Monday, May 25, 2009

Blog Ummi

Ana (nak guna ana la pulak,lama x guna) baru terjumpa satu blog tentang Ummi Halimaton.Blog ni ditulis oleh anaknya Ustazah Amani, jadi nak kongsi kepada pembaca tentang Allahyarhamha guru ana ni.Ni link blog.

Sunday, May 24, 2009

Catatan Hujung Minggu

 

Erm..macam mana nak start cerita…minta maaf la kalau tak jelas apa yang ditulis, aku tulis ni rasanya dalam keadaan yang letih dan nak cepat.

Ok,hujung minggu baru-baru ni,aku dengan beberapa member aku disini telah pergi berjalan-jalan ke selatan Jordan,apa lagi kalau bukan Aqabah.Perjalanan yang tak dirancang sangat.Siang tau kena pergi,malam bertolak dah.Sebenarnya,kami nak hantar seorang brader yang datang dari Dublin ke Mu’tah.Jadi alang-alang dah sampai Mu’tah,depa ajak pegi Aqabah terus.

Yang menariknya,kami pergi ke sana dengan menggunakan kereta sewa.Fuh pengalaman yang sangat menarik.Mula-mula,masa seorang member aku (Fazli) ajak pegi Aqabah dengan kereta,terkejut jugak aku.Tanya dia,sapa yang pergi sekali.Nama yang dia sebut,semua budak 1st year.Habis tu aku tanya dia,sapa nak drive,dia balas balik “ko tau drive kan”.Aku cakap la,aku ada lesen tapi bukan tahu sanagt pun.Ada lesen tak bererti pandai drive.Dah lah perjalanan jauh dan kat Jordan ni,driver sebelah kiri.Bukan macam Malaysia.Ini yang membuatkan aku berfikir sekejap untuk pergi atau tidak.Akhirnya aku pun setuju la.Dan Fazli pun cakap,takpa kalau tak biasa memandu kat Jordan,malam ni kita biasakan.

Sekarang nak cerita sikit tentang perjalanan kami.

Awal pagi Jumaat lebih kurang 2 pagi,kami memulakan perjalanan.Konvoi 2 buah kereta.Semua dalam kereta 1st year dan brader Dublin.Kereta 1st,Ziya,Muhd,Rozail dan brader tu.Kemudian kereta kami, aku,Fazli,hilmi,Ideris dan jugak Luqman.Hala tuju pertama kami ialah Mu’tah.Kereta mula-mula dipandu oleh Fazli,tapi disebabkan skill memandunya yang diragui,Ideris pun ambil alih.Dia memandu sepenuhnya ke Mu’tah.Perjalanan yang ambil masa lebih kurang 5 jam campur berhenti solah.

Sampai di Mu’tah kami singgah rumah pelajar sana.Kemudian kami pusing-pusing wilayah Karak yang hampir dengan Mu’tah.Masa ni,Hilmi pula ambil alih sebagai pemandu.Kami singgah sebentar di Qal’ah Karak.Satu lagi binaan batu.batu,batu,batu….

Dah boring melihat batu.Kami pergi situ pun nak teman brader tu.Kemudian,kami pergi pulak ketempat yang dikatakan penduduku tempatan sini sebagai Makam Nabi Nuh as dan dan kapal Nabi Nuh.Tempat ni dikatakan tak la tepat sangat.Kalau tak silap,kapal Nabi Nuh juga dikatakan di Turki.Tapi,penduduk sini kata,

“mana ada,Nabi-nabi semua berasal dari sini tanah syams.Yang dekat Turki,Iraq ke apa-apa pun tak betul.Sini yang betul”

Biar depalah.Asalkan ambil pengajarannya.Kalau nak berbangga dengan tempat saja,buat apa.Bukan Allah hitung pun.

Disebabkan masa tak sempat dan hampir nak solah Jumaat,hanya 2 tempat itu saja yang sempat kami pergi.Memang kami boleh jama’ saja,tapi kami memerlukan travel guide dan travel guide kami pelajar Mu’tah dan dia perlu solah Jumaat.Maka kami pun meneruskan perjalanan ke Aqabah.Berader Dublin tu kami tinggalkan kat sini.Sebelum terus ke Aqabah,kami pergi balad Mu’tah sekejap untuk beli bahan untuk di BBQ kan.Selepas tu baru ke Aqabah.Kali ni giliran aku pulak untuk memandu.

IMG_2864

pemandu berhemah

Sebenarnya,sepanjang perjalanan, inilah detik yang sangat menarik untuk dijadikan kenangan.Memandu di negara Jordan.Aku dekat Malaysia pun tak pernah bawa sejauh ni.Mu’tah ke Aqabah lebih lebih daripada 300 km.Jarak yang agak jauh untuk aku yang bertaraf amatur untuk memandu.Alhamdulillah,sampai jugak ke Aqabah petang Jumaat setelah lebih kurang 4 jam memandu.1st time aku bawa lama-lama dan kat Jordan pulak tu.

Kami pusing-pusing dulu bandar Aqabah sebelum ke pantai.Aktiviti kami di Aqabah hanyalah mandi dan BBQ ayam dan ikan.Lagi satu yang sangat menarik,kami di Aqabah tak sewa bilik untuk bermalam.Biasala,nak kurang bajet.Kami hanya tidur pantai dengan berlapikkan pasir,berbumbungkan langit dan berbantalkan beg baju.Pergh…sejuk gila.Walaupun pada musim soifi (summer),angin kuat tetap menyejukkan.Tak dapat tidur dengan nyenyak sangat disebabkan angin yang kadang-kadang turut membawa pasir pantai.Tapi ia tetap best.

Pagi-pagi lagi lepas subuh,kami pun bertolak ke Amman untuk join sekali batch kami buat program main paintball.Kali ni,aku resign sebagai driver.Hilmi ambil alih untuk ke Amman.Tempat yang sesak-sesak,semua bagi Hilmi..huhu.Perjalanan ke Amman hanya 4 jam.Sampai Amman lebih kurang pukul 10 pagi.Paintball start main pukul 12.Dekat Amman,kereta yang aku naik dengan kereta lagi satu terpisah.Maka, kami xda peta,ni 1st time memandu di Amman,kami pun sesat.Lebih kurang 2jam la jugak kami kat Amman cari jalan ke tempat main paintball.Setelah bertanya sana sini dan beberapa masalah,kami smapi jugak ke tempat main paintball.Kereta lagi satu dah sampai lama dan rombongan naik van dari Irbid pun dah sampai lama.Kami pun suruh depa start main.Kami dah lambat.Taknak depa tunggu.

Teringat kata-kata Ideris dalam kereta yang berbaur kemarahan,

“kami taknak main,korang start dulu,aku tengah pening ada masalah dan jangan  call kami lagi.”

(lebih kurang la setelah diedit)

Pelbagai peristiwa menarik sepanjang perjalan ke tempat main paintball. Peristiwa yang aku rasa aku ingat sampai bila-bila.Antaranya,nak mencari tandas.Bila tak jumpa akhirnya pergi kedai makan,beli air mineral sebotol dan minta tumpang tandas.Kemudian nak cari setesen minyak pulak.lampu amaran dah nyala.Jumpa setesen minyak,takda elektrik pulak.Stesen yang kedua baru boleh isi.Sebenarnya banyak lagi peristiwa menarik sepanjang perjalanan ke tempat main paintball,tapi aku tak larat tulis kat sini.Semua peristiwa benar-benar menguji.

Bila sampai kat tempat main paintball,ingatkan depa dah start.Rupa-rupanya,depa tak start lagi.Tunggu apa lagi,join sekai la.Ni jugak merupakan 1st time aku main paintball.Banyak betul 1st time dalam picnic kali ni.Best la jugak main paintball ni tambah-tambah bila dapat tembak orang.Setahun sekali ok la.Mahal…

Lebih kurang pukul 3 game pun habis.Kami yang naik kereta nak balik terus ke Irbid,member yang naik van nak pergi Mecca mall dulu.Entah apa yang best dekat Mecca Mall pun aku tak tau.Hanya sedap mata memandang,barang-barang kat situ,mahal sangat.Tak berbaloi.

Sekali-lagi kami 2 buah kereta terpisah.Penat juga nak mencari jalan balik.Tapi alhmadulillah,jumpa juga.Ideris ambil alih sebagai driver pulak kali ni.Bersyukur aku,kereta kami ada 3 driver kalau nak banding dengan kereta satu lagi yang hanya 2 orang dalam tu ada lesen.Tak la penat sangat.

Akhirnya sampai balik   Irbid yang kucinta dan rindu pada petang Sabtu.Perjalanan yang memenatkan fizikal dan mental.Alhamdulillah hari ni Ahad dan esok Isnin aku cuti.Ada la jugak masa untuk rehat dan study kalau aku rajin.Selalunya malas.

Dah setakat ni catatan hujung minggu aku dalam kesibukan orang lain prepare for final exam.Sekali lagi minta maaf kalau tak banyak gambar.Kamera bawa tapi bateri buat hal pulak.Kena pinjam kamera kawan.

Kepada yang naik kereta sekali dengan aku,  Ideris, Hilmi dan Luqman.Korang memang best.

 

IMG_2881 dekat pantai Aqabah.Ideris tiada dalam gambar.

Nak bgtau  sikit tentang final exam sem kedua ni:

Histology-2 Jun ---->tak tau lagi dah lulus ke belum

English-6 Jun   ---->dah lulus

Physiology-10 Jun  ---->dah lulus

Anatomy-13 Jun    ---->tak cukup lg untuk  lulus

organic chemistry-16 Jun    ---->dah lulus

Takkan nak lulus saja.Doakan aku cemerlang tau.Kepada JUST 08,buat yang terbaik semua.

Wednesday, May 20, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

 

20  Mei 2008

Hari ini 20 mei genap setahun aku memasuki alam baru iaitu alam IPT.Menurut Abul A’ala Al-Maududi kepada golongan yang baru masuk alam ini,beliau menguc apkan takziah sebab anda akan dipancung oleh sistem jahiliyah.Alam IPT memang berlainan sungguh dengan sekolah menengah terutamanya kepada budak macam aku yang bersekolah di sekolah kampung(jgn salah faham aku x bangga dengan sekolah aku.cuma kadang2 rasa segan nak ngaku sebab xnak sekolah aku dapat fitnah sebab sikap aku).Bukan setakat cikgu berubah pensyarah,ana anta berubah aku ko,kantin berubah cafe,pelajar berubah mahasiswa, tapi ia lebih kepada perubahan suasana.Dari biah yg dikawal kepada yg payah dikawal.

Kalau disekolah dulu,sering disebut,inilah medan sebenar kita.Medan praktikal kita.Setelah 5 tahun di medan teori.

Sebenarnya aku bukan nak ingat sangat tarikh ni,tapi ia merupakan sejarah dalam hidup aku.Aku tak cuba untuk mengingat pun.Tapi nak buat macam mana,bagi manusia seorang lepasan sekolah menengah kampung, bukan senang nak diterima JPA.Tarikh ni tahun lepas,aku mula menjejakkan kaki ke alam IPT iaitu INTEC(sapa xtau INTEC boleh la meng‘google’) untuk buat kursus persediaan ke timur tengah.Tempat yang secara jujurnya aku tak pernah termimpi pun untuk sambung belajar.2 orang termasuk aku dari Matri yang masuk INTEC.Seorang lagi  Tengku Fahmi,dia masuk program persediaan ke Korea.

Kali ni aku nak kongsi sikit beberapa memori di INTEC dan beberapa muhasabah untuk kita.Ni cuma nak mengembalikan memori aku.Kalau hampa dah tau dan boring aku asyik sebut benda sama, taknak sambung baca pun tidak mengapa.Aku tak paksa.

Aku sebenarnya tidak lah bercita-cita besar nak ambil medic sebelum aku dapat keputusan SPM.Kadang-kadang tu ada juga,tapi tidak la serius.Bila aku masuk INTEc aku rasa inferior sangat.Mana tidaknya,tengok orang lain hebat-hebat belaka.Keputusan SPM pun dah cukup gemapak.Aku rasa dalam kalangan yang buat kursus persediaan perubatan di INTEC, aku la yg dapat paling rendah.Kalau tak percaya hampa boleh survey dan bgtau aku,sapa lagi rendah.Setakat yg aku tanya,aku la paling rendah.Aku berbisik dalam hati aku, ALLAH tak pandang semua tu.Semua tu dunia saja.Taqwa kita yg membezakan(bukan nk kata aku lebih taqwa,ni untuk melegakan hati aku yg rasa inferior).

Dah la datang dari sekolah yang tak terkenal sangat.Tapi aku fikir,peduli apa,masa ni la aku nak naikan nama sekolah aku.Bila ada orang tanya sekolah ko berapa orang dapat sekali dengan aku,segan juga nak jawab.Aku akui, sekolah aku bukannya sekolah yang cemerlang akademik.Sekolah aku ada tujuannya yg tersendiri.Siapa yang nak cemerlang akademik semata-mata,jangan mai sekolah aku.

Teringat aku bila mula-mula start bahagi kumpulan untuk minggu orientasi.Kagum gila aku dengan ahli sekumpulan aku.Dah la sesat masuk group darul Quran.Fuh,bertambah rendah diri aku.Nak cakap pun fikir sepuluh kali.

Bila masuk kelas pula,alhamdulillah aku dimasukkan ke kelas yang satu-satunya laki lagi ramai dari perempuan.Mudah sikit bagi aku.Sebab aku tak biasa kelas sekali dengan perempuan.Aku rasa aku antara orang yang tak la semangat sangat nak jadi doktor perubatan.Masa tu aku bukan ambik kisah sangat pathway sebagai medical student.Aku pakat redah ja.Anatomy pun aku taktau apa dia. Fisiologi dan Histologi pun sama la.Member-member lain kadang2 sembang ada sebut nanti kita kena belajar benda ni. Tapi bagi aku,itu apa??  Pernah dengar tapi taktau apa maksudnya(xda semangat nak jadi medical student tul).

Yang paling aku kagum,bila masa taaruf.Kenapa nak jadi doktor?   dan kenapa pilih timur tengah?  Pelbagai jawapan yang mantap  diberikan termasuklah  aku.Antara jawapan yang aku ingat hingga sekarang:

-nanti nak tubuhkan satu charity group

-nak bina hospital Islam

-Rasulullah ada bersabda yang “sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada orang lain”.Maka nak sahut bermanfaat pada orang lain,pilih perubatan.

-saya nak jadi doktor sebab doktor merupakan antara kerjaya selain guru yang melibatkan hubungan terus dengan manusia.Maka ini adalah peluang  dakwah.

-saya pilih timur tengah sebab sayang bahasa Arab.Tak nak tinggal bahasa Arab.

-saya pilih timur tengah sebab bukan saja nak belajar ilmu medic tapi nak dapat juga ilmu deen.

Ini antara jawapan yang kita berikan.Besar sungguh cita-cita kita.Tengok pulak diri kita sekarang macam mana??

Ada sekali tu aku sembang dengan seorang member aku.Dia ada sebut “dulu kat INTEC semua bukan main lagi.Aku pun kagum gila dengan semua.Tapi bila mai sini semua hampeh.Study pun entah ke mana”

Itulah kita.Opss silap lagi, itulah aku. Medan kata-kata amat berbeza dengan medan amal.Ingatkan bila datang bumi syam boleh bertambah Iman.

IMG_0796 kenangan MEJ1 INTEC ‘08. Semua soleh lagi….ahaks…. jangan marah

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru

السلام عليكم ورحمة الله

Bila tengok blog member-member,banyak tulis tentang hari  guru.Dekat status YM pun banyak tulis tentang hari guru semalam.Jadi aku pun rasa tak nak ketinggalan la untik tulis sesuatu tentang hari guru.Walaupun aku tau cikgu-cikgu aku bukan baca pun blog nih,tapi aku nak tulis gak.Sebab tanpa cikgu(sudah pasti yg pertama sebab ALLAH),tak jadi aku macam hari nih.

Mula-mula sekali aku nak ucap selamat hari guru kepada(ni la satu-satunya cikgu yg mungkin baca blog aku) sudah pastinya mak abah aku,mereka berdua ialah cikgu sekolah rendah dan menengah.Mereka jugak cikgu aku kat rumah.

DSCN0830

kurusnya aku time nih…

Seterusnya kepada cikgu-cikgu,ustaz-ustazah Sekolah Kebangsaan Toh Johan dan Sekolah Agama Al-Islahiyah,tempat aku belajar dari pra-sekolah hinggalah darjah 6.

Tak lupa jugak cikgu-cikgu sekolah memandu(apa nama entah,aku x ingat),lecturer2 di INTEC dan jugak doktor2 di JUST.

Kemudian, ucapan istimewa buat cikgu-cikgu dekat Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI).Aku rasa cikgu-cikgu dekat m3 lah yg paling istimewa.Dalam kelas bukan setakat mengisi otak dengan pelajaran,tapi turut membantu dalam pembentukan diri.Kalau nak sebut satu-persatu banyak sangat cikgu kat m3 yg mengajar ana,cukuplah secara umum kepada semua cikgu termasuklah ustaz-ustazah.Bagi ana,semua cikgu kat m3 macam ustaz-ustazah,malah mengalahkan ustaz-ustazah lain.

Kepada cikgu-cikgu ganti juga(yg ni mungkin baca blog nih),ana mengucapkan selamat hari guru kepada kalian.Walaupun cuma sebentar mengajar ana,tapi kalian tetap mengajar.Kepada sahabat-sahabat yg ada mengajar ana.Kira cikgu la jugak.

Walaupun,gaji tak seberapa,kalian tetap mengajar dengan penuh dedikasi.Dan ucapan khas buat Allahyarhamah Datin Halimaton,guru ana yang baru beberapa hari lepas pulang ke rahmatullah,ana doakan Umi berada bersama para solihin.Kepada sesiapa yg baca post nih,marilah sama-sama doakan jugak.

Memang payah nak jumpa cikgu-cikgu macam dekat m3.Pengorbanan yg dibuat sangat besar.Ada yg sanggup meninggalkan kerja yg lebih bergaji besar semata-mata untuk tinggal mengajar di sebuah sekolah kampung.

Walaupun kadang-kadang rasa segan sebab banyak nasihat dan amanat yang ana tak buat terutamanya dari mak abah dan cikgu-cikgu m3, doakan waih supaya diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang diwariskan oleh  Rasulullah saw.

Akhir kalam SYUKRAN LIKULLI MU’ALLIMIN

(kalerful la pulak post kali nih) 

 

Friday, May 15, 2009

Kuatnya Kita..

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada zaman kini,wujud golongan-golongan yang konon perjuangkan Islam dalam pelbagai cara. Ada melalui ekonomi, politik, pendidikan, pembangunan dan pelbagai lagi. Kononnya inilah antara faktor yang dikatakan menyebabkan umat Islam mundur dan tidak berdaya saing dengan orang kafir.Inilah faktor-faktor yang diwar-warkan sebagai penyebab umat Islam kini lemah. Maka wujudlah bangunan tinggi-tinggi di negara umat Islam kononnya untuk mengangkat tamadun Islam.Malah pelbagai projek yang berkaitan sains dan teknologi sedang giat dibangunkan kononnya untuk mengangkat kembali Islam.Semua ini dilaksanakan tanpa keseimbangan dalam pembangunan Iman.islam solution

Rasulullah saw pernah bersabda akan tiba satu hari nanti umat Islam akan dilanda satu penyakit hati yang dinamakan wahan.Sahabat bertanya kepada baginda apakah itu wahan? Baginda jawab iaitu cinta dunia dan takut mati. Ketika itu umat Islam bagaikan makanan yang dikerumuni haiwan lapar. Sahabat ada bertanya adakah disebabkan umat Islam sedikit ketika itu? Baginda jawab tidak, bahkan banyak tetapi bagaikan buih di lautan.

Sabda baginda ini jelas menunjukkan kepada kita, masalah utama umat Islam  pada hari ini bukan disebabkan ekonomi lemah,bukan disebabkan pendidikan kurang,bukan disebabkan kurangnya pembangunan tapi semuanya disebabkan suburnya penyakit wahan dalam hati manusia.Tidak dapat tidak,penyakit wahan sudah pasti berkait dengan Iman kita pada Allah subhanahuwataala.

Umat Islam pada hari ini tidak kekurangan cendiakawan,cerdik pandai atau pakar teknologi. Malah golongan-golonagan ini sebenarnya banyak. Ini bukan jawapan utama kepada soalan kenapa umat Islam kini ditindas oleh pihak kuffar. Umat Islam hari ini sebenarnya kurang golongan yang sentiasa menghubungkan diri mereka dengan Allah.Umat hari ini kurangnya pendokong-pendokong tauhid kepada Allah.

Iman ialah sumber kekuatan utama bagi umat Islam.Yang kedua ialah ukhwah.Selepas itu barulah kekuatan-kekuatan fizikal lain.Inilah yang membezakan kita dengan orang kafir.Kita ada Allah sebagai kekuatan yang mengatasi kekuatan fizikal yang mereka bergantung sepenuhnya.

Teringat kembali satu potong ayat sebuah nasyid dulu-dulu,

“kita ada Allah yang kuasa,doa sebagai senjata”

Inilah yang membina kekuatan kita.Pada zaman yang menghakis Iman dan menyuburkan jahiliyah kini,tugas utama kita ialah untuk bangunkan kembali hubungan manusia dengan Allah.Apabila hubungan dengan Allah dijaga,maka barulah Allah menurunkan bantuan-Nya.Iman kepada Allah merupakan penggerak kepada kita.Masyarakat kini yang bagaikan ditebing lembah kehancuran seperti yang diungkapkan pada permulaan buku Petunjuk Sepanjang Jalan tidak lain tidak bukan disebabkan masalah Iman kepada Allah.

Sepatutnya inilah yang dipandang berat oleh kita pada masa kini.Permasalahan Iman kepada Allah. Inilah perkara utama yang perlu kita bangunkan dalam diri kita. Apalah gunanya belajar tinggi-tinggi hatta phd sekalipun kalau Iman tidak cuba dibina dalam hati.Sibuk mengisi otak dengan maklumat dan ilmu tanpa pengisian rohani yang membina kekuatan sebenar umat Islam.

Akhir kalam,Saidina Umar pernah berkata ketika pembukaan Baitul Maqdis,

Kita merupakan umat yang dimuliakan dengan  Islam. Maka sesungguhnya kamu mencari kehinaan jika mencari kemuliaan selain Islam

Monday, May 11, 2009

Ana Muslim

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kalau sebelum ni aku ada promote satu filem,kali ni bukan nak promote buku ‘ana muslim’ pulak.Cuba terjemah kalimah ‘ana muslim’ itu,dalam bahasa melayu,maksudnya aku seorang Muslim atau dalam englishnya I’m a Muslim.

Aku nak cuba mengajak kita sama-sama renung balik sajauhmana kita merasai dan menyedari yang kita ni seorang muslimdan mukmin.Islam yang maksudnya tunduk dan patuh kepada Allah dan Iman yang maksudnya membenarkan dalam hati dan dilahirkan dalam amalan.Aku bukannya nak tujukan kepada sesiapa post nih,ia lebih sebagai peringatan kepada diri aku yang sentiasa lupa tugas sebagai hamba Allah.

Dan sejauhmana kita mempertahankan keIslaman kita itu atau dalam erti kata lain sejauhmana kita laksanakan taklifan sbg seorang Muslim?

Saja nak mengajak kita muhasabah,sebab kadang-kadang kita terlupa yang kita ni ada taklif yang telah ditetapkan Allah.Tak kisah la apa orang lain buat atau cakap,yang penting kita ikut Al-Quran dan As-sunnah.

Hatta walaupun orang arab buat,kalau tak syara’,tak boleh ikut.Bukan semua yang arab buat betul.Contohnya kita tengok arab yang tak jaga kebersihan.Hinggakan ada kata-kata yang popular dekat tanah arab ni,tong sampah kullu makan(setiap tempat).Benda begini jangan la kita join sekali.Kalau di Malaysia kita boleh jaga kebersihan kenapa di Jordan khususnya kita ikut perangai tak elok arab nih.Kat Malaysia bukan main baik sampah pegang sampai tong sampah baru buang.Mai negara arab jadi lain.Tak leh la kata orang arab pun buat,takut-takut nanti kita tergolong dalam golongan yang jaga kebersihan sebab negara atau bangsa,bukan lahir dari iman.Biaq la depa nak buat,yang penting kita jaga  syakhsiah Islamiyah.

Dan sebagai muhasabah,kalau kita berkobar-kobar pertikai arab yang tak jaga kebersihan,tengok balik diri kita.Cuba berpaling sebentar dari skrin laptop dan tengok suasana bilik,tengok katil.Sebenarnya kita pun lebih kurang.Mengata orang,yang dekat ngan kita pun tak mampu nak bersihkan.

“ala..biasala tu,exam,mana sempat nak kemas lipat selimut”.

Alasan yang tak boleh pakai langsung.Ini baru satu juzu’ dari Islam.Belum tengok benda lain lagi.Mungkin benda ni nampak kecil,tapi hakikatnya ia melambangkan Iman kita.Sebab itu ada pendapat mengatakan,kalau nak tau perangai seseorang (xtau la 100% betul atau x) ,pegi tengok tandas rumah dia.

Perkara diatas hanya sebagai contoh.Banyak lagi kita kena muhasabah.Solat kita pun mungkin x selesai lagi.Mungkin aku hanya mampu menulis,amalan pun belum sempurna.Tapi aku harap kita dapat sedar sikit-sikit dan buat perubahan.Kita bukan setakat nak dapat markah tinggi sama-sama dlm exam,kalau boleh biar kita tetap sama-sama sampai ke syurga.Mungkin nanti bila aku ada buat silap,ada orang boleh tegur aku.

Baru-baru ni DUN kat negeri aku kecoh.Setiap lapisan masyarakat boleh dikatakan bersuara.Hinggakan pelajar Jordan pun ada jugak.Pelbagai kenyataan dan kritikan dikeluarkan.Ada yang mengatakan inilah sejarah yang paling teruk dalam demokrasi malaysia.Dua-dua pihak menyalahkan pihak yg lain.Aku x berani nak ulas lanjut.Sebab aku pun bukan tahu sangat undang2.

Tapi yang aku kecewa dan marah,ramai yang kecoh kata demokrasi telah dicabuli.Kuasa rakyat telah dirampas.macam-macam lagi lah.Pelbagai usaha dilakukan dan pendapat diutarakan untuk kembalikan ketulenan demokrasi.Tapi ada kita kisah undang2 Islam yang telah lama dicabul???   Ada kita kecoh bila Islam tak diletakkan sebagai satu sistem hidup???   yg penting sekali apa kita buat bila Islam dah tak diletak kat tempat dia???

~ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA~

Sunday, May 10, 2009

Aku x study pun…..

 

xmKalau perasan,kadang-kadang ada member kita yang bila nak exam samada zaman sekolah dulu atau jamiah bila ditanya,

“ko study x lagi?”.

Member tu jawab “aku x baca lagi la.buku pun elok simpan lagi”.Tup2,bila exam,dia la yang score.

Ataupun suasana lain tapi hampir serupa bila kita ada member yg scorer exam.Kita tanya dia

“camna ko study ha?boleh skor tinggi2”.

Member yg scorer pun jawab,

“aku bukan study pun.Siap tgk movie lagi mlm exam”

(situasi ni hanya contoh,xda kena mengena ngan hidup atau mati)

Apa pendapat antum ttg benda situasi ni.Apa pendapat antum ttg scorer tersebut.Kalau bukan scorer tak pa la, abaikan. Bukan bermaksud aku berat sebelah,pandang scorer je.Aku nk tau pendapat korang ja.

Kenapa tak jawab,

“aku study gila2.seminggu aku x tidur.”

Bukan menafikan ada golongan ini,penekanan aku pada golongan contoh kat atas.Ada seorang cikgu aku dekat MATRI dulu,dia ada kata golongan ni sebenarnya point utama dia yang nk disampaikan ialah nak bgtau dia pandai.Tak payah study pun boleh score.Tu belum study lagi.Sebab kejayaan tak kan datang tanpa usaha.Nak cakap pasal usaha pulak,usaha ni macam2 mcam jenis.Bukan baca buku sahaja usaha.Tumpuan dalam kelas pun usaha juga.Ini pendapat seorang guru aku.

Lagi satu pendapat,ni pendapat aku.Orang tu sebenarnya xnak riak yang dia dah usaha habis baik.Xkan nak bgtau yg dia xtidoq seminngu nak study physio.Nanti member2 puji lebih-lebih pulak.Senyap-senyap sudah la apa yg dibuat.Ini pendapat aku.

Pendapat korang pulak macam mana?

Friday, May 1, 2009

Hidup Ini Penuh Dengan Ujian

 

Seluruh idup ini sendiri adalah ujian Allah kepada kita.Tidaklah Allah menguji kita sia-sia.Allah menguji kita untuk mengetahui sejauh mana kebenaran Iman kita kepada Allah.Apabila kita lepas satu ujian,maknanya kita makin meningkat tahap kita.Jika hidup ini kita tidak di uji Allah dan hidup relax sahaja,bagaimana nak tahu sejauhmana keyakinan kita kepada Allah.

Allah ada berfirman yang membawa maksud, “janganlah kamu mengira kamu akan masuk ke syurga jika belum datang ujian keatas kamu.”  Ujian Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk.Ia bergantung dari sudut mana perspektif kita terhadap sesuatu perkara itu.Semua perkara boleh jadi ujian kepada seorang hamba.Tidak kira miskin atau kaya,skor dlm exam atau x,komputer buat hal,air xdak,mknn tak sedap,bangun subuh lambat  dan berbagai-bagai lagi.Sebab itulah saya katakan hidup itu keseluruhannya adalah ujian Allah kepada kita.Bergantung kepada kita untuk melaluinya dengan cemerlang,cukup makan ataupun buat tak peduli tanpa usaha melalui ujian dengan cemerlang.Ingatlah juga,Allah selaku Pencipta kita tahu akan hakikat kekuatan dan kelemahan kita. Allah menguji kita dengan perkara yang mampu kita laksanakan.

Sebenarnya post kali ni tak berniat untuk memanjangkan kalam di atas.Cuma sedikit peringatan buat hati-hati yang terlupa dan terlalai.Ia tak ditujukan kepada sesiapa,ia lebih menjurus sebagai peringatan kepada diri penulis.

Sebagai student JUST,hidup ini bukan sahaja dipenuhi dengan ujian dari Allah tetapi juga penuh dengan ujian jamia’ah.Walaupun pada hakikatnya ia adalah ujian dari Allah.Betul x?           

Baru habis 1st exam,2nd exam pula menonjolakn diri.Nanti baru nak berehat habis 2nd exam,final exam pula yang perlu dilalui.Tak habis-habis exam.haish3,letih la jugak.Ingatkan baru nak rehat.

Insya Allah,3hb ni 2nd exam akan bermula.Tiap-tiap minggu ada exam sampailah 20hb nanti.Lepas tu awal bulan Jun start pulak final exam.Lepas tu habis sem 2.Sekejap saja masa berlalu.Banyak lagi perkara yang tak dihadam betul2, tak terkejar dengan exam dan kelas yang berjalan serentak.

Dalam kesempatan ni,baru-baru ni saya ada tengok satu filem dari Indonesia,(apa la nk jadi ngan aku ni,nk xm baru tgk movie)  jadi nak promote sikit  filem ni yang agak bagus buat tontonan umum.Bukan sekadar tontonan yang sia-sia,tapi ia dselitkan dengan banyak pengajaran.JWG.Kun.Fayakuun.2008.BlackBara.cover

Filem ini diberi nama Kun Fayakuun.Ia mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam mencari rezeki.Mereka tidak bergantung harap kepada makhluk lain,hanya Allah tempat memohan dan meminta pertolongan.Kehidupan beginilah yang kita nak.Keyakinan kepada Allah tanpa sedikit ragu.Walaupun terdapat beberapa kekurangan,abaikan kekurangan itu dan ambil mesej yang ingin disampaikan.

Kalau nk tahu lebih lanjut,anda kena tengok dengan mata anda sendiri.