Wednesday, October 20, 2010

2 Dekad

 

بسم الله الرحمان الحيم

Pada suatu pagi 17 oktober 20 tahun yang lepas,dalam kesibukan masyarakat Hindu bersiap untuk menyambut Depavali, lahirlah seorang insan yang kemudiannya diberi nama Afiq Fawwaz.Sampai sekarang kalau aku tanya arab apa maksud Afiq tiada seorang pun yang boleh jawab.Kalau Fawwaz pulak maksudnya ‘sentiasa berjaya’.Harapnya ia menjadi satu doa buat aku untuk berjaya didunia dan akhirat.

Jika ditakdirkan aku hidup hingga umur 60,maksudnya 1/3 daripada kehidupan telah ku tempuhi.Jika ditakdirkan aku hidup hingga umur 40 maknanya telah separuh kehidupan aku lalui dan jika ditakdirkan kehidupan aku hanya 21 tahun maknanya sisa kehidupan aku hanya tinggal setahun dan jika…

Kalau difikirkan tentang kematian kadang-kadang ia mampu menghidupkan sedikit hati-hati yang sakit.Cuba ambil masa beberapa minit fikirkan tentang kematian dan kehidupan selepasnya yang merupakan kehidupan selama-lamanya dan tiada penghujung.Aku yakin jika masih terdapat keImanan dalam diri,mesti ia boleh memotivasikan diri kita untuk beramal.Pesan sahabat Rasulullah “jika kamu hendakkan pengajaran cukuplah mati itu sebagai pengajaran.”

Mungkin orang biasa sibuk bercakap kiamat tidak mungkin berlaku pada 2012 tetapi satu perkara kita kena sedar kehidupan kita boleh tamat sekarang,tidak perlu tunggu hari kehancuran untuk Allah ambil nyawa kita.

Antalya (42)

Dilahirkan dalam keluarga yang alhamdulillah ada kefahaman Islam memang satu bonus.Aku amat menghargainya.Persolannya sejauh mana aku mempergunakan nikmat kefahaman yang diberikan Allah ni???  wallahu’alam.

Ini persoalan yang amat merisaukan.Nikmat kefahaman yang diberikan menuntut amalan dan perlu disebarkan bukan sekadar disimpan dalam fikiran tanpa diterjemahkan dalam kehidupan.Inilah cara mensyukuri nikmat yang diberikan.Sesuatu nikmat yang berharga akan jadi tidak berguna sekiranya ia hanya disimpan untuk koleksi.Sebagai contoh ialah duit,kalau hanya disimpan tiada gunanya.Aku amat berharap Allah tidak menarik kembali hidayah yang telah diberikan.

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا و هبلنا من لدنك رحمة

Kekuatan Allah tidak sedikit pun berkurang sekiranya kita mengkufuri nikmat Iman dan Islam.Yang rugi ialah kita.Kita yang memerlukan Islam,Islam tidak memerlukan kita.Nikmat Iman dan Islam boleh diberi kepada sesiapa pun yang dikehendakiNYA.Rebutlah peluang yang telah diberikan ini sebelum Allah pilih orang lain untuk menggalas tugas sebagai seorang Muslim dan Mukmin.

“ada orang kata aku ni dlm sebahagian perkara hipokrit sebab perkara-perkara yg lain aku mcm orang biasa... tp sebenarnya dalam sebahagian perkara itu aku sedang berusaha untuk jaga hati aku....”

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..