Saturday, April 17, 2010

Cita-Cita Besar

Penamat kisah perjalanan seorang insan hanya ada 2.Samada ke syurga atau neraka.Alhamdulillah jika ditanya kepada kita nak ke mana,pasti semua akan menjawab  “tentulah syurga”.Tiada orang yang nak ke neraka.93021954999l_t2

Bertambah syukur lagi jika kita diberi nikmat mengetahui jalan menujunya.Mungkin ramai yang tahu tempat tujuan dia,tapi bukan semua itu tahu bagaimana nak menuju kearahnya.Persoalannya,sejauhmana kita sanggup melalui jalan yang menuntut tanggungjawab dan pengorbanan ini.Sebagai seorang mukmin,jalan menuju azab Allah bukanlah 1 pilihan.

Dalam satu hadis Rasulullah saw ada menyebut mafhumnya “Iman itu bukan angan-angan,tetapi sesuatu yang diyakini dalam hati dan diterjemahkan dalam perbuatan”

KeImanan itu bukan sesuatu yang bermain di kepala sahaja atau di hati sahaja.Ia merangkumi keyakinan dalam hati dan segala amal kita.Dalam satu hadis lain,mafhumnya “beramal dengan Islam pada akhir zaman ibarat menggenggam bara api”

Cuba bayangkan kita pegang bara api,berapa lama saja yang mampu kita tahan.Tetapi nak tak nak untuk capai husnulkhatimah,kita kena bertahan.Kita impikan sesuatu yang besar,jadi perlu juga bayar harga yang mahal.

Jika kita renung sirah kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat,kehidupan  mereka bukan diisi dengan perkara-perkara kosong tetapi seluruh kehidupan mereka diwakafkan pada jalan Allah.Tiada ruang dalam kehidupan mereka yang diisi dengan dengan perkara yang menjauhkan diri dari tujuan.Tiada masa untuk mereka mensia-siakan kehidupan demi mengejar kepentingan lain.Namun begitu,ada seorang sahabat( x ingat siapa) pernah berkata “jika Rasulullah mengatakan semua orang akan akan masuk syurga kecuali seorang,aku takut aku lah seorang itu”

Itulah contoh yang kita boleh lihat.Walaupun nyawa telah mereka pertaruhkan,mereka tetap merasakan ia masih belum cukup.Ini membuatkan mereka terus berusaha dan terus berusaha.

Lihat pada diri kita hari ini.Kita seolah-olah merasakan amal kita yang tak seberapa ini sudah cukup untuk membeli syurga Allah.Padahal sahabat Rasulullah dulu berjuang hingga menitis darah,namun mereka masih rasa belum cukup.Tersangatlah jauh jika kita nak bandingkan perjuangan kita pada hari ini dengan perjuangan sahabat.Kalau para sahabat jauh sangat,kita bandingkan dengan tokoh dakwah As-syahid Imam Hasan Al-banna,itupun masih jauh.

Namun,kita masih berminat untuk berehat-rehat.Kita masih suka untuk melakukan maksiat.Kita masih sayang dengan perkara-perkara mazmumah dalam diri dan berat nak buang.Tetapi dengar kata kita ada cita-cita besar.

lastly,study week untuk CVS telah bermula.Insya Allah akan exam 25 hb ni.Doakan Allah permudah segala urusan..amin..

2 comments:

  1. x silap ana, sahabat itu ialah Umar al-Khatab r.a..benar..cita2 yg besar sbnrnya menuntut pengorbann yg besar..jzkallah atas perkongsiannya

    ReplyDelete
  2. ana pun rasa mcm saidina umar,cuma x yakin..syukran..

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..