Thursday, June 18, 2009

Sebab Apa Aku Buat Semua Ni

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah menjadi lumrah manusia yang normal,mesti memerlukan sesuatu yang menolaknya untuk melakukan sesuatu kerja.Tidak kiralah kerja itu samada belajar,tolong orang lain atau sebagainya.Bak kata pepatah takkan pokok bergoyang kalau tidak ada angin.Ada orang buat kerja sebab nak dapat duit,ada yang takut kena marah,ada yang nak sanjungan manusia,yang belajar pulak bersungguh-sungguh untuk dapatkan 1st class degree dan pelbagai lagi ragam manusia.

Aku bukanlah seorang motivator yang telah menghadiri beratus-ratus seminar. Maka sudah pastilah aku bukannya seorang manusia yang layak untuk membincangkan pasal tajuk ini..Tambahan pula dengan kehidupan aku yang masih terumbang-ambing.Siapalah aku untuk membincangkan hal ini.Tapi aku ada sesuatu yang ingin dikongsikan sebagai peringatan untuk diri aku terutamanya.

Semua contoh yang disebut diatas boleh dikatakan sesuatu yang tidak kekal.Duit dan nama bukanlah sesuatu yang kekal.Tapi kenapa kita li8hat manusia sanggup bersusah payah untuk semua itu? Cuba kita fikir jauh sikit,kalau kita buat sebab duit,apalah sangat yang ada pada duit.Mati nanti bukan berguna pun duit tu.Kalau kita belajar untuk dapatkan 1st class degree,apalah sangat nilai 1st class degree,bukan boleh bawa akhirat pun.Kalau kita buat untuk dapat nama,kalau tidak dapat nama maka kita akan berhenti buat kerja.Kalau dapat nama pun,ia bukannya sesuatu yang kekal.

Perkara-perkara macam ni jika kita fikirkan secara mendalam,rasanya berbaloikah kita berpenat lelah untuknya??

Cuba kita fikir,bagi seorang mukmin kita mengImani hari akhirat.Mati itu bukan pengakhiran segala-galanya.Mati itu hanyalah perhentian sebelum ke kampung akhirat.Kematian ialah kerehatan sebenar bagi seorang mukmin.Dunia ialah medan amal untuk kutip sebanyak mungkin bekalan untuk bekalan pulang ke kampung akhirat.Hidup didunia tak sampai 0.001% pun daripada hidup diakhirat.Maka bila difikir secara mendalam,wajarkah kita susah bersusah payah demi kehidupan yang sedikit itu.

Ada satu potong hadis yang maksudnya lebih kurang “…hiduplah kamu didunia ini macam mana yang kamu nak,sesungguhnya dunia itu tidak kekal…”.Alangkah rugi jika kita hanya hidup untuk dunia.Cuba kita tingkatkan sikit,kita hidup untuk akhirat.

Pekerjaan untuk dunia aku rasa amatlah tidak manfaat.Rasulullah sendiri umpamakan dunia ini bagaikan bangkai.Begitulah betapa rendahnya nilai dunia yang sebenarnya.Jadi kenapa kita nak jadikan sesuatu yang rendah nilainya sebagai penggerak kita.Inilah antara sebab aku rasa amat tidak berbaloi dan memadai jika dunia yang menggerakkan kita.

Kita semua akan mati,tidak terkecuali seorangpun.Maka kita perlu siapkan diri kita untuk kehidupan selepas mati.Medan persiapan bukannya selepas kematian.Selepas mati,ia merupakan medan untuk kita menuai apa yang kita tanam dalam hidup kita.Addunya mazra’atul akhirah (dunia ladang akhirat)

Benarlah “manusia yang bijak ialah manusia yang mengingati mati”.Ataupun dalam erti kata lain kita ini sebenarnya hidup untuk mati.Aku bukan bermaksud kita kena bunuh diri.Inilah manusia yang cerdik.Dia tahu dunia ini hanyalah sebentar dan kenapa dia perlu berpenat untuk dunia.Kehidupan bahagia di akhirat yang perlu dikejar.

Sebelum tamat,aku sangat tersentuh dgn satu sms yang pernah dihantar seorang sahabatku lama dulu yang kini masih menuntut di MATRI:

-sahabatku… “hawa nafsu tak pernah mengajar kita membuat kebaikan,sabarlah..sat je kita hidup”

Akhir kalam,ada satu kata-kata,tak pasti juga siapa yang kata(siapa tahu boleh bgtau), “jika kita mengejar dunia,kita akan dapat dunia.Jika kita kejar akhirat,kita akan dapat dunia dan akhirat.”

Jadi yang mana satu lebih untung??

alhamdulillah selesai sudah 2 semester pengajian aku di JUST.Insya Allah,kalau diizinkan,aku akan mencoretkan sikit tentang perkara2 menarik 2nd sem aku di JUST ni selepas aku balik menunaikan umrah.Bak status seorang member aku di Jordan ni,dari anatomy yang byk dan organic chemistry yang entah apa2.Masa yang ada sekarang tidak mengizinkan aku untuk menulis.Jarak antara habis exam dan waktu aku bertolak lebih kurang 5 jam saja.Maka tak sempat untuk menulis.Aku perlu bersiap-siap untuk pergi.Post ni pun sebenarnya dalam file draft.Saja tunggu masa untuk publish.Ok jumpa lg nnt(bajet ada org baca),doakan aku selamat pergi dan balik dari menunaikan umrah dan ibadah aku diterima Allah.Insya Allah aku akan balik semula ke Irbid,10 hari kemudian.Kalau ada apa2,bolehlah hubungi henset aku.

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..