Saturday, June 5, 2010

Perkongsian Bersama Aktivis LL4G

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebagaimana yang umum tahu,para aktivis LL4G dari Malaysia telah dibebaskan dari Israel dan dikeluarkan ke Jordan.Raja Jordan telah berbaik hati untuk menerima mereka dan menyediakan tempat tinggal 5 bintang untuk para aktivis ni.

Sebaik saja tahu yang para sukarelawan ini dibebaskan ke Jordan,tetiba diri ni rasa excited pulak untuk berjumpa dgn mereka.Tapi apakan daya,hari tersebut (2 jun) ada exam pulak.Mula-mula,dikatakan mereka akan terus pulang ke Malaysia.Harapan dah pudar untuk berjumpa dgn mereka.Tapi dengan izin Allah,kemudiannya saya telah diberitahu mereka mungkin tinggal di Jordan utk sehari lagi.Apa lagi,terus ambil peluang ini untuk berjumpa dgn mereka di salah sebuah hotel di Amman,Jordan.
Apabila melihat wajah-wajah ceria mereka,tak sangka mereka ni sebenarnya bekas "banduan" kerajaan haram Israel.Mereka juga berkata "kalau esok ada lagi misi ll4g,pasti kami orang pertama yang menawarkan diri".Masya Allah...mereka memang benar2 org terpilih.

Pada hari berikutnya, al7amdulillah mereka sanggup meluangkan masa dicelah kesibukan untuk memberi sikit perkongsian dengan pelajar2 Irbid.Boleh dikatakan ini merupakan majlis perkongsian pertama mereka sejak keluar dari Tanah Palestin.Maklumat perkongsian mereka dalam proram itu boleh lah di baca di laman web Hilal Asyraf yang merupakan pencatat rasmi program tersebut.
Jadi kali ni,saya tidak berniat untuk meringkaskan apa yang diceritakan pada malam tersebut kerana anda boleh baca laman web Hilal.Saya ingin kongsikan apa yang saya dapat sepanjang ziarah saya yang mungkin tidak disebut dalam program anjuran PERMAI.

Salah seorang relawan ada menyebut,kegagalan mereka menghantar bantuan ke Gaza tidak bermakna konvoi mereka sia-sia.Sebenarnya mereka telah berjaya.Di akhirat nanti Allah akan tanya,apa yang telah kita buat??
Allah tak tanya apa kesannya.
Mereka telah berjaya membuka mata hati manusia untuk lebih sensitif dengan isu ini kerana isu ini boleh diterima oleh semua masyarakat tak kira muslim atau non-muslim.Jadi ia merupakan satu wasilah untuk berdakwah kepada semua orang tak kira apa latar belakang atau pegangan.

Perjuangan kita belum selesai.Inilah yang boleh disimpulkan.Kita perlu terus dan terus bergerak.Bagi para relawan,mereka juga mengakui,selepas ini,banyak lagi dugaan yang akan mereka tempuhi khususnya apabila pulang ke Malaysia nanti.

Antara pesanan terakhir Dr.Syed Haleem,beliau mengingatkan untuk terus dengan ittisal fardi.Benarlah hanya dakwah dan tarbiyah yang dapat melahirkan kader-kader yang sanggup berjuang untuk Islam.Beliau telah memberikan contoh pembukaan konstantinopel oleh tentera Islam.Rasulullah menyebut konstantinopel hanya akan ditakluk oleh tentera yang pemimpin dia sebaik-baik peminpin dan tenteranya sebaik-baik tentera.Konsep nya lebih kurang untuk meruntuhkan tembok pemisah di Gaza.Beliau ada menambah "mungkin belum tiba masanya untuk kita ke sana(gaza)"

Saya tertarik apabila ditanyakan soalan kepada Ketua Misi LL4G Tuan Haji Norazman,"seperti yang kita tahu,relawan-relawan ni sekarang macam artis dan alhamdulillah semuanya ada fikrah yang kemas.jadi lepas ni rasanya lebih mudah untuk relawan ni bersuara dan menegur masyarakat" (ayat dia lebih kurang la macam ni)

Tak berapa ingat apa yang dijawab oleh Tuan Haji Norazman,tapi seterusnya beliau telah menyebut yang dakwah ni terdiri dari 5 komponen.Telah ramai yang mampu beri teguran depan umum,tapi ia masih belum cukup kerana banyak lagi komponen dalam dakwah.

1)pertama sekali amar ma'ruf.Ini memang tak boleh dipertikaikan dan ini ramai yang mampu buat.

2)nahi munkar.yang ni ramai tertinggal.amar ma'ruf semata masih tidak mencukupi.Karat-karat jahiliyah dalam diri juga perlu dibersihkan.Sebagai contoh,banyak manusia yang kita boleh lihat mampu ke masjid,puasa dsb tapi masih tak mampu nak tinggalkan bercouple.Islam hanya tertegak di atas runtuhan jahiliyah.Hinggakan ada mereka yang mengikuti usrah atau halaqah ada yang tak mampu nak tinggalkan pasangan masing-masing.

3)seterusnya lagi ramai yang alpa.2 di atas ramai yang mampu buat.dakwah juga membentuk.Sekarang ni ramai yang mampu berceramah tapi tak ramai yang mampu membentuk.Dalam sesuatu ceramah memang ramai yang hadir,tapi apabila balik ramai yang sama saja ataupun mungkin bertahan 2 3 hari saja.Contohnya ceramah kesedaran tentang Palestin,esoknya tengok tetap beli pepsi.Tiada pantauan dibuat.Tiada folow up dengan mereka yang hadir.Inilah kepentingan usrah atau halaqah.Dalamnya terdapat pantauan dari naqib.Ceramah hanyalah untuk menyebarkan wa'yun Islami tetapi untuk takwin(pembentukan),kena ada cara lain.

4)bergerak dalam jama'ah.Maksud di sini bukannya menyertai mana-mana jama'ah.maksudnya bergerak secara jama'ie.Kerja-kerja Islam ni bukan kerja hero.Ia memerlukan banyak tenaga.Kesatuan amal akan berlaku apabila adanya kesatuan aqidah dan kesatuan fikrah.Ramai kini meletakkan jama'ah yang disertai mendahului yang ukhwah,ibadah dll.Wujudnya pelbagai jama'ah sekarang ni menurut Syeikh Al-Qardawi,itu perkara biasa apabila tiadanya amir untuk menyatukan mereka.Apabila wujudnya khilafah,haram untuk adanya jama'ah lain.Ada orang selesa dengan cara A,ada orang selesa dengan cara B.Kita tak boleh paksa semua minat cara A.

5)terakhir sekali,dakwah melahirkan mujahid.Inilah hasil dakwah dan tarbiyah.Mampu melahirkan mereka yang ikhlas berjuang di jalan Allah.Dakwah akan melahirkan pendokong-pendokong dakwah yang akan meneruskan kesinambungan kerja-kerja dakwah.Lihat diri kita,jika kita belum mampu untuk bersusah-payah untuk Islam,kita ni belum menerima dakwah dan tarbiyah sepenuhnya.Kita belum memasuki pintu pagar dakwah.Kita baru berada di pinggiran dakwah.
Bila ada kelima-lima komponen ni,barulah boleh dikatakan dakwah.

Ini serba sedikit ringkasan perkongsian gabungan 2 orang aktivis,Tuan Haji Norazman dan Dr.Syed Haleem.Kalau diikutkan banyak lagi perkara yang disebut dan dikongsikan.
Maaf la jika dalam tulisan ni saya tak menyebut yang mereka ini hero atau wira walaupun pada hakikatnya mereka memang wira sebab mereka sendiri tak minat dengan panggilan itu dan kata salah seorang "kami xnak wira.wira ni lekeh.bagi la mercedes ke BMW ke" :D

(tulisan diatas ni bukan 100% ikut apa yang keluar dari mulut relawan,ada sikit yang saya hurai berdasarkan apa yang saya faham)