Sunday, February 14, 2010

Jalan-jalan Musim Sejuk

Bismillah..

(erm,camna nak mula ea..)

Ok,winter break bagi pelajar2 pra klinikal baru saja habis.Hari ni 14/2 kelas telah pun bermula dan pembelajaran pun telah bermula.Ingatkan doktor nak lepak-lepak dulu,tapi terus dia ajar.Gear 1 tak masuk langsung,terus gear 3.Boleh rosak kalau gini..

Dah pun tajuk jalan-jalan musim sejuk,kali ni nak cerita sikit saja secara kasar tempat yang telah aku pergi.Nak tulis panjang-panjang tak larat.

Mula-mula dulu rancang taknak pergi jauh,Turki atau Mesir ataupun Cyprus saja.Duit tak berapa nak ada.Bukan takda langsung,nak simpan juga duit yang JPA bagi.Setelah fikir punya fikir,Allah susun dapat juga ke mesir.Tapi sekejap saja.Tak sampai sehari.yang tu pun tak ke mana sebab aku transit saja kat situ.hehe..

Dari Mesir aku ambil penerbangan terus ke Morocco.Tak terfikir sangat pun nak kesana sebenarnya,cuma ada la tengok sikit tentang morocco kat internet.Lepas tu ada pulak member aku Hashemi ajak.Aku pun tak fikir panjang sangat,setuju je la.Macam best juga pegi Morocco.Lagi pun tiket tak berapa mahal jika dibandingkan dengan jarak kesana.Lebih kurang 285 JD pergi balik.Pegi mesir pun dekat 200 JD.Ramai yang kata “kaya nye korang” apabila dapat tahu kami nak ke morocco.Tapi bila dengar harga tiket,ramai kata murah. Kos hidup sana pula mahal sikit dari Jordan.Ingatkan Jordan dah mahal,rupanya sana lagi mahal tapi belajar kat sana percuma, tiada yuran dikenakan.

Morocca ataupunpun dikenali Maghribi terletak kat bawah Spain.Cadang awal-awal kami nak lajak ke Spain,tapi tak diizinkan.Tak dapat visa double entry ke Morocco.Dapat satu visa saja.Sebahagian bandar di Morocco merupakan kawasan andalusia.Jika Jepun orang panggil negara matahari terbit,Morocco ni negara matahari terbenam kot (ni aku teka je) sebab Maghribi ‘tempat terbenam’.Sana GMT 0 sama macam London. 99% peratus penduduknya muslim.Lebih banyak dari Malaysia dan lebih sikit dari Jordan.

Jika rakyat Jordan selalu banggakan raja Abdullah nya sebab keturnan nabi,raja Morocco Muhammad VI juga keturunan nabi.Bila aku cakap begini,ada orang bagitau,Saddam Hussin pun claim dia keturunan nabi.

Kalau di Malaysia,kita pakai mazhab syafi’i,kat sana guna mazhab maliki.Qiraat Quran juga lain berbanding malayisa.malaysia qiraat Hafs, sana guna qiraat warash.

Bahasa utama ialah bahasa Arab dan yang kedua bahasa Perancis.Bahasa Inggeris jarang digunakan.Kebanyakan papan-papan tanda dalam bahasa arab dan bahasa perancis.Antara perkara yang aku kagum dekat maghribi ni,boleh kata semua rakyat dia mampu bertutur sekurang-kurangnya 3 bahasa iaitu bahasa arab,bahasa perancis dan bahasa inggeris.Kedudukan geografi dan polisi kerajaan memudahkan rakyatnya menguasai pelbagai bahasa.Pelajar malaysia disana juga begitu fasih bertutur dalam bahasa arab dan mampu juga memahami bahasa-bahasa lain.Satu perkara baru yang membuatkan aku kagum.

Antara bandar yang sempat ku lawati ialah Muhammadiah, Marakech, Ouzazate, Fes, Rabat dan Casablanca.Mengikut pelajar-pelajar disana,tempat-tempat ni saja yang ada banyak tempat menarik untuk dilawati.

Setiap bandar ada bandar baru dan bandar lama macam Dimashq Syria.Kota-kota tinggalan zaman terdahulu masih ada di bandar lama.Kebanyakan seni bina disana menerima pengaruh andalus.Jadi orang kata pergi sana pun dah ok kalau tak berkesempatan nak ke Hambra, Granada di Spain.Corak lebih kurang.Mungkin dekat Spain lagi banyak ukiran.

Kat maghribi, tempat panas (sekarang sejuk sebab winter) kami pergi, tempat sejuk pun kami pergi.Kami pernah bermalam di gurun Sahara dan bermain ski di puncak banjaran atlas, Oukamiden.Kira puas hati la rehlah kali ni.Semua dapat.

Meh cerita tentang pengangkutan awam yang ada kat sana.Pengangkutan utama keretapi kot walaupun keretapi dia tak la lawa tara mana.Bas ada jugak.Tapi ramai prefer keretapi.Keretapi dia tak macam malaysia,Taiping-Arau sehari sekali.Kat sana walaupun untuk jarak jauh,perkhidmatan keretapi kerap ada.Teksi pula berlainan warna mengikut bandar.Muhammadiah hijau,Marakech kuning,Fes merah,Rabat biru, dan Casablanca merah balik (tak cukup warna kot).Ni kira antara perkara menarik la jugak.

Tempat-tempat menarik pulak.Kebanyaknya tinggalan kota (kosbah) lama yang menerima pengaruh seni bina andalus.Dekat casablanca ada masjid ke3 terbesar di dunia, Masjid hasan Thani.Penuh ukiran andalus didinding dan syiling.Mengikut sejarah,masjid ni dibina menggunakan duit setiap rakyatnya.Kutip duit khusus untuk bina masjid.

Antara perkara menarik lain yang boleh ditemui ialah pakaian.Pakaian tradisi sana jubah yang ada topi kat belakang macam jubah ahli sihir dalam cerita Harry Potter.Jalan kat mana-mana boleh nampak pakcik makcik pakai jubah tu.Tak kira la dia tengah buat kerja apa,jubah tu menjadi pilihan.Pasal tu jubah ada topi tu orang panggil jubah maghribi.Walaupun asal usul jubah tu sebenarnya dari yahudi,tapi kini orang lebih mengenalinya asal dari maghribi.Selalunya jubah ni dipadankan dengan kasut tradisi sana yang dipanggil balgha’.

Makanan tradisi sini ialah kuskus dan tojin.Kalau dekat jordan jangan sebut kuskus kuat-kuat sebab tu kalimah mencarut.Kat sana takpa.Kuskus selalu dimakan lepas solat Jumaat.Kuskus ni macam tepung dan makan dengan lauk.Tojin pulak sebenarnya nama bekas yang digunakan untuk masak lauk tu.kalau masak ayam,panggil tojin dajaj.Tojin ni bekas yang dibuat dari tanah.Kira kat malaysia pun boleh buat.Kalau  bukak restoren nak bagi famous,buatla tojin.

Cukup kot setakat ni catatan tentang bumi Morocco.Ikut hati banyak lagi nak cerita,tapi malas nak taip.Ni secara ringkas saja.

Akhir kalam,seperkara lagi yang menarik tentang percutian kali  ni ialah ukhwah yang dibina dengan pelajar Malaysia disana.Banyak-banyak terima kasih dan minta maaf kepada semua yang sempat aku temui di morocco.Jika berkemampuan,mai la pulak ke Jordan.

DSC_5289 DSC_5789

DSC_5993

Maaf,gambar di Muhammadiah tiada.tapi dalam memori insya Allah masih ada.

Kalau nak tengok gambar lagi,boleh la klik facebook aku dekat sidebar dan cari dalam album Maroc.

Jika sebelum ni asyik promot belajar dekat jordan je,lepas ni nak promot belajar dekat sana la pulak.dah ramai kat Jordan ni.10 kali ganda banding dengan pelajar Malaysia di Maghribi.