Monday, December 21, 2009

Tak Tahu

بسم الله الرحمان الرحيم

Tahun(maksud aku tahun pengajian baru) ni banyak perkara berubah tak macam tahun lepas.Orang kata aku ni juga makin berubah dan aku perasan jugak,yang pasti tentu perubahan negatif.Mulut makin tak jaga,ibadah khusus makin kurang diambil serius,yang sunat makin kurang diamalkan.

Mungkin aku ni sikit-sikit suka mengeluh pasal kekurangan diri.Itu pasal blog ni ditukar link dulu supaya x ramai yang tahu dan buka.Kalau yang ada link lama pun aku biarkan saja tanpa beritahu link baru kecuali sesetengah orang dan aku tak halang pun orang nak baca.Kira blog ni lebih kepada rasa hati.Jika aku seronok,aku akan tulis apa perkara yang seronok tu,kalau yang kurang gembira aku tapis-tapis sikit untuk tulis.Rasanya tak perlulah juga aku jelaskan mengapa blog ni makin jarang diupdate.

Sejak bukak tahun 2 ni aku makin aktifkan diri dalam facebook.Saja nak keep in touch dengan member2 lama.Dapat la juga kadang2 berkomen-komen dengan member lama dan dapat la juga tahu apa yang mereka buat sekarang.Dari situ juga aku baru tau pelbagai fi’il manusia.Yang menyedihkan aku bila tgk lepasan2 sekolah lama aku tak kira la sahabat atau sahibah.Sedih juga aku bila melihat ruang facebook dijadikan wadah untuk pergaulan bebas.Sesetengah orang tu diluar bukan main wara’ tp dalam facebook lain pulak perwatakan dia.Tak tau la aku kot sebenarnya ada beza berbual dalam facebook dan berbual di luar.Ataupun sebenarnya perkara tu tak salah disisi syara’ tapi dipandang serong masyarakat ataupun kita hipokrit sebenarnya.Banyak lagi kemungkinan lain.Yang pasti biarlah Iman yang memandu perbuatan kita itu.

Yang perempuan khususnya,diupload pulak gambar mereka posing sana-sini dan biarkan lelaki ajnabi melihat mereka.Apa bezanya dengan menayangkan perempuan atas pentas dan posing sana-sini dan biarkan penonton lelaki komen perbuatan mereka tu.Ingatlah,dunia internet lagi luas.Mungkin niat mereka baik ataupun mungkin perkara tu tak salah sebenarnya ataupun jika salah mungkin mereka tidak tahu.Aku pun tak tahu.Aku macam pernah dengar perempuan yang baik ialah perempuan yang kurang menjadi sebutan lelaki.

Baru-baru ni pihak kedutaan telah meganjurkan majlis Anugerah kecemerlangan Akademik.Ia mengingatkan aku pada hari penutup sukan Intec dulu.Yang peliknya,kenapa masa tu xda orang yang boikot atau bising.Padahal masa tu lagi teruk.Pelajar-pelajar MEP perempuan sendiri yang mempersembahkan tarian ke apa ntah.Aku tak tau nama persembahan dia.Masa tu lagi banyak pergerakan yang dilakukan mereka.Terloncat sana-sini.Setahu aku,bahkan pimpinan batch masa tu tak membantah pun.Tapi bila seorang akhawat hanya berada diatas pentas tanpa lakukan pergerakan yang banyak,ramai pulak yang komen.Adakah disebabkan masa tu kita belum masuk PERMAI atau adakah masa tu kita tak faham lagi.Jika tak faham tidak mengapa.dimaafkan,tapi jika sebab PERMAI,lebih baik muhasabah.Ataupun jika satu perkara itu dicelup dengan Islam kira boleh la.  “Alah,yang buat tu semua dari sekolah agama”.Ala-ala cinta Islamic.Jika yang buat itu dari sekolah biasa atau graduate bukan dari timur tengah terus dipandang serong.Macam menyanyi, terus ditolak 100% dan nasyid terus diterima 100% tanpa diteliti.Padahal nasyid tu dalam bahasa arab,melayu dia nyanyi.Ataupun perkara ni sebenarnya tak berkaitan pun ataupun mungkin perkara ni sebenarnya syara’ tapi dipandang serong masyarakat setempat,jadi tak sesuai la. Aku tak tahu.

Cuma nak ulang sekali lagi,dalam setiap tindakan kita biarlah Iman yang memandu kita bukan nafsu ataupun perkara lain.Sebenarnya semua ini berlaku kerana satu punca.Ini semua hanyalah simptom2 bukan diagnos akhir.Doktor yang baik akan merawat diagnos akhir bukan hanya tahu merawat simptom.Mungkin hari ni kita boleh halang ni,halang itu tapi jika kita tak rawat punca sebenar,simptom2 lain akan muncul.

Apa punca masalah itu,lu pikir la sendiri.

Aku yakin,nak bina kefahaman dan keImanan bukan program sehari dua bahkan bertahun-tahun sampailah kita mati.Kita semua sebenarnya mampu untuk menjadi hamba Allah yang baik.Maksud aku hamba yang baik bukanlah mereka yang berjaya dalam akademik saja dan bukan inilah saja yang dapat membangunkan Islam sebagai cara hidup.Lihat sirah Rasulullah,berapa orang saja golongan ulama’ yang ada.Lebih ramai golongan yang biasa saja tapi berusaha secara luar biasa.

sekian dari bumi Irbid.

Jika aku ada tersilap langkah dalam mengharungi hidup ini,aku amat berharap ada yang tidak membiarkan aku dan sudi menarik aku dengan paksa sekalipun jika aku melawan.Doakan moga kita tergolong dalam mereka yang mendapat rahmat Allah.