Tuesday, January 31, 2012

Syabab Perjuangan

Dalam buku “Inilah Islam” karangan Syed Qutb,ada disebut 2 aset yang menjadi pemangkin untuk kita bangunkan manhaj Islam di muka bumi ini.Pertama ialah aset fitrah dan kedua ialah aset pengalaman.Aset pengalaman ini tidak dimiliki oleh generasi sahabat yang awal dahulu.Mereka hanya bergantung kepada aset fitrah.Jadi dalam buku itu ada menyebut sepatutnya Islam lagi mudah ditegakkan ketika ini kerana kita ada aset pengalaman.

Sejarah menunjukkan Islam mampu mentadbir negara,mampu memajukan negara dan mampu mengangkat sesuatu tamadun.Sejarah kegemilangan Islam cuba disembunyikan dari orang Islam supaya orang Islam itu sendiri ragu-ragu dengan manhaj yang dipegang ini.Padahal kita punya sejarah silam yang cukup gemilang.Singa yang fitrahnya garang berjaya dijinakkan.

Dalam sejarah,narrative cerita tidak penting.Yang penting ialah pengajaran yang kita boleh peroleh dari sejarah tersebut.Dalam Al-Quran ketika mana diceritakan sesuatu kisah,tidak disertakan secara detail tempat berlaku peristiwa dan masa berlaku.Kerana itu tidak penting.Namun Islam tidak juga menghalang kita untuk mengkaji.

Silibus sejarah di Malaysia ketika sekolah menengah banyak disogokkan dengan sejarah melayu melaka sahaja tanpa kaitan dengan apa yang berlaku pada peringkat global.Jadi kita hanya melihat pada skop yang kecil dan tidak menyedari hakikat sebenar yang berlaku dan kaitannya dengan sejarah Islam.

Bila tarikh Melaka dijajah?

Ok kita lihat peristiwa-peristiwa besar yang berlaku hampir dengan tarikh tersebut.

1453  –pembukaan Constantinople

1481  –Sultan Muhammad II meninggal

1492  –kerajaan Islam di Andalusia jatuh

1511 –kerajaan Melaka jatuh

Apa kaitan semua ini.ok saya pun tak tahu semua.

Allah izin umur Sultan Muhammad II tidak panjang.Beliau meninggal sebab diracun ketika sedang menyiapkan angkatan tentera untuk ke eropah barat.Dikatakan jika umur beliau panjang,mungkin kerajaan Islam di Andalusia dapat diselamatkan.

Selepas kerajaan Islam Andalusia dijatuhkan,raja ketika itu iaitu Ferdinand II mula bercita-cita besar.Dia ingin menyebar luaskan kristian diseluruh dunia.Ada yang ditugaskan ke timur dan ada yang ke barat.Matlamatnya sama,untuk mengkristiankan masyarakat dunia.

Operasi di benua amerika selatan boleh dikatakan sangat berjaya.Sebelum itu di benua amerika selatan,mereka mempunyai tamadun tersendiri.Inca,Aztec dan Maya.Mereka mempunyai bahasa yang tersendiri.Tapi kita lihat hari ini di benua amerika selatan,bahasa apa yang mereka gunakan? Agama apa yang mereka anuti? Sebuah tamadun yang hebat mampu dihapuskan begitu sahaja.

Berpaling kepada apa yang berlaku pada Melaka(tanah melayu) ?

Kita tidak jadi seperti di amerika selatan.Apa rahsia disebalik kejayaan ini.

Jawapannya mudah,ISLAM.
Islam mengajar erti perjuangan.Tidak mungkin ada sebab lain untuk tentera-tentera ketika itu bermati-matian mempertahankan Melaka dan perjuangan itu berterusan bukan berhenti pada 1511.Ya pada tahun 1511 Melaka berjaya dijajah,tetapi sejarah umat Islam bukan sejarah menang kalah tetapi sejarah perjuangan.Selepas 1511 beberapa siri pertempuran berlaku untuk menakluk kembali.Pada 1521 berlaku pertempuran besar di Selat Melaka antara tentera Jawa dengan Portugis.Beribu-ribu tentera Islam Jawa syahid di Selat Melaka.

Inilah yang cuba disorok kepada kita.Sejarah perjuangan umat Islam ketika itu melawan penjajahan Portugis.Sejarah umat Islam tidak mudah mengalah dan tidak mudah berserah.Hanya dengan kekuatan Iman generasi ketika itu mampu bertahan.Jika tiadanya kekuatan Iman,mungkin kita akan jadi seperti di amerika selatan.Mungkin kita akan bertutur dalam bahasa spain dan nama saya juga mungkin bukan Afiq Fawwaz.

Antara bukti lain yang membuktikan operasi tersebut ada kaitan dengan penyebaran agama,dalam perjalanan tentera Portugis ke Melaka,mereka bertembung dengan beberapa kapal yang membawa jemaah haji.Habis kapal-kapal tersebut dibakar dan penumpang-penumpang bakal jemaah haji menemui ajal.

Segala kesan tinggalan Islam juga cuba dihapuskan oleh Portugis hinggakan batu nisan tanah perkuburan turut cuba dilenyapkan.Batu-batu nisan tersebut digunakan untuk membina kota A Famosa (yang kelihatan sekarang ialah pintu gerbangnya sahaja setelah benteng lain diletupkan oleh British).

Sejarah menunjukkan Islam yang sampai pada kita hari ini bukan diperjuangkan secara sambil lewa tapi dengan tumpahan darah.Atas perjuangan generasi itu kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam pada masa kini.

Fikir juga bagaimana bersungguh-sungguhnya duat yang datang ke tanah melayu untuk berdakwah di tanah melayu.Tidak mungkin dakwah yang dijalankan secara sambil lewa dapat menghasilkan generasi yang sanggup berkorban nyawa.Raja di Pasai ialah antara yang terawal memeluk Islam (pada kurun ke 12).Beliau didakwah oleh seorang raja di Hijjaz yang datang ke nusantara untuk berdakwah.

Lihat kesungguhan duat pada ketika itu? Sanggup belayar jauh semata-mata untuk menyebarkan Islam.
Banding pula dengan diri kita.

Sejarah diambil dari perkataan arab syajarah=pokok.Ia membawa maksud ia sesuatu yang hidup.Jika baik akar maka baiklah ranting.Jika baik ranting maka baiklah daun.Jika baik generasi dahulu,insyaAllah baik generasi seterusnya.

Dr Zainurrashid dalam ceramah Palestin baru-baru ini di Irbid,beliau mengatakan antara faktor kejayaan Salahuddin Al-Ayyubi menakluk Jurusalem ialah jasa generasi sebelum itu.Generasi sebelum itu bertugas membentuk man power.Apabila baik ranting maka baiklah buah yang dikeluarkan.

Pengajaran,mungkin kemenangan Islam bukan pada hayat kita tetapi kita bertanggungjawab untuk membentuk man power dengan didikan Islam yang sempurna dan lengkap.

Mencuri masa disebalik kepenatan dawam unutk menonton video yang dikongsikan seorang sahabat tentang sejarah nusantara.Video yang amat menarik.Berjaya mengubah perspektif ku tentang apa yang berlaku di Malaysia secara khususnya.Antara pesanan dalam video tersebut,

“apabila hendak melancong,pastikan tujuannya untuk bina Iman bukan suka-suka nak tengok tempat orang”

Tercampak sebentar.Entah berapa ribu dinar telah aku habiskan setakat ini untuk berjalan-jalan.Tak pasti mampu bina Iman atau tidak.
Moga tidak sia-sia duit yang telah dihabiskan.

baru selesai tgk separuh,nak sambung.…..zzzzzz
(maaf jika ada tersilap fakta)

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..