Saturday, December 3, 2011

Analogi medical school

Dah lama teringin nak tulis tentang perkara ini.

Setakat yang saya tahu,mana-mana medical school di dunia ini cara pembelajaran untuk degree dibahagikan kepada 2 fasa.

Fasa pertama pra-klinikal(teori) dan fasa kedua ialah klinikal(praktikal).

Terpulang kepada medical school tersebut untuk menetapkan berapa tahun untuk pra dan berapa tahun untuk klinikal.Sebagai contoh di tempat belajar saya(JUST),pentadbiran universiti menetapkan 3 tahun untuk pra dan lagi 3 tahun untuk klinikal.

Di JUST medical school(saya merujuk pada JUST kerana lebih tahu berbanding universiti lain) fatrah pra-klinikal cara pembelajarannya berbeza dengan klinikal.Fasa ini penumpuan lebih kepada peningkatan pengetahuan semata-mata.Anda belum lagi dibentuk secara khusus untuk menjadi doktor.Anda boleh berjaya andai anda faham apa yang dipelajari walaupun anda tidak tahu bagaimana untuk mempraktiknya.

Proses pembelajaran diadakan dalam dewan kuliah besar yang mampu menampung sehingga 500 orang pada satu-satu masa.Seorang pensyarah akan bersyarah dihadapan lebih 300 pelajar.Sudah tentu tiada masa untuk pensyarah tersebut pantau seorang demi seorang pelajarnya samada mereka faham atau tidak apa yang diajar dalam kelas tersebut.Sekali-sekala ada juga dibahagikan dalam kumpulan yang kecil sikit untuk dimuat masuk dalam makmal.Itupun masih dalam angka yang banyak iaitu dalam linkungan 80 orang..

Apabila masuk ke peringkat klinikal,penumpuan lebih diberikan kepada pembinaan kemahiran yang diperlukan bagi seorang doktor.Tidak seperti zaman pra-klinikal yang lebih tertumpu kepada pengetahuan.

Bagi membentuk kemahiran seorang doktor,pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil untuk sesi round bersama doktor.Satu kumpulan paling banyak kalau tak silap 15 orang.Setiap pelajar punya peluang untuk melatih kemahiran mereka dan disamping pensyarah ada capaian untuk memantau setiap pelajar.

Proses pembentukan dari seorang pelajar kepada seorang doktor berlaku disini secara khusus.Cuba bayangkan jika proses ini berjalan dalam kumpulan pelajar yang ramai,tentu tidak ada masa untuk setiap orang praktikkan apa yang dipelajari dan doktor tidak sempat untuk memantau.Jadi mana mungkin kemahiran yang diperlukan seorang doktor dapat dibentuk.

Dikatakan medan klinikal ialah medan yang lebih penting berbanding pra-klinikal.Malahan di JUST peratusan ketika grad nanti,markah klinikal lebih tinggi portionnya berbanding pra-klinikal walaupun sama tempoh.

Apabila masuk klinikal possibility untuk tidur seperti sebelumnya juga berkurang.

Kebiasaannya apabila seseorang itu tidak perform di medan klinikal,ada beberapa kemungkinan:

1)ilmu teori masih belum cukup

2)punya teori mantap tapi tak nak aplikasinya.

atau jika belum merasai kepentingan teori,kemungkinan seseorang itu belum lagi berada dalam medan praktikal.

ok,apa faedahnya saya bercerita tentang sistem belajar di JUST? cuba lihat disebaliknya untuk manfaat yang lebih besar.
Siapa tahu apa tersirat boleh tinggalkan komen dan nanti claim hadiah.huhu.=)

(jika ada kesalahan fakta mohon maaf dan boleh betulkan)

34464775K.A.U.H

hari ini Irbid mendung seketika.Allah telah memanggil seorang rakan disini buat selamanya(pelajar perubatan tahun 3).Pada awalnya dia di“diagnose” mengidap AML.agak terkilan tak berkesempatan untuk ziarah arwah ketika masih sakit khamis hari tu disebabkan ada janji lain.
ajal maut memang tidak mengira usia.cukuplah mati sebagai peringatan untuk kita semua.semoga Allah mengampunkannya dan tempatkan arwah bersama orang soleh.

 

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..