Friday, October 8, 2010

Manisnya Gula Kerana Garam

 

Assalamu’alaikum.Kaifa hal jami’an? Arju kullukum fi barakatillah,insya Allah.

Fuh,lama betul tak update blog ni.Lagipun bukan ada orang jenguk pun.

Sejak akhir-akhir ni,ops sebenarnya sejak beberapa bulan lepas aku datang Jordan lagi,banyak benda penting yang telah ku sedari.Dan bila makin lama,makin aku sedar(baru sedar,amal belum tentu lagi)

Walaupun aku tidak berada di tanah tumpah darah,aku sering juga ambil tahu apa yang berlaku di tanah air(terutamanya melalui facebook).Maksud aku bukan yang berkaitan dengan politik tetapi berkaitan perkembangan dakwah dan tarbiah di Malaysia dan perkembangan sahabat-sahabat seangkatan aku.

…………

Jujur dari hati,daku memang dengki melihat perkembangan positif yang berlaku kerana aku tidak menyumbang apa pun dan aku begitu jauh untuk mencapainya.Kadang-kadang aku rasa rugi pulak datang Jordan.Aku saban hari melihat iklan-iklan baru aktiviti yang akan dianjurkan dan selepas itu aku melihat pula foto-foto sekitar aktiviti tersebut.Tambah menyedihkan bila aku di "tag" dalam gambar tersebut.Rasa jauh sangat ketinggalan.

Aku yang sedang menuntut di perantauan langsung tidak berpeluang untuk turut serta.Hatta ketika cuti dan aku pulang ke Malaysia pun aku tidak berpeluang disebabkan cuti jami’ah aku sekejap sangat.Macam baru-baru ni,cuti aku hanya 3 minggu.Tup2,cuti habis.Nak jumpa kawan-kawan lama pun tak sempat.

Terfikir sebentar,bilakah masanya aku berpeluang untuk bersama mereka?? wallahu’alam.

Kadang-kadang rasa sedih pun ada bila melihat ada yang tidak mengambil peluang yang ada itu.Aku rasa kalaulah aku……..

“Ya Allah,kehidupan di dunia ini hanya sebentar.Tetapkanlah kami bersama dalam syurga diakhirat nanti”

…………..

Itu dulu.Ini sekarang.Tapi bohonglah jika aku sudah tidak berfikir seperti dulu secara total.

Kini,aku cuba sedaya upaya memujuk diri bahawasanya aku ialah insan yang beruntung kerana dilemparkan dibumi kering kontang ini.Di sini aku belajar mengerti kepentingan “self development=tarbiyah dzatiyah”.Tanpa pantauan mak abah dan tanpa pantauan guru-guru aku cuba untuk mengamalkan apa yang telah telah dibekalkan.Yang ada hanyalah teman-teman dan Iman sebagai pengawal.Bila terasa lemah dan kurang berdaya,hanya diri sendiri yang ada untuk menguatkan dengan meminta pada Allah.

Disini juga aku belajar seperkara,tidak bermakna jika aku tidak bersama dengan mereka aku tidak berukhwah dengan mereka.Selagi mana kita berpegang pada tali-tali Islam dan syara’ selagi itu kita berukhwah.Mereka telah ditetapkan Allah dengan lapangan kerja mereka dan aku telah ditetapkan Allah dengan lapangan kerja aku.Tidak kira dimana kita diletakkan,disitu kita perlu laksanakan tugas.Dimana ada manusia disitu ada dakwah.Dimana ada dakwah disitu ada tarbiyah.Disini aku perlu bergerak dari zero dan disini aku ditekankan pada kepentingan tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah.Tarbiyah tanpa dakwah tidak kemana,dan dakwah tanpa tarbiyah sia-sia.

Sekali lagi,aku amat bersyukur dilemparkan bersama sahabat2 lain yang tidak jemu-jemu menegur dan membimbing aku.Aku amat berharap jika aku cuba melarikan diri,masih ada orang yang ingin menghulurkan tangan untuk menarik aku walaupun aku cuba menolak tarikan dia.

~Allahumma ja’alna minalmustaqim~

…………

Baru-baru ni pengetua MATRI,Ustaz Dahlan telah pergi bertemu Rabbnya untuk selama-lamanya.Boleh kata semua anak didiknya bersedih.Walaupun aku bukanlah anak didiknya secara direct dan aku ketika di Matri dulu jarang untuk perhatikan akhlaknya tetapi boleh kata kebanyakan didikan yang aku terima semuanya berasal dari beliau.Semoga Allah menempatkannya di syurgaNYA.

Ada seorang kawan aku menceritakan sejak kematian ustaz Dahlan,perkara yang sangat dihajati oleh guru-guru lain terhadap anak murid ustaz Dahlan ialah “jadi seperti ustaz Dahlan” .Nampak simple tetapi pada hakikatnya tidak seringkas yang difikirkan.Nak atau taknak itulah harapan yang perlu diusahakan.Ia bukan sahaja harapan individu tetapi harapan masyarakat yang inginkan seseorang yang mampu memberi contoh dan mendidik mereka.

4 comments:

  1. insyaAllah..merasai dan memahami Tarbiyah Dzatiyah sehingga melahirkan kader-kader dakwah lebih baik daripada hanya mengikut arus tarbiyah yang dibawa.

    Semoga Allah menguatkan hati-hati kita untuk menjadi muslim mukmin yang bukan sahaja menumpang tetapi bermanfaat untuk Islam, insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Sudah lama tidak singgah ke blog abg Fawwaz.

    Rilek Fawwaz kurang2 kat Jordan tu ada jugak sahabat2 skali. Walaupun program tak sekerap di Malaysia. Kalau yang duduk tercampak sorang2 lagi la susah. Kene start program sendiri. Mula dari zero. Nak bina biah lagi. Rasanya di Jordan biah dah ada cuma perlu penerusan je. Haha.
    Wallahualam. Gud luck la di Jordan.
    Eh Lutfi dah fly dia x de blog ke?

    ReplyDelete
  3. Syed Ahmad Fathi:
    nta orang hebat..Allah uji pegi Rusia sorang2 sampaikan Islam..:))

    ni saja luahan rasa sbb ana terfikir bila la ana akan sempat bersama secara fizikal ngan mereka...dah la kalau grad nanti sibuk kerja plak...

    lg 1,jgn risau.ana rasa dari segi perkembangan dkt m'sia dgn mana2pun sama je...asyik2 org sama,xde muka baru...

    lutfi ntah r dia ada blog ke x...x perasan lak...

    ReplyDelete
  4. Hebat la sgt.
    Tu la. Muka baru jarang nampak.
    Tapi ada gak kdg2.

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..