Wednesday, February 9, 2011

2011 Winter Break

P1000247

Kesimpulan pertama setelah lebih kurang 12 hari (16-28/1) di Dubai dan Abu Dhabi, sukar untuk aku katakan ia ialah sebuah negara Arab :)

Walaupun bahasa kebangsaan ialah Bahasa Arab,rasanya lebih banyak bahasa Inggeris yang dituturkan.Mungkin disebabkan terlalu ramai imigran dan pelancong.Sepanjang di sana kalau tak silap sekali je kot dapat berbual dalam bahasa Arab.Imigran disana memang teramat ramai.Bangla,India,Thailand,Filipina semua ada.Dengar kata melayu pun ramai yang bekerja disana tetapi tak banyak yang kami jumpa.Lagipun takut-takut nak tegur takut tersilap dengan orang Filipina atau Thailand.Ye lah,muka orang asia tenggara ni lebih  kurang.Hinggakan aku beberapa kali ditegur dalam bahasa Filipina (agaknye).Diorang ingat aku ni Filipina kot sampailah aku balas “what??”

Orang Arab tempatan rasanya banyak yang golongan atasan.Pekerja bawahan semua foreigner.Pertama kali dalam hidup aku tengok secara langsung orang Arab tak kira laki atau perempuan drive kereta mewah sampai depan pintu utama shopping mall,kemudian bagi kunci dekat pengawal untuk parking.Pergh memang bergaya.Yang laki berjubah putih,yang perempuan pulak dengan abaya (jubah hitam).

Ada orang tertanya-tanya kenapa aku pegi Dubai.Apa yang best dekat sana(sambil muka mencebik)? Kenapa tak pergi tempat lain?

Sebab itulah aku nak pergi sana untuk tahu apa yang best.Kalau tak pergi camna nak tahu kan kan.Macam aku pergi Morocco tahun lepas,orang tertanya-tanya apa yang best.Hasilnya lepas tu setiap kali cuti ada je orang nak pergi Morocco.Jadi kita kena pandai describe supaya tempat tu nampak best walaupun hakikatnya tak best mana pun(tak merujuk pada mana2.hehe).

Aku memang pasang niat nak pergi negara Arab Kholij( Arab teluk:Oman,Kuwait,Bahrain,Qatar,UAE).Kalau sebelum ni asyik transit je, nak juga jalan-jalan sana.Alang-alang ada member yang nak pergi UAE,aku pun join dua kaki.Aku ambil direct flight dari Amman ke Dubai.

UAE ada 7 negeri yang dipanggil emirates.Kami sempat pergi 2 je iaitu Dubai dan Abu Dhabi.2 emeirates ni je yang banyak tempat pelancongan dan pengangkutan mudah.Abu Dhabi ialah capital bagi UAE.

Topografi Dubai dan Abu Dhabi sudah semestinya tak macam Malaysia dan tidak juga seperti di Jordan walaupun sama-sama negara Arab.Kalau Jordan ni kawasan dia berbukit-bukit,sana dibentangi dengan padang pasir.Nak bagi nampak gah walaupun padang pasir,dalam iklan-iklan ia disebut GOLDEN SAND.

P1000075 ini kot yang dimaksudkan golden sand

Kalau ada orang nak pergi Dubai,aku sarankan pergi waktu-waktu begini.Hujung tahun atau awal tahun.Waktu ni memang waktu peak pelancong datang sini.Keadaan cuaca selesa.Dalam 20 degree celcius.Tak panas sangat dan tak sejuk sangat.Kalau pergi tengah-tengah tahun mahu terbakar dengan suhu mencecah 40 degree.Nak jalan pun rasa malas.Ada la sikit kontra kalau pergi waktu macam ni,kos penginapan tinggi.Tambah pulak DSF,makin melambung bayaran untuk penginapan.Apa itu DSF? haaa,ini lagi satu sebab kenapa kena datang pada Januari atau Februari.

Disebabkan imigran yang terlalu ramai,orang Pakistan siap boleh bukak restoren.Itulah tempat makan utama kami.Pagi-pagi makan roti nan atau roti canai dulu sebelum bergerak untuk jalan-jalan.Malam-malam sebelum balik tidur layan beriani pulak.Harga makanan standard Jordan iaitu mahal sikit dari Malaysia.Sepinggan beriani dapat la dalam 14 dirham=14 ringgit.Nilai dirham dengan ringgit lebih kurang.Tengah hari kalau lapar selalunya kami makan fast food je dekat mana-mana food court.Murah sikit kalau nak banding dengan yang lain.Kedai Pakistan tiada pula dekat food court tu.Ingat lagi satu kedai favourite,Fujiyama iaitu kedai masakan Jepun.

Pengangkutan utama di Dubai aku tak pasti apa.Semua banyak orang guna.Metro ada,bas ada,teksi pun ada.Kawasan yang ada hentian metro sikit je.Sekarang ni diorang dalam proses pembinaan lebih banyak laluan metro.Tak pasti bila siap.Selalunya kalau kami nak bergerak ke satu tempat yang agak jauh dari hentian metro,kami naik bas.Hari pertama kami banyak berjalan kaki sebab tak pandai naik bas.Bas dalam bandar Dubai bukan naik dulu baru bayar.Nak bayar tambang kena guna kad yang macam ‘kad touch n go’.Isi kredit siap-siap.Bas dan metro guna kaedah bayaran tambang yang sama.Perkara yang tak best kalau naik bas dalam Dubai ni untuk jarak yang agak jauh,ambil masa lama.Sekejap-sekejap bas berhenti nak ambil penumpang atau turunkan penumpang.Tambah pula jalan sesak.Memang take time.Perjalanan 1/2 jam boleh lajak sampai 1 1/2 jam.Nak mudah memang ambil teksi.Tapi kos tinggi la sikit.Pilihan kedua nak cepat,ambil bas atau teksi ke hentian metro terdekat.Ingatkan mula-mula teksi Dubai tambang mahal melampau.Sebab dulu aku pernah kena dekat tempat lain tambang teksi tinggi.Macam fobia sikit nak naik teksi dekat tempat pelancongan.Rupanya tambang teksi tak la tinggi melampau.Lebih kurang Jordan kot atau mahal sikit.

P1000258 stesen metro

Dari Dubai ke Abu Dhabi kami menggunakan bas.Lebih kurang 2 jam sampai.Tiada train yang menghubungkan Dubai dan Abu Dhabi.Di Abu Dhabi tiada metro macam di Dubai.Dari satu tempat ke satu tempat kena guna bas atau teksi.Untuk teksi,nak nasihat sikit jangan percaya review internet.Internet kata teksi lama (taxi gold=xde meter) tambang murah sikit banding (taxi silver=ada meter).Kami pun percaya bulat-bulat dan tak naik taxi silver.Hari terakhir di Abu Dhabi teringin naik taxi silver.Kami pun naik dan tambang lagi murah dari taxi gold dan kondisi lebih selesa.Hampehnya review.

Selesai pengenalan umum tentang Dubai dan Abu Dhabi.Untuk tempat-tempat menarik disana insya Allah akan diasingkan ke satu post yang lain kalau rajin tulis.wallahu3lam.

p/s:kalau nak tengok gambar,boleh cari dekat fb.

2 comments:

  1. Semoga berlaku peningkatan ilmu dan kefahaman sepanjang jaulah, insyaAllah..

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..