Monday, February 13, 2012

Competency

Power,
competency,
efficiency,
and achievement.

4 komponen yang selalu menjadi nilai bagi lelaki.

Kadang-kadang(boleh kata selalu) ada benarnya.Mudah terasa inferior apabila gagal mencapai gol yang ingin dicapai atau apabila melihat orang lain lebih berkompetensi.

Sangat setuju dengan status seorang rakan fb, “apabila disuruh menyenaraikan kelebihan diri pasti tak boleh kerana memikirkan ada lagi orang yang lebih hebat dalam hal itu.”
Perkara ini banyak kali terjadi.

Mencapai sesuatu matlamat sangat penting kerana ia membuktikan kompetensi dan berasa yakin dengan diri.Dan untuk berasa yakin dengan diri,mesti lakukannya sendiri.Orang lain tidak boleh capai untuknya.
[mungkin konsep ini boleh dipertikai]

401365_227513230674281_100002468176296_465795_1990100810_nGenerasi 13 MATRI di Jordan
dari kiri: rijal,izzat,anas,saya(fawwaz)

Alhamdulillah dengan perancangan Allah swt,beberapa rakan dari mesir datang ziarah ke Jordan minggu lepas termasuk rakan sebatch di Matri dahulu.Mohon maaf tak sempat luangkan masa untuk bersama.Hanya sempat beberapa ketika.Pelbagai perkara dibualkan dari perkongsian DnT hinggalah perancangan masa depan.Banyak perkara yang perlu belajar dari mereka.Kesungguhan dan keseriusan mereka terutamanya.

Dan sekali lagi,tertunduk malu melihat mereka.

.

.

.

Pernah menonton perlawanan bola?

Lihat apa reaksi penonton terhadap pemain pasukan yang disokongnya,

“apasal keeper tu dia,tukarlah dengan orang lain.

ish,tendang pun tak betul.patutnya tendang ke situ

bek tu kenapa tak marking striker lawan.kan dah gol”

dan pelbagai lagi komen dari para penyokong.Tujuannya sama,mengharapkan pasukan yang disokong menang.

Jika aku yang menjadi pemain akan bisik dalam hati “memang aku tak patut main pun dan better ganti dengan orang lain”
naseb baek bukan semua orang begini…..

-minggu ke 7 pediatric.3 weeks to go.entah apa yang telah kupelajari.doakan supaya diberi kekuatan.

-isu syria kini mula mendapat tempat.Allahummansuril ikhwanana fis suuri.

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..