Sunday, December 16, 2012

manusia ibarat logam

:عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

 " النَّاسُ مَعَادِنُ ، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلامِ إِذَا فَقِهُوا" 

Manusia ibarat logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Hakikat yang perlu terima. Jangan persoalkan.

Emas yang bersalut lumpur lebih berharga daripada besi yang dihias indah. Besi walaupun telah berada dalam rak kaca tidaklah sepenting emas di luar yang masih belum digali. 

Buat apa sibukkan diri untuk pelihara besi dalam rak kaca yang mungkin boleh berkarat, lebih baik cari emas yang dijamin harga dan kualitinya.

Pernah seorang sahabat bangkitkan dalam rangka beri peringatan. Ada beberapa rakannya pernah kata "tahulah ana tiada potensi" apabila mereka diabaikan oleh golongan pendakwah setelah tidak konsisten menghadiri program. Ingatan diberi supaya kami bertindak adil dalam melayan masyarakat, tujuan berbuat baik kerana Allah bukan kerana ingin mengajak bersama NGO yang disertai.

Dalam hati tergelak dan mulut tersenyum sendirian.

Tak perlu cakap orang lain. Layanan terhadapa manusia berdasarkan potensi wujud dimana-mana, hatta dalam sesetengah institusi keluarga yang kecil itu pun wujud.  

Dilaung-laungkan "setiap manusia ada potensi". Bagaimana ingin percaya? Bagi aku ini ayat politik.
setiap satu berbeza
Bila terjumpa dan teringat hadis diatas, hati jadi lebih lega. Manusia itu ibarat logam, ada emas, ada perak, ada gangsa ada besi. Harga setiap satu tidak sama.

Friday, December 14, 2012

Kalau tak dipecahkan ruyung..

Zaman sekolah, UPSR diwujudkan bagi melihat siapa yang layak ke SBP, MRSM, MATRI atau sekolah lain. SPM bagi menentukan jurusan apa yang kita layak dan di universiti mana. Jika inginkan tempat yang berprestij, mahu tak mahu mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri diterima. Mahu tak mahu mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri diterima. Teringat zaman SPM dahulu (sebab masa itu yang boleh kata paling rajin ), begitu bersungguh-sungguh untuk skor bagi peroleh tempat IPT yang dikehendaki.

Inilah sifat sesuatu ujian. Ia wujud bagi menguji tahap seseorang. Begitu juga dengan ujian-ujian yang Allah swt berikan kepada kita. Ia untuk menguji adakah kita benar-benar berIman dan jika lepas akan diangkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Ujian Allah bukan nak menentukan masuk sekolah mana, universiti mana tetapi ujian dari Nya untuk menetukan kita layak atau tidak untuk masuk ke syurga Nya. Tiada pilihan, jika ingin peroleh tempat yang mulia itu perlunya kita berusaha untuk lepas setiap ujian yang kita hadapi.

Bagi lelaki ujian atau fitnah terbesar yang Rasulullah saw telah janjikan ialah wanita.

“Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” -ruahu Bukhari wa Muslim-

Tambahan pada zaman dunia tanpa sempadan kini, ruang ikhtilat terbuka luas. Dengan facebooknya, twitter atau instagram. 


Takut sebenarnya untuk cakap perkara ini. Selalunya yang akan teruji ialah mereka yang dikenali ramai dan baik akhlaknya. Saya bukanlah dikenali ramai dan baik yang mana kalau start kacau pun tiada yang akan respon :p

Saya ada beberapa rakan yang memang baik akhlaknya, dan dikenali masyarakat. Bohonglah jika tiada ujian wanita pernah hadir. 
Perkara ini akan hadir, tambah bagi golongan yang saya disebut, akan ada perempuan yang cuba dekati.  Yang penting bagaimana diri mengawal situasi itu. Jika kata susah, memang susah. Jika senang tiadalah nilai berharganya hadiah yang Allah sediakan di akhirat kelak.

Dalam dunia kini yang mana lelaki perempuan bebas bercampur dalam kelas, dalam program yang bercampur, tiada lagi hijab yang memisahkan, perlunya bina hijab dalam hati. Hijab dalam hatilah yang utuh dan mampu melindungi. Lebih kuat dari hijab zahir.

Hadis dari Abu Hurairah ra yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang 7 golongan yang mendapat naungan Allah swt di hari akhiarat nanti dimana naungan lain kecuali naungan Allah swt. Salah satunya,


 ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال: إني أخاف الله رب العالمين
Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata, "aku takut kepada Allah"

Bak kata ustaz-ustaz sekolah menengah dahulu, "pagar Iman". Inilah sahaja yang mampu memelihara diri golongan yang disebut dalam hadis diatas.

Dan saya yakin yang terbaca post ini belum lagi diuji begitu teruk sangat.


Namun sebagai manusia biasa yang punya banyak kelemahan, kadang-kadang kita perlukan faktor fizikal untuk membantu membina faktor dalaman sebelum ia menjadi kuat. Sebab itu banyak peringatan-peringatan sejak zaman sekolah dahulu hingga sekarang yang selalu ditekankan, JANGAN MULA. Banyak lelaki yang berlakon kononnya kuat. Tetapi hakikatnya Allah lebih tahu.

Faktor-faktor zahir perlu juga dicipta jika dirasakan diri tidak kuat dan ia sebenarnya dalam proses kita membina kekuatan dalaman. Hijab hati untuk hadapi fitnah perempuan bukan wujud secara spontan jika tidak menjaga hijab pergaulan. Bagaimana ingin membina pagar hati jika tidak menyibukkan diri dengan amal  Islami.

Di Jordan, kadang-kadang ada setengah syabab yang mengadu "apalah akhawat tu, tegur sikit pun tak nak layan.". Bagi saya personally, sebenarnya ada kebaikan perkara ini berlaku. Lainlah ada urusan tetapi tidak dilayan logik tak puas hati. Begitu juga pernah kecoh isu meeting mengadap dinding yang kini sudah beransur-ansur mengalami revolusi kononnya semua itu tertutup dan menganggu gerak kerja. Sebenarnya mahal harga yang perlu dibayar jika ingin kan sangat "keterbukaan". Pengalaman bekerja ketika tahun 1 dan 2, alhamdulillah berjalan lancar. Ada akhawat yang meminta untuk tidak sesuka hati membuat panggilan terutamnya waktu malam, kita hormatinya. Ini antara contoh faktor zahir yang perlu dicipta.

Dan faktor-faktor zahir yang makin dilupakan. "ikhtilat, aahh ini isu lapuk. banyak lagi perkara besar perlu fokus"
Maturity is not when we start speaking big things. It is when we start understanding small things 
-quoted-

Kunci yang perlu jaga kemas-kemas agar hati kita tidak mudah dibuka bukan pada masanya.

Yakin satu perkara, ujian-ujian yang Allah berikan kerana Allah tahu manusia mampu. Seperti ujian-ujian di sekolah mahupun universiti, cikgu tahu kita mampu dan sediakan soalan yang seiring dengan kemampuan kita. Tambah Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu antara langit dan bumi. 

p/s: 
-yang menulis ini pun bukan kuat mana, terdedah dengan pelbagai kegagalan. cuma mungkin Allah tutup sesetengah keaiban  

Thursday, December 6, 2012

Laki tidak bermoral ??

Lelaki atau perempuan, mana satu lebih tinggi nilai moralnya ?

Perbahasan dan kajian tentang ini ada dilakukan dan secara umunya, ramai pengkaji berpendapat perempuan lebih baik. Makna sini bukan dari segi ciptaan kerana lelaki dan perempuan saling melengkapi tetapi dari segi basic morality, perempuan lebih sikit dari lelaki.

Lelaki yang terbaca post in, jangan cepat melatah kerana yang menulis ini juga lelaki. Perempuan yang terbaca post ini, jangan cepat perasan.

Disini yang saya maksudkan dengan moral ialah basic human value bukan Islamic value.

Baru-baru ini ada belajar tajuk violence. Ikut statistic, lelaki yang banyak melakukan violence. Child abuse, sexual harrasment, emotional abuse, ini antara jenis-jenis violence. Hatta di Malaysia, pusat serenti atau sekolah untuk pesalah juvana dipenuhi mereka yang berjantina lelaki.

Lihat dari segi perkara-perkara yang positif pula, kebanyakan nya perempuan menang. Di universiti, mana lebih banyak? Orang kata sekarang ini perempuan lebih banyak dari lelaki jadi tidak pelik pelik perempuan lagi ramai di universiti. Nisbahnya lain, belum capai lagi seperti nisbah sebenar. Masa zaman sekolah dulu atau pun hingga kini, jika nak dibandingkan secara umum siapa lebih rajin? Pasti orang jawab perempuan. Pernah sembang-sembang dengan beberapa rakan apabila ditanya "pelajar perempuan sini kalau depa tak study depa buat apa?"

"ntah. perempuan kalau tak study depa buat apa lagi? tak boleh bayang buat benda lain. kalau lelaki kot main game atau tengok movie"

Dari segi jaga kebersihan dan kekemasan, siapa yang mendahului?

Beberapa teori

Mengikut kajian yang mengatakan kenapa perempuan berpegang kenapa nilai moral lebih tinggi, pengaruh testosterone dalam tubuh lelaki menjadikan keinginan untuk capai sesuatu tinggi dan sanggup mengabaikan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Apabila sikap ini disalahgunakan, maka kebarangkalian lelaki untuk bertindak sesuatu yang tidak bermoral tinggi. Betul atau tidak, wallahua3lam. Ini dari bacaan internet.

Teori kedua yang berpendapat sebegini, ialah pengaruh macro-sosial yang membentuk kenapa lelaki sanggup abaikan perkara lain untuk kepentingan diri. Masyarakat menilai kelakian seseorang itu berdasarkan apa yang dicapainya. Ia mendorong lekai untuk berbuat apa sahaja untuk pertahankan kelakiannya. Saya lebih bersetuju dengan pandangan ini.

Seperti contoh yang saya berikan diatas, siapa lebih rajin? siapa lebih pembersih?

Jawapan ini sebenarnya membentuk pemikiran masyarakat.

Lelaki tak mengapa malas-malas sikit.
Lelaki tak mengapa pengotor sikit.
Tak mengapa bilik tidur tak kemas,
Tak menagapa malas masak dan pelbagai lagi.

"Biasalah, lelaki.... "

Serius, ini pemikiran yang menyelubungi masyarakat hingga menyebabkan berpenyakit. Padahal setiap sikap-sikap itu ialah sikap yang dituntut dalam Islam bukan terhad pada perempuan sahaja. (part memasak mungkin bukan :D).



Kemudian dilaungkan lelaki ialah pemimpin. Huh, dimana sikap seorang pemimpin itu.

Berbalik kepada diri

Persepsi sebegini perlu kita ubah, ia membentuk sikap masyarakat. Perlu ubah bermula dari diri dan keluarga. Setiap individu dan keluarga itu yang akan membentuk masyarakat.

Quote dari apa yang diajar di universiti "we must change the messages about violence that we give to boys, and expect the same standards of nonviolent behavior from boys that we expect from girls."

Pembentukan masyarakat bermula dari pembentukan anak-anak dan siapa anak-anak ialah siapa ibu bapa nya.

Jika tidak ubah sekarang, ia akan terus merebak kepada generasi seterusnya. 

Sunday, December 2, 2012

Answer the calling

Teringat kenangan cuti semester bulan 6 lepas, Allah izinkan diri ini berpeluang untuk menyertai misi bantuan di sempadan Turkey-Syria. Peluang yang bukan senang-senang untuk hadir dalam hidup. Alhamdulillah Allah izinkan diri untuk ke sana.

Berpeluang untuk bertemu mangsa perang Syria yang tercedera dan di rawat di Turkey. Berbual dengan salah seorang yang tercedera ketika itu, beliau begitu bersemangat tinggi, menurutnya beliau tidak takut untuk kembali semula ke syria setelah kembali pulih.

Itu kisah hampir 6 bulan lepas. Perang di syria masih berterusan. Basyar yang mendapat bantuan dari negara lain terus berdegil untuk jatuh. Jumlah pelarian bertambah di negara sempadan dengan syria. Di jordan sahaja anggaran permulaan 100 000 pelarian pada penghujung tahun 2013 namun angka itu telah dicapai pada september lepas. Itu yang berdaftar, belum dikira mereka yang tidak berdaftar.

Lambakan pelarian di Jordan boleh dirasai. Ok aku tak nak tulis tentang point ini sangat.

Mereka yang tercedera turut ada di hantar di Jordan untuk mnerima rawatan. Jika ada sesetengah orang yang begitu berkeinginan untuk bertemu dengan mangsa perang dan melakukan interview, pelajar-pelajar clinical di JUST punya peluang itu. Di KAUH (hospital universiti), boleh kata agak ramai patient yang menjadi mangsa gunshot di syrian diterima masuk KAUH. Boleh kata sentiasa ada kes gunshot di tingkat 5 atau tingkat 6 hospital.

Depan mata kami dapat bertemu mangsa gunshot. Ketika rotation neuro sebulan lepas, doctor ada buat side bed teaching dengan mangsa gunshot. Patient mengalami parasthesia. Ok ini boleh tahan lagi.

Yang membuatkan aku teringat sampai sekarang, doctor bawa kami ke bahagian CCU tingkat 11. Doctor nak tunjukkan tanda-tanda brain death. Di CCU ketika ityu ada kes. Ditanya patient tu kenapa, doctor cakap patient dari syria. Kena gunshot di kepala. Ya Allah...

Hari ini bermula rotation forensic, kes hari ini jenazah dari syria. Masih kelihatan kesan peluru dibahagian kanan abdomennya dan tembus keluar dibahagian belakang. Cuba diselamatkan tapi Allah rancang lain. Pengalaman pertama melihat complete autopsy. Setiap organ cuba dikeluarkan. Otak, jantung, peparu, liver dan lain-lain.

Selaku doctor nanti pasti akan berhadapan kes-kes sebegini. Terfikir apabila kerap berhadapan kes sebegini atau kes lain yang bermain dengan nyawa boleh jadi kesan baik atau kesan buruk. Hati makin sensitif dengan kematian atau hati makin resistant. Juga boleh jadi tiada kesan pada hidup.


Umat Islam di merata dunia terus memanggil. Tanggungjawab bukan sumbangan sebenarnya. Lakukan apa yang mampu dilakukan agar di  akhiarat kelak kita punya jawapan dihadapan Allah swt.
p/s:
-harap sangat member arab tiada buat hal rotation kali ni. kalau tidak jenuhlah sikit..
-rotation forensic yang dinanti-nantikan. bukan dawan yang dinantikan tapi minggu hadapan, cuti!! =)

Thursday, November 8, 2012

In Memory

Dari kecil, aku membesar dengan tok disebelah abah sahaja. Kedua-dua tok belah emak telah meninggal ketika usia aku sangat kecil. Kenangan bersama tidak sempat dirakam kerana otak masih belum dapat berfungsi untuk menyimpan memori. Maka memori yang ada hanyalah bersama tok sebelah abah. Jadi setiap kali raya tiada kampung lain untuk beraya bersama.

Bukanlah aku seorang cucu yang rapat sangat banding cucu-cu lain. Tak rajin sangat menolong dan tak pandai cari bahan bualan ketika berbual. Akan tetapi sejak kecil aku sering dibawa untuk ziarah. Boleh kata setiap minggu wajib sekali.

Ini aku cerita tok perempuan. Tok lelaki atau lebih dikenali tokwan dipanggil pulang ketika penghujung  2004.

Masuk zaman sekolah menengah walaupun aku tinggal diasrama, tiap kali balik antara tempat pertama yang perlu dituju ialah ziarah tok. Amalan tersebut diteruskan hingga aku balik bercuti dari Jordan. Tempat utama dan pertama yang perlu disinggah setelah jejakkan kaki di Malaysia. Sebelum pulang semula ke tempat pengajian juga akan singgah terlebih dahulu.

Menarik apabila singgah terlebih dahulu sebelum pulang, selepas bersalaman dan cium tangan tok, pasti ada sedikit wang yang dihulurkan. Bukanlah setiap kali tetapi most of time. Hatta hingga aku belajar di Jordan dan telah peroleh biasiswa beliau tetap hulurkan sedikit duit. Nak kata sikit bukan sedikit, beratus-ratus juga kadang-kadang. Cucu-cucu lain juga begitu bukan aku seorang. Buat belanja kata nya setiap kali cuba tolak.

Sebelum pulang ke Jordan semula ketika bercuti baru-baru ini tok dengan rendah diri kata "tok minta maaf siap-siap. kalau jadi apa-apa lepas ni"

Dan benar, itulah yang terakhir. :'(
6 november lepas, dapat panggilan terus dari mak, beliau sudah tiada.
Pasti lain keadaannya selepas ini apabila pulang bercuti.

Tok in memory. Foto ini diambil ketika raya haji baru-baru ini
Allahummaghfirlaha warhamha.
Post ringkas buat kenangan.

Bulan lepas 17 oktober, cukup umur aku 22 tahun. Sudah tua rupanya tambahan ucapan dari kawan-kawan yang sudah berubah kandungan doanya. Terfikir apa cita-cita terbesar aku yang hendak dicapai. Selalunya tarikh lahir menjadi stesen untuk kita perbaharui perancangan dan niat.

Hanya seperkara ingin sangat aku capai "mati dalam keadaan mulia". Dan formula untuk mati dalam keadaan mulia "hidup dalam keadaan mulia".

Usia meningkat, tanggungjawab juga makin banyak. Banyak kali merasakan ketidak mampuan diri. Semoga Allah permudahkan dan beri kekuatan.

Saturday, October 13, 2012

Dilema dokter

Satu hari pada minggu lepas dalam klinik dermatology, masuk seorang makcik bersama anak perempuannya. Anaknya ada masalah berkaitan kulit dan ingin mendapatkan konsultasi dari doctor. Kalau tak silap gadis tersebut baru tahun 1 di jamiah.

Melihat dalam klinik itu ada 4 orang pelajar medic, makcik tersebut pun cerita kepada doctor, anak perempuan dia dulunya bercita-cita juga jadi doctor tetapi tak dapat. Gaya seperti agak kecewa kerana anak nya tidak diterima masuk dalam mana-mana medical school padahal result taujihi cemerlang. Anaknya berjaya peroleh 80%.

Dengan spontannya doctor jawab sambil menunjuk kearah kami "mereka ini dapat 97%, ada 98%"
Terdiam sebentar makcik tu.
*taujihi = SPM
(pengiraan berdasarkan peratus bukannya bilangan A seperti SPM)
Ok point disini sebenarnya bukan nak kata budak medik pandai. Baca cerita hingga habis. Lagipun yang peroleh markah 97 atau 98 tu arab. Keputusan SPM pelajar Malaysia setelah diterjemahkan tak sampai pun 95.

Kemudian doctor tu pun syarah panjang,
kenapa nak ambil medik? ... perempuan elok tak ambil medik... nanti suami di rumah kamu kena on call ... anak-anak siapa nak tengok...
(pandangan cliche masyarakat terhadap doctor wanita)

Makcik tersebut kelihatan tak puas hati, mengajukan soalan kepada doctor "isteri doctor kerja apa"
"tukang masak" jawab doctor pada mulanya. "isteri saya tak kerja, dia suri rumah" meneruskan jawapan.
"tetapi mesti dia belajar tinggi juga" soal makcik itu lagi.
"tak lah, isteri saya hanya sampai taujihi" jawab doctor.

Bila dengar tahap pendidikan isteri doctor tersebut, dalam hati kagum juga, bukan senang jumpa orang yang berpendidikan tinggi memilih isteri yang kurang berpendidikan. Doctor tersebut mendapat pendidikan dari degree hingga specialist di Italy. Pernah beliau tunjukkan buku rujukan yang beliau gunakan dalam bahasa Italy.

Kini ada seorang anaknya sedang buat master di JUST.

Apabila sebut tentang doctor2 wanita kurang menjadi pilihan lelaki. Sembang-sembang dengan member, tak ramai yang nak ambil doctor sebagai pasangan. Jawapan yang selalu saya dengar atau baca dari student medik perempuan sini apabila tercetus isu ini "nanti bila ada ahli keluarga perempuan sakit, tahu nak cari doctor perempuan"

Bagi saya ini isu individu. Terpulang pada individu, bersama mereka ada hak mereka. Ibaratnya begini apabila wanita-wanita kata poligami memang tak salah tetapi jangan suami mereka yang berpoligami. Dapat diqiaskan, bagi lelaki kalau ada perempuan nak jadi doctor tak salah dan dialu-alukan tetapi taknak isteri mereka doctor.

Hak peribadi masing-masing untuk memilih berdasarkan perancangan mereka. Antara pengorbanan yang perlu doktor perempuan lakukan. Boleh jadi pandangan umum orang awam agak tak adil. Saya selaku seorang pelajar perubatan tak berani mengaku bidang inilah paling sibuk. Ingat bidang syariah mudah ke? engine mudah ke? sains sosial mudah ke? Doctor hanyalah satu contoh daripada karier-karier lain yang turut menuntut masa kerja lebih. Bukan senang nak cari pasangan yang sibuk diluar rumah tetapi urusan dalam rumah tidak terabai.

Buat doktor-doktor wanita diluar sana, yakinlah jika diniatkan kerana Allah, ganjaran Allah menanti di akhirat kelak.

p/s:
- ingatkan nak letak gambar dalam post ni. Gambar doctor yang diceritakan diatas sedang buat melakukan konsultansi dengan pesakit sambil merokok. :) Suasana yang susah nak jumpa rasanya di hospital kerajaan malaysia tetapi tidak di Jordan. Tapi tak sempat snap hari tu. haha. Allah susun tak nak aku aibkan mana-mana pihak kot.
- Ada orang tu dah jumpa salah satu teknik taknak bagi nampak rajin stalk.lol.
- Besar sangat ke ego dalam diri ? serius aku takut. :'(

Friday, October 5, 2012

Dia lebih mengetahui


Dalam hati selalu timbul "kalau aku dibesarkan dalam keluarga yang tak tekankan tentang Islam dan bila dah besar baru dapat faham Islam, pasti lebih menghargainya". Pasti ada di luar sana terfikir perkara sama.

Bukti-bukti yang wujud diluar sana, mereka yang baru peroleh kefahaman Islam lebih menghargainya dan betul-betul berpegang padanya. Lihat golongan revert, mereka lebih bersungguh dalam dakwah. Dan orang kata, mereka yang baru berjinak dengan mana-mana gerakan Islam, mereka lebih semangat dalam membina diri dan lebih cepat dalam mengajak orang lain bersama.

Kadang-kadang perkara sebegini menyebabkan berlaku lintasan seperti disebut diatas. Sesuatu yang diperoleh dengan cara yang sukar secara ghalibnya akan lebih dihargai berbanding sesuatu yang diperoleh secara mudah. Lahir dalam keluarga yang faham Islam kemudian bersekolah di sekolah yang tekankan Islam boleh jadi antara sebab kurangnya menghargai kefahaman yang diperoleh secara mudah sejak kecil.

Manfaatkan apa di tangan

Pernah dengar kisah seorang abid yang tertipu dengan perangkap syaitan? Kononnya untuk menjadi lebih rajin beribadah, perlu lakukan maksiat agar selepas itu benar-benar menyesal. Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini, bersyukur dengan keadaan kita, jangan sesekali kita cuba berjinak dengan kemaksiatan yang kononnya dapat menyebabkan penyesalan dan menyebabkan kita lebih bersungguh. Jangan sesekali cuba dekati kemaksiatan. Kita tidak tahu samada kita mampu keluar once kita terlibat atau terus terjebak. Mengikut nafsu ibarat minum air laut, lagi kita minum bertambah makin bertambah haus.

Begitu juga rungutan yang biasa kita dengar, "kalau hidup zaman Rasulullah saw kan untung, dapat berjuang bersama baginda.". No, bersyukurlah dengan apa yang telah Allah tetapkan pada kita.

Memang beruntung jika menjadi golongan yang bersama baginda, bagaimana jika kita kita hidup pada zaman baginda tetapi kita lah yang menjadi penentang dakwah Rasulullah saw? Bukankah itu satu malapetaka. Bersyukur dengan apa yang telah Allah susun, Allah lebih tahu tentang apa yang terbaik buat kita. Buktikan kecintaan kita pada Rasulullah saw dengan melaksanakan apa yang baginda wariskan.

Darjat umat akhir zaman tiada kurangnya berbanding para sahabat seperti mana dalam satu hadis, Nabi Muhammad saw menangis teringatkan ikhwan(saudara)nya. Ikhwan yang dimaksudkan ialah mereka yang datang selepas Rasulullah ,beriman kepadanya walaupun tidak pernah melihatnya.

Lately terjumpa dengan satu jawapan lagi. Mungkin jawapan ini lebih secara peribadi.

Agak-agak kalau aku tidak membesar dalam keluarga yang faham tentang Islam, ada ke orang yang sanggup tarik aku? Dengan potensi yang tiada untuk dimanfaatkan, siapalah yang nak dekati. Penyusunan Allah itu memang paling cantik. Boleh jadi aku akan terus terkapai-kapai dan tiada yang sanggup datang untuk selamatkan.

Juga penyusunan Allah swt yang tidak menjadikan aku seorang yang mudah merajuk bagi masa yang lama. Tertanya-tanya secara monolog, jika aku merajuk ada ke orang nak datang pujuk?. "Biarlah dia", "bukan ada faedah pun", Ini antara respon yang aku agak akan berlaku. Bukan ingin sangka buruk, tetapi cuba didik diri hadapi kenyataan.

Seriously, penyusunan Allah memang dah sangat cantik. Tidak perlu meminta yang bukan-bukan.

................................

-sampai sekarang aku cuba elak untuk rasa inferior, tetapi akhirnya tetap tak boleh lari bisikan "aku memang tiada apa-apa kelebihan."

- orang kata, lelaki bila sibuk makin kurang bercakap. Subjek tahun 5 tidaklah berat orang kata, tetapi exam setiap 2 minggu sudah cukup menjadikannya berat. Perlu belajar secara harian, tiada peluang untuk tidur ketika kelas kerana kuantiti pelajar yang sikit agak memenatkan. Kini terasa kesannya, malas untuk bercakap. Malam lebih banyak dihabiskan dalam bilik sendiri.

Tuesday, September 11, 2012

Krisis keutamaan

Sebulan lebih dibiarkan berhabuk. Fuh fuh, tiup habuk dulu sebelum update.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang tidaklah susah sangat dan tidaklah senang sangat, alhamdulillah setakat ni tak pernah kebuluran.Apabila menjejakkan kaki ke ipt, tak perlu lagi meminta duit dari parents kerana sudah peroleh biasiswa. Segala kos travel dan tiket balik malaysia semua ditanggung sendiri hasil simpanan elaun yang diberi. Corak perbelanjaan kewangan banyak dipengaruhi suasana pembesaran.

Satu kritikan sosial buat sesiapa yang nak terasa. Antara golongan yang sukar untuk aku terima dan faham. Guna henset keluaran terbaru, pakaian berjenama tetapi untuk tujuan belajar mohon sumbangan sana-sini. Bila perlu beli buku atau bayar yuran kata tiada duit. Serius sukar untuk difahami. Aku yang dapat scholar pun tak berbelanja sebegitu. Terpaksa fikir dua-tiga kali sebelum memutuskan untuk membeli barang yang mahal atau selalu akan fikir "banyak lagi orang memerlukan, kenapa aku bermewah-mewah"

*contoh yang diberi mungkin ada unsur metafora.

Bukannya nak mengaku kaya, alhamdulillah Allah bagi rezeki. Suasana di tempat aku belajar orang memandang mereka yang mendapat biasiswa golongan yang banyak duit. Apabila memerlukan apa-apa bantuan kewangan, pelajar yang dapat biasiswa jadi sasaran. Pernah bersembang-sembang akan kehairanan ini dengan rakan-rakan dan tidak menjumpai solusinya. Perkara sebegini membuatkan tangan menjadi berat untuk menghulur sumbangan. Konfius, mereka ini mampu atau tidak.

Mungkin alasannya pelajar scholar duit milik mereka sendiri, pelajar private duit mak ayah. Jika nak beli gadjet baru atau pakaian boleh minta, kenapa untuk tujuan belajar atau tujuan mulia lain tak nak minta? Jika mampu menahan perut demi mendapatkan barang yang diidamkan, kenapa untuk perkara lain yang lebih penting dan mulia tak boleh?

Suasana hari ini menjadikan kita hilang penilaian yang mana utama yang mana bukan. Akibat terikut arus perdana "kehendak" berubah menjadi "keperluan". Bagaimana ingin menjadi pemimpin yang menguruskan kewangan negara jika pengurusan peringkat individu lagi sudah gagal. Muhasabah bersama.

Begitu juga apabila melalui kawasan-kawasan perumahan yang kelihatan dari luar amatlah dhoif, makan-minum ntah cukup atau tidak. Tetapi yang peliknya kelihatan piring astro. Mampu pula melanggan astro. Suasana yang menghairankan.


Buku yang menarik untuk dimiliki. Terjumpa di kedai, belek-belek kemudian letak balik. Tak mengapalah berat nak bawa balik Jordan. Lagipun banyak tips sama seperti apa yang selalu dipesan mak abah.

Semenjak dua menjak ini, baru terfikir untuk masa depan. Terpaksa constrain sikit perbelanjaan. Tak boleh nak enjoy sangat. Ye lah baki pengajian tinggal 2 tahun. Banyak duit diperlukan nanti.

*Cuti sebelum menjejakkan kaki ke tahun 5 berbaki beberapa hari. Rasa berat untuk kembali ke hospital setelah 3 bulan lebih tinggalkan hospital. Reaksi pertama apabila jadual rotation keluar yang mana akan bermula dengan subjek minor hingga pertengahan bulan januari, "agak-agak tahun ni berpeluang mengerjakan haji tak?". Doakan.

Thursday, August 2, 2012

Bahasa Jiwa Bangsa

Sampai sekarang aku masih ingat kata-kata seorang guru bahasa zaman sekolah menengah dulu, "siapa yang pandai dalam bahasa, selalunya dia akan pandai dalam subjek lain"

Ada benarnya dan mungkin ada juga kes terpencil. Bahasa ialah medium komunikasi dalam menyampaikan ilmu. Jika tidak mahir dalam bahasa bagaimana untuk kita fahami dan kuasai sesuatu bidang ilmu. Tanpa bahasa, kajian-kajian ilmu, pandangan tidak dapat disampaikan secara berkesan. Ibarat ayam bercakap dengan itik. Dua-dua tak faham. Penting disini bahasa sebagai medium perantaraan. Tidak dikhususkan disini bahasa melayu tetapi merangkumi bahasa-bahasa lain.

Jika lihat sekarang banyak buku, talk dalam youtube menggunakan medium bahasa inggeris. Nak tunggu karya diterjemahkan dalam bahasa melayu agak lambat. Bagi pelajar agama khususnya untuk pergi jauh lebih luas seperti Mufti Menk, Hamza Yusuf, Yasmin Mogahed dll, perlunya menguasai bahasa inggeris samada kemahiran menulis atau bercakap.

Tidak dinafikan disini bahasa arab penting kerana ia medium dalam memahami teks al-Quran dan hadis. IHAB ada sebut dalam usul 20, usul ke 2 tentang perlunya kita fahami al-Quran sesuai dengan kaedah bahasa arab.

Dalam sirah para sahabat juga, Rasulullah saw pernah menyuruh Zaid Bin Tsabit mempelajari bahasa asing iaitu bahasa ibrani.

Kesimpulannya, perlunya kita kuasai bahasa yang merupakan medium komunikasi dalam memahami ilmu.

Pernah bersembang dengan seorang pelajar syria, dia ada mengambil kelas bahasa hebrew. Tanya beliau kenapa belajar bahasa hebrew, balas beliau banyak manuskrip dan kajian dalam bahasa hebrew, jadi beliau tergerak untuk belajar hebrew. *peh kagum.

................................

Bahasa inggeris aku no wonder memang tak mantap. Arab pun tak mantap.Kalau tengok movie inggeris mesti nak ada subtitle. Listening skill lemah lagi. Pernah merancang untuk mantapkan listening skill dengan tengok movie tanpa subtitle tetapi selalunya tak tahan lama. Movie baru sahaja sekerat, buka browser cari subtitle atau drag subtitle yg sudah tersedia. Boleh saja nak faham sebenarnya tapi perlukan penumpuan. Malas menonton movie dengan penumpuan.

Dalam membaca buku-buku subjek diluar kelas, baca buku baru separuh, buka buku lain pula. Sampai member-member pun ada yang kenal perangai aku. Bila datang belek-belek buku yang ada di rak, penanda buku ada di tengah. Buku dalam bahasa melayu selalunya boleh je habiskan. Dalam semester yang tamat baru-baru ini, target nak baca beberapa buah buku kerana subjek jamiah tak berat sangat sem ni. Target tercapai tapi setiap buku tak habis from cover to cover. =)
Any idea untuk habiskan setiap buku yang dibaca?

Antara sebab juga aku jarang update blog dengan perkara bermanfaat. Untuk menulis, penulis perlu banyak membaca.

-Alhamdulillah dah tamat pengajian tahun 4. Berbaki 2 tahun lagi insyaAllah. Antara perkara yang aku segan sampai sekarang walaupun sudah 4 tahun, bahasa arab aku tak mantap lagi. Bukan semua kata-kata, ceramah atau khutbah dapat difahami. Rugi dan malu sebenarnya apabila masih terkial-kial.

InsyaAllah akan pulang bercuti ke Malaysia untuk 6 minggu. Semoga cuti bermanfaat. Doakan.

Tuesday, July 10, 2012

Respect vs Caring

Sekarang di Irbid orang banyak berbual tentang isu perkahwinan.Satu demi satu jemputan datang.Batch aku di JUST sahaja ada 5 orang bakal melangsungkan perkahwinan cuti akan datang ini.2 daripada 5 orang tersebut akan jadi satu pasangan.Maka pecahlah taboo taanggapan tiada yang akan berkahwin sesama batch Just08.Semuanya sudah boleh agak dari awal,cuma pasangan se batch yang agak surprising.

Alang-alang orang tengah hangat berbual isu ini,nak tulis sedikit tentang perkara berkaitan.Ada satu teori tentang cara perhubungan suami isteri.Hasil campuran pemikiran logik dan terbaca beberapa bacaan,saya agak bersetuju.Tak pasti ianya betul atau tidak.

………………

Dalam kajian,primary need untuk seorang lelaki ialah respect manakala primary need untuk wanita ialah caring.

Jika perhatikan,kandungan teks Al-Quran atau hadis yang ditujukan kepada isteri berbeza dengan yang ditujukan kepada suami.

Dalam al-Quran atau hadis,suruhan kepada wanita kebanyakannya bukan berbentuk perlu caring atau loving.Kenapa begini?

Kerana bagi wanita sifat ini telah wujud secara fitrah.

Orang yang banyak menghabiskan masa dengan belajar,kita tidak berpesan kepadanya untuk belajar,kita akan pesan supaya lakukan aktiviti lain manakala mereka yang sibuk dengan aktiviti lain,pasti kita akan suruh untuk belajar.

Ayat yang ditujukan kepada wanita seperti,

An-nisa':34

“ ... Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama ...”.

atau hadis yang dicatatkan oleh Abu Hurairah,

"Sebaik-baik isteri ialah apbila engkau memandang ia menyenangkan, bila engkau perintah ia taat kepadamu, dan bila engkau tidak ada di sisinya, ia menjaga kehormatan dan harta(suaminya).”

Kandungan nas ini berbentuk suatu penghormatan yang perlu diberikan oleh si isteri kepada suami.Kerana perkara ini tidak lahir secara natural dalam diri wanita.

Manakala apabila suruhan ditujukan kepada lelaki,ia lebih berbentuk supaya berbuat baik atau istilah lain caring.

An-nisa':19

"...bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik... "

“Orang-orang yang terbaik dan kamu sekalian ialah mereka yang lebih baik dan kamu dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah orang yang terbaik dari kamu sekalian dalam mempergauli keluargaku." (Riwayat lbnu Asakir)

Sifat caring bukan suatu yang lahir secara natural dalam diri lelaki.Pasti ada sebab kenapa kandungan teks yang ditujukan kepada wanita berbeza dengan lelaki.Fisiologi dan emosi lelaki berbeza dengan wanita.

Tidak bermaksud disini isteri tidak perlu caring kepada suami dan suami tidak perlu respect kepada isteri.

Satu maklumat yang perlu tahu,jika wanita mengadu lelaki penindas,pemarah dsb,lelaki jenis begini bukan sekadar terhadap wanita bersikap begitu,dengan lelaki pun sama.Mereka bertindak atas dasar kepentingan diri dan apabila merasakan orang lain berada di tahap lebih rendah.

Terfikir seperkara,dalam hadis tentang isteri solehah ada disebut yang "bila engkau perintah ia taat padamu" Adakah bermaksud disini sifat seorang wanita itu suka rebel hingga perlu ada hadis yang menyuruh supaya berlaku taat ? Ataupun sebenarnya sukar bagi seorang suami untuk dapat menundukkan seorang wanita.(and  for sure lah tentang perkara yang selagi mana tidak melanggar syara')

[minta maaf jika ada tersilap fakta atau penafsiran.saya bukan pelajar syariah.boleh tolong betulkan]

………………

Berbual dengan rakan,pernah ditanya seorang syeikh berkaitan pemilihan zaujah,balas beliau “jangan fikir lagi kalau belum serius”.Makna kata lain,jangan berbincang atau berfikir perkara yang tidak membuahkan amal.Memang tepat kena sasaran,perhatikan banyak orang hanya suka-suka untuk bercakap perkara ini.Dan aku pun tergolong sekali apabila menulis isu ini secara suka-suka dalam blog.

Point lain yang diceritakan oleh syeikh tersebut,suasana sekarang bukanlah suasana yang solehah dan kondusif untuk pembentukan generasi baru yang berIman dan bertaqwa.Disinilah kepentingan pemilihan zaujah solehah agar generasi baru yang berIman dan berTaqwa dapat dibentuk dari rumah.

p/s:

-Apabila bertalu-talu undangan walimatul urus datang,orang mula gosip who’s next.Paling tak tahan,entah datang dari ceruk mana nama aku boleh turut naik.Haih.Respon aku secara berseloroh,kalau buat tahun ini juga,nanti kenduri sendiri pun terlepas sebab nak penuhi jemputan kawan-kawan. :p

-akhirnya travelog turkey bahagian kedua tidak juga disiapkan.Summer sem ni perasaan malas memuncak.Hidup tak muntij.Sebelum start kelas target macam-macam.Last-last tidur,makan,minum dan mengadap laptop.Badan makin berat,hati juga makin “berat”.Padahal ramadhan dah dekat.

Sunday, July 1, 2012

Turkey 2012: babak pertama

Bagi meraikan dan menemani sahabat setravel(Ikhwan) yang belum menjejakkan kaki ke luar Istanbul,saya bersetuju untuk turut serta bersama menuju ke beberapa tempat terlebih dahulu sebelum kembali ke Istanbul pada 9hb Jun untuk memulakan bahagian kedua travel yang mana merupakan tujuan utama saya ke sana.

Antara tempat yang sempat kami pergi ialah Pamukkale dan Fethiye.

Malas nak tulis panjang,biar gambar yang menceritakan.Orang kampung saya kata "a picture worth a thousand words"

Pamukkale Terrace

Antara tempat yang saya sangat tertarik dengan bentuk muka buminya.Terbentuk dari travertine.Warna putih disebabkan kandungan mineral karbonat.Bagi saya,selain Pamukkale Terrace,satu lagi tempat yang pernah saya pergi di Turki yang bentuk geografi menarik ialah Kapadokya.

Perkara yang tak menarik tentang tempat ini,kalau datang ketika musim panas,kena jaga mata sikit dan harga tiket masuk yang mahal.

Selepas Pamukkale meneruskan perjalanan ke selatan ke Fethiye.Sebuah bandar yang mengambil nama sempena seorang pilot tentera Ottoman Empire yang pesawatnya ditembak jatuh di Syria.Beliau dilahirkan dibandar ini.

Aktiviti paragliding di Uludeniz,Fethiye.

Tujuan utama kami ke Fethiye ialah untuk melakukan aktiviti ini.Dikategorikan sebagai sukan ekstreme.Mula-mula agak cuak juga ketika take off.Namun apabila sudah berada di udara,seriously best.Harga pun "best" juga.



 pemandangan Blue Lagoon,Uludeniz dari atas.

2 hari 1 malam berada di Fethiye.2 hari selepas itu ketika di Fetih,Istanbul terbaca berita Fethiye dilanda gempa bumi berukuran 6.5 skala richter.Tiada kemusnahan teruk dan kematian dilaporkan.

Menarik tentang Fethiye,pada hari pertama di sana,Allah izin untuk dipertemukan dengan sekelompok ahli Jemaah Nur.Sebuah gerakan Islam dibawah pengaruh Badiuzzaman Said Nursi.

Pertemuan yang tidak dirancang itu bermula apabila sedang kami menunaikan solat isyak' di sebuah masjid,tetiba ada yang turut follow.Selesai menunaikan solat datang salah seorang tegur.Mungkin beliau pelik ada juga tourists yang datang tunaikan solat.Boleh jadi sebab itu beliau cuba dekati.

Perbualan di masjid dilanjutkan ke sebuah kedai makan.Alang-alang memang kami keluar malam itu untuk cari makan.Sebenarnya part ini yang menarik kerana diajak makan sekali.Jimat duit.LOL.Sudahlah diajak makan bersama di sebuah restoren yang agak mahal.

Sambil makan,sambil bertaaruf lebih.Kagum dengan mereka,dari awal hingga habis tak habis-habis cuba menyebarkan ideologi yang dibawanya.Setiap ruang atau peluang mereka cuba selitkan penyebaran fikrah mereka.

Sumber rujukan dalam memahami fikrah mereka ialah Risalah Nur yang dikarang Badiuzzaman Said Nursi.Risalah ini telah diterjemah ke banyak bahasa.Pernah terdengar sebelum ini tapi belum berpeluang untuk baca.Boleh kesan dalam perbualan bersama mereka,sikit-sikit mereka akan sebut cuba baca dalam risalah nur,ada menjelaskan.Mereka menghadiahkan beberapa jilid risalah nur (english version) kepada kami.Namun hingga hari ini,masih belum berkesempatan untuk baca.Dah kerja tengok movie je,bila nak baca.

Juga diceritakan apa yang gerakan mereka telah buat.Kerja dakwah mereka bukan sekadar terhad dalam Turki malah hingga ke benua afrika.Ada seorang brother yang kemudian kami bertemu apabila dibawa ke madrasah milik mereka,beliau baru balik dari Cape Town,Afrika Selatan setelah bermaustatin selama setahun untuk melakukan kerja-kerja dakwah disana.

Madrasah yang dimaksudkan disini ialah sebuah rumah yang menempatkan beberapa pelajar universiti.Lebih kurang seperti dorm.Pelbagai aktiviti disusun untuk pelajar-pelajar ini.Mengharapkan pelajaran yang diperoleh di universiti,tidak cukup untuk membangunkan modal insan.Diatas kesedaran ini mereka mengambil inisiatif mewujudkan madrasah disamping menjadi markaz bagi aktiviti yang mereka laksanakan.

Waktu isyak yang lewat membantutkan kami untuk berbual panjang.Terpaksa minta diri apabila sudah lewat malam.Bertemu dengan sebuah gerakan Islam yang cuba menyebarkan Islam,memberi sedikit kekuatan.Kita tidak berseorangan dalam melakukan kerja-kerja ini dan gerombolon dakwah akan terus bergerak.Terpulang pada kita untuk turut serta atau tidak.Mohon pada Allah swt supaya kita tergolong sama.

Seorang brother ada kata "walau apapun pekerjaan kita,kerja utama kita tetap sebarkan Islam" (ini setelah saya terjemah,dia cakap dalam english).

Ops terpanjang pula,terlupa ada lagi tempat yang perlu ditulis dalam post ini.Kembali semula ke Istanbul setelah puas enjoy di Fethiye.Walaupun ini bagi kedua bagi saya dan kali ketiga bagi Ikhwan menjejakkan kaki ke Istanbul,ada beberapa tempat yang kami belum berkesempatan untuk pergi sebelum ini.


Eyyup Sultan Camii (baca: Camii=Jamii)

menempatkan maqam sahabat nabi Ayyub Al-Ansari ra.Cuba bayangkan bagaimana sahabat yang berasal dari Madinah boleh dikebumikan di Istanbul? Bukannya dekat Madinah-Istanbul.

Maqam Sultan Muhammad II atau lebih dikenali Muhammad Al-fateh

Pembuka kota constantinople.Tidak perlu diterangkan lagi sejarah beliau.Boleh google.
Ketika mencari jalan ke tempat bersemadinya jasad Sultan Muhammad Al-fateh ini,dalam hati "patutlah kebiasaanya orang yang pergi Turki sendiri tak pergi tempat ni dengan Eyyup Camii.jauh dari metro dan perlu jalan jauh"


Muzium yang dibina bagi para pengunjung dapat merasai seperti hidup pada tahun 1453M.

Seterusnya bergerak menuju ke lapangan terbang bagi meneruskan agenda untuk enjoy yang seterusnya.

p/s:
-dah 2 minggu baru tulis travelog ringkas ini.Baru semangat setelah baru sedut gambar dari kawan.
-kali pertama dahulu,dalam rakan2 setravel,aku seorang yang henset tak boleh wifi.kali ni bila henset dah upgrade sikit,bila nak naik bas je mesti tanya terlebih dahulu bas ada wifi tak? huh hidup tak tenteram tanpa internet.
-for my family,kalau ada terbaca post ni,ada sikit gambar dalam ni.malas nak upload dalam fb banyak2.

Wednesday, June 27, 2012

Crazy cycle

Contoh Kes 1:

“Meoww!!!” seekor kucing menjerit kesakitan.
Malam itu malam yang malang buat si kucing. Dia tidur dengan kesakitan dan kemarahan. Perutnya senak disepak tanpa hujung pangkalnya.
“Apa salah aku?” menung si kucing di balik almari.
PETANG ITU
“Kenapa awak lewat fakskan dokumen tersebut?” tanya seorang CEO kepada setiausahanya.
“Err, Pengurus Jualan lewat menyerahkannya kepada saya” jawab beliau. Terketar-ketar.
“Ahhh! Macam-macam alasan awak. Saya bosan mendengarnya. Pergi semula kepada Pengurus Jualan dan betulkan dokumen tersebut. Sudahlah lewat. Salah pula tu!” bentak bos besar.
Marah sungguh.
Setiausahanya dengan muka yang merah padam meninggalkan pejabat beliau menuju kepada Pengurus Jualan.
“Itulah tuan! Tuan yang lewat serahkan dokumen tersebut, saya pula yang kena marah. Dokumen salah pula tu!” kata Setiausaha CEO tersebut.
Pengurus Jualan terkejut.
“Awak kalau nak berurusan dengan saya, ketuk pintu dahulu. Itu pun awak tak tahu ke?” Pengurus Jualan meninggikan suara.
“Ahhh! Sudahlah. Ketuk pintu ke, tak ketuk pintu ke, Tuan tetap lewat serahkan semuanya kepada saya. Ambil dokumen ini dan betulkan semula!” Setiausaha CEO menghempas segenggam dokumen itu ke meja.
Beliau terus meninggalkan Pengurus Jualan.
Sama-sama marah.
Petang itu sungguh tercemar bagi Pengurus Jualan. Geram dengan sikap Setiausaha CEO yang tidak tahu berbudi bahasa. Geram dan marah dirinya diburukkan lagi oleh kesesakan jalanraya luar biasa.
“Aduh! Sempatkah aku kejar siaran Berita malam ini?” Pengurus Jualan sudah bengang.
Kemungkinan besar beliau tidak sempat melihat siaran temuramah siaran Berita TV10 dengannya siang tadi. Tiba di rumah, jam sudah mencecah 8:30 malam. Sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke rumah, isterinya dengan wajah berkerut di dahi menunggu di ruang tamu.
“Kenapa dengan awak?” tanya Pengurus Jualan kepada isterinya.
“Abang pakai baju comot sangat di televisyen tadi. Kawan saya telefon. Katanya saya tak jaga makan pakai suami!” kata sang isteri yang sebenarnya mahu bergurau dengan suami.
“Ahhh! Aku banyak masalah, itu pula yang disibukkannya! Makan malam dah siap ke???” tengking si suami yang sedang baran.
Si isteri sangat terkejut dengan amarah suaminya malam itu. Niat asal mahu bergurau berubah menjadi musibah. Tanpa banyak bicara beliau segera menuju ke dapur.
“Mama, tengok lukisan Adam! Cantik tak?” tiba-tiba si anak muncul di dapur dengan sekeping lukisan di tangan.
“Ahhh, sibuk sahaja kamu ni. Lukisan, lukisan, lukisan. Menghabiskan kertas A4 sahaja. Pergi naik atas buat kerja sekolah!” si ibu menengking anaknya.
Adam sungguh terkejut. Tidak sangka lukisannya berakhir dengan kemarahan si ibu.
Tiba-tiba kucing kesayangannya datang menggosok-gosokkan badan di kaki Adam.
“Meowww!!!” kucing itu menjerit.
Adam menyepak si kucing dengan penuh kemarahan.
Soalannya, siapakah sebenarnya yang menyepak si kucing malang itu?

-Cerita ini diambil dari blog Ustaz Hasrizal.Nak karang cerita sendiri tak pandai.-
Contoh Kes 2:
Seorang suami melakukan sesuatu yang kelihatan tidak penyayang pada pandangan si isteri.Respon isteri apabila dia merasakan dirinya dilayan teruk,dia akan respon dengan tindakan tidak menghormati suami tersebut.
Selepas itu reaksi suami pula,dia akan bertindak dengan lebih kasar kerana isteri tersebut tidak hormat padanya.Dan isteri tersebut makin tidak hormat dan seterusnya.
Contoh Kes 3: 
Baru-baru ini di Malaysia kecoh tentang isu kehadiran Irshad Manji.Tempias bukan sekadar di Malaysia malah rakyat Malaysia di negara lain turut berbicara akan hal ini.Sudah banyak pendapat dan solusi boleh kita dapati dari pelbagai tokoh.
Trend reaksi masyarakat begini,pada permulaannya ramai yang menghentam dia,kemudian didedahkan dia jadi begitu kerana latar belakang keluarga.Ramai pula yang kasihan dengan Manji dan mula menyalahkan ayah nya pula.Suasana yang terbentuk dalam keluarga melahirkan golongan feminist seperti Manji.
Dan aku pula tertanya-tanya,bagaimana ayahnya boleh jadi begitu? Tidak mungkin ayahnya tetiba boleh jadi sebegitu tanpa pengaruh lain.

Kesimpulan recycle_arrowsSetiap kejadian yang berlaku tidak se simple yang disangka.Ia pasti ada kaitan dengan perkara lain dan akan mengaitkan perkara lain pula.Crazy cycle ini terus-menerus berpusing.
Beruntunglah siapa yang berjaya memutuskan rantaian ini.Disaat keadaan menekan dia untuk ke belakang dia berjaya membebaskan diri untuk mara ke hadapan.
Dari Abu Hurairah r.a : “Bersabda Rasulullah saw: “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”. (riwayat Muslim)
Dan rugilah mereka yang memulakan rantaian.Kesannya bukan pendek tapi berpanjangan.
Ini dari sudut perkara negatif,begitu juga dalam perkara-perkara positif.Jadilah penyambung dalam rantaian kebaikan atau pemula bagi kebaikan.



Tuesday, June 26, 2012

Turkey 2012: Prolog

Kepala tengah pening-pening dengan pelajaran.Banyak lagi material yang belum dibaca.Rasa diri belum bersedia untuk ambil exam paediatric.Seusai azan isyak,menggerakkan kaki menuju ke masjid bagi menunaikan solat fardu secara berjemaah sambil menenangkan fikiran.Antara tempat yang dapat meleraikan kekusutan fikiran.

Selesai solat isyak,seorang sahabat datang dekati.Muqaddimah terlebih dahulu dengan bertanya khabar dan bagaimana exam.Kemudian tiba point utama "nta nak pergi turkey tak?.Ada sahabat malaysia ....". Ketika itu malas berfikir panjang.Niat pada awalnya taknak ke mana-mana kerana duit yang diperuntukkan untuk leisure tidak berbaki banyak.Akan tetapi memikirkan peluang yang bukan senang untuk datang,terus bersetuju.Cadangnya keesokan hari setelah exam akan beli tiket.

Keluar dari dewan exam dengan mood yang sangat tak stabil.Tak pernah seumur hidup menembak sebanyak ini.Tembakan yang langsung tiada idea apa sasarannya.Dalam hati dah redha "kalau fail kena ambil takmili,balik juga malaysia tapi kembali lebih awal ke Jordan".Riak wajah kena cover dengan senyum.Dalam hati hanya Allah yang tahu.Kelebihan lelaki yang perlu digunakan,tidak mengekspresikan apa dihati.

Terus tiada mood untuk ke Turkey.Segera menelefon sahabat yang mengajak untuk memaklumkan "ana tak jadi kot nak pi turkey".Markah yang belum menentu membuatkan diri tidak tenang untuk pergi berjalan-jalan.Namun alhamdulillah ada sahabat yang positif.Beliau suruh balik rumah dahulu nanti bincang lain.Keputusan ketika emosi tak stabil selalunya akan bawa penyesalan.

Dalam perjalanan balik ke rumah,asyik memikirkan nak pergi ke tidak.Teringat pesanan mak dalam panggilan telefon sehari sebelum "exam yang lepas lupakan.dah lepas nak buat camna.Fokus kepada yang baki".Qias dari itu,aku ambil keputusan untuk ke Turkey.Result bukan boleh berubah pun kalau tidak pergi berjalan.Dalam diri dah nekad,akan tetap pergi walau apa yang bakal terjadi.Exam selesai 3hb,bertolak 6hb.
 
Kali kedua menjejakkan kaki ke bumi khalifah,juga bumi bapa munafik Mustafa Kemal.Tujuan berbeza berbanding yang pertama dahulu iaitu pada cuti summer 2010.

Sehingga 6hb,markah exam tetap belum keluar.Setiap kali punya akses wifi,terus buka fb nak lihat kawan-kawan dah kecoh markah dah keluar atau belum.Tetap tiada berita tentang markah paediatirc.Subjek killer bagi ramai orang.Hari ke-3 di Turkey,baru dapat tahu markah paed.Alhamdulillah ssegala pujian kepada Allah.Lepas,sedikit melegakan untuk meneruskan perjalanan.Namun agak sedih,beberapa rakan tidak punya nasib yang sama.Dan agak terkilan tak mampu berada bersama di Irbid untuk beri moral support.

..........................................

Ok selesai cerita bagaimana boleh tergerak untuk kesana.Sebenarnya tak pasti nak bermula dimana.Sudah seminggu lebih kembali ke Jordan.Baru ada semangat nak tulis sedikit catatan.Secara kasar,perjalanan di Turkey boleh dibahagikan kepada 2 bahagian:
Bahagian pertama untuk enjoy,bahagian kedua juga untuk enjoy =)

Jika diizinkan Allah dan kalau rajin,post ini akan ada sambungannya.

Ada masanya,orang dapat memahami kedai itu tutup walaupun tiada tanda closed.Salah faham akan timbul jika pintu dibiarkan terbuka,lampu menyala dan ada yang melayan.
and wondering,did I start to get jealous?

-ramadhan kurang dari sebulan.persediaan perlu lebih digiatkan.
-segala puji bagi Allah yang mengurniakan kemenangan kepada pihak Islami dalam pilihanraya presiden mesir.Usaha yang bukan mengambil masa setahun dua,bukan sedikit tenaga yang dicurahkan,bukan sedikit manusia yang terkorban.Semoga masa depan mesir bersama Islam seterusnya masa depan dunia bersama Islam.

Sunday, May 13, 2012

pre exam syndrome

"kenapa la aku tak study awal-awal."

"kenapa aku masuk bidang ni.kalau ambil bidang lain kan senang."

"belajar 6 tahun untuk dapat degree masuk kerja tetap tak boleh buat apa-apa."

Bisikan-bisikan dalam hati ketika exam makin dekat.Yang lebih ekstreme,

"rasa macam nak stop je"

Juga dalam diri pasang azam "next exam aku nak study sungguh2 dari awal"

Dan masa study week ini jugaklah sakit-sakit kepala,selsema hingga menyebabkan kadang2 sukar nak tidur dan bersin kuat tak henti.
Stress boleh melemahkan sistem immune badan.
Erm,stress sangat ke atau sekadar perubahan musim.

Sebenarnya otak tengah tepu,mengarut sebentar dalam blog.
Exam Internal Med
mini-osce:15/5
osce: 17/5
Doakan.
ada perkara,apabila rasa makin menyusahkan dan makin menyerabutkan hidup,mesti terfikir untuk patah balik.
Tetapi apakan daya manusia berpegang pada janji.

seorang kawan disini baru dapat anak.tahniah!!
Gestational age 32 minggu.semoga ibu dan bayi sihat.

p/s:
-kawan yang baru dapat anak,umurnya muda setahun tapi dah dapat anak.

-semalam buang tabiat post dalam open talk.tgk twitter ada yang tak puas hati.haha,dah agak.
tetiba rasa sensitif sebab lihat ahli permai terutamanya makin pandang enteng pergaulan bebas atas nama profesionalisme atau urusan kerja.Nak stalk gambar akhawat juga sudah mudah sekarang,dalam fb syabab pun ada gambar yang zoom in dan akhawat merelakan.Yang tak tahan berbalas komen dgn gembira pula tu.

Mungkin ini yang hendak dicapai dalam akhawat kehadapan dan punya sama kedudukan seperti lelaki.
Takut-takut apabila perkara asas diabaikan menjadi hijab bantuan Allah.

Manusia akan diuji dengan kata-katanya,semoga jika suatu hari aku tersilap langkah ada yang sudi bimbing untuk kembali.

Monday, May 7, 2012

pre exam

Berita gembira hari ini :)

Esok pakai smart2 dan datang awal sebab last day round tahun 4 (iAllah kalau lulus)

Minggu depan OSCE dan mini-OSCE.Disusuli final exam yang akan berlangsung pada 27/5,30/5 dan 3/6.
Sehari sebelum start final,ada satu event besar yang akan terlepas.

Disaat orang lain selesai final exam,pelajar klinikal tahun 4 baru nak mula exam.Disaat orang lain dah mula bercuti,kami masih terperuk dalam bilik dengan segala nota dan buku.Harga yang perlu dibayar ditambah dengan tempoh cuti yang lebih pendek berbanding pelajar lain.

Sepanjang hingga kini sebenarnya rasa segan untuk mengaku bila orang kata belajar medik sibuk sebab hakikatnya belum betul-betul all-out dan masih ada masa diluangkan untuk perkara tidak berfaedah.

Walau begitu penat nak ulang kepada yang masih belum memahami pembelajaran medik disini.Biar je lah.

Semoga naja7 insyaAllah.

gambar ihsan google.
makin hari keyakinan bertambah,sebenarnya ada sesuatu yang lebih laju dari internet orange 24mbps.Maka janganlah menjadi routernya.

Selalu ditekankan dalam hidup perlu belajar untuk memberi sebanyak-banyaknya.
Nak tambah,perlu juga belajar bagaimana menerima.Orang bagi seringgit atau sedinar jangan merungut.
"something special to you,doesn't mean you are special to that thing" 
Konsep ini hanya tidak terlaksana dalam satu keadaan,iaitu antara kita dan Allah.

Wednesday, May 2, 2012

Menjadi lelaki

Orang kata Just08 ada 2 batch.Batch syabab dan batch akhawat.Menunjukkan betapa tidak ngam nya hubungan antara syabab akhawat dalam Just08.
(harap2 xde member2 Just08 baca blog ni)

Bukan setakat batch aku yang mengata dan sedari hakikat ini,batch bawah pun ada yang sedar perkara ini dan banyak kali ditanya "batch korang memang tak ngam ke syabab akhawat?"

Pandangan peribadi
Ikut hati,tak kisah pun.Dah terbiasa dari zaman sekolah menengah dulu.Pelajar lelaki dan perempuan tidak berhubungan sangat.Dan personally memang prefer begitu,kalau ada hal barulah contact.Contoh yang selalu digunakan,contact untuk urusan study.Bagi aku step pertama bertanya dahulu dengan member se"gender",kalau tiada atau tetap tidak selesai baru tanya gender berlainan.Apabila keadaan memerlukan untuk berhubung,direct terus kepada point yang hendak dibincangkan.

Bak kata akhawat yg selalu di quotekan oleh syabab "tiada keperluan".Setuju.Akui ada sesetengah syabab tu sengaja untuk bermesra.Berbalas komen di facebook dsb.Dalam hal ini bagi aku memerlukan juga kerjasama akhawat iaitu kalau nampak lain macam seperti tiada keperluan,tak perlu layan.Lama-lama insyaAllah lelaki tu akan bosan untuk buat lagi kerana tiada respon. Hakikat sebenarnya,lelaki lebih  kagumi dan hormati wanita yang berprinsip.Tidak mudah melayan mana-mana lelaki.Tidak terlalu tertutup dan tidak terlalu terbuka.

Biasalah jika ada respon lagi galak untuk orang kacau.Positive feedback mechanism.Seperti juga dalam mengusik atau melawak,cuba tak bagi respon adakah orang itu akan terus melawak atau mengusik.

Ada yang berkata vested interest.Boleh jadi.Allahua3lam.Walau ada yang menafikan,perkara-perkara psikologi sebegini memang tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan experimental kerana konsepnya lari sikit berbanding sains keras lain.

Nak emo kejap
Selalunya kes yang menyebabkan tidak puas hati apabila awal-awal lagi akhawat berprasangka buruk terhadap syabab tersebut apabila perlu berhubung untuk sesuatu perkara.Ingat lelaki ni semestinya pervert ke.Yang membuatkan lagi pelik,dengan arab tidak pula terlalu syadid.Malah rakan-rakan berseloroh apabila ditanya "kawasan penempatan yang banyak diduduki syabab melayu sesuai tak untuk akhawat".Respon spontan "tak selamat sebab ada lelaki melayu."

Apabila duduk bersama dengan member dan dibuka topik ini,boleh jadi emo juga walaupun taknak.Kebiasaannya aku jarang emo tetapi kadang-kadang itu terlepas juga.Apabila tak emo pun mudah disalah tafsir(mungkin kerana aku tak pandai kawal volume suara).Saja seronok-seronok untuk menambah lagi rencah dalam berbual :)
Tambahan apabila dalam banyak hal dikatakan syabab yang salah.

Statement yang paling ramai tak puas hati dan lately suka quote "lelaki kuat nafsu".WTH.Walaupun mungkin ada benar,kenapa perlu dilemparkan secara negatif kepada lelaki 100%?

(Satu fakta yang wanita perlu tahu,lelaki ada ego.Dengan sifat ego ini akan mudah bersifat defensif terutama apabila ada satu insult atau blame yang tidak punya asas kuat.Sifat defensif ini jika tak mampu kawal dengan keImanan dan kesabaran akan melahirkan perbuatan melenting)

Kecoh kot selepas itu apabila statement ini diluahkan oleh seorang akhawat sebatch..Apabila dikatakan begini seolah-olah perempuan ini tiada nafsu.Perempuan selalu cakap diorang buat itu ini sebab nak menjaga syabab.

Adakah mereka tidak perlu menjaga diri mereka? Kenapa taknak mengaku diorang buat begitu untuk menjaga diri mereka juga? Kenapa perlu bajet suci dan yang negatif semuanya lelaki?

Lelaki dikatakan menurut nafsu apabila banyak berfikir tentang perempuan.
Bagaimana pula dengan perempuan yang suka berfikir tentang shopping(dan yg sewaktu dgnnya) ?
Bukankah ini juga menurut nafsu bagi kaum perempuan?

-kesahihan gambar ini tidak dapat dipastikan-
Berdasarkan hakikat ini,Allah Al-'Alim ada menjanjikan di syurga kelak bidadari untuk menarik lelaki dan menjanjikan mahligai sebagai daya tarikan bagi para wanita

Ada seorang rakan yang telah berwalimah pernah pesan, "kalau nak kahwin jangan cepat emo sangat pasal isu akhawat ni.Biasalah perempuan"

Lelaki mudah bersikap defensif dan tambah memburukkan keadaan,seperti ditulis John Gray dalam bukunya,perempuan sebenarnya suka meluahkan apa-apa sahaja dan tidak bermaksud untuk menyalahkan sesiapa.Namun lelaki mudah terasa dipersalahkan maka berlaku tindakbalas.

Perkara ini lelaki perlu adapt dan kawal.Tak semestinya apabila perempuan meluahkan sesuatu dia bermaksud untuk menyalahkan.Wanita juga perlu adapt dengan cuba mengurangkan sesuatu yang mungkin menyebabkan lelaki terasa dipersalahkan.Saling mengimbangi antara satu sama lain.

Lelaki yang kuat atau wanita yang kuat ialah mereka yang mampu mengawal sikap semulajadi masing-masing dengan panduan Iman bukan membiarkannya dikawal oleh nafsu.

Ada perkara positif sebenarnya disebalik kenapa lelaki begini.Mungkin sifat semula jadi lelaki merasai tanggungjawab.Apabila disebutkan sesuatu masalah,rasa tanggungjawab menyebabkan lelaki mudah terasa dia bersalah dan bertanggungjawab atas masalah tersebut.

Seorang lelaki bertanggungjawab terhadap 4 golongan perempuan.Ibu,adik-beradik perempuan,isteri dan anak.
Manakala seorang perempuan ditanggung oleh 4 lelaki.Ayahnya,adik-beradik lelaki,suami dan anak lelaki.
Lihat betapa beruntungnya wanita dan betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki.

Dan tidaklah Allah swt membebani hambaNya diluar kemampuan kita.
 لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ  al-baqarah:286
Tertarik dengan artikel ini  http://saifulislam.com/?p=10354
menjadi lelaki perlu bersedia untuk dipersalahkan dalam banyak hal
Peringatan: Banyak point yang ditulis terdedah kepada “bias” kerana ditulis oleh seorang lelaki dan belum menjenguk dunia yang lebih luas.