Tuesday, January 27, 2009

Teruskan

 

Hati ini tergerak untuk terus mencoretkan tentang isu yg masih segar di ingatan kita.Peristiwa terburuk sejak 60 tahun dahulu.Dimana selama 22 hari bandar Ghaza berhujankan peluru berpandu.Jika ditempat-tempat lain keadaan aman dipecahkan dengan bunyi mercun dan percikan bunga api ketika sambutan tahun baru.Di Ghaza mereka menghadapi percikan serpihan peluru berpandu saban hari.

Saya masih mengingati detik ketika tsunami melanda Malaysia tidak lama dahulu,pemimpin negara telah mengarahkan sambutan tahun baru dibatalkan.Namun apabila kejadiaan yang lebih dahsyat berlaku keatas umat Islam baru-baru ni aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada maksiat terus dilaksanakan.kalau nak diikutkan logik akal masa-masa kritikal ketika itulah kita perlu lebih mengingati Allah.Sepatutnya ujian-ujian Allah ini dapat meningkatkan lagi tahap keImanan kita pada Nya.

Perjuangan kita menentang penjajahan Israel keatas Palestin bukan bermusim.Proses pembentukan diri terutamanya perlu diteruskan dan jangan dihentikan setakat ini sahaja walaupun Israel telah berhenti menyerang Ghaza.Doa kita,boikot dan pelbagai lagi perlu diteruskan kerana hakikatnya Palestin masih dibawah zionis laknatullah.Jadikan ini sebagai noktah bidayah bagi kita untuk merubah diri menjadi manusia yang Allah nak.

Segala perkara yang kita buat ketika Ghaza diserang perlu terus-menerus.Semangat nak bangunkan Islam yang berkobar-kobar perlu terus dinyalakan.Jangan biarkan ia terpadam dek masa.Bak kata pepatah melayu jangan jadi hangat-hangat tahi ayam.Apabila diserang baru nak bersuara.Jika begitu bila kita akan tengok sistem Allah akan berjalan dibumi ini.Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya maka mari kita terus berusaha meletakkannya kembali ditempat asal.Janagan bermimpi disiang hari jika mengharapkan orang kafir yang akan kembalikan kegemilangan Islam.Maksud saya jangan bermimpi jika kita mengharapkan kerajaan baru Amerika dibawah Barack Obama mampu mengembalikan hak Palestin.Sesungguhnya alkufrumillatunwahidah.

Saya ingin merayu agar kita tidak kembali lali dan lena apabila disorongkan kembali bantal.Teruslah bangun untuk mempersiapkan diri, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat  dengan keImanan yang benar kepada Allah.

Monday, January 26, 2009

1 Lagi

 

Sekarang hanya tinggal satu lagi exam yg menanti sebelum semester satu melabuhkan tirai.Sepanjang mendiamkan diri ni sebenarnya banyak perkara nak dicoretkan tetapi ada perkara yg perlu saya tumpu lebih.Disini saya nk minta kalian doakan saya kejayaan dunia dan paling penting doakan kejayaan akhirat saya.

 

private_1_f8dcc694e65ecf519a6a1c29cb1a5e92a633e5dd95191bba6148dd6b32ec2c21lprivate_1_6d24cbc9c8d02c6eb160bfdfc01740186afef47f4545883b43aa6135f0e8d3b5l

Dekat Ummu Qays

Gambar ni sebenarnya lama dah cuma baru papar kt blog ni sebab saya baru ambil dari kawan saya.Gambar ini diambil rasanya awal bulan 12 tahun lepas ketika kami  yang terlibat dengan satu persembahan buat latihan kat sini iaitu ummu qays.Kat sini ada theater dan kami buat latihan kat situ.Saya pun taktau sangat sejarah ummu qays ni jadi tak boleh nak cerita panjang sini.

Klik sini kalau nak tengok gambar lagi.Tapi tak byk sangat.Masa tu saya terlupa bawa kamera.

Friday, January 16, 2009

Memasak

 

Sebelum ni aku ada tulis blog ni mungkin tak terupdate bulan ni untuk bagi tumpuan lebih kepada final exam yang sedang berlangsung.Tapi disebabkan bosan mengadap buku dan slide,jadi aku pun buat keputusan nak buat satu post.Anda mungkin menyesal dengan post ni jika anda mengharapkan untuk mendapatkan tazkirah ke apa-apa yang sewaktu dengannya(asif).Kali ni just nak hilangkan keboringan.

Memasak,tugas lelaki ke perempuan?

Perkara ni rasanya ramai yang bincang dan selalunya kesimpulannya mesti lelaki.Aku akui memang memasak ni tugas lelaki dan aku malas nak ulas panjang.

Tak kisah la lelaki ke perempuan rasanya semua kena pandai memasak.Takkan dah kerja nnt nk makan nasi bungkus tiap-tiap kali.Aku ada terbaca dalam beberapa disussion group tentang patutkah kita(budak sekolah menengah) belajar memasak dari sekarang.Tajuk ni agak mendapat sambutan.Ada yang balas kita ni masih belajar,baik tumpukan kepada pelajaran.Ada juga yang balas dia ni memang minat nak memasak.Lagi ada orang tulis tengok-tengok mak masak pun kira ok.kalau terdesak nanti bolehla jugak nak masak.Paling aku tertarik(discusion ni kebanyakannya yg balas perempuan).Nanti cari la suami yang pandai memasak.Kan senang.Macam lari dari kebiasaan.Selalu yg kita dengar carilah isteri yang pandai memasak.

Dalam satu discusion lain tentang apa yang patut buat lepas SPM,ada orang bagi cadangan masa itu lah nak belajar memasak.Nanti bila dah belajar susah dah nak belajar memasak.Tambah-tambah kalau belajar luar negara.Dia tulis lagi dia rasa menyesal sebab tak belajar memasak dari dulu.

Emmm,rata-rata komen kenalah belajar memasak dari sekarang.Rasanya cadangan-cadangan tu macam boleh diterima pakai.

Ni cadangan aku pulak berdasarkan pengalaman aku:

(cadangan aku ni mungkin merepek sikit,tapi insya Alllah berkesan..hehe)

Jangan risau anda tak reti memasak bila besar nanti atau bila tinggal di rumah sewa bila belajar di universiti nanti.Apabila keadaan memaksa,insya Allah anda dengan sendirinya akan pandai memasak.Macam keadaan aku sekarang.Aku tak mengatakan yang aku ni pandai memasak.Tapi bila dah duduk kat rumah sewa memang kena masak la.Tapi…ada tapinya iaitu sekurang-kurangnya anda mestilah kena ada ilmu asa sikit.Bukan apapun seperti nak masak gulai,dalam gulai apa bahan asas dia.Yang lain modified sendiri la.Kalau tak tau sangat nasihat aku buat pelajar-pelajar luar negara terutamanya tengok la resepi kat internet dan cuba.Insya Allah lama-lama sedap.Kemahiran memasak anda akan meningkat dengan mendadak bila tinggal disesuatu tempat yang anda kena masak.Jadi jangan risau bila nak start belajar masak.Masanya akan tiba.Enjoy dulu dengan masakan rumah…hehe

Berdasarkan  pengalaman aku berada di  perantauan ni,alhamdulillah sekarang nak  masak  lauk  apa pun boleh.Cakap saja nak apa.Masak kurma,kari,masak pedas,masak lemak,sup,masak kicap insya Allah semua boleh.Nak masak cucur pun boleh.Syarat nya kena la ada bahan asas dia.Kalau  xda camna nak masak.Bukan maksud aku kena ada semua.Bunga lawang,bunga cengkih semua kena ada.Bukan.Aku faham duduk luar negara memang(untuk sapa dok luar negara) payah nak cari benda-benda tu.Maksud kalau nak masak kari kena la ada rempah kari.Benda-benda lain insya Allah ada di tempat anda.Bawang,garam.Benda-benda ni senang dapat.

Aku akui bila aku sampai Jordan ni ilmu memasak aku sikit sangat.Boleh kata takda.Kalau  setakat goreng nasi,goreng telur boleh la.Nak masak lauk aku bukan reti pun.Tak pernah pun masak kat malaysia.Sardin boleh la.

Habis tu camna nak masak kalau taktau(antara persoalan yang sering dikemukakan).Antara soalan lain boleh ka memasak tu?Sebelum ni tak pernah masak pun.Jangan bimbang.Amalkan prinsip memasak yang aku pegang sepanjang di Jordan ni   “memasak ni takda kaedah tetap,janji boleh makan dan kenyang”.Betul tak?hehe.Campak saja  apa yang ada.Tapi kena bajet-bajet la.Jangan pulak campak cabai sampai segenggam kalau nak memasak untuk 4 orang.Kalau makan pedas ok la.Setelah berada lebih kurang 2 bulan di Jordan ni ada teman serumah aku tanya aku aku reti ke memasak masakan ***(dah lupa).Masa tu aku nak try resepi baru.Aku pun balas, “ala, sebelum ni yang ana masak pun bukan ana reti pun.Hentam saja”.Aku rasa jawapan ni agak munasabah.Lepas tu ada sahabat ana ni ajak ana tolong masak untuk ramai orang gak.Dia suruh masak masak lemak cili api.Mula-mula dia suruh teman serumah ana Luqman masak sebab aku sebelum ni tak pernah masak lemak cili api.Tu kira 1st time la.Member rumah aku tu dah beberapa kali masak lemak.Tapi disebabkan Luqman tak sehat,dia tak dapat tolong masak.Mula-mula dia kena jadi head chef.Oleh sebab dia takdak aku pun nak la start masak.Tapi aku tengok sahabat aku tu macam tak yakin aku boleh masak(sori lah sahel kalau tak betul).Biasalah tak pernah pun masak lauk tu.1st time nak masak lauk tu terus untuk ramai orang bukak puasa pulak tu.Mana orang nak yakin kan.Tunggu punya tunggu Luqman,dia confirm tak leh datang.Jadi kena la ana memasak.Ana pun cakap kat Sahel(sahabat ana yang suruh masak) nk bagi dia sedap hati,  “luqman pun sebelum ni dia cakap dia pun tak pernah masak masak lemak.Kat Jordan ni la 1st time.Tapi ok ja.”Ana pun mulakan memasak dan alhamdulillah semua orang dapat makan dengan berselera dan tak da orang komen tak sedap dan alhamdulillah takda yang sakit perut ke apa ke.Walaupun masakan tu tak jadi sangat sebab tak pedas.

Rasanya inilah sedikit perkongsian aku kepada sesiapa yang risau tak boleh masak.Jadi nak share sikit beberapa picture masakan rumah aku.

P9050293

pergh berselera semua

DSCN1169  apasal bayak sgt talam.Kata satu rumah 4 orang .Sorang satu ke?bukan,time ni ada tetamu nk datang rumah.Kami dua buah rumah masak sekali(menyibuk je budak dentist).Tetamu nak dtg rumah korang,kami pulak yang kena masak.

DSCN1008 Tengah masak rendang malam raya

*bila aku baca balik apa yang aku tulis kat atas,banyak typing error.Sori,pandai-pandai la baca.Malas nak edit.Aku pun tak perasan kadang-kadang aku terguna ana.Mungkin tengah2 menulis mood berubah.

 

Jangan lupa bykkan doa kepada saudara kita di Ghaza.Ingat,kita bukan membantu orang lain.Kita bantu diri sendiri kerana Ghaza ialah kubu terakhir kita.Imam masjid jami’ah yarmuk ada berdoa yang maksudnya jadikan peristiwa Ghaza ini untuk mengembalikan pemuda-pemudi ke agama mereka.Jadi mari kita kembali pada ajaran Islam secara keseluruhannya dan banyakkan berdoa.jangan menganggap doa ni sia-sia.

http://usrahkeluarga.blogspot.com/2009/01/kekuatan-doa.html

Wednesday, January 7, 2009

Kenapa Begitu?

In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Before my life become more hectic and maybe this blog will not be updated for 2 or 3 weeks or maybe 1 month,I have some problem that I’d like to share with the readers and I very pleased if you continue your reading until the end. (saja test english)

Ana nak tanya tentang satu contoh kes.Kes ni boleh jadi betul boleh jadi tak betul.Tapi insya Allah semua yang ana tulis ni betul.Ana kenal seorang ni.Dalam ruangan ini ana istilah kan kenalan ni sabagai dia.Boleh kata ana dengan dia rapat.Kalau korang dengar sejarah hidup dia masya Allah.Rasanya jarang-jarang sekali ada orang yang lalui macam apa yang dia lalui.Allah amat memelihara dia,tak tau la kalau istidraj.Tapi ana yakin Allah pelihara dia.Masalahnya, dia sekarang tak melambangkan sebagaimana yang dia telah dapat.

Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang alhamdulillah ada kefahaman Islam.Bukan setakat ibu bapa dia sahaja yang ada kefahaman Islam,malah banyak antara bapa dan mak saudara dia juga ada kefahaman Islam.Beruntung sungguh dia ni.Seperti biasa,dia bersekolah rendah di sekolah kebangsaan hingga darjah 6.Selepas itu dia sambung pengajian dekat satu sekolah agama yang menekankan tarbiyah pula selama 5 tahun.Guru-guru di sekolah menengah dia semua berkaliber dan mempunyai fikrah yang mantap.

Sampai sini apa anggapan korang kat dia?Mesti dia ni patut jadi seorang yang baik dan solehkan?Tapi yang berlaku sebaliknya.

Nak tunjuk lagi yang Allah pelihara dia,dia pernah sebut ketika dia kat sekolah menengah dulu,dia asyik terkantoi sekiranya langgar peraturan sekolah.Walhal ramai je yang lain tak terkantoi.Itu dekat sekolah.

Apabila lepas SPM,dia sambung pengajian kat sebuah universiti ni.Sekali lagi dia beruntung.Dia ni sepatutnya ditempatkan dalam sebuah kelas yang lelaki hanya 2 orang dan berbelas lain perempuan(suasana yang amat mendorong kepada perhubungan lelaki dan perempuan).Dengan perancangan Allah,dia telah diubah kelas ke kelas yang paling ramai lelaki pulak sebelum dia menjejakkan kaki ke kelas lagi.

Masalahnya ana tengok dia ni,walaupun dah banyak Allah beri dia peluang,seolah-olah dia tidak menghargai peluang itu.Perangai tetap sama.Percakapan dia,sikap dia kadang-kadang tak menunjukkan dia ni pernak terima tarbiyah.

Maklumat tambahan,dia ni sekarang melanjutkan pelajaran ke sebuah tempat yang dikelilingi ulama’ dan dia baru mengenali dunia internet hanya lepas SPM.

Jadi ana nak tanya pendapat pembaca:

1)Kenapa dia boleh jadi macam ni?Apakah faktor-faktornya?

2)Apakah yang boleh ana lakukan sebagai member dia untuk tolong dia?

3)dan apakah yang sepatutnya si dia lakukan??

Ana kesian tengok dia ni.Jadi diharapkan sesiapa yang baca entry ni boleh bagi sedikit pendapat tentang persoalan yang ana paparkan.Kerjasama anda amat dihargai.

Monday, January 5, 2009

Jangan Biarkan Ia Berlalu

Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu di tahun baru 1430 hijrah dan 2009 masihi.Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua yang baca blog ni.Semoga Iman kita,taqwa kita turut meningkat seiring dengan meningkatnya waktu.Alhamdulillah sekali lagi kerana disaat saudara-saudara kita di Ghaza hanya menunggu detik syahid,kita masih diberi peluang masa untuk bertaubat, menambah amalan dan taqwa sebagai bekalan apabila bertemu Pencipta kita nanti.Jika saudara-saudara kita sekarang tak duduk diam dgn apa yg menimpa mereka,kita sepatutnya yg mengaku berIman turut menerima tempiasnya.Kita sepatutnya turut berjuang bersama-sama mereka dalam mempertahankan Islam tak kira apa jua cara yang dihalalkan.

Isu Palestin bukan isu rakyat Palestin atau kemanusiaan semata-mata.Tapi lebih besar dari itu,ia merupakan isu umat Islam kerana disitu terletaknya tanah suci umat Islam yg ke3.Ia bukan sebarangan tanah.Jika kita bersunguh-sungguh mempertahankan Makkah dan Madinah,sepatutnya kita juga perlu pertahankan alQuds sebagaimana kita pertahankan 2 tanah suci lain.

Kali ni Israel begitu melampau dan nampak serius untuk melupuskan terus perjuangan HAMAS dan rakyat Palestin yg saya amat kagumi perjuangan mereka.Tempat,bangunan-bangunan milik HAMAS menjadi target utama kononnya.Tapi fikirlah dengan waras,takkan lah peluru berpandu yg dilepaskan Israel pandai memilih sasaran.Kesannya,kanak-kanak kecil,wanita dan golongan emas turut menjadi korban.Hingga kini angka syahid menghampiri 1000 dan yang tercedera beribu.Israel pula terus menerus menyerang melalui darat pula.

Mari kita soroti kejadian ini secara tersiratnya.Kenapa hal ini berlaku.Disini Allah ingin mengajar dan menguji kita akan banyak perkara.Bekas menteri pertahanan Israel pada tahun 1962(kalau tak silap) pernah berkata:

“Orang Islam tidak akan mampu mengalahkan kita jika solah subuh jamaah di masjid tidak sama dengan solah Jumaat”

Kita sekarang ini sebenarnya lemah hubungan kita dengan Allah.Kita tidak kurang dari segi kuantiti tapi kurang menghubungkan diri dengan Allah.Bagaimana Allah nak tolong kita jika kita tak hubungkan hati kita dengan Allah.Hendaklah kita kembali kepada Al-Quran dan Assunnah secara keseluruhannya.Jangan kita lupa dan alpa sebenarnya kita memiliki Allah dan marilah kita memohon kepadanya.Kita ada satu senjata hebat yang tidak dimiliki oleh Israel dan sekutunya.Kita ada Allah sebagai pelindung kita.Maka marilah kita minta sungguh-sungguh dengan Allah.Apalah bezanya kita dan yahudi sekiranya kita tidak kembali pada Allah.

Nak bawa contoh:

Adakah si A akan membantu si B yang lansung tiada hubungan antara mereka.Tambahan pula si B ni tak pernah pun minta tolong dengan si A.Adakah secara tiba-tiba si A akan membantu.

Dan adakah si A akan menolong si B jika si B ni kalau minta pun tapi secara main-main dan tak serius?

Begitulah kita dengan Allah.

Semua di bumi ini tertakluk pada Allah.Dia Maha Menguasai atas segala yang dilangit dan di bumi.Kepada Allah lah kita berserah segala urusan.Memang Allah menjanjikan kemenangan kepada orang Islam.Tapi jangan jadikan ini alasan untuk kita bermalas-malasan.Adakah kita tidak mahu tergolong dalam kumpulan yang menang?Lawan menang hanya satu iaitu kalah.Jika kalah dunia tidak mengapa tapi ini membawa kepada kekalahan hakiki.

Kita tidak mahu kejadian sama berulang kali ini.Apa yang saya maksudkan ialah kenapa apabila tragedi seperti ini berlaku baru kita nak bersuara dan marah.Sebenarnya umat Islam sudah lama tertindas dan sepatutnya perjuangan kita tidak bermusim.Sewajarnya kecaman-kecaman,kritikan dan kesedaran bukan hanya bermain-main di mulut dan weblog semata-mata.Hati kita perlulah turut sedar dan lahirkan dalam amalan yang kita ni benar-benar ingin mendaulatkan Islam di bumi Allah ini.

Kita lihat kembali apabila manusia yang terbaik iaitu Muhammad Rasulullah saw dihina dan dicaci.Umat Islam hanya bersuara ketika itu sahaja.Kini masing-masing senyap tanpa sebarang perubahan kearah kebaikan dalam diri dan kes itu berlalu begitu sahaja tanpa kita ambil pengajarannya dan kesannya makin banyak penghinaan yang dilemparkan kepada manusia yang hidupnya untuk menyelamatkan akhirat kita.Isu Palestin ini sepatutnya kita rasai sejak dulu lagi sebelum kejadian tragis ini.Namun kita boleh jadikan peristiwa kali ni sebagai titik tolak untuk kita merasai dan turut berjuang bersama-sama saudara kita di sana.Jangan biarkan kejadian yang kita tidak tahu penamatnya berlalu tanpa sedikit pun pengajaran yang kita ambil.

Allah nak kita muhasabah balik Iman kita.Adakah kita menepati syarat-syarat yang Allah tetapkan untuk capai kemenangan.Sudah pasti kita belum.Jadi mari kita bermuhasabah dan jangan biarkan ia berlalu tanpa apa-apa perubahan.

menanti generasi penyambung kepada generasi Salahuddin al-Ayyubi….