Friday, February 25, 2011

Make It Clear

14 Februari setiap tahun masyarakat bukan Islam dan juga masyarakat melayu yang kurang faham Islam akan menyambut Hari Valentine.Bagusnya tahun ni,saya perhatikan makin banyak pihak yang sensitif dengan perkara ini.Jika sebelum ni saya jarang terjumpa dalam media arus perdana yang membincangkan perkara ini,alhamdulillah tahun ni banyak media menghuraikan perkara ini.Kalau tak silap juga tahun ni baru saya jumpa artikel dari pihak JAKIM sendiri tentang sambutan Valentine.

Yang jelas,semuanya mengatakan tak boleh sambut Valentine dengan adalah beberapa alasan.Ada yang mengatakan tu sambutan orang Kristian tapi kemudiannya dibalas pihak gereja yang sambutan Valentine tiada dalam kalendar mereka pun.Ada pula yang kata Valentine ada kaitan dengan kejatuhan empayar Islam di Andalusia.Kesahihannya wallahu3lam.Saya tak masyi sangat bab-bab sejarah ni.Minat tu ada tapi malas nak membaca.

Tapi bagi saya tak kisah lah bagaimanapun asal usul sambutan tu,syara’ telah jelas menunjukkan perbuatan-perbuatan yang selalunya dilakukan pada Hari Valentine seperti dating dll bukanlah sesuatu yang diharuskan dalam Islam malah diharamkan.Dan pengharaman untuk bercouple yang menurut nafsu bukan terhad pada 14 Februari sahaja tetapi sepanjang tahun.Tiada alasan lain yang lebih kukuh untuk menghalang sambutan Valentine berbanding alasan yang digariskan Allah dalam Al-Quran iaitu لا تقربوا زنا

Jika nak kata tak boleh sebab ada kena mengena dengan kejatuhan khilafah,sejarah itu boleh dipertikai dan sekarang sudah ada yang pertikaikannya.Maknanya kalau Valentine tiada kaitan dengan kejatuhan khilafah boleh la sambut??

Begitu juga ada yang mengatakan haramnya babi sebab akan membahayakan kesihatan dan blablabla.Kenapa tak kata je sebab Allah larang? Inilah sebab yang paling konkrit.Jika takut bahayakan kesihatan,sekarang ni dah ada pun drug yang boleh rawat.

Baru-baru ni masa PERMAI adakan majlis mulidurrasul,ada sorang ustaz cakap kisah-kisah yang diexaggerate ketika kelahiran nabi seperti terpadam api,runtuh istana parsi dsb semua itu tiada dalam hadis.Kemudiannya saya ada terbaca status di fb yang mengatakan kisah-kisah itu ada dalam hadis.Saya pun tak pasti mana satu betul wallahua’lam.

Tapi saya tertarik ada sorang lagi ustaz cakap “hadis-hadis yang barkaitan tanda kelahiran nabi kurang diambil berat para sahabat sebab ia tak affect pun kepada syariat.kalau hadis selepas kenabian mamang banyak”(ayat lebih kurang la)

Saya setuju.Walaubagaimanapun Rasululllah lahir dan apa jua peristiwa yang berlaku,ia sedikitpun tidak merubah syariat.Buat apa kita pening-pening dan gaduh-gaduh tentang perkara ni.Yang penting sunnah Rasulullah kita amalkan.

Dalam buku “Petunjuk Sepanjang Jalan” karangan Syed Qutb,ada menyebut rahsia generasi Al-Quran yang unik (iaitu generasi pertama para sahabat) mereka mempelajari Al-Quran dengan tujuan untuk menerima arahan atau perintah Allah dan mereka belajar al-Qur’an untuk dilaksanakan serta merta.Mereka bukannya mendekatkan diri dengan Al-Quran untuk mencari pelajaran atau bahan bacaan semata-mata, bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan penghipur lara.Inilah yang contoh sedia ada yang perlu kita ikuti.

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..