Sunday, April 17, 2011

Satria Bulan Bintang

Weekend lepas aku berpeluang join program Cosmik(colloqium astronomi dan falak).Sampai sekarang aku tak mengerti apa beza falak dan astronomi.Aku ingat maksud dia sama je cuma berasal dari bahasa yang lain.Ssesiapa yang arif boleh la habaq mai.

Seingat aku kali terakhir belajar tentang matahari bulan bintang ni masa zaman sekolah rendah dulu.Takpun zaman mengah rendah dulu.Kedudukan planet dari yang paling dekat dengan matahari hingga paling jauh sampai sekarang pun aku tak berapa nak ingat dan hari tu pergi program baru aku teringat balik bumi ialah planet ke-3 paling dekat dengan matahari.

Subhanallah betapa besarnya alam ciptaan Allah ini,bumi ini terletak dalam dalam sistem solar yang mempunyai 8 planet.Sistem solar pula terletak dalam galaksi bima sakti/milky way/labanul halib.Dalam milky way ada 20^11 bintang yang mana matahari merupakan salah satu bintang darinya.Lepas tu dikatakan ada 20^11 galaksi.Jadi cuba korang kira ada berapa bintang? Tersangatlah kerdil manusia ini.Itupun masih ada yang riya’ dan takabbur.Begitu mudah jika Allah nak hapuskan kita sekarang ini.

عن عائشة عن النبي قال: ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Dua raka’at Shalat Fajr lebih baik dari pada dunia dan seisinya.” [HR. Muslim]

Berdasarkan hadis ini,cuba korang bayangkan betapa besarnya ganjaran kepada mereka yang solat Fajr iaitu solat sunat rawatib sebelum solah fardu subuh.Ia juga menunjukkan betapa besarnya nilai akhirat berbanding dunia ini.Kita dah rasa dunia ini cukup berharga dan penting tetapi ada yang lebih berharga.Apalah sangat jika kita membazirkan tenaga kita untuk megejar dunia.Akhirat itu yang lebih utama.

(Pernah juga dengar satu lagi hadis yang menyebut sesiapa yang mendapat hidayah disebabkan seseorang itu,ia lebih baik dari dunia dan seisinya.Tetapi tak ingat betul-betul dan tak jumpa matan dia dan diriwayatkan oleh siapa.inipun sesiapa yang arif habaq mai)

Meridian9.jpgBeberapa fakta menarik yang sempat aku ingat untuk aplikasi bersama.Dari utara ke selatan ada satu imaginary line yang diberi nama meridian.Titik tegak atas kepala kita diberi nama Zenith.Seperti yang kita sedia maklum matahari terbit dari timur(east) dan tenggelam di ufuk barat(west).

Bagi negara Jordan yang berkoordinat 32 darjah ke utara dari garisan equator(khatulistiwa),perjalanan matahari dari timur ke barat sentiasa di arah selatan.Tak pernah lebih titik zenith ke utara.Cumanya masa musim panas ia akan ke arah utara sikit dan masa musim sejuk ke arah selatan sikit.Ops terlupa nak malumkan,arah matahari terbit dan tenggelam tidak sama setiap hari.Waktu zohor akan mula apabila matahari berada pada garisan meridian.So,bagi mereka yang berada di Jordan untuk menentukan arah utara selatan,ketika azan zohor bayang-bayang kita akan sentiasa menunjukkan arah utara.

Negara-negara yang berkedudukan dari equator(0 darjah) hingga 24.5 darjah seperti Malaysia dan Makkah tak boleh guna formula di atas.Untuk negara-negara tersebut,ada masanya perjalanan matahari ke utara (dari titik zenith) dan ada masa ke selatan (dari titik zenith).Dalam setahun akan berlaku dua kali matahari berada pada titik zenith.Itulah sebabnya pada 25 mei dan 15 Julai kita di Malaysia/Jordan boleh menentukan arah qiblah kerana matahari berada tegak diatas kaabah pada permulaan masuk waktu zohor(zohor di makkah bukan malaysia/Jordan).

Matahari tegak atas Malaysia tak diterangkan hari tu sebab yang bagi ceramah tu ahli astronomi Jordan.Jadi dia tak berapa nak tahu Malaysia camna.Beliau ada terangkan juga tentang kaedah melihat anak bulan bagi menentukan bulan baru kalendar hijrah tapi aku tak berapa nak faham keseluruhan.Point yang aku faham jika ada orang claim nampak anak bulan 2 jam selepas matahari terbenam,dia telah berbohong sebab anak bulan hanya kelihatan dalam jangka masa 45 minit selepas matahari terbenam.Beliau ada juga menerangkan kaedah yang diguna pakai untuk menentukan permulaan waktu subuh dan permulaan waktu isyak.Awalnya beliau tidak berhajat untuk menceritakan kaedah mencerap anak bulan kerana penentuan awal bulan hijrah di Jordan ditentukan juga oleh faktor politik.Ahli astronomi hanya memberi pendapat.

Ini hanyalah beberapa point dalam satu pembentangan.Ada 3 lagi pembentangan.Pengaruh Andalus dalam Astronomi,Kaedah Tukar Tarikh Hijrah-Masihi dan Astrofotografi(astronomi+fotografi).Astrofotografi macam best tapi kos amatlah tinggi.Minat masih belum cukup mendalam untuk berkorban.

Sehari-dua ni aku menggila memuat turun dan bermain dengan perisian astronomi untuk lihat bulan dan bintang.Pengaruh cosmik la ni.Serius menarik.Sejak belajar tentang buruj masa darjah 5 aku tak pernah dapat kenal pasti mana satu.Bagi aku semua bintang kelihatan sama je dan boleh disambung untuk membentuk apa jua bentuk.Tetapi masa cosmik hari tu baru aku dapat cam buruj.10 tahun yang lepas punya pelajaran.Excited gila.Macam budak-budak dapat permainan baru.Polaris_alpha_ursae_minoris Satu lagi kaedah bagi menentukan arah utara.Cari bintang polaris yang berada pada hujung ursa minor ataupun selari dengan hujung ursa major.

-Antara perisian menarik untuk melihat bulan dan bintang,Stellarium.Perisian ini percuma.

3 comments:

  1. subhanaAllah, seronoknya. Rugi tak dpt pergi last2 minit.

    syukran senior kerana brkongsi.

    (baik. sekali lagi. sangat cemburu T_T)

    ReplyDelete
  2. org sibuk mana sempat nk pegi program,buat program je kot.lol
    (bamzah)

    ReplyDelete
  3. nice shared.
    jika ada info menarik lg jgn lupa tulis.

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..