ini yang utama saya nak sampaikan dalam post ini.

      Delete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..