Wednesday, December 15, 2010

Winter Collection

 

Post kali ni bukan nak promosi pakaian,beg tangan,kasut atau aksesori musim sejuk.~~

Jordan ni bukan macam negara2 belah western europe sana tu yang bila sejuk boleh capai negatif degree celcius.Jordan juga bukan mcm kat mesir yang bila sejuk walaupun x keluar asap dari mulut,student2 sana tetap pakai baju berlapis macam sejuk dekat europe.=) kiranya Jordan tengah-tengah.

Bagi warga Jordan secara generalnya,bukan seronok sangat nak jumpa winter.Season paling best ialah masa perubahan musim.Masa tu memang best.Tak sejuk sangat dan x panas sangat.Orang ramai menanti kemuncak winter hanyalah sebab nak salji.Betul x?? aku pun nak juga rasa salji Jordan.Sedih kan walaupun dah 3 tahun kat Jordan tapi tak pernah rasa salji kat Jordan.Bila la salji nak turun kat Irbid.Kat Ajloun ada la tapi malas la nak pegi.

Winter 2008/2009

DSCN1952 mahal gambar ni.keh3.(matila aku klu ada dak Jordan baca,dah la mutakhir ni sensitif sikit).Gambar ni diambil di bukit Buldan,Syria.

Winter 2009/2010

DSC_5409 ni pulak dekat Oukamedien(ntah betul ntah salah ejaan dia),Morocco.

Winter 2010/2011

ist2_2228037-question-mark-box

rasanya kali ni dah takde salji kot.Ikut planning cuti bulan 1 ni x pergi ke negara yang sejuk sangat.jadi macam dah pasrah tak akan rasa salji tahun ni(padahal dlm hati masih berharap salji turun kat Irbid).Tak boleh nak bagi adik aku yang kecik tu bising.hehe.

Pernah terdengar satu kisah.Masa zaman dahulu(tak pasti zaman bila) telah berlaku perang masa musim sejuk.Ketika itu tentera Islam berada dalam kapal.Tiba2 barang kepunyaan salah seorang tentera Islam itu terjatuh dalam laut.Para tentera-tentera yang lain terus terjun ke laut untuk mencari barang yang terjatuh itu.
pandai2 la cari kesimpulan dari sirah ni=))

Sunday, December 12, 2010

Penglipur Lara

Kisah ini berlaku di sebuah kampung yang jauh dari kawasan yang membangun.Terdapat sekumpulan landak yang tinggal bersama berhampiran kampung tersebut.

Sejak akhir-akhir ini telah berlaku banyak kes landak yang terlepas dari kumpulan itu diserang oleh haiwan pemangsa.Oleh itu jarang sekali kumpulan landak itu berpecah.Ke mana pun mereka pergi,pasti pergi bersama.Mereka khuatir perkara yang telah terjadi kepada kawan-kawan mereka berulang lagi.Masing-masing cuba menjaga yang lain agar tidak diserang pemangsa dan dapat mengekalkan populasi mereka daripada pupus.

Dalam banyak2 landak yang ada dalam kumpulan tersebut,ada seekor landak yang sedang meningkat umur.Dia memang tinggal dalam kumpulan landak itu sejak dari kecil.
Apabila meningkat umur maka sudah tiba masa baginya untuk bertanggungjawab ke atas landak2 yg lain.Dia perlu keluar untuk mencari makanan bagi kaum kerabatnya.

Akan tetapi malang bagi kaum kerabatnya,landak itu merupakan seekor landak yang malas.Alasannya,dia tak tahu macam mana untuk mencari makanan.Secara teorinya ia tahu tetapi secara praktikal sebaliknya.Kesannya,ia telah menyusahkan kawan2nya untuk carikan makanan untuknya padahal bagi seekor landak yang sudahpun besar,sepatutnya dia turut membantu bukan hanya menunggu untuk disuap.

Maka bertungkus lumuslah landak-landak yang lain untuk mencari makanan tika mana landak yang malas itu bersenang-lenang disarang.Malang sungguh dengan kumpulan landak tersebut kerana mendapat seekor landak yang malas.

p/s:
-selesai karangan pendek.tak mampu nak mengarang panjang2 sbb dah lama tinggalkan pelajaran bahasa.

Thursday, November 25, 2010

Cermin Berhabuk

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuba kita lihat pada cermin yg kotor.
Agak2 ia boleh pantulkan wajah kita dengan sempurna ke tak.

Mesti kena cuci elok-elok dulu kan.Baru ia boleh pantulkan cahaya dgn elok.Kalau kita malas nak cuci disebabkan kotoran yang amat degil,dan kita hanya melapiknya dengan kepingan aluminium.Ia boleh pantulkan cahaya tetapi sudah tentu dah tak original dan pantulan tak kuat.

Jadi nak xnak untuk dapat kan pantulan yg mantap dan tulen,kita mesti mencucinya terlebih dahulu.Jika tidak kita hanya bergantung harap pada kepingan aluminium td untuk pantulkan cahaya.Kalau xde aluminium xleh pantul.


ok selesai karangan pendek "aku sebuah cermin" (^_^)

pengajaran dia boleh la fikir sendiri.Takkan semua nak suapkan.hehe..

-ni post muhasabah untuk diri sendiri dan moga bermanfaat juga pada org lain.jika diikutkan hati nak tulis cerita karangan lain,tapi tangguh la dulu.Rasa x sesuai pulak untuk masa sekarang.
-sejak akhir2 ni aku makin pening bila cuba memahami sesuatu dan aku kini cuba menjauhi untuk terlibat dgn masalah itu.

wallahu'alam.


Wednesday, October 20, 2010

2 Dekad

 

بسم الله الرحمان الحيم

Pada suatu pagi 17 oktober 20 tahun yang lepas,dalam kesibukan masyarakat Hindu bersiap untuk menyambut Depavali, lahirlah seorang insan yang kemudiannya diberi nama Afiq Fawwaz.Sampai sekarang kalau aku tanya arab apa maksud Afiq tiada seorang pun yang boleh jawab.Kalau Fawwaz pulak maksudnya ‘sentiasa berjaya’.Harapnya ia menjadi satu doa buat aku untuk berjaya didunia dan akhirat.

Jika ditakdirkan aku hidup hingga umur 60,maksudnya 1/3 daripada kehidupan telah ku tempuhi.Jika ditakdirkan aku hidup hingga umur 40 maknanya telah separuh kehidupan aku lalui dan jika ditakdirkan kehidupan aku hanya 21 tahun maknanya sisa kehidupan aku hanya tinggal setahun dan jika…

Kalau difikirkan tentang kematian kadang-kadang ia mampu menghidupkan sedikit hati-hati yang sakit.Cuba ambil masa beberapa minit fikirkan tentang kematian dan kehidupan selepasnya yang merupakan kehidupan selama-lamanya dan tiada penghujung.Aku yakin jika masih terdapat keImanan dalam diri,mesti ia boleh memotivasikan diri kita untuk beramal.Pesan sahabat Rasulullah “jika kamu hendakkan pengajaran cukuplah mati itu sebagai pengajaran.”

Mungkin orang biasa sibuk bercakap kiamat tidak mungkin berlaku pada 2012 tetapi satu perkara kita kena sedar kehidupan kita boleh tamat sekarang,tidak perlu tunggu hari kehancuran untuk Allah ambil nyawa kita.

Antalya (42)

Dilahirkan dalam keluarga yang alhamdulillah ada kefahaman Islam memang satu bonus.Aku amat menghargainya.Persolannya sejauh mana aku mempergunakan nikmat kefahaman yang diberikan Allah ni???  wallahu’alam.

Ini persoalan yang amat merisaukan.Nikmat kefahaman yang diberikan menuntut amalan dan perlu disebarkan bukan sekadar disimpan dalam fikiran tanpa diterjemahkan dalam kehidupan.Inilah cara mensyukuri nikmat yang diberikan.Sesuatu nikmat yang berharga akan jadi tidak berguna sekiranya ia hanya disimpan untuk koleksi.Sebagai contoh ialah duit,kalau hanya disimpan tiada gunanya.Aku amat berharap Allah tidak menarik kembali hidayah yang telah diberikan.

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا و هبلنا من لدنك رحمة

Kekuatan Allah tidak sedikit pun berkurang sekiranya kita mengkufuri nikmat Iman dan Islam.Yang rugi ialah kita.Kita yang memerlukan Islam,Islam tidak memerlukan kita.Nikmat Iman dan Islam boleh diberi kepada sesiapa pun yang dikehendakiNYA.Rebutlah peluang yang telah diberikan ini sebelum Allah pilih orang lain untuk menggalas tugas sebagai seorang Muslim dan Mukmin.

“ada orang kata aku ni dlm sebahagian perkara hipokrit sebab perkara-perkara yg lain aku mcm orang biasa... tp sebenarnya dalam sebahagian perkara itu aku sedang berusaha untuk jaga hati aku....”

Friday, October 8, 2010

Manisnya Gula Kerana Garam

 

Assalamu’alaikum.Kaifa hal jami’an? Arju kullukum fi barakatillah,insya Allah.

Fuh,lama betul tak update blog ni.Lagipun bukan ada orang jenguk pun.

Sejak akhir-akhir ni,ops sebenarnya sejak beberapa bulan lepas aku datang Jordan lagi,banyak benda penting yang telah ku sedari.Dan bila makin lama,makin aku sedar(baru sedar,amal belum tentu lagi)

Walaupun aku tidak berada di tanah tumpah darah,aku sering juga ambil tahu apa yang berlaku di tanah air(terutamanya melalui facebook).Maksud aku bukan yang berkaitan dengan politik tetapi berkaitan perkembangan dakwah dan tarbiah di Malaysia dan perkembangan sahabat-sahabat seangkatan aku.

…………

Jujur dari hati,daku memang dengki melihat perkembangan positif yang berlaku kerana aku tidak menyumbang apa pun dan aku begitu jauh untuk mencapainya.Kadang-kadang aku rasa rugi pulak datang Jordan.Aku saban hari melihat iklan-iklan baru aktiviti yang akan dianjurkan dan selepas itu aku melihat pula foto-foto sekitar aktiviti tersebut.Tambah menyedihkan bila aku di "tag" dalam gambar tersebut.Rasa jauh sangat ketinggalan.

Aku yang sedang menuntut di perantauan langsung tidak berpeluang untuk turut serta.Hatta ketika cuti dan aku pulang ke Malaysia pun aku tidak berpeluang disebabkan cuti jami’ah aku sekejap sangat.Macam baru-baru ni,cuti aku hanya 3 minggu.Tup2,cuti habis.Nak jumpa kawan-kawan lama pun tak sempat.

Terfikir sebentar,bilakah masanya aku berpeluang untuk bersama mereka?? wallahu’alam.

Kadang-kadang rasa sedih pun ada bila melihat ada yang tidak mengambil peluang yang ada itu.Aku rasa kalaulah aku……..

“Ya Allah,kehidupan di dunia ini hanya sebentar.Tetapkanlah kami bersama dalam syurga diakhirat nanti”

…………..

Itu dulu.Ini sekarang.Tapi bohonglah jika aku sudah tidak berfikir seperti dulu secara total.

Kini,aku cuba sedaya upaya memujuk diri bahawasanya aku ialah insan yang beruntung kerana dilemparkan dibumi kering kontang ini.Di sini aku belajar mengerti kepentingan “self development=tarbiyah dzatiyah”.Tanpa pantauan mak abah dan tanpa pantauan guru-guru aku cuba untuk mengamalkan apa yang telah telah dibekalkan.Yang ada hanyalah teman-teman dan Iman sebagai pengawal.Bila terasa lemah dan kurang berdaya,hanya diri sendiri yang ada untuk menguatkan dengan meminta pada Allah.

Disini juga aku belajar seperkara,tidak bermakna jika aku tidak bersama dengan mereka aku tidak berukhwah dengan mereka.Selagi mana kita berpegang pada tali-tali Islam dan syara’ selagi itu kita berukhwah.Mereka telah ditetapkan Allah dengan lapangan kerja mereka dan aku telah ditetapkan Allah dengan lapangan kerja aku.Tidak kira dimana kita diletakkan,disitu kita perlu laksanakan tugas.Dimana ada manusia disitu ada dakwah.Dimana ada dakwah disitu ada tarbiyah.Disini aku perlu bergerak dari zero dan disini aku ditekankan pada kepentingan tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah.Tarbiyah tanpa dakwah tidak kemana,dan dakwah tanpa tarbiyah sia-sia.

Sekali lagi,aku amat bersyukur dilemparkan bersama sahabat2 lain yang tidak jemu-jemu menegur dan membimbing aku.Aku amat berharap jika aku cuba melarikan diri,masih ada orang yang ingin menghulurkan tangan untuk menarik aku walaupun aku cuba menolak tarikan dia.

~Allahumma ja’alna minalmustaqim~

…………

Baru-baru ni pengetua MATRI,Ustaz Dahlan telah pergi bertemu Rabbnya untuk selama-lamanya.Boleh kata semua anak didiknya bersedih.Walaupun aku bukanlah anak didiknya secara direct dan aku ketika di Matri dulu jarang untuk perhatikan akhlaknya tetapi boleh kata kebanyakan didikan yang aku terima semuanya berasal dari beliau.Semoga Allah menempatkannya di syurgaNYA.

Ada seorang kawan aku menceritakan sejak kematian ustaz Dahlan,perkara yang sangat dihajati oleh guru-guru lain terhadap anak murid ustaz Dahlan ialah “jadi seperti ustaz Dahlan” .Nampak simple tetapi pada hakikatnya tidak seringkas yang difikirkan.Nak atau taknak itulah harapan yang perlu diusahakan.Ia bukan sahaja harapan individu tetapi harapan masyarakat yang inginkan seseorang yang mampu memberi contoh dan mendidik mereka.

Thursday, July 8, 2010

Jalan-Jalan Cari…

بسم الله الرحمن الرحيم

(Pemberitahuan awal,post kali ni membosankan sebab tak ilmiah,lebih personal dan tak disertakan gambar)

Cuti hari tu alhamdulillah telah diizinkan Allah aku telah ke Turki.Cuti kali ni payah betul nak cari travelmate,banyak kawan2 batch lebih memilih untuk stay di Irbid bagi berbakti kpd pelajar2 kat Jordan ni.Memang salute ngan mereka ni.Aku awal2 lagi dah cakap nak keluar dari Jordan ni.Ada jugak yang memilih untuk menunaikan lagi umrah pada tahun ni.

Tak macam cuti musim sejuk hari tu yang rancang nak pergi tempat lain tapi pergi tempat lain,kali ni aku memang bercadang nak ke Turki sebab orang kata kalau belajar kat Jordan ni tapi tak pergi Turki, tak lengkap.Jadi aku pun memilih untuk ke sana bagi melihat sendiri tempat di mana suatu ketika dahulu pernah menjadi saksi pada satu  gerombolan tentera yang terbaik dalam sejarah Islam dan bumi dimana Empayar Uthmaniyah berpusat.Tak lupa juga sebagaimana yang telah kita tahu,di bumi Turki juga menjadi saksi pada kemunafikan Mustafa Kamal.

Perjalanan yang mula-mula disangkakan hanya 3 orang bertambah jadi 6 orang apabila 2 senior dan sorang junior ikut sekali walaupun hanya untuk separuh jalan.Alhamdulillah meriah sikit.

Route perjalanan tak termasuk transit:

1. Kapadokiya(3 hari 2 mlm)

- pusing penuh bandar dia.tak ingat apa nama tempat yg kami pergi.yang aku ingat pergi tempat batu onyx,kilang pottery,open air museum dan kilang wine(pergi sebab termasuk dalam tour).Yang  lain tak ingat.Bentuk muka bumi dekat sini memang superb.Boleh kata paling cantik yang aku sempat pergi.Kalau tak no 1,no 2.Satu lagi tempat yang bentuk muka bumi cantik ialah Pamukkale.

2. Antalya(1 hari)

-Koprulu Kanyon-city center(pelabuhan Mavi Marmara berlabuh)

3. Istanbul(5 hari 4 mlm)

-Blue Mosque-Dolmabahce-Topkapi Palace-Taksim-Hagia Sophia-Grand Bazar-Spice Bazar-masjid2 sejak zaman Ottoman(banyak sangat masjid,tak ingat nama)-Prince Island

4. Bursa(1 hari)

-habis satu bandar tawaf.ada Masjid Hijau,Maqam Osman dan Orhan Gazi(founder of Ottoman Empire) dan beberapa majid lain di sekitar bandar.Ada satu masjid tu Ulu Camii,boleh kata masjid terlawa yang aku jumpa dekat Turki.Setanding ngan kelawaan Masjid Hasan Sani di Morocco.Kalau Masjid Hasan Sani banyak ukiran,dekat Ulu Camii banyak seni khat.

5. Konya(setengah hari)

-Mevlana Mosque-Mevlana Muzesi(tgk dari luar je,x sempat nak masuk sebab tak bukak)-Alaadin apa ntah,tak ingat

6. Ankara(setengah hari)

-Muzeum of Anatolian Civilisation-Kocatepe Camii(diclaim antara masjid terbesar didunia tapi bila tgk Masjid Shah Alam lagi besar)

7. Pamukkale(setengah hari)

-Hieropolis-Travertine-hot water spring

8. Izmir(setengah hari)

-Konak Meydani

Maaf sebab post ni tak cerita perincian setiap tempat,tak larat menaip.Kalau nak tau lebih lanjut,bolehlah cari dekat Google.

Perkara  yang aku nak cerita ttg travel ke Turki yang lepas:

-Perjalanan lebih kurang 12 hari(18/6-1/7) ke Turki menguji survival sebab kali ni takdak orang nak bawak jalan.Masa pergi Syria ngan Morocco dulu ada student sana bawak.

-Ada orang kata payah nak baca peta.Bagi aku ok je.Tak la susah,cuma benci baca peta yang skala dia tak berapa betul.Tensyen tul.

-mula-mula ingatkan Istanbul bandar terakhir kami pergi sebab takut nanti terborong banyak barang dan tak larat nak angkat.Tapi Istanbul jadi kat awal-awal lak.

-sepanjang di Turki,lebih kurang 6 malam (dekat kapadokiya ngan Istanbul) je kot tido kat hotel,malam2 lain semua spent dalam bas je.Jarak antara bandar di Turki yang jauh menjimatkan duit hotel bila kami memilih untuk bergerak pada waktu malam.Lagi pun kalau gerak masa siang,rugi hari sebab malam dah tak jalan,mesti tido.

-pengangkutan awam dekat Turki diakui mudah tapi mahal.kalau teksi lagi la mahal.Dari segi servis lak,bas diorang boleh tahan la best kalau nak banding ngan bas pergi umrah.Ada entertainment dan disediakan makanan.Perjalananan lama tak terasa sangat.

-ada orang kata semua toilet kat Turki kena bayar walaupun toilet masjid.Cuma satu toilet je yg xyah bayar ada kat Istanbul.Tapi aku pi hari tu banyak je toilet masjid tak perlu bayar.Apabila kena bayar,agak mahal la, 1 TL=RM 2.50.Cuba bayangkan kalau kat Jordan tandas kena bayar.Nak tau salah satu pendapat “mesti lagi ramai pancut kat dinding”

-apabila cakap tentang apa orang kata lagi,orang kata Pamukkale xyah pergi pun takpa.Bukan lawa pun.Gambar je yang lawa.Tapi bila pergi bagi aku lawa je.Akhir sekali aku buat konklusi,kata-kata orang tak leh caya sangat.Biar kita experience sendiri baru kita tahu.

-sebenarnya kebab berasal dari Turki.alhamdulillah sempat merasai makanan tradisi Iskender Kebab di tempat kelahirannya,Bursa.

-dah namapun tempat pelancongan,habis diorang (Turki) kaut untung dekat tempat pelancongan.Sekali masuk mesti lebih dari 10 TL=RM 25.Habis poket menipis dekat tiket entrance je.Kalau macam Hagia Sophia ngan Dolmabahce kena 20TL=RM50.Kalau dekat Malaysia jangan harap la nak masuk kalau kena caj semahal ni.

-Bursa,Konya,Ankara,Pamukkale dan Izmir dalam masa 3 hari.Memang best.Baru terasa macam traveler.Setiap bandar hanya ada 4 atau 5 jam je.Pergerakan dan keputusan perlu dibuat pantas.

-orang Turki ni bila cakap,dia ingat kita ni faham bahasa dia.Pakat cakap je.Padahal 1 kalimah pun aku tak dapat tangkap.Nak berurusan kat sana terpaksa macam ayam itik.

-Masa zaman Uthmaniyah dulu,mereka guna pakai bahasa arab.Nak tunjuk betapa berjayanya Mustafa Kamal buang bahasa arab,sekarang ni sangat sukar nak cari orang Turki yang mampu bercakap dalam arab kecuali di bahagian selatan berhampiran Syria.

-dekat Istanbul juga aku berpeluang melawat Body Worlds.Satu pameran anatomy yang menarik.Kalau sebelum ni aku tgk gambar dari Dr.Jamal je,kali ni aku tengok sendiri.

Pengajaran dari travel:

-ke”sekular”an rakyat Turki masih pekat.Bagi mereka yang memahami,tugas besar menanti.

-dapat lebih taaruf dengan travelmate(skema nya ayat ni).masa travel ni kita dapat lebih kenal,mana tak nya,sepanjang masa kita perlu bersama dan toleransi yang tinggi perlu untuk melancarkan perjalanan.Aku ni selalunya suka cakap lepas tanpa fikir,jadi ada kadang-kadang mungkin aku telah menyakitkan hati orang.Sorry guys.Tapi alhamdulillah segalanya tetap berjalan lancar.

-mudahnya segala urusan apabila memahami Islam.

- masa nak balik ke Irbid,kami sedar satu perkara.Kami belajar ngan orang lain camna nak pergi Turki tapi tak belajar camna nak balik.

-perjalanan ke Turki membuktikan aku ni buta sejarah.Lantas aku spent lebih 100TL=RM250 untuk beli beberapa buah buku untuk tambah ilmu.Tapi tak pasti la bila baru boleh habis baca.heeee…..

Perkara lain yang tak berkaitan:

-semester 2 yang mendebarkan telah berlalu.Alhamdulillah semua lepas walaupun cukup-cukup makan je.Masa nak tengok result HLS,bagai nak luruh jantung ni.Fikiran aku masa tu hanya penuh ngan tanggapan negatif je.

-semester ni aku kena ambil Immunology dan Public Health.Untuk ikhtiari pulak aku sengaja ambil subjek yang aku agak tak ramai melayu ambil iaitu animal health.Bukan taknak sekelas ngan melayu,cuma kadang-kadang aku suka lari dari keadaan yang havoc.Rimas bising-bising.Sekali-sekala ok la.Lagi 1,aku nak elakkan banyak berkata-kata.Kalau ramai melayu maknanya aku akan banyak cakap masa nak pergi kelas atau balik.Bila banyak cakap,kemungkinan untuk dapat banyak dosa jugak sebab apa yang keluar dari mulut aku ni 1% je kot yang boleh pakai.

-hari ni dah seminggu kelas summer sem berlalu.Aku pelik,kenapa buku immune aku masih lawa.Dalam kelas aku duduk belakang budak perempuan Malizi dan aku tengok buku mereka telah di”highlight”.Kalau hari tu belajar muka surat 6,muka surat 7 pun telah di “highlight”.Jeles aku,bila la buku immune aku akan penuh contengan juga.

DSCN3086

selesai ringkasan perjalanan 12 hari.nah tengok 1 gambar depan Masjid Sultan Ahmet(Masjid Biru).kalau nak tgk gambar lagi nanti boleh bukak album dalam facebook aku tapi masa aku tulis ni aku belum upload lagi gambar.

Saturday, June 5, 2010

Perkongsian Bersama Aktivis LL4G

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebagaimana yang umum tahu,para aktivis LL4G dari Malaysia telah dibebaskan dari Israel dan dikeluarkan ke Jordan.Raja Jordan telah berbaik hati untuk menerima mereka dan menyediakan tempat tinggal 5 bintang untuk para aktivis ni.

Sebaik saja tahu yang para sukarelawan ini dibebaskan ke Jordan,tetiba diri ni rasa excited pulak untuk berjumpa dgn mereka.Tapi apakan daya,hari tersebut (2 jun) ada exam pulak.Mula-mula,dikatakan mereka akan terus pulang ke Malaysia.Harapan dah pudar untuk berjumpa dgn mereka.Tapi dengan izin Allah,kemudiannya saya telah diberitahu mereka mungkin tinggal di Jordan utk sehari lagi.Apa lagi,terus ambil peluang ini untuk berjumpa dgn mereka di salah sebuah hotel di Amman,Jordan.
Apabila melihat wajah-wajah ceria mereka,tak sangka mereka ni sebenarnya bekas "banduan" kerajaan haram Israel.Mereka juga berkata "kalau esok ada lagi misi ll4g,pasti kami orang pertama yang menawarkan diri".Masya Allah...mereka memang benar2 org terpilih.

Pada hari berikutnya, al7amdulillah mereka sanggup meluangkan masa dicelah kesibukan untuk memberi sikit perkongsian dengan pelajar2 Irbid.Boleh dikatakan ini merupakan majlis perkongsian pertama mereka sejak keluar dari Tanah Palestin.Maklumat perkongsian mereka dalam proram itu boleh lah di baca di laman web Hilal Asyraf yang merupakan pencatat rasmi program tersebut.
Jadi kali ni,saya tidak berniat untuk meringkaskan apa yang diceritakan pada malam tersebut kerana anda boleh baca laman web Hilal.Saya ingin kongsikan apa yang saya dapat sepanjang ziarah saya yang mungkin tidak disebut dalam program anjuran PERMAI.

Salah seorang relawan ada menyebut,kegagalan mereka menghantar bantuan ke Gaza tidak bermakna konvoi mereka sia-sia.Sebenarnya mereka telah berjaya.Di akhirat nanti Allah akan tanya,apa yang telah kita buat??
Allah tak tanya apa kesannya.
Mereka telah berjaya membuka mata hati manusia untuk lebih sensitif dengan isu ini kerana isu ini boleh diterima oleh semua masyarakat tak kira muslim atau non-muslim.Jadi ia merupakan satu wasilah untuk berdakwah kepada semua orang tak kira apa latar belakang atau pegangan.

Perjuangan kita belum selesai.Inilah yang boleh disimpulkan.Kita perlu terus dan terus bergerak.Bagi para relawan,mereka juga mengakui,selepas ini,banyak lagi dugaan yang akan mereka tempuhi khususnya apabila pulang ke Malaysia nanti.

Antara pesanan terakhir Dr.Syed Haleem,beliau mengingatkan untuk terus dengan ittisal fardi.Benarlah hanya dakwah dan tarbiyah yang dapat melahirkan kader-kader yang sanggup berjuang untuk Islam.Beliau telah memberikan contoh pembukaan konstantinopel oleh tentera Islam.Rasulullah menyebut konstantinopel hanya akan ditakluk oleh tentera yang pemimpin dia sebaik-baik peminpin dan tenteranya sebaik-baik tentera.Konsep nya lebih kurang untuk meruntuhkan tembok pemisah di Gaza.Beliau ada menambah "mungkin belum tiba masanya untuk kita ke sana(gaza)"

Saya tertarik apabila ditanyakan soalan kepada Ketua Misi LL4G Tuan Haji Norazman,"seperti yang kita tahu,relawan-relawan ni sekarang macam artis dan alhamdulillah semuanya ada fikrah yang kemas.jadi lepas ni rasanya lebih mudah untuk relawan ni bersuara dan menegur masyarakat" (ayat dia lebih kurang la macam ni)

Tak berapa ingat apa yang dijawab oleh Tuan Haji Norazman,tapi seterusnya beliau telah menyebut yang dakwah ni terdiri dari 5 komponen.Telah ramai yang mampu beri teguran depan umum,tapi ia masih belum cukup kerana banyak lagi komponen dalam dakwah.

1)pertama sekali amar ma'ruf.Ini memang tak boleh dipertikaikan dan ini ramai yang mampu buat.

2)nahi munkar.yang ni ramai tertinggal.amar ma'ruf semata masih tidak mencukupi.Karat-karat jahiliyah dalam diri juga perlu dibersihkan.Sebagai contoh,banyak manusia yang kita boleh lihat mampu ke masjid,puasa dsb tapi masih tak mampu nak tinggalkan bercouple.Islam hanya tertegak di atas runtuhan jahiliyah.Hinggakan ada mereka yang mengikuti usrah atau halaqah ada yang tak mampu nak tinggalkan pasangan masing-masing.

3)seterusnya lagi ramai yang alpa.2 di atas ramai yang mampu buat.dakwah juga membentuk.Sekarang ni ramai yang mampu berceramah tapi tak ramai yang mampu membentuk.Dalam sesuatu ceramah memang ramai yang hadir,tapi apabila balik ramai yang sama saja ataupun mungkin bertahan 2 3 hari saja.Contohnya ceramah kesedaran tentang Palestin,esoknya tengok tetap beli pepsi.Tiada pantauan dibuat.Tiada folow up dengan mereka yang hadir.Inilah kepentingan usrah atau halaqah.Dalamnya terdapat pantauan dari naqib.Ceramah hanyalah untuk menyebarkan wa'yun Islami tetapi untuk takwin(pembentukan),kena ada cara lain.

4)bergerak dalam jama'ah.Maksud di sini bukannya menyertai mana-mana jama'ah.maksudnya bergerak secara jama'ie.Kerja-kerja Islam ni bukan kerja hero.Ia memerlukan banyak tenaga.Kesatuan amal akan berlaku apabila adanya kesatuan aqidah dan kesatuan fikrah.Ramai kini meletakkan jama'ah yang disertai mendahului yang ukhwah,ibadah dll.Wujudnya pelbagai jama'ah sekarang ni menurut Syeikh Al-Qardawi,itu perkara biasa apabila tiadanya amir untuk menyatukan mereka.Apabila wujudnya khilafah,haram untuk adanya jama'ah lain.Ada orang selesa dengan cara A,ada orang selesa dengan cara B.Kita tak boleh paksa semua minat cara A.

5)terakhir sekali,dakwah melahirkan mujahid.Inilah hasil dakwah dan tarbiyah.Mampu melahirkan mereka yang ikhlas berjuang di jalan Allah.Dakwah akan melahirkan pendokong-pendokong dakwah yang akan meneruskan kesinambungan kerja-kerja dakwah.Lihat diri kita,jika kita belum mampu untuk bersusah-payah untuk Islam,kita ni belum menerima dakwah dan tarbiyah sepenuhnya.Kita belum memasuki pintu pagar dakwah.Kita baru berada di pinggiran dakwah.
Bila ada kelima-lima komponen ni,barulah boleh dikatakan dakwah.

Ini serba sedikit ringkasan perkongsian gabungan 2 orang aktivis,Tuan Haji Norazman dan Dr.Syed Haleem.Kalau diikutkan banyak lagi perkara yang disebut dan dikongsikan.
Maaf la jika dalam tulisan ni saya tak menyebut yang mereka ini hero atau wira walaupun pada hakikatnya mereka memang wira sebab mereka sendiri tak minat dengan panggilan itu dan kata salah seorang "kami xnak wira.wira ni lekeh.bagi la mercedes ke BMW ke" :D

(tulisan diatas ni bukan 100% ikut apa yang keluar dari mulut relawan,ada sikit yang saya hurai berdasarkan apa yang saya faham)

Saturday, May 29, 2010

Hajat Doa

Bismillahirrahmanirahim…

Semalam,konvoi Lifeline4gaza telah mula bergerak dari Turki menuju ke Ghazzah.Sejak itu juga tak senang duduk dibuatnya.Nak study pun tak senang.Padahal exam nak dekat dah.Tertanya-tanya apakah perkembangan terkini konvoi kemanusiaan tersebut.Gerun bila terbaca ancaman-ancaman Israel ke atas konvoi tersebut.Mereka yang terlibat dalam konvoi tersebut memang benar-benar insan terpilih.

Ops,sebelum tu,bagi sesapa yang tertanya-tanya Lifeline4gaza tu apa.Kat bawah ni ada link rujukan untuk ketahui lebih lanjut ttg lifeline4gaza.[jgn segan2 utk klik]

laman web rasmi lifeline4gaza

Twitter lifeline4gaza

Facebook Fan Page

Ni sumber dari Malaysia.Konvoi ni membabitkan dari banyak negara.Tak kira muslim atau non-muslim.Selain tu,boleh juga tgk Twitter Freegaza.Kalau follow twitter,insyaAllah maklumat updated sikit.

Kat bawah ni,juga ada di ‘embed’ kan live broadcast dari kapal induk konvoi,Mavi Marmara.Yang ni konfem updated.Sapa yg internet laju tu bolehlah streaming untuk tahu perkembangan terkini terus dari laut meditteranean.

Peranan Kita

Kita juga sebenarnya berperanan dalam misi ini.Sebarkan maklumat mengenai projek lifeline4gaza pada kawan-kawan,saudara-mara,keluarga dsb supaya lebih banyak tangan-tangan yang menyokong dan mendokong untuk kelancaran projek ini.Sumbangan juga sebenarnya masih terus dibuka.Projek ini bukan sekali saja.Mereka bercadang untuk pergi lagi selepas ini.Jadi teruskan menderma dan menembak doa.[rujuk poster kat bawah ni untuk menyumbang]

29060_122939947736889_105881276109423_172300_4980917_n

Dalam kesempatan ni, hajat juga doa kalian untuk saya yang akan menghadapi final exam tidak lama lagi.

2/6    mid term RS

6/6    final RS

10/6  final CVS

15/6  final HLS

Allah memang telah menjanjikan kemenangn untuk umat Islam dan semoga kita tergolong dalam golongan yang menang.

Saturday, May 1, 2010

Pernafasan

salam3alaikum.

Peringatan awal,post kali ni agak panjang,jika nak cepat terus baca tulisan hitam.Abaikan tulisan biru.

Setakat ni,2 sistem badan telah dipelajari.Hematolymphatic(HLS) dan juga cardiovascular(CVS).Kini aku belajar Respiratory(RS) pulak.Cara belajar di JUST memang begini,berdasarkan system block hinggalah tahun 3 nanti.

Masa HLS hari tu mungkin aku ada terima kejutan budaya sikit kot.Kebiasaannya aku ni jenis tak berapa rajin sangat dan study last-last minit.Tapi masa HLS hari tu memang silap besar la buat gitu.Study last minit memang tak cukup.Materialnya sangat banyak dan membuatkan aku putus asa.Ingat lagi hari-hari terakhir sebelum exam HLS,masih banyak lagi material yang belum difahami dan akhir sekali disebabkan waktu yang dirasakan terlalu singkat,aku abaikan terus beberapa lecture walaupun masih ada lagi masa untuk faham beberapa lecture.Tapi entah kenapa mungkin moral jatuh masa tu,aku abai terus.Kesannya memanglah tersangat teruk.Segan aku nak tulis sebab takut ada budak batch aku baca.Kantoila teruk..:( Beberapa member aku pun x percaya apa yang aku dapat.

Masa CVS pulak,aku dah insaf sikit.Boleh kata masa period CVS ni,paling rajin aku pernah jadi.Bila keluar result walaupun tak tercapai target.kira puas hati sebab aku dah cuba sebaik mungkin.Kini tiba RS pulak,harap-harap aku dapat terus mencari kekuatan.

Masa RS ni atau bahasa melayu dia sistem pernafasan,secara umumnya aku belajar segala yang berkaitan dengan pernafasan.Fungsi,penyakit yang terlibat,anatomical dan segala yang berkaitan.

………

Tujuan utama bernafas ialah ventilation iaitu pengaliran udara dari luar ke dalam badan dan juga dari dalam ke luar.Pengaliran udara ini sangat penting untuk pertukaran gas dalam paru-paru kita.Udara baru yang kandungan oksigen lebih tinggi diperlukan untuk menggantikan udara dalam paru-paru yang kandungan oksigen telah berkurang.lung

Dari hidung,udara mengalir seterusnya ke naso pharynx ---> oral pharynx —> laryngeal pharynx —> larynx –> trachea —> bronchi —> bronchioles —> terminal bronchiole —> respiratory bronchiole –> alveolar. Oral pharynx merupakan satu kawasan yang menghubungkan hidung dan juga mulut.Maha Bijaksana Allah yang menciptakan ,kalau makanan ia akan terus ke eosaphagus manakala jika udara akan ke trachea.Disinilah epiglottis berfungsi seperti pintu masuk ke trachea.Ia hanya membenarkan udara untuk masuk.Jika ada benda asing masuk ke trachea,otot di trachea (trachealis) akan contract untuk mengeluarkan benda asing tu.Sebab itulah kita batuk.Batuk ialah salah satu physiological process untuk mengelakkan benda asing itu terus ke bronchi seterusnya menghalang proses pertukaran udara berlaku.

Disisi anatomical,dari hidung hinggalah terminal bronchioles,proses gas exchange tidak berlaku.Hanya selepas itu exchange berlaku.Kawasan dimana tiada gas exchange,ia dipanggil dead space.Disisi physiological pulak,semua kawasan yang tiada gas exchange dipanggil dead space.Ia bermakna tidak semua alveoli akan berlakunya gas exchange.Tapi sebelum terminal bronchiole,memang konfem tidak berlakunya gas exchange.Ia hanya bertindak sebagai satu-satunya conductor untuk conduct gas ke alveoli bagi membolehkan gas exchange berlaku.

Jika terdapat alveolus yang tidak berfungsi,akan ada banyak alveoli lain untuk menjalankan tugas gas exchange.Gas exchange ini juga dipengaruhi pulmonary blood pressure dan pulmonary blood flow.Untuk mengawal high pulmonary blood pressure dan flow,buka banyak capillary (capillary ni contact dengan alveoli) atau besarkan diameter capillary yang telah sedia buka.Maknanya.kita banyakkan pengaliran darah ke banyak alveoli atau maksimumkan pengaliran ke sesuatu alveolus.

(apa yang aku dah tulis ni..harap betul apa yang aku faham ni)

oke, apa yang kita boleh kait dengan pelajaran diatas…:D

Cuba bayangkan trachea itu sebagai perkara ‘usul(utama) dan alveoli itu perkara furu’(cabang) .Jika tiada trachea yang merupakan satu-satunya gas conductor,maka gas takkan sampai pada alveoli untuk exchage.Tapi jika ada alveoli yang tidak berfungsi,akan ada alveoli lain yang compensate.

Kita sibuk merawat alveoli supaya berlaku juga gas exchange tanpa menyedari sebenarnya tiada gas untuk exchange disebabkan ada occlusion dalam trachea.Bagaimana nak berlakunya gas exchange jika gas pun tak sampai.

Sebagai contoh kita sibuk menghalang pergaulan bebas tapi kita terlupa untuk bina keImanan.Mungkin dengan kuasa atau kempen kita mampu cegah tapi bila kuasa hilang,adakah perkara itu akan terus dicegah?? Kita lupa untuk treat trachea supaya gas conduct smoothly dan mudahlah kita nak meng “expand” kan semua alveoli.Tapi disebabkan nak cepat,kita hanya supply gas pada sesuatu alveolus saja melalui jalan lain.Mungkin alveolus itu akan expand tapi sebenarnya banyak lagi alveolus yang tidak berfungsi.Takkan satu demi satu alveolus kita nak supply gas.Tapi jika kita remove occlusion dalam trachea,gas dapat supply ke mana saja.

Begitu juga kita asyik berbalah tentang solah jumaat boleh ditinggalkan atau tidak jika keluar lepas subuh.Solah jama’ ta’khir boleh atau tidak jika telah sampai ke rumah tanpa menyedari persoalan lebih penting, solah atau tidak?? Sibuk nak expandkan juga sesuatu alveolus tanpa sedar dari satu brochioles terdapat banyak alveoli.Entah-entah bronchioles itu pun tersumbat.

Pengajaran kedua, seperti yang aku tulis diatas,untuk compensate dengan blood flow(untuk gas exchange),buka banyak capillary atau tingkatkan saiz diameter capillary.Jika kita kurang buat solah sunat,banyakkan pula sedekah untuk compensate.Tak semestinya kita kena buat semua.Yang penting kita compensate balik dengan yang lain.Sebagai seorang da’ie pula,ambillah blood flow sebagai contoh,jika kita mengajak pada satu kebaikan tapi tidak berjaya,cuba ajak pada kebaikan yang lain pulak.Mungkin ada satu capillary ni tertutup tapi banyak lagi capillary yang terbuka.Sudah tentu increase in number dan juga increase in size amatlah bagus.

Ketiga, sebagaimana yang kita telah tahu,trachea hanya berfungsi sebagai conductor.Ia merupakan dead space,tidak berlaku gas exchange.Kita perlukan alveoli untuk gas exchange.Trachea ibarat keImanan.KeImanan dan ketaqwaan menuntut amal.Ia hanya membekalkan kekuatan dan keIkhlasan dalam sesuatu amal.Tidak cukup jika yakin tapi amal kosong.Alveoli itu ibarat amal.Amal diperlukan untuk capai rahmat Allah.

Selesaiiiiiiiii…faham x?? harap semua faham…huhu..

Maaf jika tak suka dengan percampuran bahasa dalam post ni.Malas nak terjemah sebahagian istilah.

Saturday, April 17, 2010

Cita-Cita Besar

Penamat kisah perjalanan seorang insan hanya ada 2.Samada ke syurga atau neraka.Alhamdulillah jika ditanya kepada kita nak ke mana,pasti semua akan menjawab  “tentulah syurga”.Tiada orang yang nak ke neraka.93021954999l_t2

Bertambah syukur lagi jika kita diberi nikmat mengetahui jalan menujunya.Mungkin ramai yang tahu tempat tujuan dia,tapi bukan semua itu tahu bagaimana nak menuju kearahnya.Persoalannya,sejauhmana kita sanggup melalui jalan yang menuntut tanggungjawab dan pengorbanan ini.Sebagai seorang mukmin,jalan menuju azab Allah bukanlah 1 pilihan.

Dalam satu hadis Rasulullah saw ada menyebut mafhumnya “Iman itu bukan angan-angan,tetapi sesuatu yang diyakini dalam hati dan diterjemahkan dalam perbuatan”

KeImanan itu bukan sesuatu yang bermain di kepala sahaja atau di hati sahaja.Ia merangkumi keyakinan dalam hati dan segala amal kita.Dalam satu hadis lain,mafhumnya “beramal dengan Islam pada akhir zaman ibarat menggenggam bara api”

Cuba bayangkan kita pegang bara api,berapa lama saja yang mampu kita tahan.Tetapi nak tak nak untuk capai husnulkhatimah,kita kena bertahan.Kita impikan sesuatu yang besar,jadi perlu juga bayar harga yang mahal.

Jika kita renung sirah kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat,kehidupan  mereka bukan diisi dengan perkara-perkara kosong tetapi seluruh kehidupan mereka diwakafkan pada jalan Allah.Tiada ruang dalam kehidupan mereka yang diisi dengan dengan perkara yang menjauhkan diri dari tujuan.Tiada masa untuk mereka mensia-siakan kehidupan demi mengejar kepentingan lain.Namun begitu,ada seorang sahabat( x ingat siapa) pernah berkata “jika Rasulullah mengatakan semua orang akan akan masuk syurga kecuali seorang,aku takut aku lah seorang itu”

Itulah contoh yang kita boleh lihat.Walaupun nyawa telah mereka pertaruhkan,mereka tetap merasakan ia masih belum cukup.Ini membuatkan mereka terus berusaha dan terus berusaha.

Lihat pada diri kita hari ini.Kita seolah-olah merasakan amal kita yang tak seberapa ini sudah cukup untuk membeli syurga Allah.Padahal sahabat Rasulullah dulu berjuang hingga menitis darah,namun mereka masih rasa belum cukup.Tersangatlah jauh jika kita nak bandingkan perjuangan kita pada hari ini dengan perjuangan sahabat.Kalau para sahabat jauh sangat,kita bandingkan dengan tokoh dakwah As-syahid Imam Hasan Al-banna,itupun masih jauh.

Namun,kita masih berminat untuk berehat-rehat.Kita masih suka untuk melakukan maksiat.Kita masih sayang dengan perkara-perkara mazmumah dalam diri dan berat nak buang.Tetapi dengar kata kita ada cita-cita besar.

lastly,study week untuk CVS telah bermula.Insya Allah akan exam 25 hb ni.Doakan Allah permudah segala urusan..amin..

Monday, March 29, 2010

Check Up

 

Bismillahirrahmanirrahim..

Dulu orang selalu kata belajar medic ni susah.No life lah dan macam lagi lah.Mula-mula macam tak percaya.Bila balik malaysia masa tahun 1 boleh sembang kemas lagi medic ni tak sesusah mana.Bila masuk tahun 2,dah mula percaya sikit yang medic ni memang susah.Kemudian bila masuk pulak sem 2 dan bila dah habis 1st exam untuk 1st system,keyakinan bertambah apa yang aku belajar ni memang susah.

Baru-baru ni aku baru lalui exam HLS(hematolymphatic system) dan keputusannya the worst ever aku pernah dapat dalam exam.Add math pun tak pernah teruk camni.Mula-mula tu agak kecewa dgn diri sebab terfikirkan mampu ke aku nak skor balik final nanti.Moga-moga Allah beri aku kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

Peringatan Buat Diri

Sebenarnya dan sepatutnya kegagalan mengajar kita untuk muhasabah diri dan dijadikan booster untuk kita menambahkan amalan soleh(belajar pun amalan soleh).Walaupun ada orang kata keputusan teruk tak bermakna orang tu kurang amal dia.Erm, perkara ni mungkin praktikal bagi mereka yang sudah sedia mantap.Kalau bagi aku yang banyak kurang ni,mesti ada stg tak kena.

Jalan menuju kebaikan ibarat mengepam air ke atas bukit yang memerlukan tenaga generator untuk mebawanya ke atas puncak..Manakala jalan ke arah jahilyah ibarat air yang turun dari bukit yang tidak memerlukan sebarang bantuan.

Untuk menuju kearah munkar,kita tak perlu bersusah payah.Ia akan datang dengan sendirinya kepada kita.Tetapi perkara yang ma’ruf,kita yang perlu bergerak kearahnya.

Begitulah perbandingan antara jahiliyah dan Islam.Secara tabi’inya manusia memang cenderung ke arah yang berlawanan dengan Islam.Allah ada berfirman dalam surah As-Syams ayat 8 yang mafhumnya:

8. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.

Allah mengurniakan dalam jiwa kita kecenderungan ke arah kefasikan dan ketaqwaan.Allah sebut kefasikan terlebih dahulu kerana memang jiwa manusia lebih cenderung kearah itu.Apalah nilai syurga jika ketaqwaan itu satu perkara yang tidak memerlukan apa-apa tuntutan dan pengorbanan.Allah telah berjanji dengan manusia untuk membeli susah payah kita dengan harga yang sangat mahal.Jadi kita juga perlu memberi yang terbaik untuk dapatkan harga yang terbaik.

Maksiat-maksiat kita pula akan melambatkan proses untuk menuju taqwa.Seperti kita memanjat bukit membawa pelbagai bebanan.Sudah pasti ia akan melambatkan dan memenatkan kita.Kadang-kadang bahkan selalu orang akan berhenti di sekerat jalan atau terjatuh disebabkan beratnya bebanan yang dibawa.Bebanan itu ialah dosa dan maksiat kita pada Allah.Kita perlu tanggal dan buang ia supaya perjalanan kita mudah dan tidak futur dipertengahan jalan.Patutlah ada satu kata-kata yang famous “Islam hanya akan terdiri atas runtuhan jahiliyah”

Maksiat juga menghilangkan barakah dalam hidup.Mandi tak basah,makan tak kenyang,study tak masuk.Semuanya mungkin disebabkan hilangnya keberkatan dalam hidup kita dan keberkatan ini hanya datang dari Allah.

Mari kita koreksi diri..

“Orang yang bermaksiat berada dalam tawanan syaitan dan penjara hawa nafsu.Bagaimana dia dapat berjalan menuju Allah dengan hati yang ditawan dan dipenjara”

Sunday, February 14, 2010

Jalan-jalan Musim Sejuk

Bismillah..

(erm,camna nak mula ea..)

Ok,winter break bagi pelajar2 pra klinikal baru saja habis.Hari ni 14/2 kelas telah pun bermula dan pembelajaran pun telah bermula.Ingatkan doktor nak lepak-lepak dulu,tapi terus dia ajar.Gear 1 tak masuk langsung,terus gear 3.Boleh rosak kalau gini..

Dah pun tajuk jalan-jalan musim sejuk,kali ni nak cerita sikit saja secara kasar tempat yang telah aku pergi.Nak tulis panjang-panjang tak larat.

Mula-mula dulu rancang taknak pergi jauh,Turki atau Mesir ataupun Cyprus saja.Duit tak berapa nak ada.Bukan takda langsung,nak simpan juga duit yang JPA bagi.Setelah fikir punya fikir,Allah susun dapat juga ke mesir.Tapi sekejap saja.Tak sampai sehari.yang tu pun tak ke mana sebab aku transit saja kat situ.hehe..

Dari Mesir aku ambil penerbangan terus ke Morocco.Tak terfikir sangat pun nak kesana sebenarnya,cuma ada la tengok sikit tentang morocco kat internet.Lepas tu ada pulak member aku Hashemi ajak.Aku pun tak fikir panjang sangat,setuju je la.Macam best juga pegi Morocco.Lagi pun tiket tak berapa mahal jika dibandingkan dengan jarak kesana.Lebih kurang 285 JD pergi balik.Pegi mesir pun dekat 200 JD.Ramai yang kata “kaya nye korang” apabila dapat tahu kami nak ke morocco.Tapi bila dengar harga tiket,ramai kata murah. Kos hidup sana pula mahal sikit dari Jordan.Ingatkan Jordan dah mahal,rupanya sana lagi mahal tapi belajar kat sana percuma, tiada yuran dikenakan.

Morocca ataupunpun dikenali Maghribi terletak kat bawah Spain.Cadang awal-awal kami nak lajak ke Spain,tapi tak diizinkan.Tak dapat visa double entry ke Morocco.Dapat satu visa saja.Sebahagian bandar di Morocco merupakan kawasan andalusia.Jika Jepun orang panggil negara matahari terbit,Morocco ni negara matahari terbenam kot (ni aku teka je) sebab Maghribi ‘tempat terbenam’.Sana GMT 0 sama macam London. 99% peratus penduduknya muslim.Lebih banyak dari Malaysia dan lebih sikit dari Jordan.

Jika rakyat Jordan selalu banggakan raja Abdullah nya sebab keturnan nabi,raja Morocco Muhammad VI juga keturunan nabi.Bila aku cakap begini,ada orang bagitau,Saddam Hussin pun claim dia keturunan nabi.

Kalau di Malaysia,kita pakai mazhab syafi’i,kat sana guna mazhab maliki.Qiraat Quran juga lain berbanding malayisa.malaysia qiraat Hafs, sana guna qiraat warash.

Bahasa utama ialah bahasa Arab dan yang kedua bahasa Perancis.Bahasa Inggeris jarang digunakan.Kebanyakan papan-papan tanda dalam bahasa arab dan bahasa perancis.Antara perkara yang aku kagum dekat maghribi ni,boleh kata semua rakyat dia mampu bertutur sekurang-kurangnya 3 bahasa iaitu bahasa arab,bahasa perancis dan bahasa inggeris.Kedudukan geografi dan polisi kerajaan memudahkan rakyatnya menguasai pelbagai bahasa.Pelajar malaysia disana juga begitu fasih bertutur dalam bahasa arab dan mampu juga memahami bahasa-bahasa lain.Satu perkara baru yang membuatkan aku kagum.

Antara bandar yang sempat ku lawati ialah Muhammadiah, Marakech, Ouzazate, Fes, Rabat dan Casablanca.Mengikut pelajar-pelajar disana,tempat-tempat ni saja yang ada banyak tempat menarik untuk dilawati.

Setiap bandar ada bandar baru dan bandar lama macam Dimashq Syria.Kota-kota tinggalan zaman terdahulu masih ada di bandar lama.Kebanyakan seni bina disana menerima pengaruh andalus.Jadi orang kata pergi sana pun dah ok kalau tak berkesempatan nak ke Hambra, Granada di Spain.Corak lebih kurang.Mungkin dekat Spain lagi banyak ukiran.

Kat maghribi, tempat panas (sekarang sejuk sebab winter) kami pergi, tempat sejuk pun kami pergi.Kami pernah bermalam di gurun Sahara dan bermain ski di puncak banjaran atlas, Oukamiden.Kira puas hati la rehlah kali ni.Semua dapat.

Meh cerita tentang pengangkutan awam yang ada kat sana.Pengangkutan utama keretapi kot walaupun keretapi dia tak la lawa tara mana.Bas ada jugak.Tapi ramai prefer keretapi.Keretapi dia tak macam malaysia,Taiping-Arau sehari sekali.Kat sana walaupun untuk jarak jauh,perkhidmatan keretapi kerap ada.Teksi pula berlainan warna mengikut bandar.Muhammadiah hijau,Marakech kuning,Fes merah,Rabat biru, dan Casablanca merah balik (tak cukup warna kot).Ni kira antara perkara menarik la jugak.

Tempat-tempat menarik pulak.Kebanyaknya tinggalan kota (kosbah) lama yang menerima pengaruh seni bina andalus.Dekat casablanca ada masjid ke3 terbesar di dunia, Masjid hasan Thani.Penuh ukiran andalus didinding dan syiling.Mengikut sejarah,masjid ni dibina menggunakan duit setiap rakyatnya.Kutip duit khusus untuk bina masjid.

Antara perkara menarik lain yang boleh ditemui ialah pakaian.Pakaian tradisi sana jubah yang ada topi kat belakang macam jubah ahli sihir dalam cerita Harry Potter.Jalan kat mana-mana boleh nampak pakcik makcik pakai jubah tu.Tak kira la dia tengah buat kerja apa,jubah tu menjadi pilihan.Pasal tu jubah ada topi tu orang panggil jubah maghribi.Walaupun asal usul jubah tu sebenarnya dari yahudi,tapi kini orang lebih mengenalinya asal dari maghribi.Selalunya jubah ni dipadankan dengan kasut tradisi sana yang dipanggil balgha’.

Makanan tradisi sini ialah kuskus dan tojin.Kalau dekat jordan jangan sebut kuskus kuat-kuat sebab tu kalimah mencarut.Kat sana takpa.Kuskus selalu dimakan lepas solat Jumaat.Kuskus ni macam tepung dan makan dengan lauk.Tojin pulak sebenarnya nama bekas yang digunakan untuk masak lauk tu.kalau masak ayam,panggil tojin dajaj.Tojin ni bekas yang dibuat dari tanah.Kira kat malaysia pun boleh buat.Kalau  bukak restoren nak bagi famous,buatla tojin.

Cukup kot setakat ni catatan tentang bumi Morocco.Ikut hati banyak lagi nak cerita,tapi malas nak taip.Ni secara ringkas saja.

Akhir kalam,seperkara lagi yang menarik tentang percutian kali  ni ialah ukhwah yang dibina dengan pelajar Malaysia disana.Banyak-banyak terima kasih dan minta maaf kepada semua yang sempat aku temui di morocco.Jika berkemampuan,mai la pulak ke Jordan.

DSC_5289 DSC_5789

DSC_5993

Maaf,gambar di Muhammadiah tiada.tapi dalam memori insya Allah masih ada.

Kalau nak tengok gambar lagi,boleh la klik facebook aku dekat sidebar dan cari dalam album Maroc.

Jika sebelum ni asyik promot belajar dekat jordan je,lepas ni nak promot belajar dekat sana la pulak.dah ramai kat Jordan ni.10 kali ganda banding dengan pelajar Malaysia di Maghribi.

Thursday, January 28, 2010

Tak Lega

 

salam3alaikum wbt.

(Hari tu post awal bulan,kali ini akhir bulan,kira ok la kan)

Al7amdulillah selesai sem pertama tahun ke 2 yang penuh cabaran.Carry mark 50 boleh dilupakan.Nak kejar dean list tak terkejar.Kalau dulu target atas 80,skrg target lulus.Begitulah serba sedikit rencah pengajian kini.Mungkin salah aku yang tidak pandai menguruskan masa.Setakat markah yang dah keluar,al7amdulillah lepas dengan tidak cemerlang,doakan yang akan keluar ni cemerlang.:D

Masa keputusan PMR bulan lepas keluar,ada byk la juga status member aku kat sini yang kata lebih kurang “dulu aku PMR 9A jugak,tapi bila mai JUST x skor pun”

Jadi mengikut ilmu mantiq,kira logik la aku yang dapat 2B dalam PMR x skor…hehe

Ada orang yang sebelum ni berjaya tapi sekarang tidak.Orang juga selalu kata kan,kegagalan hari ni tak bermakna kita akan gagal selama-lamanya kan.Ada juga jenis yang sekarang berjaya,masa akan datang sapa tahu kan,mungkin akan gagal pulak.Bak kata orang hidup ni bagaikan roda.Ada atas,ada bawah.

Habis tu camna kita nak kelaskan golongan yang sebenarnya berjaya?

Mari kita renung sebentar ayat Allah dalam surah al-baqarah (tak ingat ayat berapa,tak sempat nak cari.Tulis ni pun dalam keadaan tergesa-gesa).Allah ada berfirman maksudnya lebih kurang begini:

“siapa yang dijauhkan Allah dari neraka dan dimasukkan dalam syurga,sesungguhnya dia telah yang memperolehi kejayaan yang agung” (maaf jika translation x brp betul,tapi point dia insya Allah sama)

Jadi hakikat kejayaan bagi seorang hamba ialah apabila kita dijauhkan azab neraka dan dimasukkan dalam syurga.

ok cukup sedikit perkongsian.

Lagi satu aku cuma nak bagitau sekarang ni aku baru start cuti musim sejuk.Insya Allah cuti ni akan bermusafir ke Mesir.Tapi disebabkan ada bajet lebih,keberadaan di mesir tak lama,kemudian akan meneruskan perjalanan ke Maghribi atau nama lain dia Morocco.Kat sana lebih kurang 2 minggu.28/1 sampai 12/2.Doakan perjalanan ini dipelihara dan dilindungi oleh Allah insya Allah.

Friday, January 1, 2010

Tiada Yang Istimewa

 

Hari ni dah masuk 15 muharram menandakan dah 15 hari 1431 hijrah.Hari ini juga 1 januari menandakan bermulanya tahun baru 2010.Selalunya ramai yang ambil tarikh 1 Januari sebagai titik tolak untuk pelbagai perancangan dan azam baru.Bagi aku tak salah pun bersempena tahun baru syamsiah ni,malah sangat baik.Kehidupan seharian kita lebih banyak menggunakan tarikh masihi,maka lebih mudah untuk melakukan perancangan ikut masihi.

Aku tertarik apabila baca blog seorang senior di sekolah aku dulu.BroHamzah.Beliau telah melakukan strategic planning setiap masuk tahun baru.Apa yang ingin dicapai dan langkah-langkah mencapainya.Satu langkah yang amat baik dan wajar dicontohi.Ada orang cakap, “perancangan dan cita-cita jika tak dimaktubkan ibarat angan-angan kosong.”

Ini pun aku cakap kosong jugak.Aku bukan nak buat pun strategic planning.Cuma aku nak pesan bagi mereka yang berkemampuan,rancanglah kehidupan anda.Entah kenapa bagi aku,tahun baru dirasakan sama saja.Sama macam tahun baru hijrah baru-baru ni.Mungkin aku tiada perancangan khusus,maka aku tak tahu apa yang aku ingin capai dalam setahun.

Setiap detik yang berlalu menandakan kita makin hampir dengan kematian dan setiap detik yang disiakan takkan dapat dikembalikan.Aku cuma ada perancangan harian.Setiap malam aku amat berharap dapat melalui hari esok dengan lebih baik dari hari ini.Boleh kata tiap-tiap malam aku tanam azam sebegitu walaupun asyik gagal saja dan bila bangun pagi aku amat berharap hari itu lebih baik dari semalam.Graf peningkatan diri dalam range yang sekata selama ni malah mungkin menurun.Moga tahun depan akan menaik.

 

*alang-alang aku buat post hari ni,nak promot sikit satu benda.Ni iklan x official. Iklan official tunggu nanti akan dikeluarkan PERMAI atau BKAPJ.Ni baru nak testing.

Kepada pelajar2 Irbid,sini ada jualan inter voip.kpd siapa yang taktau interrate voip tu apa, orang selalu guna benda ni untuk call telefon malaysia menggunakan internet dengan rate serendah 0.02 euro seminit (jika tepon henset).Siapa yang berminat boleh hubungi saya melalui ym atau henset.Ym ada kat sidebar. 5 euro kredit panggilan dengan harga 7JD.