Saturday, March 21, 2009

Suburkan Kembali Cinta

eh eh,penulis nak tulis tentang cinta.Ni mesti tentang cintan-cintun budak-budak lani.Bukan,,saya tak berapa pandai nak ulas tentang cinta muda mudi kini.

Cuma saya nak sempena ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw kali ini nak ajak kita suburkan balik kecintaan kita pada Rasulullah dalam rangka mentaati dan mencintai yang MAHA AGUNG.Teringat kata-kata seorang ustaz di sekolah dulu,cinta merupakan satu yang mulia,yang terjadi banyak dalam kalangan muda-mudi atau orang tua bangka sekalipun masa kini bukan cinta tapi jatuh nafsu.Kalau jumpa sesiapa yang ada hubungan laki perempuan tanpa ikatan yang sah,cakap kat dia yang dia dah jatuh nafsu sebenarnya.Cinta hakikatnya mulia tapi dicemari oleh manusia.

Muhammad (PBUH)

Walaupun tarikh 12 rabiulawal dah berlalu,rasanya masih tak lapuk ditelan zaman untuk mengajak kita suburkan kembali cinta kita pada Rasulullah.Cinta pada Rasulullah ni bukan bermusim kan? Jadi setiap masa dan di setiap tempat kita kena cinta pada baginda.Allah tak pernah alpa dan Malaikat tak pernah rehat mencatit amalan kita dan syaitan tak pernah letih menggoda kita.

Sebelum tu setinggi-tinggi rasa syukur perlu kita rasai kerana di detik ini kita masih di beri kesempatan oleh Allah untuk bernafas dan hidup di muka bumiNYA dan yang lebih utama,kita masih diberi peluang untuk mengecapi 2 nikmat terbesar yang tiada tandingannya dengan benda-benda lain iaitu Iman dan Islam.Dengan 2 nikmat inilah yang akan menyelamatkan kehidupan sebenar kita di akhirat kelak.

Cuba kita renung kembali,bagaimana kita boleh peroleh nikmat Iman dan Islam ni.Sudah semestinya kita dapat lagi merasai 2 nikmat ini kerana ketabahan, kesabaran, kesungguhan, ketekunan Rasulullah saw dan diwarisi oleh sahabat dan pejuang-pejuang seterusnya hinggalah sampai kepada kita.

Kita lah pulak penyambung kepada tugasan ini.As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ada menyebut “kita bukan golongan yang memulakan tugas ini,kita hanya menyambung rantaian perjuangan Rasulullah saw.”

Allah telah mengutuskan Rasulullah untuk menyelamatkan kehidupan akhirat kita.Sebab tu la kita kena sayang dengan baginda.Cuba kita duduk sebentar dan bayang kita bangun tidur tanpa Iman dan Islam.Nauzubillah

Mudah dimulut kita untuk mengucapkan terima kasih atau apa-apa bila dapat sesuatu bantuan.Tapi berapa kali kita rasa berterima kasih kepada Muhammad Rasulullah saw kerana susah payah baginda untuk menyelamatkan kehidupan kita selepas ini.Malah kadang-kadang kita abaikan apa yang baginda cuba sampaikan.Cuba bayang,ada seorang ni dia susah payah datang dari jauh untuk bagi sesuatu yang dia rasa amat  berharga dan perlu di kongsi bersama kita.Dalam perjalanan tu dia terpaksa redah lautan luas,lepas tu kena lepasi gunung-ganang pulak sebelum sampai kepada kita.Sanggupkah kita manusia yang waras untuk menolak pemberiannya.Beginilah dengan Islam yang cuba disampaikan Rasulullah.Nyawa baginda menjadi taruhan agar kita dapat merasai Iman dan Islam.Detik-detik nak wafat pun baginda masih sebut ummati,ummati,ummati.Bukannya sibuk dengan harta tapi sibuk akan kita.Iaitu kita umatnya.

Islam yang disampaikan baginda ni bukan setakat bawa kebaikan kepada kita manusia tapi semua sekali apa yang ada di dunia ini.Firman Allah dalam surah AL-Anbiya’ ayat 107 yang mafhumnya:

“Dan kami tidak mengutuskan engkau(Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Inilah misi kedatangan Rasulullah saw.Rahmat bagi sekalian alam.Termasuklah binatang-binatang dan pokok-pokok.Macam mana pokok pun boleh dapat  rahmat?

Dengan adanya Islam,ia mengatur hidup kita keseluruhannya.Islam juga mengajar kita berbuat baik kepada pokok-pokok.Jadi,tumbuhan pun dapat rahmat dengan adanya Islam.Fuh, begitu cantik dan lengkap deen yang diturunkan Allah ni.Semua dapat kebaikan bila ia dilaksanakan dan dipraktikkan dalam kehidupan secara menyeluruh.Islam itu relevan setiap masa.

Begitulah besarnya risalah yang cuba disampaikan kepada kita oleh Allah melalui Rasul NYA.Maka tidak perlu menjadi persoalan kenapa perlu cinta Allah dan Utusan Muhammad saw.Teringat lagi satu nasyid yang selalu saya dengar kecil-kecil dulu.

satu satu saya sayang  Allah

dua dua saya sayang Rasulullah….

Apabila kita menghayati erti cinta kepada Rasulullah,Insya Allah  hidup kita akan lebih terarah dan berada bersama rombongan baginda.Dalam satu hadis baginda ada sebut maksudnya “kamu di akhirat nanti bersama dengan siapa yang kamu cintai” .Check diri kita.Siapa yang kita cinta.

Manusia sentiasa saja tidak boleh terlepas dari sifat lupa.Kita ambil peluang selama-mana kita masih hidup ni untuk mengamalkan apa yang dibawa Rasulullah.Ulang tahun kali ini untuk menyegarkan kembali hati kita yang terlelap untuk kembali hidup dan kita mohon supaya hati kita untuk ingat dan sedar lebih lama kali ni.Tiada gunanya jika sekadar berarak dan bawa sepanduk tetapi amal tetap sama  dan masih mengambil Islam secara juz’i-juz’i bukan tamam(sempurna).Bila habis rabiulawal,cinta Rasulullah pun berakhir.Minta dijauhkan kita dari sifat sebegitu.

Tengok nasib Ghaza.Tak sampai beberapa bulan berlalu umat Islam kembali tidur dan mungkin ada yang siap berdengkur.Kepada yang Iman nya masih terjaga.Mohonlah kepada Allah supaya dipelihara Imannya agar sentiasa berfungsi.

 

*terasa bertuah kerana dilahirkan pada bulan rabiulawal walaupun berlainan tarikh.ikut tahun qamariah  kira aku dah nak cukup 19 tahun. tua dah aku ni rupanya.. kalau tengok sirah umur pemuda macam ni dah buat macam2 untuk bangunkan Islam. aku ni…study pun ntah kemana..

Tuesday, March 17, 2009

Kehidupan di Jordan

 

Ni ada sedikit video gambaran kehidupan pelajar di Jordan.Minta maaf la kalau video tak berapa elok.

Friday, March 13, 2009

Sambung Belajar Ke Jordan

 

Mula-mula sekali nak ucap tahniah kepada pelajar SPM 08 yang baru dapat keputusan semalam.Semoga kejayaan anda berguna kepada Islam dan mampu menggoncang sisitem jahiliyah.Sudah pasti kini anda sibuk memikirkan hala tuju anda selepas ini.

Ok dah sikit-sikit.Kat sini nak promote sikit tempat belajar saya sekarang iaitu di Jordan University of Science and Technology.

 

http://ms.langitilahi.com/sambung-belajar-ke-jordan/

-Tekan link di atas kalau nak tahu secara umum tentang pembelajaran di Jordan.

Wednesday, March 11, 2009

Saja-Saja

Post saja-saja kali ni hanya nak cerita beberapa perkara yang nak kata ada faedah tiada faedah.Nama pun saja-saja.

……..

Dah nak genap setahun aku dapat keputusan SPM.Berbekalkan keputusan yang tak berapa cemerlang berbanding kawan-kawan tempat aku belajar sekarang,aku diizinkan Allah untuk berkelana ke Jordan dalam rangka meneruskan pelajaran dalam bidang yang sebelum ni aku tak la serius sangat nak ambil sebelum ni iaitu perubatan.Tapi bila dah Allah izin macam ni,aku kena usaha la.

Sekarang ni dah lebih setengah tahun aku kat Jordan(baru ja lagi).Bahasa Arab pun tak masyi lagi.Setakat muamalah biasa boleh la.Sekarang ni dah dekat sebulan kot aku berada di semester 2.Periksa pun nak dekat dah.Tapi baru minggu lepas aku buka buku.Padahal buku tu dah beli sejak awal sem.Bila tengok orang lain pakat usung buku sini sana,usung slide lecture sana sini,buat aku gerun.Terlintas dalam hati aku rajin betul depa ni.Tapi tak pa.Aku ada cara study tersendiri(kalu aku study la).Sem kali ni baru la terasa sebagai budak medic.Buku tebal-tebal dan banyak benda baru.

 DSCN2016 DSCN2014 DSCN2010

Tak la banyak sanagt buku.Tapi teruk la jugak.Minta Allah permudahkan.Bila duk kat meja boleh study 2 benda.Satu “study” guna laptop,satu guna buku…haha..Sem kali ni memang memenatkan.Tamabh-tambah hari ahad, selasa dan khamis.Satu hari ada 5 lecture.Pening la jugak.Tapi boleh ja.Kelas tengah hari ja la kot yang sangat-sangat faham dengan apa yang diajar.Kelas lain tak angguk faham pun.huhu.Sejak akhir-akhir ni dah berjinak dengan minum nescafe atau sewaktu dgn nya.Tak nak bagi mengantuk dalam kelas.Tapi tak la selalu.Kadang-kadang ja.Bila balik kelas memang memenatkan.Malam selalunya diisi dengan tidur dulu kemudian baru study(kalau rajin la..minta Allah perkuatkan).

Inilah sikit tentang camna sem 2 ni.Exam 2 minggu lagi kot.Doakan Allah permudahkan aku tau.

Setelah lebih kurang 4 bulan musim syita’(sejuk),ia makin melabuhkan tirainya.Sekarang ni nak pergi jamiah pun tak payah pakai sweater.Boleh tahan dah.Tingkap bilik pun dah boleh dibuka setelah beberapa bulan tak bukak.Tapi malam kadang-kadang kena pakai gak.Syita’ tak habis betul lagi.     

Tahun ni  Irbid tak diizinkan  Allah turun salji.Tapi alhamdulillah aku berkesempatan jugak nak merasai salji di Syria.Pengalaman yang tak pernah aku rasa sebelum ni.Kat Jordan ni hari tu ada jugak salji tapi bukan kat Irbid la.Ada ja budak-budak sini pergi situ main salji.Tebal la jugak salji kat Ajloun tu depa kata.

DSCN1981 selamat tinggal sweater2 dan jaketat…

Ok setakat ni la serba sedikit aku nak cerita camna Jordan lani.Aku tak pandai cerita sangat.Aku pergi dulu,banyak lagi benda tak mengadap…

Sunday, March 8, 2009

Luka

 

Assalamualaikum semua.                                                                                                                Moga-moga kita dalam hidayah dan lindungan Allah subhanahuwataala.

Kepada sesiapa yang perasan,blog ini ditutup sebentar beberapa hari lepas.Jadi kepada sesiapa yang tak boleh akses masa tu maaf.Telah berlaku sedikit masalah dan saya ambil langkah untuk tutup sebentar.Mula-mula cadang nak tutup sampai habis bulan 3.Tapi atas nasihat seorang sahabat ni “buat apa tutup”,maka blog ni di buka semula untuk memudahkan perkongsian.

Ok kali ni nak kongsi satu tulisan yang dah lama terperap dalam folder draft.

…………………………..

Seringkali kita cuba sebaik mungkin untuk menjaga tubuh badan kita dari tercedera atau dilukai.Jika datang seseorang yang ingin mencederakan kita,kita akan cuba cari jalan untuk mengelak.Takkan nak biarkan saja.Itulah fitrah kita yang tidak sesekali membiarkan diri dicederakan.

Luka walau seinci mampu mampu meninggalkan kesan yang mendalam bagi individu.Habis berparut dan majoriti manusia sekarang sanggup bersusah payah untuk mencari tonik bagi mengubati luka dan parut yang telah ditinggalkan.

Lihat saja anak-anak kecil yang diberi perhatian bagai menatang minyak yang penuh.Hatta gigitan nyamuk pun kita tak benarkan kerana tahu impaknya.

459307349_39768f2ec0

Beginilah juga sepatutnya kita jaga hati kita.Hati juga boleh tercedera bila kita melakukan maksiat kepada Allah.Hati itu amat mudah tercedera tapi sukar untuk dirawat apatah lagi jika kecederaannya teruk.Menurut Ibnu Qayyim hati ini ibarat cermin.Habuk yang melekat padanya ibarat dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar ibarat batu yang dibaling kearahnya.Cuba kita bayangkan cermin yang dibaling batu,sudah pasti ia akan bercalar dan bukan senang nak buang calar tu.Kepada yang kata takpa kita buat dosa kecil saja.Ingatlah dosa-dosa kecil bila kita selalu buat bukan lagi dosa kecil.Ia akan menutupi hati kita dari sinar hidayah ibarat habuk yang meliputi cermin dan cahaya tak dapat dipantulkan.

Jadi lebih baik kita ikut petua cegah lebih baik dari merawat.Kita jaga,asuh,pelihara hati kita dari melakukan sebarang maksiat yang semestinya akan merosakkan hati kita.Tak kira la maksiat fizikal atau maksiat hati.Maksiat hati lagi bahaya sebab hanya kita yang tahu.Kalau maksiat fizikal orang lain boleh nampak dan tegur kita.Seorang guru pernah sebut orang yang buat dosa senyap-senyap lagi bahaya dari orang yang buat dosa terang-terangan.

Timbul pula persoalan adakah kita boleh kembalikan hati kita kepada fitrah.Sudah tentu boleh.Lihat kembali sirah para sahabat Rasulullah yang sebelum mereka Islam sanggup bunuh anak tetapi bila melalui proses tarbiyah merekalah yang mengangkat dan menjulang Islam.

Dalam satu hadis Nabi saw ada baginda sebut “semua anak adam itu berbuat salah,dan sebaik-baik orang yang buat salah ialah orang yang selalu bertaubat.”

Hadis ini menyebut tawwabin(orang yang selalu bertaubat) bukan taibin(orang yang bertaubat).Ini membawa maksud bagi memelihara hati kita dari tercemar hendaklah kita selalu bertaubat walaupun hanya separtikel habuk yang melekat di hati.Ia lebih mudah jika kita nak bersihkan hati yang sudah penuh ditutup habuk yang tebal.Malah mungkin kita tak mampu nak bersihkan semuanya.Maka lebih baik kita bersihkannya siap-siap sebelum menjadi parah.

Tunggu apa lagi,bersegeralah kita membersihkan hati kita sebelum menjadi sukar.Jika kita sanggup bersusah untuk menepis tikaman pisau,jika kita sanggup berbelanja besar untuk merawat penyakit barah,malah sesetangah kita pakat beli produk yang entah apa-apa untuk hilangkan parut dimuka, kenapa kita tak sanggup berusaha untuk pelihara hati dari kemaksiatan kepada Allah subhanahuwata’ala.Padahal di akhirat nanti Allah nak tengok hati kita,keImanan kita,keyakinaan kita padaNya bukan nak nilai berdasarkan fizikal kita.Ingatlah kita sentiasa bersama bahawa kehidupan yang hakiki ialah kehidupan akhirat dan kita mesti persiapkan diri  dengan apa yang Allah nak.

Cepat sebelum hati kita bertambah parah sakitnya dan takut-takut mati pula.