Tuesday, September 15, 2009

Giliran Kita

 

السلام عليكم و رحمة الله

Baru aku perasan setelah aku kembali ke malaysia,aku tak update satu apapun dalam blog ni.Kemalasan diri serta tiada idea yang berpunca dari lemahnya Iman menyebabkan aku rasa berat untuk menulis.Kalau nak ceritakan tentang aktiviti setelah separuh percutian aku atau tentang perbandingan Malaysia dan Jordan,insya Allah kalau diberi kekuatan,nanti aku coretkan sikit.

Baru-baru ni,aku dikhabarkan dengan satu lagi kematian warga pendidik Matri iaitu cikgu Zainuddin Jusoh.Arwah pernah mengajar aku ketika aku di tingkatan 3 kalau tak silap.Ini merupakan kematian ke 3 yang berlaku dalam kalangan pendidik Matri.Ketika Cikgu Abdoh datang melawat ke Jordan baru-baru ni,beliau cerita yang ketika kematian Umi dan Sir Ghazali,cikgu Zainuddin kata “kenapa orang lain yang pergi dulu,padahal ana yang sakit lagi lama dari mereka”.Dan kini,Allah lebih sayangkannya.Semua ini berlaku dalam tahun ni.

Dan mereka telah wariskan satu tugas yang amat berat kepada generasi seterusnya.Pemergian 3 orang murabbi menyebabkan aku terfikir adakah sudah tiba masanya giliran generasi baru pula.Ya,sebenarnya sudah lama tiba giliran kita.

Murabbi atau syuyukh yang lain juga sudah lanjut usia.Generasi mereka kian hilang dan perlu diganti.Mereka pun sebenarnya mewarisi tugas itu dari generasi terdahulu.Seperti yang As-syahid Imam Hasan Albanna pernah cakap “kita bukanlah memulakan tugas ini,tetapi kita hanya menyambung tugas yang telah dimulakan oleh Rasulullah”.

Usia dakwah bukan usia individu.Ia perlu diteruskan dari satu generasi ke satu generasi.Ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk sampai ke natijahnya.Kini giliran kita untuk menyambung tugas yang telah diamanahkan oleh Rasulullah saw sendiri.Masalahnya,sudah bersediakah kita??

Kita patut syukuri kerana telah dipilih Allah untuk diberi sikit kefahaman dan kesedaran Islam,jadi kita perlu balas kasih sayang Allah ini dengan mensyukuri nikmat ini dan seterunya menggunakan nikmat ini sebaiknya.Allah bebas memilih orang lain untuk mewarisi tugas ini jika kita menolaknya.Tidak mustahil Allah akan memilih dalam kalangan mereka yang sekarang ini kafir untuk memikul risalah ini.

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..