Thursday, July 14, 2011

Komunikasi

 

Tipikal perbualan apabila pelajar2 Jordan bertemu dengan pelajar dari daerah berlainan (ini berdasarkan pemerhatianku dan sembang2 ngan rakan).Antara perkara yang selalu jadi bahan perbualan,

1.belajar apa?

2.Asal mana?

3.Bila exam?

4.Cuti tahun ni balik malaysia tak?

Lepas tu terdiam sekejap,xde idea dah nak tanya apa.Pegi jumpa orang lain pula dan kitaran berulang ataupun kembali jumpa member2 lama.

Soalan femes kalau berjumpa senior atau junior sesama mantiqah pula,

1.bila exam?

2.camne exam ok ke tak?

(padahal kadang2 tu x kenal nama pun tp disebabkan masing2 dah lama nampak jadi segan kalau baru nak tanya nama)

Untuk situasi berjumpa dengan rakan sekolah rendah pula,tipikal dialog “hang lepas sekolah dulu belajar mana?”,“sekarang belajar mana?”,”taknak buat reunion ke?”.Lepas tu senyap….

Okay tak kisahlah nak sembang apapun,budaya tegur-menegur sebegini perlu diteruskan dan dipertingkatkan.

Aku perhatikan antara sebab bahasa Arab aku kurang improve masa 2nd year dan 3rd year ialah aku tak pandai nak kembangkan perbualan.Setakat perbualan basic tu pro la.Kalau lebih2 habis kantoi.Cuak gak dahla next semester masuk clinical tapi bahasa Arab masih terkontang-kanting.

Disebabkan aku yang tak berapa pandai bergaul dan cari point untuk dibualkan,ramai budak2 batch lain hatta sesama batch yang belajar Yarmuk pun cakap aku ni jenis senyap.Aku mengambil ibrah dari

“berkatalah yang baik-baik atau senyap=فليقل خيرا او ليصمت“ Smile with tongue out

Tetapi kalau sesama batch JUST08,hanya mereka yang mengetahui aku ni jenis bising ke pendiam.

Sebenarnya aku tulis perkara diatas sebab tetiba teringat pengisian masa muda2 dulu antara sifat yang perlu ada pada daie ialah:

1.suka bergaul

2.sensitif dengan dosa

Bila perhatikan diriku dan bandingkan dengan sifat daie ini,bagai langit dengan bumi.Tak layak langsung.

2 comments:

  1. teringat pakcik Rosdi selalu kongsi pengalaman awal beliau menerima tarbiyah.

    memiliki sifat kurang utk bersenyum dn x mesra utk brgaul, inisaitif yg pernah diambil oleh pakcik Rosdi ialah,

    pakcik pernah meluangkan sehari suntuk berjalan di sekitar bandar (pakcik Rosdi dn mmc Mai msih di UK ktika itu) dn hanya senyum serta beramah mesra dgn semua orang yg dijumpai spnjng prjalanan..

    kata pakcik, Alhmdlh, stlh dlakukn bbrapa kali, Allah izin brkesan shngga kita mmpu mlihat kperibadian yg brbeza dlm diri murabbi trsebut hari ini.

    iAllah, itulh namanya mlalui proses trbiyah. klemahan2 yg kita ada akan brusaha diperbaiki hanya smata utk DnT..Allahua'lam.

    ReplyDelete
  2. Kita mampu merubah sesuatu dari baik kepada lebih baik. Tiada yg mustahil.

    Ada kawan ana seorang ni bagi tips yg baik utk perubahan. Nampak mcm baguih.Trylah...

    Insyallah, perkongsian yg bermanfaat..

    http://senikehidupan.wordpress.com/2011/07/18/episod-176-manifesto-sebuah-perubahan/

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..