Tuesday, March 20, 2012

Hidup perlu memilih

Hidup ini penuh dengan pilihan yang perlu diputuskan.

Dalam kehidupan seharian bermula dari bangun tidur hingga tidur kembali kita perlu buat pilihan.
Bermula memilih untuk bangun tidur atau teruskan dengan tidur.
Memilih untuk ke terus ambil wuduk mengerjakan kewajipan(atau solat sunat) atau terus termenung atas katil.
Memilih nak mandi sebelum ke kelas atau tidak.
Memilih untuk ke kelas atau tidak.
Memilih untuk mendengar apa yang pensyarah katakan atau tidak.
Dan seterusnya hingga kita memilih untuk tidur awal atau lewat.

Orang kata dalam hidup ada 3 perkara besar yang perlu diteliti dalam memilih kerana akan bawa kesan jangka panjang.
1)pemilihan kos belajar selepas SPM
2)pemilihan kerjaya
3)pemilihan pasangan

Yang pertama telah lepas dan sedang dilalui dengan pelbagai bentuk perasaan.Sekejap turun sekejap naik.Sekejap manis sekejap masin.Moga 2 berbaki pilihan lebih tepat dan dapat lalui dalam keadaan yang lebih tenang dan tanpa tekanan walaupun tahu mustahil untuk sebegitu tanpa turun naik.

mana satu jalan pilihan kita??
تربية في أيدكم في أيدكم فقط
Lama perhati,emosi perempuan dan lelaki ni sama saja sebenarnya.Ia universal issue bukan gender issue.Dan semalam disahkan.Perempuan cuma lebih mudah ekspresikan emosi dalam riak wajah,perbuatan,kata-kata atau tulisan.Lelaki kurang pandai untuk ekspresikan emosi dan pandai sorok padahal dalam hati hanya tuan badan dan Allah yang tahu.

Saya baca dan tahu.Serba salah dan maaf jika membuatkan risau.Doakan baik-baik saja.
Just kadang-kadang rasa letih untuk cabar diri.Moga ia bukan selalu..


antara pilihan yg perlu dibuat,nak pergi ke kelas pkul 3-5 ptg satgi atau tidak :p 

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..