Tuesday, April 3, 2012

Hidup perlu memilih 2.0

Sehari selepas post bertajuk Hidup Perlu Memilih sebelum ini ditulis,keputusan SPM keluar.Tak teringat pula akan SPM tahun ini.
Berdasarkan post lepas aku tulis pemilihan bidang pengajian selepas SPM merupakan antara keputusan besar yang perlu diteliti.

Mungkin agak pelik jika aku kerap mengulang perkara ini.Tak nak adik-adik tersilap dan tertekan di kemudian hari.

Berbual dengan rakan-rakan yang datang dari pelbagai jenis sekolah tak kira SBP,SBPI atau SMKA,rata-rata mengakui kebanyakan pelajar lepasan SPM mempunyai kemahiran membuat keputusan yang sangat lemah.Pelbagai faktor yang menjurus kepada berlakunya perkara ini.Faktor yang paling ketara bagi aku pengaruh masyarakat di sekeliling dan pendedahan yang amat kurang.

Apabila memperoleh banyak A,bidang-bidang seperti perubatan dan kejuruteraan selalunya menjadi keutamaan ramai pelajar,guru-guru atau saudara-mara.Ingatkan trend ini sudah berubah,nampaknya sama sahaja seperti 5 tahun lepas.

Banyak lagi bidang yang memerlukan pelajar cerdik pandai untuk ceburi.Ok mungkin ada juga perbahasan yang mengatakan pelajar yang memperoleh banyak A tidak semestinya pandai.Kita assume yang peroleh banyak A itu golongan pandai.Bidang sains politik,ekonomi,sosiologi,geografi,sejarahn dan media merupakan antara bidang penting yang perlu diceburi.Bidang-bidang ini selalunya diperlukan dalam menetapkan polisi sesebuah negara.Nak tak nak untuk Islam kuasai negara perlu ada golongan yang faham Islam dan cemerlang ceburi bidang ini.

Ketika keputusan SPM keluar hari tu perkara yang paling aku tak boleh terima apabila melihat komen-komen di facebook terhadap pelajar yang peroleh keputusan cemerlang dalam SPM "lepas ni bolehlah sambung medik"
Ada lagi rupanya jenis begini.Banyak pakar perubatan sekarang ini meramalkan dalam masa terdekat,Malaysia akan mengalami krisis lambakan doktor yang tidak berkompetensi akibat kenaikan yang terlalu mendadak tanpa ada pantauan dan latihan dari doktor pakar secara proper.

Minggu lepas di Irbid diadakan wacana perdana.Aku terfikir golongan doktor ni apa yang boleh sumbang dalam bentuk pukal begitu? Setakat talk penjagaan kesihatan atau fiqh medik je kot.Tiada kena mengena secara langsung berkenaan pemerintahan sesebuah negara.
Bincang dengan beberapa member ada yang cakap "kalau kita takde sapa nak rawat pembuat polisi-polisi negara"
Erm betul juga.Kesimpulan,semua bidang sebenarnya penting dan perlu lakukannya dengan terbaik.

Apabila memikirkan untuk menyumbang kepada skala yang besar,terfikir untuk specialise dalam community medicine.Tambah menarik,dalam ini ada juga melibatkan kira-kira.Kontranya ialah tak berjumpa dan rawat patient one-by-one.Sejak masuk klinikal ni rasa macam tak best pula kalau begitu,best kot jumpa patient.
Tak mengapa masa masih panjang,usahakan dulu apa yang sedang dilalui sekarang.

Berkenaan pemilihan ketiga.Dalam hati amat-amat berharap akan melaluinya dengan tenang jika pilihan telah dibuat.Pilihan yang kena dengan jiwa bukan jiwa yang perlu disesuaikan dengan pilihan.Penat sebenarnya untuk menyesuaikan jiwa.Nasib badan,banyak keadaan tak kena dengan keadaan jiwa yang asal dan perlu menyesuaikan diri selepas itu.Harga yang perlu dibayar apabila pilihan dikenali ramai.Selesa atau tidak,memang tak selesa walaupun ini bukan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.
Last sekali hanya mampu kata,"lantaklah."


Fuh,terasa cabarannya tambah2 first time.Harap-harap tak jatuh.

1 comment:

komen dan pendapat amat dialu-alukan..