Friday, December 30, 2011

Masihkah kau ingat

27 Disember 2008

Berseronok bermain-main di tepi pantai laut mati.Pertama kali jejakkan kaki ke sana.Di seberang laut ialah Tanah Palestin yang dijajah.Langsung tidak tahu sebenarnya ketika itu sesuatu sedang berlaku.

Balik sahaja Irbid apabila lalu di kedai makan,pelik kerana ramai rakyat arab Jordan sibuk menonton siaran berita tidak seperti sebelumnya.Ketika itu baru beberapa bulan di Jordan,tengok berita arab tak faham pun.Masih lagi belum tahu apa yang terjadi.Zaman itu facebook belum popular.

Keesokan hari(28hb) pergi kelas seperti biasa.Kelas bermula agak awal tak sempat untuk buka berita sebelum ke kelas.Sampai di kelas kelihatan banyak flyer yang disebarkan.Baru tahu apa yang terjadi.Patutlah ramai menonton berita.

Menjadi saksi tatkala Gaza diserang aku berada di Jordan.Hanya mampu bersedih membaca update terkini.Tiada upaya yang mampu dilaksanakan.Hanya mendoakan.Di masjid-masjid,setiap solat dimasukkan bacaan qunut nazilah hatta solat zohor dan asar.

3 tahun selepas itu,

Diri masih seperti biasa malah mungkin lagi teruk.Pelbagai peritiwa berlaku tapi mungkin kurang terkesan di hati.

Sibuk get ready untuk hadapi exam mini-osce dan osce pertama kali dalam hidup.Hampir seminggu berkampung dirumah kawan untuk study group.Takut study berseorangan tak mampu cover banyak topik.Mengakui kali ini kurang all-out berbanding exam sebelum-sebelum ini.Jika sebelum ni malam exam terutamanya tak tidur,kali ni rilek je tidur.Jam belum menunjukkan pukul 12 malam sudah lena.

Alhamdulillah selesai surgery,rehat 3 hari sebelum melangkah ke dunia paediatric yang menguji ketabahan seorang pelajar.Pasti merindui suasana di wad surgery yang boleh dikatakan agak menarik dan tak strict sangat.
Seronok juga melihat pelajar Irbid lain masih sibuk untuk final exam,aku dah habis. :-)
Bittaufiq kepada mereka yang masih ada exam berbaki.
Padahal nanti orang lain bercuti kami tiada cuti.sobs sobs.Tak mengapa pengorbanan perlu dilakukan,sanggup bersusah demi kesenangan orang(pesakit) pada masa hadapan.
Cuti 3 hari perlu dioptimakan.Ada beberapa kawan ajak ke aqabah,takpelah nak simpan duit.

Movie dan tidur perlu dimaksimakan.Tak pasti jika masih ada yang percaya dengan statement ni.Nampak sangat diri belum cukup thiqah sampai orang percaya.

Hari ini,bukan dunia Palestin sahaja yang perlu dirisaukan.Berada di negara Jordan yang disekelilingnya penuh dengan konflik menambahkan lagi rasa bersalah dalam diri.Paling dekat dengan Irbid,Syria kini entah berapa ribu sudah mati dibunuh.Amat takut dosa-dosa ku menjadi hijab umat Islam lambat capai kemenangan.

293957_234796486562036_195473957160956_665144_4891133_n

kata-kata shbt yang agak melegakan untuk hari ini “biasalah tu,cuba kita tahu exam minggu depan,mesti kita akan cuba prepare.”

Thursday, December 22, 2011

Air pun mampu menghakis

“ingatlah ketika kau tak punya siapa2 selain Allah,Allah itu lebih dari cukup.” 
“sebenarnya kita tak pernah sendirian,kita punya Allah”  
- sedutan filem Dibawah Lindungan Ka'bah-
“aku rasa loser sangat akhir-akhir ni”
“tahu diri ni teruk tapi takdak eager mahu berubah” 
dialog perbualan oleh beberapa member.

Diam.Tak pasti perlu respon apa.Dalam hati aku “ok la tuh,aku dah lama rasa loser,worthless.bukan baru”

Kemudian berbual-bual pula dengan member lain,
“kau pernah tak rasa diri tak berguna”
Balas dia  “kenapa tanya macam tu? mesti kau compare diri kau ngan orang lain kan”

Ye lah,banding dengan manusia lain pun dah jauh,nak banding dengan syarat yang Allah tetapkan.Mesti lagi jauh.

Mungkin ada ayat yang cuba memujuk,namun ku tahu itu hanya nak menyejukkan hati.Kadang-kadang kita lebih tahu hakikat kemampuan diri kita.

Sungguh,beban-beban yang dibawa membuatkan diri takut untuk mendaki.Mendaki tanpa beban pun sudah cukup memenatkan.

“kita perlu bercita-cita besar untuk runtuhkan sistem jahiliyah,”kata-kata seorg kawan dengan penuh semangat.Terngiang-ngiang di telinga.
Tertunduk sebentar,merenung diri.Diri sendiri pun………

Banyak kali termenung memikirkan apa yang aku telah atau boleh buat untuk gegarkan jahiliyah? Jangan bicara lagi untuk cederakan atau runtuhkan.

******************
PMR 
Kalau tiada fb atau mak tak bagitau,tak tahu pun hari ni keluar result PMR.

Terkenang tahun 2005 saat result PMR keluar (dah 6 tahun berlalu),terkena "prank".Disebabkan sekolah yang terletak jauh dari rumah,hanya menelefon pihak sekolah untuk mengetahui keputusan.
“Anta dapat 2A ….” haaaaaa,cuba percaya dalam keadaan tak percaya.Adik aku pun tak percaya.Nampak sgt aku tak deserved untuk dapat 2A.Ha ha.

Tak sempat untuk bertanya lebih ketika telefon kali pertama.Mungkin disebabkan pejabat sekolah ketika itu sibuk.
Telefon lagi kemudian untuk tahu subjek apa dapat A,“oh,anta dapat 7A 2B.B ialah….”   *sigh*

Ada kawan sini cakap skor PMR pun tak guna,amik medik nanti markah cukup makan gak.Ada modal untuk aku reply “patutlah aku tak skor bila masuk u,pmr dulu pun tak skor” :D

al7mdulillah selesai sudah 9 minggu rotation surgery.minggu ke-10 (minggu depan) exam mini-osce dan osce buat pertama kali.2 bulan lebih tanpa sebarang exam dan minggu depan pertama kali exam untuk subjek 9 credit hour ini.Jadi boleh bayang sendiri berapa banyak material yang perlu diulang kaji. Doakan yang terbaik inshaAllah.
(exam dah dekat.rasa cuak ada tapi passion untuk study belum menjelma.aish)


Saturday, December 17, 2011

Conservative vs alternative

allopathy-homeopathy

Khamis baru-baru ni PERMAI menganjurkan siri pertama program Fiqh Medik.Dalam program tersebut ada menyentuh sikit tentang aliran perubatan.Ok tak nak hurai lanjut tentang perkara ni sebab saya pun tak reti sangat.Baru je merangkak dalam dunia perubatan.

Cuma bila disebut dalam program hari tu terlintas beberapa perkara dalam kotak fikiran.

……………………

Sejak dari kecil lagi saya dibesarkan dalam keluarga yang menggunakan rawatan homeopathy.Di rumah siap ada satu almari khas yang dipenuhi ubat-ubatan homeopathy sahaja.Dalam rawatan homeopathy ada beberapa pantang.Antara yang masih ingat,

1)tak boleh ambil suntikan vaksin
-masih ingat ketika zaman sekolah jika ada kementerian kesihatan datang untuk beri suntikan BCG atau demam campak,saya tak perlu pergi untuk terima suntikan dan hanya melihat rakan-rakan lain cuak untuk terima suntikan :D

-suatu ketika ada terbaca satu isu dalam fb ada pasangan yang baru dapat anak taknak anak mereka ambil apa-apa vaksin dan prefer homeopathy.Maka pelajar-pelajar perubatan JUST yang beraliran allopathy pun membantah tindakan tersebut.
Tanya kepada abah,pernah tak saya ambil apa2 vaksin masa kecil,jawab beliau “tak.cuma sekali time baru lahir sebab lahir kat hospital.abg cik(abg aku no 2) langsung tak pernah sebab dia lahir kat rumah”
Alhamdulillah dengan izin Allah kami adik-beradik hingga kini masih sihat.

Tetapi sekarang apabila melibatkan diri dalam perubatan allopathy,terpaksa ambil vaksin hepatitis B bagi memenuhi syarat sebelum masuk hospital.

2)tak boleh minum kopi
-dulu dirumah memang tiada stok kopi.cuma sejak saya menganjak besar baru ada stok kopi dirumah.Mungkin dah longgar sikit peraturan:p Tapi jika tengah makan ubat,kena berpantang sekejap.Tak macam dulu tak minum langsung.Saya pun dah tak ingat sejak bila saya mula berjinak minum kopi.Mungkin sejak masuk sekolah menengah especially time form 5 dulu untuk stay awal pagi sebelum subuh.

Ubat homeopathy semuanya manis dan tak perlu ditelan bersama air.Jadi saya memang tiada pengalaman telan ubat klinik.Pergi berubat di klinik pun tak pernah kecuali untuk rawatan gigi.Itupun ubat yang diberi dentist tak pernah dimakan.Sekali tu apabila saya sudah dapat tawaran ke Jordan,saya kena makan pil (pil apa ntah tak ingat).Terpaksa bersusah payah untuk cuba telan.Nampak macam orang terseksa.Secawan air tak cukup untuk telan 1 pil.

Nak tergelak pula bila fikir balik.Mak saya ada cakap “camna nak jadi doktor,telan ubat pun jenuh.nanti nak suruh patient makan ubat camna”
Mampu respon dengan gelak je la,“haha”

Malah sebelum terbang ke Jordan,saya minta abah bekalkan ubat homeopathy.

………………..

Bukan ilmu agama sahaja ada kepelbagaian mazhab.Dalam perubatan juga ada pelbagai mazhab.Bagi saya masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.Dan sebenarnya setiap aliran compliment each other.Ada sakit cara A tak berkesan,cara B berkesan.Begitu juga sebaliknya.Yang penting jangan taksub pada satu-satu aliran.Kadang-kadang aliran allopathy tak mampu menyelesaikan masalah,kita guna cara lain.Malah dalam keluarga saya yang banyak mengunakan homeopathy pun kadang-kadang perlu juga ke hospital jika ada penyakit yang tak mampu dirawat dengan cara homeopathy.

Kini dalam keluarga,ada 2 orang yang tahu serba sedikit tentang perubatan.
Abah ada sijil homeopathy.
Abang sulung juga ada belajar tentang cara berubat malah ada buka pernaigaan.Aku pun tak reti nak sebut cara perubatan apa yang dia belajar.

Dan insyaAllah saya juga doctor-to-be(doakan).Ini bermakna masing-masing berlainan aliran.Harap-harap nanti tiada gaduh-gaduh :D

Abah pernah bercerita(tak pasti cerita betul atau fiksyen.hehe),ada orang bertanya padanya saya belajar apa? Abah pun jawab ambil perubatan.Balas orang yang bertanya “patutlah,ayah dia pun doktor”
LOL

Friday, December 16, 2011

Analogi Medical School II

Apabila sudah meningkat klinikal,seperti yang pernah sebut sebelum ini,pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.

Contoh kumpulan aku,ada 9 lelaki dan 4 perempuan.Biasalah jika kumpulan yang dicampur rawak,mesti ada yang pandai sikit,ada yang kurang sikit.Ada yang jenis sanggup melayan budak melayu,ada yang tidak.Ada yang rajin,ada yang malas.

Pada awal rotation hari tu,kami budak melayu dalam kumpulan tak ambil history(patient history) sekali.Masing-masing berpecah ikut kawan arab ambil history.

Perasan satu perkara,awal-awal dulu sekumpulan arab yang pandai dalam group sanggup tunggu dan panggil kitorang budak melayu ambil history sekali.Namun selepas beberapa minggu kami jadi parasit,aku perasan diorang dah tak ajak kami ambil history sekali.Mungkin salah kami juga yang lambat belajar.Ada sesetengah tu mungkin dah bosan dengan kami.Iya lah mana tidaknya,time ambil history diorang je yang bertanya.Mungkin sekali-sekala je mampu menyampuk.

Pernah sekali ketika minggu ke-3,aku bertanya seorang member arab yang agak pandai apa maksud satu word ni(dh lupa word apa),dia balas “we had round for one month now,you should know that word by heart!!”(ayat lebih kurang)

Down kejap.Awat lambat sangat aku belajar.
Sudahlah aku ni jenis sensitif sikit.XD

Selepas beberapa minggu kami mula memilih member arab untuk ambil history.Tidak semua arab supportive walaupun diakui mereka pandai.

Kesimpulan yang menepati hipotesis awal.Hipotesis ini tidaklah apply kepada semua mungkin.
Tidak perlu aku nyatakan disini apa ia dan siapa yang terbaca post ni tak perlu pun cari apa disebalik cerita ini.Tak bermanfaat sangatpun.


seriously awesome video.
membuatkan aku terfikir pelbagai perkara setelah memandang dari sudut yang berbeza dangan perasaan yang berbeza.

Sekarang kamu minggu ke berapa?”

“minggu ke-8”

“so,korang patut tahu.exam lagi 2 minggu kan.”

(mafhum perbualan antara doktor dan pelajar pada minggu ni)

Doktor-doktor mula memberi pressure sikit minggu ni memandangkan exam lagi 2 minggu dan banyak soalan yang ditanya ketika round masih belum dapat dijawab dengan baik.Ku menunduk dan buat-buat pandang tempat lain untuk mengelak ditanya.

Ok cuba bayang jika kematian yang kita tak tahu bila telah hampir,agak2 dah bersiap ke belum? tepuk dada tanya hati.

Jika kematian hampir tiba sepatutnya juga kita makin rajin berusaha dalam pelajaran dengan harapan belajar yang diniatkan kerana Allah dapat memberatkan timbangan pahala diakhirat kelak.Kita punya motivasi terkuat untuk cuba cemerlang dalam pelajaran.
(pelajaran:perkara yg segan untuk perkatakannya kerana tahu keadaan diri yg bagaimana)

Ada hadis Rasululullah saw (pertama kali dengar dalam penyampaian almarhum Ustaz Dahlan ketika sekolah dulu)
”Jika ditanganmu ada benih tanaman,sedangkan kamu tahu besok hari kiamat,maka tanamlah benih itu"

Saturday, December 10, 2011

great power great responsibility

Mesti korang pernah tengok cerita spiderman kan? Kalau tak pernah tengok memang sikah habis.

Ada satu dialog dalam cerita tersebut Uncle Ben sebut pada Peter Parker,
“great power come with great responsibility”

Selalunya orang akan quote ayat ni untuk beritahu kelebihan/kekuatan yang ada pada kita datang bersamanya amanah.Setiap apa yang ada pada kita Allah akan persoalkan.Tenaga,harta,masa ke mana ia dibelanjakan.Dalam hadis pun ada sebut jika tak silap tapi tak ingat.(camna nak ngaku daie,hadis pun tak ingat)

Tapi aku terfikir,kalau kita tak nak ada apa-apa kekuatan/kelebihan/tanggungjawab boleh tak? supaya tiada ada apa yang perlu dipersoalkan ke atasnya.

380029_187728971319374_100002468176296_361610_733923307_ntahun depan kalau balik gambar family bukan lg 7 orang.^_^

 

Picture1rasanya hari tu dah disable timeline tapi awat muncul balik? camna nak disable terus? bosan ar sebab fb tak update untuk semua lagi.

Saturday, December 3, 2011

Analogi medical school

Dah lama teringin nak tulis tentang perkara ini.

Setakat yang saya tahu,mana-mana medical school di dunia ini cara pembelajaran untuk degree dibahagikan kepada 2 fasa.

Fasa pertama pra-klinikal(teori) dan fasa kedua ialah klinikal(praktikal).

Terpulang kepada medical school tersebut untuk menetapkan berapa tahun untuk pra dan berapa tahun untuk klinikal.Sebagai contoh di tempat belajar saya(JUST),pentadbiran universiti menetapkan 3 tahun untuk pra dan lagi 3 tahun untuk klinikal.

Di JUST medical school(saya merujuk pada JUST kerana lebih tahu berbanding universiti lain) fatrah pra-klinikal cara pembelajarannya berbeza dengan klinikal.Fasa ini penumpuan lebih kepada peningkatan pengetahuan semata-mata.Anda belum lagi dibentuk secara khusus untuk menjadi doktor.Anda boleh berjaya andai anda faham apa yang dipelajari walaupun anda tidak tahu bagaimana untuk mempraktiknya.

Proses pembelajaran diadakan dalam dewan kuliah besar yang mampu menampung sehingga 500 orang pada satu-satu masa.Seorang pensyarah akan bersyarah dihadapan lebih 300 pelajar.Sudah tentu tiada masa untuk pensyarah tersebut pantau seorang demi seorang pelajarnya samada mereka faham atau tidak apa yang diajar dalam kelas tersebut.Sekali-sekala ada juga dibahagikan dalam kumpulan yang kecil sikit untuk dimuat masuk dalam makmal.Itupun masih dalam angka yang banyak iaitu dalam linkungan 80 orang..

Apabila masuk ke peringkat klinikal,penumpuan lebih diberikan kepada pembinaan kemahiran yang diperlukan bagi seorang doktor.Tidak seperti zaman pra-klinikal yang lebih tertumpu kepada pengetahuan.

Bagi membentuk kemahiran seorang doktor,pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil untuk sesi round bersama doktor.Satu kumpulan paling banyak kalau tak silap 15 orang.Setiap pelajar punya peluang untuk melatih kemahiran mereka dan disamping pensyarah ada capaian untuk memantau setiap pelajar.

Proses pembentukan dari seorang pelajar kepada seorang doktor berlaku disini secara khusus.Cuba bayangkan jika proses ini berjalan dalam kumpulan pelajar yang ramai,tentu tidak ada masa untuk setiap orang praktikkan apa yang dipelajari dan doktor tidak sempat untuk memantau.Jadi mana mungkin kemahiran yang diperlukan seorang doktor dapat dibentuk.

Dikatakan medan klinikal ialah medan yang lebih penting berbanding pra-klinikal.Malahan di JUST peratusan ketika grad nanti,markah klinikal lebih tinggi portionnya berbanding pra-klinikal walaupun sama tempoh.

Apabila masuk klinikal possibility untuk tidur seperti sebelumnya juga berkurang.

Kebiasaannya apabila seseorang itu tidak perform di medan klinikal,ada beberapa kemungkinan:

1)ilmu teori masih belum cukup

2)punya teori mantap tapi tak nak aplikasinya.

atau jika belum merasai kepentingan teori,kemungkinan seseorang itu belum lagi berada dalam medan praktikal.

ok,apa faedahnya saya bercerita tentang sistem belajar di JUST? cuba lihat disebaliknya untuk manfaat yang lebih besar.
Siapa tahu apa tersirat boleh tinggalkan komen dan nanti claim hadiah.huhu.=)

(jika ada kesalahan fakta mohon maaf dan boleh betulkan)

34464775K.A.U.H

hari ini Irbid mendung seketika.Allah telah memanggil seorang rakan disini buat selamanya(pelajar perubatan tahun 3).Pada awalnya dia di“diagnose” mengidap AML.agak terkilan tak berkesempatan untuk ziarah arwah ketika masih sakit khamis hari tu disebabkan ada janji lain.
ajal maut memang tidak mengira usia.cukuplah mati sebagai peringatan untuk kita semua.semoga Allah mengampunkannya dan tempatkan arwah bersama orang soleh.

 

Wednesday, November 30, 2011

Tabahlah wahai hati

Tabiat sesuatu perjalanan selalunya apabila makin jauh kita melaluinya akan makin bertambah yakin terhadap jalan itu.
Tetapi makin lama aku berada dalam medical school ni makin bertambah ragu akan jalan yang dipilih ini T_T

Takut mencuba,
Takut buat silap,
Tak konfiden,
Rasa inferior……

Sikap negatif yang menyebabkan proses pembelajaran sedikit terbantut.

“While one person hesitates because he feels inferior.the other is busy making mistakes and becoming superior”
-quote status fb kawan-

Hari ini persatuan pelajar medik JUST menganjurkan OSCE simulation khusus untuk kami pelajar tahun 4 yang akan pertama kali ber”OSCE” hujung Disember nanti.Nanti tidak lah terlalu nervous kalau dah tahu serba sedikit gambaran tentang keadaan exam.

Beberapa member ajak pergi sekali tetapi niat dihati pada mulanya taknak pergi.Ditanya kepadaku kenapa tak nak pergi “malas aku,bukan tau pun apa nak buat nanti.segan ar nanti nampak sangat tak reti.”
Namun cuba gagahkan juga diri untuk pergi setelah berfikir ketika lunch.Pergi je lah walaupun terlewat sikit dan banyak tak tahu.

Sampai tempat program,beberapa orang termasuk arab tanya aku “are you stressfull?”

erk,nampak sangat ke.cuba cover dengan senyum walaupun pahit.

Natijah daripada OSCE simulation,FAILED.
Telah 6 minggu dari 10 minggu dilalui.Entah apa yang sudah dipelajari pun tak pasti.Banyak arahan yang tak dapat buat.Kes mudah seperti appendicitis pun tak boleh diagnose.

“Examine the lower limb”,arah doctor.
Simulation test bertukar menjadi lecture akibat tak ingat secara sistematik nak buat bagaimana atau lebih tepat,tak tahu bagaimana.
Sad smile


lower limb examination

Alhamdulillah Allah gerakkan hati nak pegi tadi.At least dapat tahu ditahap mana aku sekarang walaupun segan sebentar kerana tidak kelihatan seperti pelajar medik tahun 4 ketika berada dalam Basic Clinical Skill Lab tadi.

Kelebihan apabila menyedari diri banyak kekurangan,akan lebih bergantung pada NYA.
Kelebihan apabila hidup ditempat yang tiada orang memaksa kita buat itu dan buat ini,makin perlu menyedari akan kewujudanNYA.
Doakan.
next week ada oral test pula.semoga dipermudahkan.

really not in a good mood today……

Sunday, November 20, 2011

Dia masih ingat

Teringat kisah masa form 3 dulu (kalau tak silap).Peristiwa kantoi baca majalah dengan warden.
Peraturan MATRI melarang majalah-majalah luar yang tidak berfaedah dibawa masuk.

Kejadian pertama,aku telah membaca majalah bola(berita bola je pun bukan komik) milik kawanku time kelas prep dan aku tak perasan warden datang ziarah kelas.Apa lagi,habis majalah tersebut dirampas.Beberapa minggu selepas itu,aku masih belum serik,sekali lagi aku kantoi.Kali ni kantoi lepas prep dan majalah(juga majalah bola) itu turut dirampas.Dalam fatrah yang dekat 2 kali aku kantoi.Aiseh…..entah apa malang nasib aku.Fobia sebentar selepas itu nak buat lagi.

Beberapa hari selepas itu warden tersebut yang merangkap ustaz Pengajian Islam masuk kelas.Sebelum beliau tamatkan kelas beliau ada sebut “tanda Allah sayang hambaNYA ialah apabila hambaNYA melakukan kesilapan Dia akan tunjuk sesuatu supaya kita tak buat kesilapan itu”(ayat lebih kurang)

Selesai kelas,beberapa kawan yang tahu tentang kejadian tersebut datang dekati aku dan berkata “Allah sayang dekat anta.tu pasal kantoi”
hmmm…

Hari ini,aku tak beberapa sihat.Mungkin disebabkan perubahan musim dan ditambah pula terkena hujan semalam.Mengalami sedikit flu(selsema).Nak tidur pun tak selesa kerana kesukaran untuk bernafas.

Hanya mampu bertahan sesi round pagi dengan doktor sahaja dan tak larat nak masuk kelas petang.Selalunya kelas petang jarang ambil kedatangan.Aku pun terus balik tanpa hadirkan diri dan member aku cakap doktor ambil kedatangan kelas petang tadi.
Apa nak jadi…time aku datang tak pula ambil kehadiran.

baca link ni.artikel menarik dari langitilahi untuk para pendosa.serius agak terkesan dengan artikel  ni.

P10606112nd time went to Petra after the first time on dec 2008.Nothing is changed except….

masa siang yang pendek banyak dihabiskan di hospital.tak pasti bila masa untuk beriadhah.dah beberapa minggu tak jogging.
saat ni baru merindui hospital basmah.Keluar dekat 8.30am pun ok lagi.Sekarang sebelum 7.30 kena keluar rumah dah.

Thursday, November 17, 2011

Segan ana dgn enta

DSCN2965setelah bermalam di padang pasir Sahara,Morocco [winter 2010]

DSCN3200
jalan-jalan dalam keadaan hujan di Ankara,Turkey [summer 2010]

Sejak akhir-akhir ni Irbid makin panas walaupun sekarang winter.Masyarakat melayu Irbid sibuk berbincang mengenai kewujudan NGO.Tambahan pula ada ruang facebook yang disediakan Permai,memang tidak disia-siakan oleh ahli untuk bersuara dan memberi pandangan.

Biarlah mereka berbincang.Malas nak ambil tahu sangat.Buat apa kita bercakap tentang amal orang lain padahal amal sendiri pun terbanyak sangat compang-campingnya.Di akhirat kelak yang akan disoal tentang amal kita bukan tentang amal orang lain.Banyak lagi perkara penting yang perlu diutamakan berbanding bercakap tentang perbezaan.Kuffar bergelak ketawa melihat kita sesama muslim berbalah.
Insya Allah jika kita semua punya matlamat yang sama,yakinlah kita akan bertemu juga suatu hari nanti.

Apa kaitan gambar diatas dengan ayat diatas.Tiada kena mengena sangat pun.Cuma baru-baru ni ada junior-junior yang bertanyakan tentang pengalaman berjalan.Tetiba teringat dengan seorang rakan berjalan semasa tahun 2 dahulu,Muhammad Hashemi Dahlan.

Masa tahun 2 aku agak banyak bersama dengannya.Masa aku kena pegi mukhayyam Palestin Irbid aku ajak dia.Masa dia jadi pengarah miniclinic dia minta aku jadi ajk dia.Apabila pergi bermusafir ke Morocco dan Turki pun kami pergi bersama.

Tak kusangka teman jejalan dulu sekarang dah jadi Pengerusi ISMA Jordan.Masa untuk aku bersembang-sembang dengannya pun dah berkurang sejak jadi orang besar ni.Salute lah.Nanti dah jadi orang besar apabila balik Malaysia jangan lupa teman sekampus ni.Semoga terus thabat atas jalan yang dipilih.

Segan ana dengan enta :D

Saturday, November 12, 2011

Kenangan Aidil Adha

Jadi trend Aidil Adha kali ini apabila pelajar Irbid buat sesuatu status fb pasti diakhiri dengan “Kenangan Aidil Adha”.Erm tak pasti kenapa jadi begitu.

2008


Kelakar pula bila tengok kembali rakaman teater tahun tersebut.Zaman masih belum matang.sekarang pun x matang sgt lg.Watak utama cerita dah jadi presiden PERMAI sekarang.Ketika saat kawan-kawan lain jelajah Jordan kami beberapa orang terpaksa ditinggalkan di Irbid.

Perubahan fizikal yang agak ketara apabila melihat aku pada tahun 2008 dan dibandingkan dengan sekarang.Niat dihati nak juga exercise dan turunkan sikit berat badan.Dalam muwasafat tarbiyah kan termasuk sekali qawiyyul jism=jasmani yang kuat.
Namun semangat untuk exercise sedikit kendur apabila ada seorang doktor di hospital Amirah Basmah berpesan,
“never stand when you can sit
never run when you can walk,
never take the stairs when you can get into elevator.”
Open-mouthed smile

2009




Ditugaskan untuk buat liputan di mukhayyam Irbid.Pengalaman pertama dan terakhir setakat ni aku pergi mukhayyam Irbid.Dalam kesibukan masyarakat Permai ziarah menziarahi sejurus solat raya aku pula terpaksa keluar dari bandar Irbid sejurus solat raya.

2010

Alhamdulillah dapat menolong melapah daging korban dengan aman tanpa urusan lain.

2011

Langsung tak berpeluang untuk membantu melapah daging korban Permai.Tolong makan ok la kan :p
Raya kedua hingga ke empat kena keluar Irbid bawa orang jalan-jalan sekitar Jordan.Pengalaman yang agak best walaupun pada awalnya aku cuba mengelak.Lepas ni kalau abah mak nak mai Jordan mudah sebab dah tahu jalan.

Tapi tahun ni alhamdulillah dapat peluang untuk merasai pengalaman kali pertama sembelih kambing (sedih tak sempat orang nak rakam).Tidaklah sesukar mana.Dalam apa jua hal 1st time selalunya memang sukar tapi apabila dah start insyaAllah mudah.

………………

p/s:
-Lidah kelu sebentar dan otak ligat mencari jawapan apabila ditanya bagaimana menjaga pandangan,
Jauh dari sudut hati aku tak mampu menjawabnya dengan mudah kerana aku juga sedang bermujahadah.Apa yang mampu dibuat mungkin sibukkan dengan perkara-perkara kebaikan kerana jika kita tidak disibukkan dengan urusan akhirat kita akan disibukkan dengan dunia.

-esok akan bermula kembali kelas setelah bercuti 2 minggu.Arghh,bakal melalui hari-hari yang memenatkan untuk tempoh hampir 7 bulan tanpa cuti panjang.

Saturday, November 5, 2011

22:37

Sempena sambutan raya korban,banyak status fb share surah al-Hajj ayat 37.Terdetik di hati untuk membelek sikit tafsir Fizilal.

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡ‌ۚ كَذَٲلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

As people are commanded to slaughter their sacrifice invoking God’s name, it is
made clear to them that “never does their meat or their blood reach God.” (Verse 37) He
has no need of them. What reaches Him, however, is people’s piety and
consciousness of Him. It is the intention behind any action that gives it its worth.
Compare this with the practice of the Quraysh idolaters who used to splatter the
blood of their sacrifices over their idols. How crude and ugly!

It is to this end that He has made them subservient to your needs, so that you might
glorify God for all the guidance with which He has graced you. (Verse 37)

It is He who has guided you to the proper and true faith of submission to Him
alone. Thus, you have become aware of the proper relation between man and God
and the true meaning of action undertaken purely for God’s sake. “Give good news to
those who do good,”
putting their beliefs, worship and life activities on a proper
footing.
Thus Muslims turn to God with every move they make, at any time of the day or
night, conscious of His majesty, seeking His pleasure. With this attitude, life becomes
a series of acts of worship, fulfilling God’s purpose of creation. Life on earth is set on
its proper basis, with a solid link between this world and the next.

Kita selalu kagum melihat hasil sesuatu pekerjaan tanpa melihat apa disebalik kejayaan sesuatu kerja itu.
Seperti disebut dalam surah al-Hajj,bukanlah daging korban itu yang Allah pandang tapi taqwa disebalik perbuatan korban itu yang Allah pandang.Tidak mungkin orang yang tiada taqwa sanggup untuk berkorban.Atas dasar taqwa juga Nabi Ibrahim sanggup menyembelih anaknya sendiri.

Kata-kata dari IHAB “ramai yang mengkaji sirah dan kagum dengan keperibadian sahabat tetapi tidak ramai yang meneliti semula dan cuba memahami apa yang ada dijiwa mereka hingga menjadikan jiwa mereka begitu hebat”

roastturkey-2 menu raya:roasted turkey.harap2 jadi macam gambar diatas.^_^

-kira-kira sudah 5 kali berturut-turut tak beraya korban di kampung halaman(sekali di Matri dan 4 kali di Jordan).Setakat ini tiap-tiap kali Raya Haji di Jordan pasti ada kelainan.InsyaAllah tahun ini juga bakal lain dari tahun-tahun sebelum ini walaupun hajat untuk ke“sana” tidak kesampaian.

-jadi pekerja disebalik tabir juga menguji keikhlasan.bukan barisan hadapan sahaja yang akan diuji.Memang cukup sukar untuk jaga keikhlasan.Ada sahaja lubang-lubang yang syaitan cuba masuk.

-ku tak pasti cukup kuat untuk hadapi hari yang mendatang.Semoga Allah sentiasa bersama.

kullu 3am wa antum bi5air

Tuesday, November 1, 2011

Hari-Hari Yang Bermakna


5 hari yang amat bermakna dapat peluang untuk bersama orang yang hebat.Sungguh diri ini terasa segan untuk duduk bersama mereka.

Makin menyedari akan kekerdilan diri.Banyak lagi kerja yang perlu dilaksanakan.Dan baru tersedar satu perkara yang aku tersilap selama ini,aku bukan ada masalah low self esteem tapi sememangnya aku ni banyak kelemahan !!

-Teringat satu point “jangan percaya kepada takdir yang salah”

-Sebentar tadi ada member peringatkan,
”jika kita takut melaksanakan suatu yang hak kerana takut riya’,sebenarnya itu ialah riya’.. ”
pernah dengar sebelum ini tapi terima kasih kerana tolong peringatkan lagi.

Wednesday, October 26, 2011

Optimis

Banyak hal selalunya aku bersikap pesimis.Buat kali ini aku cuba bersikap optimis dan kesannya agak kecewa apabila tak berlaku as expected.

Ingatkan mudah dan confirm dapat.Tapi memang benarlah kata orang,hanya mereka yang terpilih sahaja yang dapat pergi.Kalau TUAN nya tak mengizinkan untuk pergi apa lagi yang mampu kita buat.

Ikut plan asal bertolak ke Makkah hujung bulan 10.Tapi hingga sekarang 26 oktober masih belum dapat confirmation.Tinggal hanya beberapa hari lagi.Dahla selepas ini hingga akhir bulan aku akan jarang berada dirumah untuk dapatkan update terkini melalui internet.

Kemungkinan besar dengar dari banyak mulut tak jadi.Erm tak mengapalah.Cuba belajar menerima hakikat.Allah menangguhkan hasrat mungkin sebab diri ini belum bersedia dan jika pergi juga sia-sia.
Semoga masih ada harapan dan peluang…..

Dalam post lepas yg bertarikh 17 oktober aku ada tulis kalau tak jadi aku akan delete post itu.Nampaknya terpaksa la delete :p
Nanti kalau jadi semula aku akan publish balik.

Foto0087rindu Tanah Haram.

mode:Tangan dan mata sibuk melayari internet mencari destinasi percutian raya haji ini jika tak jadi ke ‘sana’.
Ataupun nak habiskan saja cuti 2 minggu dengan mengqadha’ game,movie,drama yang belum sempat ditonton.

………………

Banyak kali aku mendengar apabila hendak mencari subjek dakwah carilah yang baik akhlaknya dan blablabla.
Baru-baru ini ada bersembang dengan seorang sahabat,dia cakap untung kalau dapat jenis yang bekerja seperti si fulan ni.
Jujur dalam hati aku “setuju.kasihan mereka kerana dapat org yang malas macam aku.”

………………

sempat lagi update blog.round habis awal dan sempat balik rumah kejap.ok nak gerak ke kelas pula.

Tuesday, October 11, 2011

Dari Hati terus ke Hati

Minggu ini banyak daripada ahli Permai sibuk ber Pintar(usarah bawah persatuan).Semalam ada kumpulan buat Pintar di rumah aku,hari ini juga ada kumpulan buat kat rumah aku.
Yang untungnya aku sebab dapat makan masakan yang sedap 2 hari.Takkan buat 1st perjumpaan masak biasa-biasa kan?  :d

Aku ditakdirkan untuk jaga Pintar sama batch.Ramai yang menolak selalunya apabila diminta untuk jaga sama batch.Banyak orang prefer untuk jaga batch yang lebih bawah.Malah menurut ajk Pintar,naqib untuk 1st year yang paling cepat penuh.

Tak mengapalah dah tiada orang yang sanggup terima,aku terima je lah.Aku rasa lebih mudah kot.Expectation ajk kurang sikit untuk kumpulan Pintar senior.Tak buat pun takde orang kisah sangat.He he

Nak kongsi sikit [peringatan untuk diri ini terutamanya],baru-baru ni ada terbaca dalam buku Pendidikan Islam dan Madrasah Hasan Al-Banna,pendahuluan dibawah tajuk “faktor-faktor yang mendokong keberhasilan”.Faktor ke-4 berkaitan dengan murabbi/pemimpin/daie:

“Pemimpin yang mendidik dengan bakat,ilmu dan pengalamannya yang dianugerahkan kepadanya kekuatan Iman yang luar biasa,membekas pada setiap hati orang yang berhubungan dengannya,melimpah dari hatinya ke hati orang-orang disekitarnya.Dia seperti dinamo yang dari kekuatannya hati mereka diiisi dengan kekuatan.Kata-kata bila keluar dari hati langsung masuk ke hati para pendengarnya tanpa memerlukan keizinan,tetapi bila keluar hanya dari lidah maka pengaruhnya tidak akan melampaui telinga.Orang yang memiliki hati yang hiduplah yang dapat mempengaruhi pendengar dan pengikutnya.sedangkan orang yang mempunyai hati yang mati tidaklah mampu menghidupkan hati orang lain.Sebab orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikannya pada orang lain dan wanita yang tidur tidak sama dengan wanita yang kehilangan anaknya.”

Kekuatan seorang daie = kekuatan Iman

Sunday, October 9, 2011

Language Barrier

Apabila orang tempatan hanya perlu belajar 1 perkara,pelajar-pelajar melayu lain perlu belajar 2 perkara.Bahasa dan material medik.

Macam belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris masa sekolah menengah dulu.Kena belajar 2 perkara dalam 1 masa.Tapi rasanya itu lebih mudah kerana hanya aspek reading dan writing.This time kena master aspek speaking and hearing.

Itulah orang dah pesan master kan dalam arab ammi dari dulu.Sekarang baru tercungap-cungap. dush dush…

Ada pepatah yang mengatakan “jika 40 hari kamu bersama sesuatu kaum,maka kamu sebahagian daripadanya.” Ini bukan 40 hari,dah tahun ke-4.

Kadang-kadang kita menyangka dah ok boleh survive,bila masuk dunia sebenar baru terasa kesukaran.
4 jam berdiri tanpa memahami keseluruhan lecture.Tak ke rasa penat berdiri itu sia-sia.Apabila member-member arab kita berseronok ber”main” dengan patient,kita hanya mampu melihat dan cuma sesekali menyampuk dan mencatit maklumat apa yang mereka cakap.Itu pun bukan semua maklumat difahami.

Okay itu masa awal-awal hari tu.Sekarang ada improvement sikit.

Sejak dulu lagi aku memang lambat sikit menguasai apa-apa bahasa asing.Hatta bahasa melayu pun payah.Dalam UPSR english dapat B.PMR,bahasa arab ngan english dua-dua B.SPM pula english(EST) dapat C.Bahasa melayu pula,cikgu BM aku pernah cakap
“siapa yang pandai dalam bahasa selalunya pandai dalam subjek lain kerana bahasa itu kunci untuk memahami ilmu”.
Hmmm masa cikgu aku cakap begitu aku tersengih je la belakang kelas.

Berkenaan dengan bahasa arab,IHAB pernah berpesan dalam 10 pesanan beliau,pesanan yang ke-3
“Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul(fushah) itu adalah satu-satunya syiar Islam”.

Hari ni akan start major rotation.Bermula dengan surgery.Al7amdulillah sepanjang bulan 10 sebelum cuti eid adha kena pergi hospital yang agak dekat(hospital amirah basmah).Tak perlu keluar awal sangat.

Harapnya takdela doctor yang akan cakap (setelah diterjemahkan dalam bahasa oleh kawan aku yang menceritakannya),
”ko ni,dah la tak power arab,english pun lemah juga” aduhh…..

ok babai nak siap-siap pergi kelas.

Sunday, September 25, 2011

Moga hanya seketika

Melihat muka junior-junior yang masih bersih suci (seperti jika di sekolah dulu melihat adik-adik yang baru masuk tingkatan 1),masing-masing penuh dengan pengharapan dan pelbagai impian untuk dicapai sepanjang pengajian di Jordan.

Tahun ni berkesempatan untuk melayan lebih dan bersembang lebih dengan junior-junior baru.Seperti biasa ada topik perbincangan mengenai perancangan sepanjang disini.Perkara tipikal apabila baru tiba dibumi Jordan,semua berimpian ingin menguasai bahasa arab,ilmu fiqh,nak mumtaz,nak berdakwah,terlibat dalam masyarakat dan blablabla…

Melihat mereka(junior) mengingatkan aku dulu pun begitu.Pelbagai angan-angan best yang aku bayangkan untuk capai.Namun hidup tidak selalunya seperti yang kita angan-angankan.Aku yakin akan ada dugaan-dugaan atau halangan-halangan dalam perjalanan nanti yang membuatkan kita berhenti terus atau seketika.

Orang selalu bandingkan keadaan sekarang lebih mudah berbanding dahulu zaman 60-an,70-an,80-an dahulu.Cabaran pada zaman itu seperti tiada henset,tiada kenderaan yang selesa untuk bergerak sana-sini menyukarkan untuk ‘bekerja’.Ya pada zaman itu tiada teknologi yang memudahkan tapi ia hanya cabaran secara fizikal dan cabaran zaman sekarang pula cabaran dalaman.Kemewahan,internet tanpa sempadan,hiburan yang berlebihan dll semuanya mampu membunuh jiwa[Iman].Jiwa yang mati tak mampu untuk ‘bekerja’ walaupun kini terdapat pelabgai teknologi yang memudahkan.
Nampak seolah-olah ingin menyalahkan orang lain,tak kisahlah memang aku suka tuding jari pun.

Juga ketika minggu orientasi untuk pelajar baru baru-baru ni ada dibincangkan tentang keperluan menyumbang pada masyarakat.Al7amdulillah semua memberi respon yang positif.
Semester lepas ada disebut dalam kelas bahawa semakin besar seseorang itu dia akan makin fikir tentang orang lain.Tapi rasanya konsep ni tak apply pada diri aku.Permasalahan diri pun tidak mampu diselesaikan bagaimana ingin menyelesaikan masalah orang lain.

IMG_0232gambar yang tiada kena mengena dengan post.saja letak sini.
member lain selalu letak di fb tapi aku segan arr.

best juga tak balik cuti bulan 9 tahun ni.
dapat berkenalan lebih rapat dengan pelajar baru

aku rasa aku ada masalah dgn pragmatics (effective use of language).
aku nak katakan ttg perkara lain tp orang faham lain.

Tuesday, September 13, 2011

2nd Half of Journey

11 september 10 years ago is the time to remember by all over the world.And 11 september 2011 is the time for all of you to remember because your life will never be the same anymore.Your past life was finished 5 minutes ago.…
-aw kama qal Dr.Rami-

Aku tak tahu apa yang dah berubah setakat ni.Paling ketara dari berbaju T dan seluar jeans ke jamiah kepada berbaju kemeja dan berseluar slack atau khakis dan apabila ada orang telefon tanya kat mana akan dijawab “aku ada kat hospital” :P Minggu ni belum lagi ber”lab coat” putih dan ber”stetoscope”.So malas lagi nak capture gambar.Tunggu next week kot. :d

Masa zaman 1st year dulu excited nak melangkah ke alam klinikal apabila melihat aura senior2 klinikal.Kini dah melangkah ke alam klinikal rasa macam nak patah balik walaupun baru 2 hari.Tak tahan woooo.Biasanya kelas 3 jam sehari.Sekarang kena keluar rumah 7 pagi dan balik dekat pukul 4.Sebelum ni tak perlu fikir nak iron baju tapi sekarang tiap-tiap hari kena iron baju.Kan best kalau ada ……(ok dah mula nak merepek)

Dr Rami ada juga bagitahu aw kama qal,
“medicine is like a marathon.anybody can start but not everybody can finish it.Somebody may stop run early.”
Gerun kan bila dengar camtu.Semoga ALLAH beri kekuatan untuk meneruskan perjalanan sebagai hamba-NYA insya’ Allah.

أنت مسلم طبيب قبل أن تكن طبيبا مسلما

Tuesday, September 6, 2011

Eid ul-Fitri 1432

Sejak kedatanganku ke Jordan,telah 4 kali melalui 1 syawal.2 kali di Jordan dan 2 kali di Jordan.

Not bad la beraya di Jordan.Siapa kata beraya di perantauan tak meriah? takbir ke rumah pelajar perempuan dan banyak undangan open house.

Mengimbau kembali beraya time 1st year dulu,tak semeriah seperti tahun ni.Waktu tu mungkin masih baru di Jordan.Ketika itu juga excited merasai raya di perantauan.Sebelum itu tengok dalam paper ada ruang salam perantauan dan excited juga nak hantar.Apabila dah nak masuk tahun 4,dah tak kisah semua tu.

Masa 1st year dulu ada juga batch masak buat open house.Bila kenang kembali,lawak pula memikirkan menu(spagheti) yang dihidangkan ketika itu.Baru sebulan lebih bertapak di Jordan masa tu dan memasak untuk banyak orang.Sudah semestinya skill memasak ketika itu tersangatlah beginner.

IMG_0091antara juadah yang dimasak oleh syabab batch2008 tahun ni

IMG_0057Yarmuk08 dan JUST08.Family besar di Jordan

IMG_0150tahun ni gambar raya keluarga tak cukup korum

raya2011

  • Junior-junior baru sudah mula datang ke Irbid.Kali ni dari Matri agak ramai.
  • Aku rasa perlu beri ruang kepada yang lebih layak.Senioriti bukan pengukurnya.Kasihan kereta yang sepatutnya boleh pergi 200 km/j terpaksa pergi 50km/j sahaja.
  • Cuti kian menghampiri penghujung.Tinggal seminggu je lagi.List to do waktu cuti separuh pun belum terlaksana.Banyak lagi movie-movie yang belum ditonton.LOL.
  • Minggu ini,ada beberapa sahabat yang akan re-sit exam.Doakan kejayaan mereka.

~semoga sebulan Ramadhan yang telah berlalu dapat memberi kita bekalan yang cukup untuk menempuh hari-hari yang mendatang~

Friday, August 26, 2011

Tamat Pra-Klinikal

 

amaran awal: post ini tidak bermanfaat.lebih baik korang spend waktu buat benda lain.

Ada orang persoalkan kenapa seronok sangat apabila confirm dapat naik tahun,aku hanya mampu jawab,

“belajar sekarang ni bukan lagi soal cemerlang atau tidak cemerlang tapi soal lulus atau tidak lulus”

Perbezaan besar cemerlang dan lulus sahaja.Apapun alhamdulillah kini dah selesai 1/2 daripada proses pembelajaran aku di universiti.3 tahun sudah berlalu dan 3 tahun lagi yang perlu dihadapi.Terima kasih pada yang tak putus2 mendoakan.Kawan2 sebaya aku yang ambil diploma telah pun selesai menamatkan pengajian mereka dan ada yang sudah mula bekerja.

Hampir 3 tahun genap di Jordan,aku tak pasti added value apa yang telah diperoleh.Awal-awal datang dulu bermacam-macam cakap lebat perkara apa yang dihajatkan tapi bila tengok keadaan diri sekarang,suku pun belum tentu terlaksana.Perkara-perkara sebegini kadang-kadang mengajar aku untuk lebih baik berdiam tentang apa yang aku nak buat dan kurang berjanji.Kalau tak jadi nanti kang segan sendiri.

Kagum dengan member2 yang dulu datang sekali tapi kini sudah menjadi figure penting untuk masyarakat melayu di Irbid.Ada yang hebat dari segi kepimpinan,dari segi bahasa arab,dari segi al-Quran dan lain-lain yang tak dapat disebutkan disini.Seriously segan kalau nak bergaul dengan mereka yang hebat-hebat ni.

……………….

Dalam psiko ada belajar umur 21 (early adulthood),bermulanya fasa “intimacy vs isolation”.Patutlah JPA membenarkan pelajar tajaannya untuk berrkahwin pada tahun 3:p Lazimnya ketika tahun 3 berumur 21.Dan patutlah tahun ni makin galak member2 sini usik-mengusik tentang kahwin.

Actually dalam kesempatan ni nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan batch aku yang telah mendirikan rumah tangga.Setakat ni sudah 2 orang yang berkahwin dan bulan 9 ni insyaAllah akan menyusul seorang lagi.Sebelum ni baru terfikir nak dapat top 3.Melepas….haha.

………………….

Cuti 2 minggu sebelum klinikal.1st time kot cuti lama aku tak plan kemana-mana.Boleh mati akal jugak duduk rumah tak tahu nak buat apa.Sementara ramadhan ni mungkin ada aktiviti nak buat.Tak pe,aku dah sediakan sedikit plan untuk penuhi cuti ni,

1.tidur

2.main fb

3.layan movie

4.tidur

5.main fb

6.layan movie

dan kitaran berulang Smile

Saturday, August 6, 2011

Psikologi Manusia

 

Saya …. pelajar tahun akhir pra-klinikal perubatan JUST.Insya Allah bulan 8 ni tamat pengajian Smile

DSC_0039batch 2008 medik-JUST

Rasa macam dah grad je bila Lajneh Tibb buat haflah tamat pra-klinikal.Tak tahu la camna perasaan kalau dah grad nanti dan tak pasti macam mana perasaan kalau di padang mahsyar nanti Allah bgtahu yang aku lulus ujian di dunia dan dimasukkan ke dalam syurga.Mesti lagi hebat perasaan ketika itu.

Separuh perjalanan untuk dapat MBBS telah selesai.Selepas itu pastinya banyak lagi cabaran yang perlu dilalui.InsyaAllah tinggal satu je lagi subjek(clinical psychology) untuk dihabiskan dan bergelar pelajar klinikal.(Doa-doa supaya saya lepas)

Clinical psikologi aka human behaviour,subjek ni bagi aku amat menarik walaupun markah exam hampeh.Kita belajar bagaimana social development,moral development,physical development dan blablabla.

Siapa kita hari ini disebabkan apa yang kita telah lalui sebelum-sebelum ini.Keadaan sekeliling sepanjang pembesaran membentuk peribadi dan pemikiran kita.Jika kita perhatikan kini masyarakat yang makin jauh mempraktikkan Islam dalam kehidupan,mereka ialah mangsa kepada sistem jahiliyah terancang yang berniat merosakkan anak2 orang Islam.

Boleh yakinkah kita mampu membesar menjadi pemuda Muslim yang benar-benar muslim jika kita dibesarkan dalam pendidikan jahiliyah? Aku amat tidak bersetuju golongan-golongan yang suka menuding kepada orang yang “kurang baik” daripada mereka.Kita pun tidak pasti jika kita berada dalam situasi orang yang kita mengata itu kita tidak menjadi sepertinya.

Islam mengajar kita untuk membenci maksiat bukannya pelaku maksiat.Kita ialah pendakwah bukannya penghukum.Jika kita ada sehelai baju yang kotor,tindakan yang sepatutnya kita bersihkan baju tersebut dari kotoran bukannya terus membuang baju tersebut.Dengan harapan jika kita ialah baju kotor tersebut,ada yang masih sudi untuk mencucinya bukan terus mencampaknya.

Hari tu selepas mid exam marathon sekejap drama JUVANA.Drama ni menarik,jalan cerita yang agak lain dari drama-drama lain.Setiap pesalah juvenile (dalam drama tersebut) bukannya sesuka hati melakukan kesalahan.Pelbagai kisah silam yang sedikit demi sedikit membentuk karakter mereka menjadi pesalah juvenile.Anak terbiar,bapak garang sangat,mak terlalu sayang anak dll.

Sebab apa penting semua ni,sebabnya cara pendekatan mestilah berlainan setiap orang.Kita mesti kaji dahulu latar belakangnya untuk pendekatan yang lebih efektif.Seperti dalam dunia kedoktoran,history seseorang patient itu sangat penting untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan prescribe ubat yang betul.

Sebagai contoh dalam drama JUVANA,ada seorang ni yang kaki pukul disebabkan ayahnya selalu memukulnya.Untuk mendidiknya dengan menggunakan kaedah kekerasan sah-sah la tak lut.

Lagi perkara menarik yang diperoleh dalam subjek psikologi,

Kita ada 3 model utama bagi memahami health and illnesses.Salah satunya,Theory of Reasoned Action.

BEHAVIOUR

Model ini menunjukkan untuk menghasilkan behaviour change,kita perlukan 2 aspek.Attitude dan Subjective Norm.

Attitude mungkin mudah nak faham kalau baca pada gambar diatas.

Subjective norm contohnya begini,jika kita ada perokok dan rakan-rakan mereka juga perokok,kita nasihatkan mereka untuk menukar friendship network diorang.Kita tak akan dapat membantu perokok-perokok selagi mereka tak ubah friendship network diorang.Rakan-rakan perokok yang juga merupakan perokok sudah tentu tak memandang perbuatan merokok itu sesuatu yang perlu dihentikan.

Banyak aplikasinya dalam kehidupan kita.Aku cuma nak sentuh kaitannya dengan Ramadhan alang-alang tahun ni aku tak buat lagi post pasal Ramadhan.

Dalam bulan Ramadhan ini Allah melipat gandakan ganjaran pahala kepada hamba-hamba NYA.Perbuatan sunat diganjari pahala ibadah wajib.Yang wajib digandakan hingga 70x.Umrah di bulan ramadhan menyerupai menunaikan haji.Ini antara ganjaran yang Allah kurniakan untuk menggalakkan hambaNYA berbuat sebanyak mungkin amalan soleh.Allah juga membuka seluas-luasnya pintu keampunan untuk hamba-hambaNYA. [ATTITUDE].

Bulan ramadhan juga kita kenali sebagai bulan pesta ibadah,musim bunga bagi orang mukmin.Orang Islam dimana-mana saja akan cuba mempertingkatkan kualiti dan kuantiti ibadahnya.Suasana yang amat kondusif untuk melakukan ibadah apabila melihat sekeliling kita sibuk beribadah.Seperti musim durian,jika dalam musim durian kita tak cuba makan durian banyak-banyak bila lagi nak makan durian kan. [SUBJECTIVE NORM]

2 aspek penting untuk behaviour change ada dalam bulan Ramadhan.Behaviour change apa yang kita hajatkan ??

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA"  -albaqarah:183-

Secondly, manusia ada pelbagai cara untuk cope dengan sesuatu situasi.Antaranya ‘reaction formation’.Contoh,ada seorang perompak di sebuah taman.Ketika mana orang taman semangat nak tangkap perompak,dia juga semangat nak menangkap perompak tersebut.Contoh mudah,seseorang ni nak sangat kahwin tapi secara zohiriahnya dia yang bersemangat menentang perkahwinan.So sesapa yang bising-bising tak nak kahwin ada kemungkinan besar sebenarnya dia nak kahwin.Aku tak pernah cakap pasal nak kahwin atau tak nak kahwin,jadi aku terkeluar dari kategori orang macam ni :p

……………….

IMG_0158

cubaan buat keropok lekor sendiri.amacam,nampak sedap tak.jangan tengok lama2 sgt,skrg puasa =)

selalunya orang akan upload dalam fb,tapi segan nak upload kat fb.ramai akan tengok.blog ni x ramai sgt yg tgk.so,upload kat blog sudeyh.

Thursday, July 14, 2011

Komunikasi

 

Tipikal perbualan apabila pelajar2 Jordan bertemu dengan pelajar dari daerah berlainan (ini berdasarkan pemerhatianku dan sembang2 ngan rakan).Antara perkara yang selalu jadi bahan perbualan,

1.belajar apa?

2.Asal mana?

3.Bila exam?

4.Cuti tahun ni balik malaysia tak?

Lepas tu terdiam sekejap,xde idea dah nak tanya apa.Pegi jumpa orang lain pula dan kitaran berulang ataupun kembali jumpa member2 lama.

Soalan femes kalau berjumpa senior atau junior sesama mantiqah pula,

1.bila exam?

2.camne exam ok ke tak?

(padahal kadang2 tu x kenal nama pun tp disebabkan masing2 dah lama nampak jadi segan kalau baru nak tanya nama)

Untuk situasi berjumpa dengan rakan sekolah rendah pula,tipikal dialog “hang lepas sekolah dulu belajar mana?”,“sekarang belajar mana?”,”taknak buat reunion ke?”.Lepas tu senyap….

Okay tak kisahlah nak sembang apapun,budaya tegur-menegur sebegini perlu diteruskan dan dipertingkatkan.

Aku perhatikan antara sebab bahasa Arab aku kurang improve masa 2nd year dan 3rd year ialah aku tak pandai nak kembangkan perbualan.Setakat perbualan basic tu pro la.Kalau lebih2 habis kantoi.Cuak gak dahla next semester masuk clinical tapi bahasa Arab masih terkontang-kanting.

Disebabkan aku yang tak berapa pandai bergaul dan cari point untuk dibualkan,ramai budak2 batch lain hatta sesama batch yang belajar Yarmuk pun cakap aku ni jenis senyap.Aku mengambil ibrah dari

“berkatalah yang baik-baik atau senyap=فليقل خيرا او ليصمت“ Smile with tongue out

Tetapi kalau sesama batch JUST08,hanya mereka yang mengetahui aku ni jenis bising ke pendiam.

Sebenarnya aku tulis perkara diatas sebab tetiba teringat pengisian masa muda2 dulu antara sifat yang perlu ada pada daie ialah:

1.suka bergaul

2.sensitif dengan dosa

Bila perhatikan diriku dan bandingkan dengan sifat daie ini,bagai langit dengan bumi.Tak layak langsung.

Monday, July 4, 2011

Xde Tajuk

*penat fikir nak bubuh tajuk apa post ni,last2 bubuh…

Hari-hari yang berlalu tiada apa istimewa yang berlaku untuk dicatatkan dalam blog ni.Campur ni,dah 3 kali aku balik malaysia sejak belajar dekat Yordania.Biar la orang nak kata apapun,kalau tak balik duit tetap habis buat melancong.

2 tahun lepas aku ada buat post Kehidupan Di Jordan.Masa tu niatnya cuma nak bantu sesiapa yang nak melanjutkan pelajaran ke sana.Kadang-kadang tu tak larat nak reply emel walaupun emel yang dihantar tak banyak pun.Tak campur YM lagi.Dalam list contact YM bila tengok2 balik entah sapa2.Aku pun dah tak ingat.Apabila aku lihat ramai yang sampai ke blog ni apabila mengoogle “Kehidupan Di Jordan”,rasa macam nak update cerita pasal kehidupan di Jordan.Tetapi malas lebih menguasai,tak jadi nak update.Kalau sesiapa yang tersesat ke sini,bolehlah mengoogle lagi.

Masa cuti hari tu(aku tulis hari tu walaupun skrg ni aku masih di malaysia sebab kalau nak ikut betul2,ketika saat aku menulis ni kelas dh start) aku ada tertengok rancangan MHI(kot).Depa bincang pasal selebriti/orang2 kaya yang main kayu tiga walaupun sudah beristeri.Tetamu jemputan ketika itu pun berpesan aw kama qal “kita kena berdoa supaya dijauhkan peluang untuk berbuat dosa.mungkin sekarang ni kita tak curang sebab kita tak kaya…”

Pernah diceritakan dalam sebuah buku karangan Fathi Yakan(tak ingat tajuk apa).Ada seorang ikhwah ni tak suka dengan ikhwah yang kaya dan berharta.Kemudian harinya ikhwah tersebut dikurniakan kekayaan dan dia langsung terus meninggalkan ‘kerja-kerja yang lebih utama’.

Pernah juga diceritakan pada aku yang wanita2 Iran apabila berada di Iran masyaAllah lengkap berjubah tetapi apabila berada di negara eropah yang tiada peraturan pemakaian,cara dressing tak ubah macam orang eropah yang tidak diberikan hidayah Allah.

Contoh yang lebih menarik(akhawat Irbid kalau ada tersesat ke blog ni harap tak baca perenggan ni) pelajar2 perempuan di Irbid.Di Irbid bukan main menjaga pergaulan dan pakaian kenapa di Malaysia tak begitu?

Persoalan yang perlu kita tanya pada diri,kita bergerak atas dasar apa?kefahaman yang jelas atau hanya mengikut suasana?

Semoga Allah tetapkan kita bergerak atas dasar kefahaman yang jelas bukan ikut-ikutan dan pesanan untuk sesiapa yang tersesat ke blog ni janganlah kita mengutuk mereka yg sedang diuji Allah kerana kita juga belum pasti berjaya untuk lepasinya.

(MATRI 2011)

tak pasti bila lagi akan berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke bumi wakafan ini..

FILE1305 (PANGKOR 2011)

tak pasti bila lagi semua dapat berkumpul…

Monday, May 16, 2011

Bosan-Bosan

Bittaufiq kepada sesiapa yang akan menduduki peperiksaan.

Semoga Allah berikan kekuatan dan permudahkan segala urusan.

Pesanan untuk diri,seorang muslim mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam akademik dalam rangka memenuhi salah satu di antara 10 muwasafat tarbiyah.

Semalam 15 Mei,ulang tahun Nakbah Palestin 1948.Sampai bila lagi kita ingin berdiam tanpa turut bekerja??

Hari ini 16 Mei,sambutan hari guru.Di kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru/ustaz/ustazah/pendidik/murabbi yang pernah mendidik diri ini.Terutamanya buat guru yang paling lama mendidikku iaitu mak abah ku sendiri.Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan kalian.

saja2  dekat2 nak exam ni ntah kenapa dtg mood nak maen2 dgn photoshop.sesaje nak try.install lama dah tp jarang(blh kata x pernah) guna.

(sape tau camne nak bg tulisan arab bersambung dlm photoshop??)

tryversi tanpa logo HSJ =)

Wednesday, May 11, 2011

Jaga Tepi Kain Sendiri

“Mana adil cikgu,exam hari tu dia meniru.tu pasal dia skor.”

Adu si A tentang si B kepada cikgu apabila markah examnya lebih rendah dari si B.Samada itu satu fitnah atau bukan tiada siapa yang tahu.Tetapi akhirnya markah si A tetap tidak berubah tak kisahlah si B meniru ataupun tidak.

……………………..

Dalam dunia moden yang penuh dengan sandiwara,kadang-kadang sukar untuk kita bezakan mana satu kawan mana satu lawan.Ataupun mungkin hari ini dia kawan kita tetapi esok,tiada siapa yang tahu.Apa yang kita mampu lakukan hanya berdoa supaya Allah swt beri yang terbaik dan berdoa agar kita sentiasa dibawah petunjuk dan naungan Allah swt.

Pernah diceritakan kepada aku,apabila diadukan kepada guru-guru Matri akan perihal orang lain kenapa diorang buat begitu dan begini,dengan tenang mereka menajawab,

“yang penting kita buat kerja kita”

Pengajaran besar disebalik jawapan ringkas ini,di akhirat kelak kita akan disoal mengenai amal kita bukan amal orang lain.Sibukkanlah diri untuk pelihara amal kita.Masyarakat kini sedang mengalami satu permasalahan atau satu kehilangan yang sangat besar iaitu hilangnya Islam sebagai cara hidup.Adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka memahami bagi menyelesaikan permasalahan ni.Bukannya kita menuding sana-sini mencari kesalahan orang.

Umat Islam kini ditindas bukannya disebabkan orang kafir kuat,tetapi umat Islam itu sendiri yang lemah.Lemahnya kita kerana kita tidak bergantung pada Allah.Kita mampu menjadi hebat dan kuat jika kita bergantung pada Allah.Mana ada kekuasaan lain yang lebih besar dan mampu mengatasi kuasa Allah.

……………………….

poster pr

Final exam untuk semester kedua,

21 Mei-2 Jun

Sunday, April 17, 2011

Satria Bulan Bintang

Weekend lepas aku berpeluang join program Cosmik(colloqium astronomi dan falak).Sampai sekarang aku tak mengerti apa beza falak dan astronomi.Aku ingat maksud dia sama je cuma berasal dari bahasa yang lain.Ssesiapa yang arif boleh la habaq mai.

Seingat aku kali terakhir belajar tentang matahari bulan bintang ni masa zaman sekolah rendah dulu.Takpun zaman mengah rendah dulu.Kedudukan planet dari yang paling dekat dengan matahari hingga paling jauh sampai sekarang pun aku tak berapa nak ingat dan hari tu pergi program baru aku teringat balik bumi ialah planet ke-3 paling dekat dengan matahari.

Subhanallah betapa besarnya alam ciptaan Allah ini,bumi ini terletak dalam dalam sistem solar yang mempunyai 8 planet.Sistem solar pula terletak dalam galaksi bima sakti/milky way/labanul halib.Dalam milky way ada 20^11 bintang yang mana matahari merupakan salah satu bintang darinya.Lepas tu dikatakan ada 20^11 galaksi.Jadi cuba korang kira ada berapa bintang? Tersangatlah kerdil manusia ini.Itupun masih ada yang riya’ dan takabbur.Begitu mudah jika Allah nak hapuskan kita sekarang ini.

عن عائشة عن النبي قال: ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Dua raka’at Shalat Fajr lebih baik dari pada dunia dan seisinya.” [HR. Muslim]

Berdasarkan hadis ini,cuba korang bayangkan betapa besarnya ganjaran kepada mereka yang solat Fajr iaitu solat sunat rawatib sebelum solah fardu subuh.Ia juga menunjukkan betapa besarnya nilai akhirat berbanding dunia ini.Kita dah rasa dunia ini cukup berharga dan penting tetapi ada yang lebih berharga.Apalah sangat jika kita membazirkan tenaga kita untuk megejar dunia.Akhirat itu yang lebih utama.

(Pernah juga dengar satu lagi hadis yang menyebut sesiapa yang mendapat hidayah disebabkan seseorang itu,ia lebih baik dari dunia dan seisinya.Tetapi tak ingat betul-betul dan tak jumpa matan dia dan diriwayatkan oleh siapa.inipun sesiapa yang arif habaq mai)

Meridian9.jpgBeberapa fakta menarik yang sempat aku ingat untuk aplikasi bersama.Dari utara ke selatan ada satu imaginary line yang diberi nama meridian.Titik tegak atas kepala kita diberi nama Zenith.Seperti yang kita sedia maklum matahari terbit dari timur(east) dan tenggelam di ufuk barat(west).

Bagi negara Jordan yang berkoordinat 32 darjah ke utara dari garisan equator(khatulistiwa),perjalanan matahari dari timur ke barat sentiasa di arah selatan.Tak pernah lebih titik zenith ke utara.Cumanya masa musim panas ia akan ke arah utara sikit dan masa musim sejuk ke arah selatan sikit.Ops terlupa nak malumkan,arah matahari terbit dan tenggelam tidak sama setiap hari.Waktu zohor akan mula apabila matahari berada pada garisan meridian.So,bagi mereka yang berada di Jordan untuk menentukan arah utara selatan,ketika azan zohor bayang-bayang kita akan sentiasa menunjukkan arah utara.

Negara-negara yang berkedudukan dari equator(0 darjah) hingga 24.5 darjah seperti Malaysia dan Makkah tak boleh guna formula di atas.Untuk negara-negara tersebut,ada masanya perjalanan matahari ke utara (dari titik zenith) dan ada masa ke selatan (dari titik zenith).Dalam setahun akan berlaku dua kali matahari berada pada titik zenith.Itulah sebabnya pada 25 mei dan 15 Julai kita di Malaysia/Jordan boleh menentukan arah qiblah kerana matahari berada tegak diatas kaabah pada permulaan masuk waktu zohor(zohor di makkah bukan malaysia/Jordan).

Matahari tegak atas Malaysia tak diterangkan hari tu sebab yang bagi ceramah tu ahli astronomi Jordan.Jadi dia tak berapa nak tahu Malaysia camna.Beliau ada terangkan juga tentang kaedah melihat anak bulan bagi menentukan bulan baru kalendar hijrah tapi aku tak berapa nak faham keseluruhan.Point yang aku faham jika ada orang claim nampak anak bulan 2 jam selepas matahari terbenam,dia telah berbohong sebab anak bulan hanya kelihatan dalam jangka masa 45 minit selepas matahari terbenam.Beliau ada juga menerangkan kaedah yang diguna pakai untuk menentukan permulaan waktu subuh dan permulaan waktu isyak.Awalnya beliau tidak berhajat untuk menceritakan kaedah mencerap anak bulan kerana penentuan awal bulan hijrah di Jordan ditentukan juga oleh faktor politik.Ahli astronomi hanya memberi pendapat.

Ini hanyalah beberapa point dalam satu pembentangan.Ada 3 lagi pembentangan.Pengaruh Andalus dalam Astronomi,Kaedah Tukar Tarikh Hijrah-Masihi dan Astrofotografi(astronomi+fotografi).Astrofotografi macam best tapi kos amatlah tinggi.Minat masih belum cukup mendalam untuk berkorban.

Sehari-dua ni aku menggila memuat turun dan bermain dengan perisian astronomi untuk lihat bulan dan bintang.Pengaruh cosmik la ni.Serius menarik.Sejak belajar tentang buruj masa darjah 5 aku tak pernah dapat kenal pasti mana satu.Bagi aku semua bintang kelihatan sama je dan boleh disambung untuk membentuk apa jua bentuk.Tetapi masa cosmik hari tu baru aku dapat cam buruj.10 tahun yang lepas punya pelajaran.Excited gila.Macam budak-budak dapat permainan baru.Polaris_alpha_ursae_minoris Satu lagi kaedah bagi menentukan arah utara.Cari bintang polaris yang berada pada hujung ursa minor ataupun selari dengan hujung ursa major.

-Antara perisian menarik untuk melihat bulan dan bintang,Stellarium.Perisian ini percuma.

Thursday, April 14, 2011

Doa,doa,doa

“kita minta supaya laci tu dibukakkan dan Allah dah mengizinkan laci itu untuk dibuka tapi kita yang xnak buka.kita minta duit dan duit tu datang depan mata kita tapi kita yang malas nak gerakkan tangan untuk mengambil.Sebenarnya masa tu Allah dah makbulkan doa kita tapi kita yang tak nak”,itulah sedikit perkongsian seorang sahabat tidak lama dahulu apabila diri ini merungut ketidakmampuan.Tika itu diri ini mengiakan pesanan itu.

Hari ini kepercayaan itu sedikit tercabar.Ku merasakan diri ini benar-benar tidak mampu.Sebelum-sebelum ni pernah juga rasa sebegini dan kali ini ia datang lagi.Aku tahu aku ada silap disitu tapi entah kenapa aku tak tahu bagaimana nak hadapi kesilapan itu.Nasib baik Iman masih mengawal supaya berlaku waras dengan cuba muhasabah betul-betul akan kehidupan yang dilalui.oh,banyak sangat aspek yang perlu diperbaiki.

Apabila memikirkan kehidupan yang sedang ku lalui sekarang,pastinya ini semua hasil doa mak abah,cikgu-cikgu dan sahabat-sahabat.Beruntung dapat dikelilingi orang yang soleh ni walaupun diri ini tak seberapa.Nak harap aku seorang,hmm rasanya entah merempat dimana sekarang.Itulah walaupun aku ni bunga yang busuk tapi alhamdulillah dikelilingi bunga-bunga yang wangi.Dapat la rasa tempias tu sedikit.-Sampai bila aku perlu menumpang orang tanpa memberi??*sigh*

Dulu-dulu ada sebuah nasyid yang liriknya labih kurang begini “kita ada Allah yang kuasa,doa sebagai senjata”.Kelebihan menjadi hamba Allah,kita ada tempat untuk bersandar.Nampak macam lekeh kalau kita cakap tadahlah tangan berdoa pada-NYA.Tapi sedarlah tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaanNYA.Kuatnya kita bergantung kepada tempat kita bersandar.Jika Allah dijadikan tempat kita merintih,merayu dan meminta pertolongan insya Allah kuatlah kita.Jika makhluk ciptaan Allah kita jadikan tempat bersandar apalah sangat kemampuannya berbanding Penciptanya.

Disaat merasai kelemahan diri,ku cuba memujuk,bahawa disitu ada kelebihan.Kita akan lebih merasai keperluan untuk bergantung pada Allah.

.…………

Masih kuingat pesanan seorang guru masa detik-detik terakhir di bumi Matri dahulu.2 perkara yang perlu buat bila masuk universiti (aku ingat 1 je.lg 1 lupa.kena belek buku catitan ni).Salah satunya ialah belajar sampai jadi pakar dalam bidang yang diceburi.Ku memandang diri.Argh tersangat jauh untuk mencapainya.Segan sendiri tambah-tambah apabila bergelar muslim.Seseorang yang Islam dan berIman itu sepatutnya perlu berusaha untuk cemerlang dalam akademik kerana ia meyakini tuntutan kewajiban menuntut ilmu.Maka ia akan laksanakan bersungguh-sungguh tanggungjawab itu bukannya sekadar melepaskan batuk ditangga.

~sebelum ini jika ia berlaku akan ada datangnya bantuan.Kali ni walaupun ada 2nd chance untuk membantu tapi ia tetap tak dapat membantu.

~Urinary n Genital System.sistem terakhir(harapnya) yang perlu diambil sebagai pelajar ilmu perbomohan di JUST.Harapnya kali ini lebih baik berbanding sebelum-sebelum ini.doakan aku terus kuat.

~Tadi doktor physio ada cerita perkara yang menarik.Sebelum tu ngantuk je.Tetiba terus segar bila dia masuk bab tu.Kalau rajin nanti akan dikongsikan.

Saturday, March 26, 2011

Sembang-sembang SPM (part2)

Seperti yang saya tulis sebelum ni,Jordan dikatakan bakal mengalami tsunami pelajar Malaysia.Tak percaya lihat sini dan sini.Tetapi semalam baru sahaja berlaku chaos yang besar di Amman dan 100 protester cedera apabila bertembung dengan polis dan seorang dipercayai mati.Boleh baca sini.So siapa yang dapat beri jaminan yang Jordan akan bebas dari rusuhan dan pelajar-pelajar dapat belajar dengan senang hati?

Huh,kenapa saya sebarkan berita ni? ini antara teknik nak menjauhkan orang dari datang Jordan.^__^

Tapi saya yakin suatu perkara.Ada satu kata-kata “We dont see too many Lamborghini ads because it's worth speaks for itself. Ladies if u are worth a lot, you dont have to advertise your body”.Kalau dinisbahkan pada Jordan,”if it worth a lot,we don’t have to advertise it”.So saya rasa orang akan tetap datang Jordan.Tak yah sibuk-sibuk promo pun orang akan datang juga.:)

Pernah sekali tanya pegawai JPA disini betulke JPA takkan hantar pelajar ke mesir dah? Beliau tidak mengatakan tidak tapi beliau ajukan balik soalan “kat mana lagi kita boleh hantar pelajar melayu?” Antara sebab middle east jadi destinasi pilihan kerajaan menyediakan biasiswa ialah untuk memudahkan melayu dapat biasiswa.Antara syarat nak middle east kena lulus Bahasa Arab.Jika tidak babai la.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi lepasan SPM dalam memilih ipt ialah ipt tu mantap dalam akademik,ipt tu mudah nak diterima,ada biasiswa,environment bagus,ramai kawan-kawan dan pelbagai lagi.Letih nak senaraikan.Apapun pilihan yang dibuat pastikan ia dapat menyumbang kepada kekuatan ummah dan mencederakan jahiliyah.Ada orang memilih untuk kekal di gua,ada orang memilih kilang,ada orang memilih untuk ke medan.Hakikatnya dimana-manapun medan untuk kita mengilangkan produk manusia yang berIman dan bertaqwa kepada Allah swt.Tidak wajar sekiranya kita merasai selesa dengan keadaan sekarang dimana majoriti masyarakat belum mengambil Islam  secara total.

Jadi kepada mana-mana lepasan SPM yang masih ragu-ragu hala tuju selepas ini,disini ada satu pilihan KTD  @Kolej Terbaik Dunia

http://www.ktd.edu.my/

ktd1iklan ktd

Mengaji biar pandai
Perangai biar juruh
Hidup bole tupe

Kesemua pembangunan fakulti insan diberikan tumpuan secara seimbang.Baik dari segi jasmani,rohani mahupun akli.Satu info yang saya terbaca dari status fb “Dalam mesy. Senat UTM tadi pihak SPACE telah membentangkan keputusan peperiksaan prog kerjasama. Keputusan KTD based on purata PGNK is the fifth best out of 20 kolej. Malahan purata PGNK KTD iaitu 2.58 is better than Purata PGNK UTM i.e. 2.47. Maknanya lebih baik hantar anak ke KTD than UTM kerana purata pencapaiannya lebih baik.”

Nak sembang lebih saya tak tahu sangat.Apa kata anda explore sendiri dan ceritakan pada saya.

ktd2

Wednesday, March 23, 2011

Sembang-sembang SPM

2011.Sudah 4 tahun zaman SPM ditinggalkan.Pelbagai memori yang masih tersemat di fikiran.Masih ku ingat tarikh 12 mac 2008 iaitu tarikh result SPM keluar.Saya masih ingat bukan sebab apa,tarikh tu sama tarikh dengan birthday sorang sahabat.Hari ni 23 mac 2011 pastinya tarikh yang dinanti-nantikan pelajar SPM 2010,keputusan SPM akan diumumkan.

Biar apapun keputusan yang diperoleh,panjatkan setinggi kesyukuran.Itulah yang terbaik yang Allah tetapkan untuk hambanya.Sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dengan ketentuan Ilahi.

Sudah pasti perkara yang bermain difikiran bagi setiap lepasan SPM ialah hala tuju pengajiannya selepas itu.Saya dulu pun begitu.Pening dan konfius nak sambung pelajaran kat mana.IPTA tempatan,IPTS(KTD),Khassah atau oversea.Fasa dari sekolah sekolah menengah ke IPT merupakan salah satu fasa peralihan yang besar dalam kehidupan seorang pelajar dan keputusan yang dilakukan perlu difikirkan masak-masak.Dulu semua borang saya isi dan rezeki saya melanjutkan pelajaran ke Jordan dalam bidang perbomohan.

Masyarakat selalu berpandangan kalau result SPM tak elok baru nak sambung bidang syariah,boleh kata bidang syariah tu jadi macam tempat buangan.Kemudian bila orang bertanya “habis tu kenapa ko tak sambung bidang syariah?”

Saya balas “kalau aku dapat straight A’s insya Allah aku sambung syariah.Tapi nak buat camne x dapat straight A’s.1C pulak tu,tak layak nak ambik syariah.yg ni je yg mampu.Aku taknak mencemarkan bidang agama.” :-)

Dalam kesempatan ni nak kongsi tips sikit untuk lepasan SPM memilih kos pengajian(macam kaunselor la pulak).Minat dan kemampuan.Dua aspek ni perlu bergerak sekali.Kalau dulu saya mati-mati pertahankan yang minat ni tak penting.Malah ketika pulang bercuti saya pernah cakap dalam satu kelas di sekolah lama bahawa minat tak penting.Kini baru saya sedar,minat merupakan aspek penting dalam pemilihan tapi ia perlu dipadankan dengan kemampuan.Kalau result 4A tapi minat medik tak guna juga.Boleh tu boleh tapi perjalanan sedikit sukar.Honestly speaking saya tak berapa minat medik(skrg minat sikit).Zaman sekolah dulu waktu subjek biologi saya selalu tidur dalam kelas hingga cikgu pun perasan dan tak pernah kot dapat A1 dalam exam.Senang cakap saya memang tak minat benda yang kena hafal dan pelajaran bahasa(melayu,arab,english).Bila tak minat,kesungguhan untuk study berkurang sikit.Tengok nota je terus mengantuk.Kalau perkara yang kita minat mesti buat bersungguh-sungguhkan.Inilah yang sedang saya lalui sekarang.

Habis tu kenapa amik juga medik??

Asalnya nak bagi cabaran pada diri.Saja pilih bidang yang memang kita tahu sukar.Dan saya lebih utamakan tempat(alasan kenapa utamakan tempat xleh bgtau sini).Kos pengajian nombor 2.Borang UPU pun saya isi pilihan 1-3 ialah USIM.Kalau di middle east ada bidang yang berkaitan angka/nombor yang diiktiraf,mungkin saya pilih itu.Tapi nak buat macam mana hanya pengajian medik yang ditawarkan biasiswa.Apapun inilah yang telah ditakdirkan dan tugasku sekarang ni buat yang terbaik dalam perkara yang sudah ditetapkan.Pada saya minat boleh dipupuk.Tapi tak sangka pula nak pupuk minat take long time.Pada 1st year dulu dapat markah ok pun sebab bukan subjek medik.Subjek medik agak kantoi hinggalah sekarang.

Doktor dan Oversea

Pemikiran pelajar-pelajar sekarang perlu didoktrinkan yang pandai tak semestinya perlu jadi doktor perubatan atau yang pandai kena pergi oversea.Sesapa yang rajin ikuti perkembangan semasa pasti menyedari mengaji perubatan terutamanya di oversea is not cool anymore.Pelbagai cemuhan dilemparkan kepada graduan perubatan luar negara.Ummah bukan sahaja memerlukan doktor-doktor muslim tetapi semua jenis bidang diperlukan.Untuk merubah masyarakat ummah memerlukan pakar dalam pelbagai bidang.Jangan dicetekkan pemikiran apabila jadi doktor baru boleh mnyumbang pada Islam.Dulu saya pernah bertanya kepada seorang murabbi “lepas SPM bidang apa yang perlu ana ceburi dan apa yang amat diperlukan ummah sekarang ni?”

Beliau jawab “ambillah apa-apa bidang sekalipun.Kita memang punyai ramai engineer tapi kita kekurangan engineer yang faham Islam.Kita ada banyak guru tapi kita kurang guru yang faham Islam.Kita ada banyak saintis tapi kita kurang saintis yang faham Islam” (susun atur ayat mungkin lain tapi maksud sama insyaAllah)

Petikan dari bicara pengerusi HALUANSiswa Nasional :

Sebagai ulangan, berikut adalah bidang-bidang yang amat diperlukan oleh ummah dewasa ini:-
-Guru dan ustaz/ustazah di sekolah-sekolah angkat Haluan
-Pensyarah KTD
-Tokoh-tokoh deeniah dan profesional
-Khatib dan imam
-Penceramah agama
-Motivator dan kaunselor
-Wartawan dan kolumnis akhbar
-Jurulatih kecergasan
-Penulis dan penterjemah
-Bloggers
-Juruhebah dan penceramah radio dan TV
-Usahawan
-Peguam
-Pensyarah bidang undang-undang, perubatan, sains sosial(sains politik, mass comm, kaunseling)
-Jururawat

Semua bidang ini amat berguna di dalam usaha kita melaksanakan kerja mendidik dan berbakti kepada masyarakat kita.

family  tak cukup korum :-)

Seperti tahun-tahun lepas saya kurang ambil tahu tentang keputusan SPM.Tapi tahun ni disebabkan ada adik perempuan calon SPM 2010 itu yang ambil berat sikit.Dalam sejarah adik-beradik,dalam peperiksaan besar seperti UPSR dan PMR hanya adik perempuan sorang tu je yang pernah dapat straight A’s dalam UPSR dan PMR.Tapi kali ni,dia tak berjaya dapat lebih dari aku,huhu.Dah ambil 11 subjek camne nak lebih kan.Anyway tahniah dapat 9A 2B.Tahniah juga kepada yang lain2 terutamanya junior2 di MATRI.Kan dah kata sahabat bagi peluang je masa PMR dulu.Semoga Islam boleh tumpang atas kejayaan kalian.

Tamatnya pengajian dia di Matri menandakan juga berakhirnya anak-anak Ahmad Saleh dan Rajihah di Matri (xpasti la klu dia nak sambung khassah).Bermula dengan 2 abang pada tahun 2000.Si bongsu tu lambat lagi kot,baru darjah 1.Tak pasti apa perancangan mak abah untuknya.Ini juga bermakna mak abah akan kurang pergi balik Perlis.

Baru-baru ni terbaca paper JordanTimes yang bgtau student Malaysia mungkin bertambah sekali ganda di Jordan.Asalnya kurang percaya tapi kemudian bila baca dalam esila JPA yang tidak menyenaraikan Mesir,kepala terpaksa mengangguk dan pada masa sama menggeleng ”habislah Irbid jadi malizi town”.Bagi sesiapa yang ada intention untuk apply universiti di Jordan,batalkan hasrat anda.Jordan bukan best pun.

Monday, March 21, 2011

Thiqah

Masa zaman sekolah menengah dulu2 aku jarang gunakan kalimah thiqah.Adapun masa belajar PQS.Bila di Jordan,kalimah thiqah kerap kali digunakan.Si A thiqah,si B tak thiqah.Aku pun tak tau ia bermakna apa atau merujuk kepada apa.Ada sorang kawan aku pernah bertanya apa dia thiqah yang dimaksudkan.Senior jawab “alah,maksud dia mcm good boy la”.erm,xpelah.Aku pun bukan kisah sangat.

Sebenarnya aku bukan nak hurai tajuk diatas sebab aku pun tak reti.Baru2 ni embassy Malaysia ada menganjurkan malam Anugerah Kecemerlangan Akademik(AKA).Program ni dikategorikan byk org sebagai program paling tak sikah kat Irbid.Masa 2009 aku terlibat sebagai penerima,tahun ni aku terlibat sebagai ajk.Masa 2009 dulu hebat juga isu pasal AKA ni dibincangkan.Tahun ni berkurang sikit orang bising.Mungkin masing2 dah ada mind setting camne program tu.Sebenarnya ada individu yang mula-mula seperti melarang aku jadi ajk,tapi aku buat kering je sebab nak terima cabaran.Lagipun banyak orang bermain tarik tali untuk jadi ajk,aku pun terima je lah.Rasanya program ni paling senang untuk diuruskan.Tak banyak kerja pun.Kebanyakannya diuruskan pegawai kedutaan sini.

Kalau ada orang nak boikot bagi aku tidak mengapa.Maybe mereka rasa dengan cara begitu dapat mendekatkan diri dengan Allah.Aku hormat pendirian mereka sebagaimana aku menghormati mereka yang hendak berhibur.Masing-masing lahir dari pelbagai latar belakang pendidikan jadi aku tak nak terus radikal dalam berdakwah.

Bagi aku,mereka yang tidak berkenan dengan program seumpama ini harus adil dalam tindakan mereka.Tindakan mereka bukan disebabkan pengaruh orang sekeliling atau kawan2 atau persatuan tetapi lahir dari kefahaman atau kesedaran.Kalau ikut keadaan sekeliling tengok movie itu mungkin dibolehkan padahal dalam movie lagi banyak maksiat dan aurat didedahkan.Kenapa tak ban je mana2 movie.Jangan berlagak kononnya dialah hero.Dialah orang yang kuat melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar.

krew aka krew malam AKA

Bayt muslim.Isu yang makin hangat diperkatakan bila usia makin meningkat.Takkan berhenti sampailah menikah.Kalau orang cakap kat aku perkara ni,aku akan balas “fardi muslim pun tak lepas lagi,camne nak next step”.Aku tahu orang yang tak sikah macam aku belum sesuai.Dah la menguruskan program yang lagho(merujuk kpd AKA).Malam tu banyak perkara diluar kebiasaan yang aku tak pernah buat tetapi aku buat.Saja(actually i wanna those that have high expectation on me to lost their hope.aku juga seperti manusia2 lain,nothing special)

Seperkara aku belajar yang menunjukkan sebelum tu aku masih terpelihara(^_^) untuk karaoke nak dengar muzik sahaja tanpa suara,setting audio kena mono left.Masih ingat gaya terkejut pegawai kedutaan bila aku tanya “kenapa perlu setting audio left?”.Beliau jawab “kamu xtau ke”.Sebelum ni yang aku tahu mono left mono right untuk ubah bahasa je.Sebagai contoh mungkin left untuk malay dan right untuk english.

Kalau nak layan je bila orang cakap pasal bayt muslim,aku balas “patutlah mujtama’ muslim tak dapat dihasilkan.skip satu step”

sikah=thiqah (bahasa budak malizi di Jordan)