Friday, June 12, 2009

تربية في أيدكم, في أيدكم فقط

 

Pernahkah anda terdengar kata-kata ini??

Kalau tidak,mari saya nak kongsi sikit berdasarkan ilmu saya yang cetek ni.

Kata-kata ini sering diperkatakan di sekolah menengah saya dulu.Dari situlah saya mula dengar kata-kata ini.Tapi macam biasa saya masih mentah masa tu untuk memahami maksudnya.Dari segi bahasa saya tahulah iaitu “tarbiyah di tangan kamu dan di tangan kamu sahajalah”.

Saya rasa siapa yang tak pernah dengar mesti peningkan.Saya pun dulu pening juga.Apalah sangat dengan ungkapan ini.Selalu sangat diulang-ulangkan.Itulah apa yang saya fikir dulu.Kemudian masa saya tingkatan 4,ungkapan ini ditulis di papan putih dalam bilik pengawas.Masa itulah saya benar-benar ingat ungkapan ini sehinggalah sekarang.Masa tu pun saya tetap tak faham sangat apa yang hendak dimaksudkan dengan ungkapan itu.

Kini setelah terpisah dari keluarga dan sekolah yang mengawal kehidupan,barulah saya mula memahaminya.barulah saya sedar kenapa ia sangat penting hingga sering diulang-ulangkan.Apabila hidup bersendirian barulah faham sikit.

Kenapa dikatakan tarbiyah di tangan kamu dan ditangan kamu sahaja.Dalam kehidupan ini banyak perkara memerlukan kita membuat pilihan.Antaranya kita memilih untuk cara hidup kita.Cara hidup Islam atau sebaliknya.Kita yang perlu pilih untuk mana satu.Waktu kecil dulu ibubapa yang membuat keputusan untuk kita.Di sekolah,sekolah yang bantu kita.Sekarang tiada lagi siapa yang mengawal kita.

Inilah yang dikatakan تربية في ايدكم في ايديكم فقط.Kita yang menentukan kehidupan kita.Orang lain hanya mampu membantu.Keputusan terletak atas kita.Orang lain hanya mampu mengetuk pintu,kita yang perlu membukanya atau biarkan sahaja.Sudah tiada siapa yang memaksa kita.Jika kita merasai kepentingan tarbiyah,maka kita akan cuba duduk dalam proses itu.Kalau tidak wanauzubillah.

Sebab apa saya kata kini baru saya mula memahami ungkapan ini.Bila duduk berseorangan,dalam bilik berseoranagn,saya yang menentukan tarbiyah apa untuk diri saya.Tarbiyah Imaniyah atau tarbiyah jahiliyah.Tarbiyah Imaniyah perlu kepada penyerahan hati secara sukarela.Tarbiyah yang dipaksa-paksa oleh orang lain tidak membawa kesan yang mendalam dalam hati kita.Malah mungkin kita memberontak.Jika diri sendiri yang memilh ia lebih berkesan sebab memang kita yang nak.Tarbiyah Imaniyah targetnya ialah hati bukan jasad semata-mata.Jika target utamanya jasad,maka mudahlah dakwah berjalan di atas bumi ini.Tetapi tidak.Hati yang menjadi sasaran utama tarbiyah.Maka orang itu sendiri yang perlu menyerahkan hatinya untuk ditarbiyah.

Ancaman jahiliyah menyerang kita dari segenap sudut hinggakan dalam bilik seorang daie sekalipun.Contoh mudah dan praktikal ialah internet.Sumber segala perkara.Ditangan kita hendak ambil yang baik atau buruk.Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 256 maksudnya:

“tidak ada paksaan dalam agama,sesungguhnya telah jelas(perbezaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat.”

Memang tiada paksaan dalam kita beragama.Tetapi ingat Allah juga telah sebut kepada kita dengan jelas perbezaan hak dan batil.Maka atas kitalah untuk memilih.Sambung ayat itu lagi,

“barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan berIman kepada Allah,maka dia telah berpegang kepada tali yang sanagt kuat dan tidak akan putus…”

Jadi sekarang tepulang kepada kita nak mana satu.Jika berpegang pada tali Allah janjinya syurga dan jika berpegang pada tali taghut balasannya neraka(nauzubillahiminzalik).

Tarbiyah fiaidina fiaidina bas….(ni versi Jordan)

509px-Simian_crease2

gambar ni tiada kena mengena dgn penulis…

kalau hebat,cuba teka apa perbezaan yg ada pada tapak tangan ni??

 

2 comments:

  1. alhamdulillah..
    baru ana faham..maksud ungkapan itu adalah kita yang menentukan untuk melaksanakan tarbiyah itu atau tidak..dulu ana faham maksudnya tarbiyah tu di tangan kita dan tidak boleh diberi kepada orang lain.Tangan tu tak dapat teka..mungkin tak da bakat jadi doktor.

    ReplyDelete
  2. ini apa yg ana rasa..
    apa yg nta pikir tu pun betul..
    kita kena jaga betul2 apa yg Allah beri kpd kita..
    jika x Allah boleh pilih orang laen..
    Allah x rugi sikitpun,kita yg rugi byk..

    tgn tu tgn pesakit down syndrome ataupun hanya 1% peratus manusia normal yg ada corak kt tapak tangan macam tu dan ana termasuk golongan 1% tu..


    btw,syukran for komen..

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..