Monday, March 5, 2012

Mamnou3 Tad5in

Hiburan di kala exam.
Jika ada trending Irbid,mesti isu ni boleh top.









[Tweet diatas ada juga yang di tweet oleh perempuan.Bukan lelaki sahaja]
Dah banyak komen yang diberi.Tak tahu perlu komen apa.

Kita memang senang lantang bersuara jika tak kena pada kita.Jika tiada kawan rapat atau saudara terdekat yang lakukan mesti senang hati untuk bersuara lantang.

Betullah tu,kalau kenalan atau saudara terdekat slow talk je kenapa perlu secara public.

Beruntung sebenarnya mereka yang tidak terdedah dengan perkara-perkara begini.Seorang kawan pernah bercerita, "ko ni golongan yang beruntung.tak pernah lalu apa yang aku lalu.Bukan kehendak aku nak buat semua ni tapi kalau dibesarkan dengan suasana camtu.ingat aku nak sangat dan taknak tinggal"

Pesannya lagi "nanti kalau ko nak jadi pendakwah jadilah yang cuba memahami dulu bukan terus menghukum."
(perbualan diatas tidak merujuk kpd kes rokok tapi perkara lain)

Balas aku "itulah ko yang kena berubah dan jadi pendakwah,ko lebih memahami jiwa yang macam ko".cakap memang senang padahal nak pesan utk diri juga.

Pernah suatu kali ketika 1st year ada akhawat complain syabab pergi kelas tak kemas pakai slipper.Dengan senang hati aku balas "akhawat bising syabab tak kemas pergi kelas,yg akhawat tak tutup aurat sempurna tak pula dibincangkan"
Lepas tu mati camtu je perbincangan.Mungkin ada tersilap sikit cara disitu.Allahua3lam.Time tu baru menjengah dunia sebenar.Samalah seperti mereka yang baru kenal dunia,sikit-sikit nak complain.
Dulu aku tengok lelaki pakai seluar pendek pun dah pelik.Tengok perempuan tak tutup aurat sempurna pun dah pelik.(pakaian ni 1st impression orang terhadap kita)

Itu aku suka ulang kata-kata seorang sahabat "mula-mula masuk tandas memang semuanya busuk".Moga tak jadi macam aku yang dah terbiasa dengan bau itu.

Sebenarnya banyak penyakit yang perlu dirawat.Tak perlu aneh sini aneh sana.Pelik sini pelik sana.Bukan semua nya dapat didikan atau dilahirkan dalam keluarga yang menitikberatkan soal tarbiyah.Entah-entah mereka yang kita lihat kini pesakit boleh jadi perawat pada masa akan datang.

Dakwah tersebar dengan kasih sayang.Teringat satu penyampaian ketika sekolah menengah dulu "mari kita takluk dunia ini dengan kasih sayang"
Kasih sayang yang manusia kebanyakan faham sebagai kasih sayang.

Moga Allah thabatkan hati di jalanNYA.


-gambar yang diattach tidak bermaksud saya setuju dengan mereka.Dari sini juga boleh lihat ada "something wrong".
Moga pemilik akaun twitter diatas tak buka blog ni dan tak perlu cari siapa.Kalau tidak,habis lah.
-alhamdulillah selesai OSCE pediatric.Jangan tanya exam tadi camna.Silapku juga.Hilang mood nak enjoy cuti 5 hari.Moga Allah lembutkan hati doktor.

4 comments:

  1. abang saya merokok. dan dia membesar dalam keluarga tarbiyah. Kalau ikutkan sedih, hati ibu dan saudara mana yang tidak hancur melihat saudara sendiri terlibat. Tetapi kerana itulah saya membenci perbuatan merokok itu sendiri.

    ayah saya walaupun membesar dalam keluarga yang 'party-party' dan ada botol arak di dalam rumah (dan sekarang alhamdulillah masing-masing telah berubah), tetap memilih untuk tidak menyentuh rokok dan minum arak.

    kerana itu sebenarnya pilihan di tangan sendiri. Dan saya melihat isu itu adalah isu tanda sayang juga sebenarnya.

    seperti mana syabab melihat isu muroqib dengan menggunakan alasan 'kami sayang akhawat', begitu juga kami melihat isu itu sebagai 'kami sayang syabab'.

    *saya sangat yakin sebenarnya perkara itu boleh berhenti cuma tidak ada usaha maksima. abang sendiri yang beritahu.

    Allahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok mungkin ada salah konsep sikit.Tapi persekitaran itukan membantu.1 antara 3 syarat kejayaan tarbiyah,biah solehah.

      Betul pilihan atas tangan sendiri tapi bukan semua orang kuat untuk buat pilihan yang betul.Dalam contoh yang anti beri,ayah anti memang seorang yang cekal dan tabah.bukan senang menentang arus sebegitu.

      Lelaki ni ada ego.Berdasarkan print screen diatas(ataupun post ini sendiri) pun boleh tahu.

      moga yg terbaca terdetik untuk berubah bukan makin menjauh dan yang menegur terus thabat untuk berjuang bukan seperti kami sesetengah senior yang dah malas layan.Kalau perasan tak ramai senior yang take part.isu muroqib juga tak ramai senior yang take part.

      saya bukan orang kuat permai yang tahu segala masalah ahli,sekadar yang tahu sebenarnya ada pelbagai lagi masalah2 yg lebih teruk bukan sekadar rokok.

      ulasan ini terdedah kpd banyak kesilapan dan mungkin "bias" kerana belum betul-betul terjun dan memahami masyarakat.

      Delete
  2. dalam open talk itu, awal-awal isu adalah berkenaan mendedahkan perbuatan merokok. Tetapi yang anehnya isu jadi bersimpang siur di akhirnya.

    jika sesiapapun nak merokok berkotak-kotak di dalam rumah, itu adalah di bawah tanggungjawab dia. Tetapi selagi mana apa-apa perkara yang salah, yang didedahkan dan sampai di bawah pengetahuan pihak yang terlibat, jujurnya rasa ambil tahu pihak yang terlibat itu perlu.

    Dan kadang-kadang hebahan itu perlu supaya semua orang cakna. Kerana kadang kala banyak masalah diadukan pada pihak atasan tetapi mengikut kudrat yang ada, banyak masalah yang terbiar begitu sahaja.

    dan memang sangat betul, PERMAI ada banyak masalah yang lebih besar terutama akhir2 ini ada perkara besar yang berkaitan dengan isu akidah dalam keadaan perlu diselesaikan secara diam dan berhati-hati.

    Tetapi isu akhlak juga termasuk dalam perhatian permai walaupun tahu masing-masing sudah besar dan tahu membuat keputusan sendiri.

    apa-apapun, memang sangat setuju berkenaan,
    "Satu perkara yang perlu tahu,manusia ni ada ego dan berdasarkan pemerhatian yangg cetek selalunya jika dilakukan public,golongan2 yg dituju akan langsung menjauhkan diri bukan makin dekat. "

    semoga Allah lindungi dari terbinanya jurang terbabit.

    *btw, terima kasih kongsi keratan twitter di atas. Baru tahu rupa-rupanya syabab-syabab ini emo juga. Patutlah dalam isu muroqib pun cepat melenting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen direply sebelum diedit kembali.
      Tetiba rasa tak patut buat assumption secara general dan bahagian akhawat tak tahu sangat.

      dan yang cepat melenting hanya beberapa tapi itulah yang menonjol.

      Delete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..