Tuesday, March 1, 2011

Tugas Kita

Baru-baru ni MPPM ada buat program PERTAMA yang bertemakan “Ke Arah memahami Fiqh Interaksi Dengan Non-Muslim”.Aku rasa program ni amat berjaya sebab aku tengok sapa2 yang pergi PERTAMA balik dengan semangat baru iaitu DAKWAH.Aku tengok soalan-soalan yang dikemukan ketika sesi soal jawab banyaknya berkisar macam mana nak berdakwah.Ia melambangkan semangat berkobar-kobar peserta.Wah memang aku salute.Aku yang tak berkesempatan pergi pun dapat sikit aura semangat tu.ok ini tipu.

Bila cakap pasal dakwah aku jadi segan sendiri sebab aku tak pernah betul-betul terjun dalam medan dan aku agak cemburu bila melihat mereka yang sanggup berkorban untuk kekal dalam jalan itu.Mereka telahpun melaksanakan antara sunnah terbesar Rasulullah saw.Untuk melaksanakan perkara yang besar ini,persiapan juga mesti rapi.Bukannya boleh pakat redah.Paling penting persiapan hubungan dengan Allah.Masakan logik kalau kita nak mengajak manusia mendekati Allah tapi dalam masa yang sama kita jauh dengan Allah.Kalau takde persiapan rapi boleh pancit tengah jalan ataupun bawak fitnah kepada Islam.

Sebelum ni ada orang cakap dakwah tidak memerlukan orang yang tidak sanggup berkorban atau orang yang malas.Aku balas ya,dakwah memang tidak memerlukan sesiapapun tapi kita yang memerlukan dakwah.Kekuasaan Allah sedikitpun tidak bertambah jika kita laksanakan dakwah dan tidak sedikitpun berkurang jika kita abaikan sunnah ini.Mula-mula ingatkan ayat ini terbit dari mulut ulama’,rupanya ada dah dalam matan hadis 40.Menunjukkan aku ni seorang yang malas belek kitab hadis.Camna nak jadi daie.

Maksud hadis:

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata: 

"Wahai hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai.
Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.
Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri."   (Riwayat Muslim)

Pada bahagian akhir hadis ini ada menyebut,Allah akan mengira setiap amal yang kita lakukan.Baca betul-betul,tiada ayat yang menyebut Allah mengira apa hasil yang kita dapat.Kerja kita beramal dan natijah itu terserah pada Allah.

 

~kita berusaha,keputusannya Allah yang beri.Tapi sudah cukup berusahakah kita?? doakan saya exam 6hb mac ni.seriyes cuak.Sistem yang paling banyak aku abaikan.

~aku peghati archive,sejak akhir-akhir ni rajin pulak mengupdate blog.xpe,ini persediaan dua tiga bulan akan datang kalau xde idea nak update :-)

2 comments:

  1. insyaAllah, kita hanya penyeru bukan penghukum. Lantaran itu kita kena yakin yg kita bukan penentu natijah.

    Selagi bergelar muslim, selagi itu, tugas kita untuk mengajak seluruh yang ada di sekeliling untuk merasai kesan kesejahteraan dalam IMAN itu.

    syukran katsira atas perkongsian hadith.

    ReplyDelete
  2. semoga kita(lbh merujuk pd diri ni)semua ada syu'ur utk bekerja,iAllah.

    actually hadith tu hasil perkongsian ikhwah indonesia dr syria.blh rujuk hadith ke 24.(cara bgtau ni mcm la org laen xtau)

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..