Sunday, February 19, 2012

Muroqib

Muroqib,isu yang tak pernah padam sejak dahulu.Walaupun banyak lagi isu yang belum selesai dari dulu tapi isu ini tetap “hot” dalam kalangan warga Irbid.Dapat lihat dari sini syabab mahupun akhwat begitu ambil berat tentang isu keselamatan.Alhamdulillah.

Telah beberapa kali isu ini dibangkitkan dan saya pun tak pasti dimana silapnya kerana kerap sangat isu ini berulang.

Keselamatan.Isu ini bukan isu di Jordan sahaja malah dimana-mana sahaja termasuk Malaysia.Jangan skeptik sangat.

Pepatah Melayu ada berbunyi “malang tidak berbau”
Begitulah yang selalu berlaku.Pengalaman 2 tahun saya pernah berada bawah JKK yang menjaga keselamatan warga Irbid ini,apabila dirasakan keadaan selamat,ketika itulah musibah berlaku.So langkah berhati-hati perlu sentiasa diberi perhatian kerana malang itu tidak berbau.

************

Kadang-kadang pening juga memikirkan reaksi warga Irbid ini kerana seperti tiada kesudahan.

Bilangan akhawat yang mengelak muroqib hanyalah minoriti.Tetapi isu ini digembur-gemburkan seperti semua.Begitu juga belah syabab,bukan semuanya sanggup muroqib.

Pelik kadang-kadang apabila berlaku sesuatu kes yang tidak dijangka,maka syabab akan bising pasal muroqib,
”itulah taknak muroqib,kan dah kena ganggu”
Dan yang menambahkan lagi emo aku(ni nak emo ni) apabila diminta bantuan kepada syabab tersebut untuk muroqib banyak pula alasan dia.(tak nafikan ada je syabab yang betul-betul commit dalam perkara ini)

Apabila khidmat muroqib ditolak oleh akhawat dengan alasan,syabab akan berkata “satgi kena kacau baru sedar”
Kata-kata yang paling aku anti sejak dahulu.Seolah-olah syabab itu pula penyebab akhawat tersebut tak diganggu.Nak berlagak hero pun pada-padalah.
Bukankah lebih baik/sweet kita iringi akhawat tersebut dengan doa supaya selamat sampai walaupun dia menolak khidmat muroqib physically.

Dalam adik-beradik saya hanya ada seorang adik perempuan.11 tahun saya hidup dengan hanya seorang adik ini.Saya pun tak nak perkara buruk berlaku padanya walaupun jika dia ada buat perangai.Dan saya juga amat berharap dia tahu menjaga keselamatan dirinya.

Akhawat-akhawat sini mereka juga seorang adik kepada seseorang,seorang kakak kepada seseorang atau seorang anak kepada ibu bapanya.

Pimpinan pelajar sini pernah kata dalam sembang-sembang bersama “waktu qarar ditetapkan bukan nak bagitahu boleh keluar selepas waktu itu tetapi dengan muroqib,tapi nak bagitahu kalau boleh jangan keluar”

************

Beruntung sebenarnya akhawat-akhawat sini,begitu ramai yang mengambil berat akan mereka.Maka harapannya mereka juga cuba menjaga diri mereka.Mungkin akhawat akan jawab “takkan akhawat taknak jaga keselamatan mereka pula kan.”

Cuba bayang jika hidup bersama keluarga di Malaysia,ada ke nak keluar saja-saja ketika malam? tak pasti jika ada.

Dalam isu muroqib saya suka mengambil pendekatan untuk melihat sahaja orang bising-bising.Malah kadang-kadang boleh jadi hiburan.huhu.
Jika ada yang minta tolong,akan cuba dihulurkan jika mampu.Kalau tak mampu akan cuba cari siapa yang mampu.Jika taknak minta tolong,nak buat camna.Biar je lah(ok ini sikap tak baik).
Semoga selamat je lah.

muroqib=pelajar lelaki yang tolong teman pelajar perempuan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain

waktu qarar=waktu yang diwajibkan pihak persatuan supaya menggunakan khidmat muroqib.

saya berani tulis pasal muroqib ni pun sebab tahu bukan ada orang buka pun blog ni.Tulis di fb ramai boleh terbaca.
Ini hanya luahan hati dan persepsi dari seorang yang bukan rajin sangat ambil berat pasal keselamatan.

322589_315974068451082_100001154745809_840873_1352253292_o*mintak-mintak takde warga Jordan yang sensitif buka blog ni :p

4 tahun menunggu.4 TAHUN.Lantaklah orang nak kata tu snow pellets bukan snow flakes.Janji dalam bahasa melayu tetap salji.haha.

cakap pasal muroqib teringat peristiwa tadi.macam mana boleh kantoi dengan seorang member padahal dah tukar nama supaya orang tidak syak apa-apa jika terpaksa jawab ketika sedang lepak dengan orang lain.

4 comments:

  1. kadang2, akhawat x rs nk muroqib sbb bila dah ada muraqib dpn mata pun muroqib dok tolak2 x mo muraqib sbb rumah akhawat tu jauh. apa lg klu muroqib bkn dpn mata kn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah spt yg ditulis,sepertimana bkn semua akhawat nak muroqib,bkn juga semua syabab sanggup muroqib.
      tp utk elakkn rakyat irbid kecoh dan demi keselamatan,akhawat rajin2 la bermuroqib.


      klu nak sng,cari muroqib peribadi :p

      Delete
  2. Untunglah ada adik perempuan. Ana teringin ada tapi Allah tak izin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nta ada kakak ana xda.kira fair la tu :)

      Delete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..