Tuesday, February 8, 2011

Bila ia datang.

kes 1:”alah setakat 10 dinar apalah sangat,nah 20 dinar”

kes 2:“apalah orang kaya tu,daripada dia beli rumah besar,kereta mewah lebih baik duit tu digunakan untuk orang miskin”

Rasa-rasakan kalau suatu ketika kita tiada duit,boleh ke kita cakap macam kes 1?

Jika suatu ketika pula kita jadi orang kaya,boleh gerenti ke kita tak jadi macam kes 2?

Ni baru sikit contoh.

Contoh lain,mungkin sekarang ni kita punya waktu lapang yang banyak dan mudah nak buat kerja.Tapi bila nanti tanggungjawab bertambah,yakinkah kita untuk terus istiqamah.

Sekarang mungkin kita kata terima duit waktu tolong orang tak ikhlas,tapi bila kita kesempitan wang camne?

Teringat seseorang pernah sebut,”kita dok sibuk mengata pemimpin guna duit rakyat.salah guna duit rakyat.Dalam masa yang sama kita khianati duit yang diberi oleh parents(ataupun scholar)”.

Baru ujian yang sikit kita sudah tewas.Belum lagi diuji dengan jutaan ringgit.Masa tu baru kita tahu siapa kita.IHAB pernah kata yang maksudnya lebih kurang begini,”medan amal tak sama dengan medan kata-kata”.Sudah berapa banyak kita lihat keliling kita yang tersungkur di medan amal walaupun juara dalam berkata-kata.Islam itu bukan agama falsafah semata-mata tetapi sesuatu yang praktikal.

Seperkara lagi, kita selalu mengimpikan untuk jadi kaya atau femes dengan harapan dapat lebih berbakti pada ummah tetapi dalam saat yang sama ketika tak cukup kaya atau tak terkenal kita tidak berusaha pun untuk berbakti.Yakinkah kita apabila dah banyak duit nanti kita mampu menyumbang jika ia tidak dimulai dengan sekarang? Kekayaan atau kefemesan pasti akan datang bersamanya ujian.Entah-entah ia makin menjauhkan lagi kita dari Allah.

Saya tulis begini bukan nak menghalang kita cari harta atau kedudukan.Perkara yang nak ditekankan disini ialah kita suka mengharapkan sesuatu terjadi baru nak buat kerja.Ini hanyalah contoh yang mudah.Kenapa tidak dimulai dengan apa yang ada pada kita? Ada seorang pernah cakap pada saya apabila ada orang lain cakap “kan best kalau hidup di zaman Rasulullah.boleh berjuang bersama-sama baginda”(ayat lebih kurang la)

Kemudian dibalas “yakinke kita dapat berjuang bersama baginda.entah-entah kita yang jadi penentang dakwah baginda”.nauzubillah.

Seperti juga pandangan sesetengah daripada masyarakat.Nak jadi baik kena pegi middle east.Kalau tak pegi middle east tak boleh jadi baik? Syaitan di middle east lagi tinggi pangkat dia banding tempat lain.Di tempat lain mungkin hanya dihantar prebet tetapi ditempat yang ada orang soleh mungkin yang dihantar ialah jeneral.

Bermulalah dengan apa yang ada pada diri dan persiapkan diri.Di sana juga ada cabaran-cabarannya.Jika kita lihat ada yang tewas,jangan mencaci mereka kerana kita belum tahu kita mampu untuk menghadapinya.

3 comments:

komen dan pendapat amat dialu-alukan..