Wednesday, April 18, 2012

Antara Bekalan

Akademi Tahfiz Zikr(kelas tahfiz bawah Permai) berjaya melahirkan graduan sulungnya dalam bulan lepas.Memang respek lah dengan graduan tersebut.Dalam kesibukan belajar pergigian dan pada masa sama orang kuat Permai masih sempat menghafal Al-Quran dalam masa 3 TAHUN SAHAJA.Orang kata dia tu pandai dalam pelajaran dan pandai cakap arab.Cukup pakej.

Rata-rata kawan-kawan sini yang sertai Tahfiz Zikr sudah menghafal hampir 10 juzuk.Aku ada kisah tersendiri kenapa tak masuk kelas tahfiz ini.

Teringat kisah dulu-dulu dalam menghafal Quran.Sekarang ini kalau orang tanya "dah berapa banyak tambah hafalan?"
Secara spontan jawab "makin berkurang ada la"

Teknik 1:Beri Ganjaran

Dalam keluarga masa kecik-kecik dulu tidaklah ditekankan sangat hafalan Quran.Peristiwa yang masih segar dalam ingatan antaranya abah suruh hafal satu surah masa darjah 2(kot).Ganjarannya akan bawa kami adik-beradik melancong ke Kelantan.Aku kena hafal Al-Alaq,abang sulung An-Naba',abang kedua Al-Fajr.Adik perempuan kena habiskan Iqra' (tak ingat iqra' jilid berapa).Yang bongsu tak muncul lagi time tu.

Teknik memberikan ganjaran memang antara teknik yang selalu digunakan mak abah sekiranya kami lepas mana-mana tahap dalam proses pembelajaran Al-Quran(benda lain pun ada juga disertakan hadiah).Selesai baca 1 jilid Iqra',boleh demand hadiah.Selesai semua Iqra' start baca Quran ada hadiah yang telah tetap iaitu jam tangan analog.Jam tangan digital abah tak galakkan untuk ajar kami bagaimana baca jarum jam.

Zaman sekarang dan mungkin bagi sesetengah keluarga lain nampak macam lekeh hadiahnya tapi ia sangat bernilai bagi kami yang hidup sederhana..Tambahan aku agak special ketika itu,masa aku khatam Iqra' 6 ditakdirkan Allah mak abah rancang menunaikan haji tahun tersebut(1998) maka mak offer nak belikan jam tangan dari Mekah tulisan jawi.Pergi sekolah nak menunjuk le tu.

Namun adik bongsu aku lagi beruntung,mungkin teknik perlu selari dengan peredaran zaman dan suasana sekeliling.Habis setiap jilid Iqra' dapat hadiah,tak perlu tunggu habis Iqra' 6 untuk dapat jam tangan,habis baca setiap juzuk Quran pun dapat lagi hadiah.Ada sedikit jeles di situ.haha.
Hasilnya minggu lepas masa call rumah dengar kata sekarang ni dah masuk juzuk ke-30.Umur baru 8 tahun dah nak khatam.Aku dulu 8 tahun baru mula baca Quran(satu bukti aku ni pemalas orangnya)

Teknik 2:Tiada Paksaan

Rasanya sekali tu je kot ditekankan untuk hafal.Tiada lagi selepas itu.Dalam banyak hal mak abah memang tak memaksa,mak abah ada sediakan ganjaran tetapi tidak memaksa.Contoh lain dalam hal akademik.Mak abah tak memaksa sangat.Zaman sekolah rendah dulu berapa banyak kali kena denda dengan cikgu sebab tak buat kerja sekolah.Tak sihat sikit boleh minta excuse tak pegi sekolah.Hujan lebat excuse sebab pegi sekolah naik basikal.Sekolah ada aktiviti lain excuse lagi dengan alasan pergi sekolah tak belajar.Serius memang malas time tu.sekarang pun serupa juga malas.

Bukan maksud sini semua perkara boleh excuse,ada sesetengah perkara memang tiada tolak ansur
Untuk belajar di Jordan ini pun bukan paksaan atau suruhan mak abah.Banyak perkara dari kecil aku diajar tiada siapa yang memaksa untuk lakukan sesuatu.Sesuatu perbuatan perlu lahir dari tolakan diri sendiri.

Buat Ingatan Pada Hari Ini

Kembali pada sejarah menghafal Quran,darjah 5 terpilih mewakili sekolah untuk pertandingan hafazan peringkat zon,time tu baru terkontang-kanting untuk cuba hafal.Mak abah tidak memaksa untuk hafal banyak-banyak.Cuma ada dorongan.Sebelum masuk pertandingan dapat la hafal surah Al-Lail hingga An-Nas.
Darjah 6 terpilih sekali lagi dan ketika itu berjaya hafal hingga Al-Buruj.Alhamdulillah time tu ada dapat nombor.

Masuk MATRI Allah izin dicampak dalam dorm huffaz 3 tahun pertama.Proses menghafal diteruskan dan ditingkatkan sikit-sikit.Bukan nak bangga tetapi dalam batch aku antara yang hafalan banyak sepanjang 5 tahun pengajian disana.(exclude yg mmg dtg dari maahad tahfiz)

Dari segi kualiti bacaan diakui agak kurang kerana pernah masuk sehingga final pertandingan hafazan peringkat sekolah tapi Allah izin tak menang.Dan jarang disuruh jadi imam kerana Ustaz Hadi tak kenal sangat dan tak rapat dengan senior-senior berpengaruh.

Apapun itu kisah dulu yang telah lama ditinggalkan.Yang penting saat dan ketika ini.Cikgu Abduh pernah mengungkapkan berkaitan penjagaan kesihatan dan boleh dikaitkan dengan perkara lain "kita taknak cakap dulu ana boleh buat ni,buat tu.Kita nak SEKARANG"

Sedih bila pandang diri hari ini.Hamasah entah ke mana.Jiwa lesu.Mungkin hati dikotori hingga berat untuk lakukan pembaikan diri.
MM ada sebut dalam salah sebuah bukunya,antara rahsia generasi dahulu mengahafal Al-Quran ialah kerana mereka mengamalkan isi kandungan Quran bukannya hafalan yang akan memudahkan pengamalan.
*Dup kena sebijik.
Mungkin ini antara faktor menyebabkan terasa begitu berat untuk menghafal.

Selalu kita pujuk diri kita at least kalau tak hafal tadabbur makna cukup.Kes ini rasanya terjadi pada banyak orang.Soal balik diri,ini ayat melepaskan diri atau apa.Kerana hakikat sebenarnya banyak antara kita tidak pun mentadabbur ayat-ayat Allah.
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَآ
 (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (surah Muhammad:24)

Ada seorang rakan pernah berkongsi,jika kita nak lihat bagaimana hubungan kita dengan Allah lihat hubungan kita dengan kalam Nya.Tak suka sebenarnya untuk menggunakan kalimah "hafazan" kerana ia membawa makna yang lebih besar.Merangkumi faham,ingat dan amal.


p/s:
-Sengaja dalam post ini tak letak gambar,biar tak menarik dan kemungkinan orang nak baca kurang.Ini hanya kisah lampau yang cuba diungkit untuk cuba menguatkan diri.

-Lebih kurang sebulan je lagi keluarga nak menerima orang baru.Nasib apabila berada jauh dari kampung halaman,kenduri first terlepas.Yang bakal jadi ahli keluarga itu pun tak pernah jumpa dan kenal.

2 comments:

  1. -Lebih kurang sebulan je lagi keluarga nak menerima orang baru??
    Sapa tuh?...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab ni laju radhi.hehe.
      iAllah abg sulung ana,adi.

      Delete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..