Saturday, February 12, 2011

2011 Winter Break II

Bagi sesiapa yang berhajatkan nak lihat tinggalan sejarah,Dubai/Abu Dhabi bukan tempatnya dan bagi sesiapa yang berhajatkan nak lihat kesan tamadun Islam,Dubai/Abu Dhabi juga bukan tempatnya.Dubai dan Abu Dhabi bukanlah suatu tempat yang romantik,bukan juga tempat untuk melihat pemandangan alam semula jadi yang cantik.

Habis tu ada apa dengan Dubai? erm,aku pun tak pasti nak describe camne.Dubai ni lebih kepada reka bentuk bangunan yang menarik dan nak enjoy je kot.Bangunan-bangunan pencakar langit memang banyak kat sana.Ada terbaca berita sekarang ni diorang tengah rancang nak bina satu lagi menara yang bakal jadi bangunan tertinggi  walaupun rekod bangunan tertinggi diorang yang pegang.

Abu Dhabi pulak tiada apa sangat pun.Macam bandar biasa saja.Pencakar langit tak banyak dan tak tinggi-tinggi macam kat Dubai.

Antara tempat best yang sempat dilawati di Dubai (hanya akan dihurai secara ringkas.nak tahu detail boleh google):

Burj Khalifa

Merupakan bangunan tertinggi didunia sejak 2010.Dalam 828 meter mengatasi menara di Taipei.Pelancong dibenarkan masuk ke tingkat 120+(tak ingat secara tepat).Lif di Burj Khalifa juga merupakan antara lif terlaju.Nak naik tingkat 120+ hanya mengambil masa 10 minit.Reka bentuk Burj Khalifa diinspirasikan dari bentuk bunga.

P1170027

Burj Arab

Hotel 7 bintang.Kalau nak masuk pun kena bayar.Fakta menarik tentang Burj Arab,kalau hotel ni sentiasa dipenuhi dalam jangka masa 100 tahun sekalipun tetap tak dapat kembalikan modal pembinaan.

P1201400

Desert Safari

Dalam pakej ni ada sekali dune bashing+tangkap gambar dengan arab+naik unta+dinner masakan arab.Disebabkan kami yang pergi ni menuntut di tanah arab,maka tak la excited sangat dengan desert safari.Tak excited pun pening+cuak gak kot masa dune bashing.Aku rasa driver 4wd tu boleh join Rally Dakar.

P1190131

Zoo

Tempat yang dapat menimbulkan rasa kasihan terhadap haiwan.Boleh ke pengurusan zoo tu buat satu kawasan yang kecil untuk haiwan-haiwan.Selamat tiket masuk murah.Rasanya Zoo Taiping yang aku pernah masuk 10 tahun yang lampau lagi best.

P1000135

Antara tarikan di Dubai juga ialah tempat-tempat membeli belah yang dibina dengan keunikan tersendiri.

Mercato Mall

Dibina berdasarkan seni bina ItaliP1000142

Wafi Mall

Dibina berdasarkan seni bina Mesir.2 kali sehari akan ada pertunjukan light and sound.Lawa la jugak persembahan tu.Yang tak best di Wafi Mall ni banyak sangat berhala.

P1241533

Snow Park

Masa post winter collection sebelum ni aku ada timbulkan persoalan winter break 2011 ni dapat rasa salji ke tak? Alhamdulillah dapat tapi salji buatan la.hehe.Snow park terletak dalam Emirates Mall.Seriously masuk dalam snow park ni tak berbaloi langsung.Kalau tak percaya korang pegi dan masuk.

Snow park ini diclaim sebagai largest indoor snowpark.Memang la,negara lain ada salji buat apa bina snow park indoor.

P1000208

Dubai Mall

Antara shopping mall terbesar di dunia dan merupakan shopping mall terbesar aku pernah pegi.Terletak bersebelahan dengan Burj Khalifa.Yang menarik dengan mall ni di luarnya terdapat persembahan yang orang sana bagi nama Water Dancer atau lebih dikenali Dubai Fountain.Benda yang tak boleh skip kalau datang Dubai.Persembahan setiap 20 minit bermula jam 6.30 petang (masa winter) hinggalah mall tutup.Tapi sayang aku tak bawa bersama videocam (ingatkan tak berguna,malas nak bawa). Melepas…

rakaman menggunakan kamera biasa.tak lawa sangat.kalau nak lawa cari dalam youtube.

Dubai Aquarium

Terletak dalam Dubai Mall.Hari tu ada ternampak plat Guiness World Record diletakkan di jalan masuk tetapi tak pasti rekod apa.

P1180078 

Jumeirah Beach Park

Pantai yang lawa.Air agak jernih dan tiada kulit-kulit siput yang tajam.

P1000248

DSF

Tarikan utama pengunjung datang ke Dubai pada Januari dan Februari, penyebab utama kebanyakan hotel penuh dengan pengunjung dan penyebab kos penginapan naik mendadak.Apa itu DSF?

Dubai Shopping Festival.Agak rambang mata kalau siapa yang banyak duit.Kasut 300+ dirham boleh jadi 150 dirham.Kamera 700+ dirham jadi 500+ dirham (nilai dirham lebih kurang ringgit)

Tempat menarik di Abu Dhabi:

Ferrari World Abu Dhabi

Sebuah taman tema yang dibangunkan oleh Ferrari.Mula beroperasi bulan 10 tahun lepas.Dalam tu ada juga dipamerkan kereta-kereta di  jalanan dan kereta-kereta Formula 1.

P1230214kereta yang pernah dipandu oleh Kimi Raikonen ketika kali terakhir Ferrari memenangi kejuaraan F1

Fakta,sepanjang sejarah hidup aku sebelum ni,tidak pernah sekalipun aku naik roller coaster dan roller coaster yang pertama kali aku naik di Ferrari World ialah fastest roller coaster.

P1000268

Sheikh Zayed Grand Mosque

Ikut wiki,ini ialah masjid ke 8 terbesar didunia walaupun orang tempatan claim ke3 terbesar.Walaupun mempunyai ruang solat yang besar dan cantik,sayangnya jemaah tak ramai.Ketika berkesempatan solat Isyak disana,ruangan yang lebih kecil di belakang masjid yang digunakan untuk bersolat.Itu pun tak penuh.

P1230225

….………..

Kos keseluruhan campur tiket flight ialah… Segan untuk dinyatakan secara spesifik disini.Yang penting mahal la jugak sebab banyak dihabiskan untuk penginapan dan entrance fee.Kat sana dah la tiada backpackers atau hostel.Cuma hotel atau apartment.

Seperti yang ditulis pada post yang lepas,kami disana 16-28/1.Rancangan awal 27hb balik Jordan.Tetapi berlaku sedkit masalah.Flight cancel dan kami tak tahu di‘transfer’kan ke flight mana satu.Kiranya pengalaman seperti pelajar yang nak keluar mesir kami rasa la sikit:). Dalam fikiran masa tu dah fikir bukan-bukan seperti kena beli tiket lain.Apapun alhamdulillah boleh naik flight RJ keesokan harinya.Satu pengajaran baru supaya sentiasa konfemkan flight.

1 comment:

komen dan pendapat amat dialu-alukan..