Sunday, September 25, 2011

Moga hanya seketika

Melihat muka junior-junior yang masih bersih suci (seperti jika di sekolah dulu melihat adik-adik yang baru masuk tingkatan 1),masing-masing penuh dengan pengharapan dan pelbagai impian untuk dicapai sepanjang pengajian di Jordan.

Tahun ni berkesempatan untuk melayan lebih dan bersembang lebih dengan junior-junior baru.Seperti biasa ada topik perbincangan mengenai perancangan sepanjang disini.Perkara tipikal apabila baru tiba dibumi Jordan,semua berimpian ingin menguasai bahasa arab,ilmu fiqh,nak mumtaz,nak berdakwah,terlibat dalam masyarakat dan blablabla…

Melihat mereka(junior) mengingatkan aku dulu pun begitu.Pelbagai angan-angan best yang aku bayangkan untuk capai.Namun hidup tidak selalunya seperti yang kita angan-angankan.Aku yakin akan ada dugaan-dugaan atau halangan-halangan dalam perjalanan nanti yang membuatkan kita berhenti terus atau seketika.

Orang selalu bandingkan keadaan sekarang lebih mudah berbanding dahulu zaman 60-an,70-an,80-an dahulu.Cabaran pada zaman itu seperti tiada henset,tiada kenderaan yang selesa untuk bergerak sana-sini menyukarkan untuk ‘bekerja’.Ya pada zaman itu tiada teknologi yang memudahkan tapi ia hanya cabaran secara fizikal dan cabaran zaman sekarang pula cabaran dalaman.Kemewahan,internet tanpa sempadan,hiburan yang berlebihan dll semuanya mampu membunuh jiwa[Iman].Jiwa yang mati tak mampu untuk ‘bekerja’ walaupun kini terdapat pelabgai teknologi yang memudahkan.
Nampak seolah-olah ingin menyalahkan orang lain,tak kisahlah memang aku suka tuding jari pun.

Juga ketika minggu orientasi untuk pelajar baru baru-baru ni ada dibincangkan tentang keperluan menyumbang pada masyarakat.Al7amdulillah semua memberi respon yang positif.
Semester lepas ada disebut dalam kelas bahawa semakin besar seseorang itu dia akan makin fikir tentang orang lain.Tapi rasanya konsep ni tak apply pada diri aku.Permasalahan diri pun tidak mampu diselesaikan bagaimana ingin menyelesaikan masalah orang lain.

IMG_0232gambar yang tiada kena mengena dengan post.saja letak sini.
member lain selalu letak di fb tapi aku segan arr.

best juga tak balik cuti bulan 9 tahun ni.
dapat berkenalan lebih rapat dengan pelajar baru

aku rasa aku ada masalah dgn pragmatics (effective use of language).
aku nak katakan ttg perkara lain tp orang faham lain.

2 comments:

  1. lawa gambaq!!.Allah masih beri masa untuk mnengejar impian2 ditahun 1

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, terdetik di hati saya untuk memberi komentar setelah membaca post tuan penulis.
    Saya juga mempunyai masalah yang sama, lain yang ingin dikatakan, lain pula yang difahami orang. Mungkin dari struktur ayat, terlalu berselirat dan tidak 'straight to the point'.
    Namun salah satu tips yang saya amalkan, ialah, berfikir dahulu sebelum berkata, (mula-mula ambil masa jugak untuk menjawab soalan, dalam beberapa saat lewa) insyaAllah akan membantu. Lama-kelamaan, akan improve. Penyusunan kata kita juga semakin teratur.
    Salah satunya, (mungkin janggal bagi tuan penulis), gunakan bahasa yang mudah dan agak skema. maksud lebih jelas dan mudah difahami. Jika perkara yang mahu disampaikan terlalu pedas atau str8 to the point, ambil sesaat dua untuk menyusun ayat dengan bahasa yang lebih mudah dan lembut.

    Saya juga pelajar perubatan, dan saya faham kesukaran yang timbul jika punya masalah bahasa.
    Jadi banyakkan berusaha (interaksi dengan pesakit banyak membantu), membaca buku yang menggunakan bahasa dengan betul, dan amalkan doa nabi Musa a.s. :) Semoga Allah permudahkan urusanmu.

    Siti Raihan Adnan

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..