Monday, March 21, 2011

Thiqah

Masa zaman sekolah menengah dulu2 aku jarang gunakan kalimah thiqah.Adapun masa belajar PQS.Bila di Jordan,kalimah thiqah kerap kali digunakan.Si A thiqah,si B tak thiqah.Aku pun tak tau ia bermakna apa atau merujuk kepada apa.Ada sorang kawan aku pernah bertanya apa dia thiqah yang dimaksudkan.Senior jawab “alah,maksud dia mcm good boy la”.erm,xpelah.Aku pun bukan kisah sangat.

Sebenarnya aku bukan nak hurai tajuk diatas sebab aku pun tak reti.Baru2 ni embassy Malaysia ada menganjurkan malam Anugerah Kecemerlangan Akademik(AKA).Program ni dikategorikan byk org sebagai program paling tak sikah kat Irbid.Masa 2009 aku terlibat sebagai penerima,tahun ni aku terlibat sebagai ajk.Masa 2009 dulu hebat juga isu pasal AKA ni dibincangkan.Tahun ni berkurang sikit orang bising.Mungkin masing2 dah ada mind setting camne program tu.Sebenarnya ada individu yang mula-mula seperti melarang aku jadi ajk,tapi aku buat kering je sebab nak terima cabaran.Lagipun banyak orang bermain tarik tali untuk jadi ajk,aku pun terima je lah.Rasanya program ni paling senang untuk diuruskan.Tak banyak kerja pun.Kebanyakannya diuruskan pegawai kedutaan sini.

Kalau ada orang nak boikot bagi aku tidak mengapa.Maybe mereka rasa dengan cara begitu dapat mendekatkan diri dengan Allah.Aku hormat pendirian mereka sebagaimana aku menghormati mereka yang hendak berhibur.Masing-masing lahir dari pelbagai latar belakang pendidikan jadi aku tak nak terus radikal dalam berdakwah.

Bagi aku,mereka yang tidak berkenan dengan program seumpama ini harus adil dalam tindakan mereka.Tindakan mereka bukan disebabkan pengaruh orang sekeliling atau kawan2 atau persatuan tetapi lahir dari kefahaman atau kesedaran.Kalau ikut keadaan sekeliling tengok movie itu mungkin dibolehkan padahal dalam movie lagi banyak maksiat dan aurat didedahkan.Kenapa tak ban je mana2 movie.Jangan berlagak kononnya dialah hero.Dialah orang yang kuat melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar.

krew aka krew malam AKA

Bayt muslim.Isu yang makin hangat diperkatakan bila usia makin meningkat.Takkan berhenti sampailah menikah.Kalau orang cakap kat aku perkara ni,aku akan balas “fardi muslim pun tak lepas lagi,camne nak next step”.Aku tahu orang yang tak sikah macam aku belum sesuai.Dah la menguruskan program yang lagho(merujuk kpd AKA).Malam tu banyak perkara diluar kebiasaan yang aku tak pernah buat tetapi aku buat.Saja(actually i wanna those that have high expectation on me to lost their hope.aku juga seperti manusia2 lain,nothing special)

Seperkara aku belajar yang menunjukkan sebelum tu aku masih terpelihara(^_^) untuk karaoke nak dengar muzik sahaja tanpa suara,setting audio kena mono left.Masih ingat gaya terkejut pegawai kedutaan bila aku tanya “kenapa perlu setting audio left?”.Beliau jawab “kamu xtau ke”.Sebelum ni yang aku tahu mono left mono right untuk ubah bahasa je.Sebagai contoh mungkin left untuk malay dan right untuk english.

Kalau nak layan je bila orang cakap pasal bayt muslim,aku balas “patutlah mujtama’ muslim tak dapat dihasilkan.skip satu step”

sikah=thiqah (bahasa budak malizi di Jordan)

2 comments:

  1. "Malam tu banyak perkara diluar kebiasaan yang aku tak pernah buat tetapi aku buat.Saja(actually i wanna those that have high expectation on me to lost their hope.aku juga seperti manusia2 lain,nothing special)"

    hakikatnya kita melakukan kebaikan atau keburukan itu bukan untuk meraih nilaian manusia.

    kalau sesuatu yang manusia lain nampak tidak baik tetapi sebenarnya jika dilihat dari sudut DnT itu mmberi makna, itu adalah yang baik sebenarnya.

    Apa-apapun tingkah laku, biar nilaian Allah yang dilihat dan biar semuanya memberi manfaat kepada DnT. Paling penting, thiqah atau tidak thiqah itu bukan manusia yg meletak nilai tetapi Allah.

    Tidak perlu dilihat dgn cara pmakaian atau cara berjalan atau sbagainya utk dipnggil thiqah. Krn thiqah itu sndiri adalah prasaan yg Allah cmpak kpd manusia lain utk myakini dn mmpercayai kita. Bukan kita yg mnentuknnya.

    Allahua'lam.

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..