Wednesday, July 15, 2009

Tempat Tak Dapat Menyucikan Seseorang

بسم الله الرحمان الرحيم

makkahKalau korang perasan,pada pos selesai fasal thani yg lepas,aku ada tulis tentang frasa diatas.Kali ni,aku tergerak untuk huraikan sikit takut-takut ada orang tertanya-tanya.Kalau korang dah faham pun,cuba baca jugak yang seterusnya untuk tahu dengan jelas apa yang aku ingin sampaikan.

Sebenarnya ayat lebih kurang ini aku macam pernah dengar dulu,cuma timbul balik bila aku pergi Makkah.Dekat Makkah aku ternampak satu tulisan dekat beg kecil yang selalu jemaah(tak pasti indonesia atau Malaysia) tanah haram pakai yang tertulis "Penyucian Jiwa Di Tanah Suci".Aku bila pandang tulisan tu dalam otak aku 100% tak setuju.

Sebab apa aku tak setuju.Kalau betul,mudah lah.Kumpul duit sikit,pergi Makkah,balik jadi soleh.Pergh,best giler kalau macam tu.Senang saja nak bersihkan jiwa.Kalau betullah juga,sudah ramai artis yang pergi menunaikan umrah tetapi bila balik,kenapa tudung yang sentiasa atas kepala di haramain sudah ditanggalkan dan kalau betullah,tiap-tiap tahun berjuta-juta umat Islam ke haramain tetapi kenapa umat Islam masih lemah.

Habis tu apa yang dapat mengubah seseorang itu.Sebenarnya yang mengubah seseorang itu ialah proses yang terdapat di situ.Tidak lain tidak bukan proses itu ialah tarbiyah Islamiyah.Apabila nama pun proses,sudah pasti ia ada langkah demi langkah.Bukan terus-terus jadi soleh.Serupa macam proses nak buat kereta,bukan dari besi terus jadi kereta.Dia ada step-step dia.Begitulah proses tarbiyah.Proses inilah yang merubah seseorang,bukan tempat.Seperti yang Almarhum Ustaz Mustafa Masyhur sebut,"tarbiyah bukan segala-galanya,tetapi segala-galanya boleh dapat dengan tarbiyah."

Kalau pergi ke tanah suci sekalipun,kalau tak ikut proses-proses(bukan proses nak pergi,maksud disini ibadah disana),macam mana nak sucikan jiwa.Kalau pergi pun untuk bermegah-megah dan melancong,apa cerita.Dekat Makkah lahirnya  para sahabat dan dekat sana juga lahirnya Abu Jahal.Kalau nak harapkan proses diri hanya di sana semata-mata,ini pun tak guna juga.Nak membersihkan bukan sesenang mengotorkan.Takkan 10 hari umrah atau sebulan pergi haji sudah mencukupi.Perkara-perkara baik yang dilakukan wajar diteruskan dan tidak terhenti bila kaki menjejakkan kaki ke tanah air.Macam ni barulah berkesan.

Ini hanyalah salah satu contoh.Sebab perkara ini bermain semula dalam kepala aku  ketika di Makkah,maka aku bagi contoh Makkah.Ketika itu pun,aku merasai aku sebenarnya masih belum bersedia untuk ke sana dan bila aku balik entah kenapa aku tak merasai apa-apa.Dan ketika itu memang aku rasai tempat tak dapat menyucikan seseorang.

Mas'ul aku pernah beri satu analogi,ada sehelai baju yang diletakkan tepi mesin basuh.Adakah baju itu akan bersih kalau sekadar letak kat tepi dan tak masukkan kedalam.Biar bertahun-tahun pun baju itu takkan bersih.Ini ialah perumpamaan yang digunakan utk menggambarkan sekolah menengah aku dulu.Kalau tak duduk dalam proses tarbiyah yang sekolah sediakan,duduk 10 tahun pun tak guna.Bagai berada dalam lombong emas,kita yang perlu gali untuk dapat hasilnya.Lombong itu tak memberikan kita kekayaan,emas yang digali itu yang memberikan kita kekayaan.

Begitulah juga sebaliknya.Tempat juga tak dapat mengotorkan seseorang.Perkara yang terdapat di tempat itu yang mengotorkan.Kalau pandai bawa diri,dia mampu menepis kekotoran yang terdapat di situ.

Bukan semua produk Matri bagus,bukan semua produk Jordan bagus(contohnya aku).Kita tak boleh lah bergantung harap dan berbangga pada tempat semata-mata.Cuma tempat yang berlainan menyediakan suasana berbeza.Macam lombong emas dan lombong timah.Sudah pasti terdapat perbezaan pada keduanya,kalau yang di lombong emas malas bekerja manakala  yang di lombong timah rajin,yang bekerja di lombong timah boleh jadi lagi kaya.Tapi kalau yang di lombong emas itu rajin bekerja,sudah tentu dia lagi kaya.Mungkin tulisan kali ini nampak macam satu alasan untuk aku melepaskan diri ataupun alasan utk orang lain.Suka hatilah nak fikir apa,tapi itulah hakikatnya.

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..